Halaman

Jumaat, 17 Februari 2012

bukaN sayanG jawataN, tapi..

yeah.. post ke 100. jubli.. jubli..

berikut mrupakan petikan berita dr BERNAMA, 15 Feb yg lalu..


Shahrizat Jangan Sayang Jawatan – Dr.M


SERDANG – Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar “jangan sayang kepada jawatan”.

Bekas Perdana Menteri berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.

“Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.

“Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan.

“Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan,” katanya. – BERNAMA

tp TuN, ada reason npe xletak jawatn..




p/s: jgn kecoH2, tunggu siasataN selesai..

2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.