Halaman

Sabtu, 24 Mac 2012

Golongan mahasiswa yang takde adab

Aku tahu korang tak puas hati sangat dgn kerajaan, sibuk sangat nak berpolitik nak berpilihanraya kat kampus Universiti korang, tapi sampai nak bagi Batu Nesan dekat orang lain tu kenapa? Simbol "kematian demokrasi pelajar"? Simbol kepala hotak korang. Korang dah berdemo, dah bawak banner, bagi memorandum, cukuplah... nak bagi lagi batu nesan tu kenapa? Sape ajar korang sampai jadi takde adab mcm tu? Ikut sangat budaya2 barat yg kurang hajar dan tak reti nak hormat orang lain. Sikap korang ni sama mcm Khir Toyo bagi anugerah penyapu kat PBT satu ketika dulu.



Nak sangat berpolitik kat Universiti ya... Tapi sepanjang aku belajar kat U dulu, apa jasa2 pemimpin pelajar yg memberi kesan pada aku dan student2 lain. Tak kisah la kau tu pro-Mahasiswa ke, pro-Aspirasi ke, pro-haktuih ke... wifi takde jugak kat kolej aku, harga makanan kat kafe mahal jugak, komputer kat lab tak cukup2 jugak kena kongsi, pengangkutan awam kat kampus tak efektif jugak, yuran mahal jugak, kes kecurian kat kolej semakin berleluasa... apa sebenarnya yg korang pernah perjuangkan utk mahasiswa kat universiti korang. Duduk kat universiti pun bukannya lama sangat, 3 4 5 tahun je pun... Beriya2 sangat nak jadi pemimpin mahasiswa tu kenapa? Tak sempat pun nak bawak perubahan apa2 kat universiti korang. Pemimpin mahasiswa konon... HAKTUIIHH!

Pemimpin negara masa akan datang

Sumber di sini.


tags: pelajar gagal serah batu nesan kepada menteri pro-mahasiswa kementerian pengajian tinggi putrajaya memorandum setiausaha politik datuk seri mohamed khaled nordin solidariti mahasiswa malaysia SMM gabungan mahasiswa islam se-malaysia pilihanraya kampus awal

13 ulasan:

  1. Tindakan anak2 muda yang berani, teruskan perjuangan dalam membentuk dan menjamin generasi masa depan yang lebih baik. Negara amat memerlukan tenaga muda yg dinamik. Dengan bantuan anak-anak muda sahaja dapat menjatuhkan kepimpinan negara yang zalim.

    BalasPadam
  2. bakal pemimpin yg otak cetek...mungkin nk tunjuk kepandaian berpolitik...tp kebodohan yg terselah...

    BalasPadam
  3. sebenarnya...apa yang berlaku adalah kerajaan nak hentikan konspirasi politik mahasiswa suatu ketika dahulu..ketika kejayaan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya yang dipimpin oleh Hamid & Kong..sila kaji sejarah baru hentam mahasiswa..mahathir yang letakkan AUKU Seksyen 5 untuk sekat suara pelajar sekitar 1986..kaji dulu baru ckp okay?Mahasiswa mahukan hak bersuara mereka..kita kerajaan demokrasi..kita ada hak nak buat apa selagi tidak menyalahi undang-undang..faham tu?kita nak sakit hati apa?biarlah itu hal mereka..blogger zaman sekarang ni terlalu nak tunjukkan emosi seakan2 berani dan tahu segalanya..padahal kitalah yang bodoh padahal tidak mengkaji langsung..

    tolong jangan ambil sumber dari kerajaan kerana semua media kerajaan pegang kecuali beberapa akhbar tertentu..

    hentikan mengherdik mahasiswa ISlam..kita seharusnya bersama dalam hal ini..kaji bersama...dan selesaikan bersama..bukan menghentam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pon kene kaji dulu demokrasi tu ape.. demokrasi bukan brmakna ko buleh cakap atau buat ape...

      Padam
  4. Owh..ini tahu...hamid dan Kong..Sekarang Kong dah jadi dekan dekat help University...hamid tak dapat dikesan...Sibuk nak berpolitik padahal tak tahu pun sepak terajang politik..bila kena terajang sikit mulalah ....Mahasiswa nak berpolitik kena faham Game of politik dulu brader...klu stakat bagi batu nisan ....ini akan jadi satu memri jer bila masanya dah sampai...In this case aku setuju dengan noob...

    BalasPadam
  5. yg aku pasti masa aku kat UTM dulu... diulangi Universiti Teknologi Malaysia... aku tak nampak apa pun diorg punya bakti pada student. Beza politik negara dan juga politik kampus adalah, politik negara kalau menang they run the country, duit, bajet, dasar semua diorang pegang. Politik kampus kalau menang pun still org lain run the university, diorg takleh control duit, dasar, etc. Diorg hanya boleh bercakap sahaja. Bagi aku ia x ubah seperti pilihanraya olok2 sahaja.

    Dan aku bukan menghentam mahasiswa Islam, etc... Aku tak kisah sape2 nak libatkan diri dlm politik, pilihanraya olok2 ni, cuma bila sesetengah tindakan yg aku rasa agak melampau dan tidak matang seperti apa yg Adam Adli n the geng buat rusuhan depan pagar UPSI pukul 1 pagi tahun baru dulu sampai pecahkan pintu klinik, bagi batu nesan kat pemimpin, aku rasa benda2 ni tak patut disokong. Tapi kalau still nak berpolitik kat kampus, aku takde masalah dgn tu, sbb secara realitinya majoriti mahasiswa kat universiti dont care pun pasal sapa menang sapa kalah, berapa ramai pun yg keluar mengundi masa pilihanraya kampus diadakan. Cuma berpolitiklah secara sihat, tak payah ikut sangat perangai senior2 mereka kat BN atau PR tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak membela nasib pelajar tetapi harta awam yang musnah.. bagi batu nisan? wow.. di mana peranan mahasiswa yang berfikiran matang? ini ke dikatakan pemimpin masa hadapan kalau buat benda2 childish mcm nie?

      Padam
    2. yes.. aku rasa pun xperlu la sampai nak bg batu nisan.. haha.. mcm lawak larr plak, diaorg bley t'pikir idea tuu.. bukan kagum, ke apa but idea tuu yg menunjukkan mereka nie xmatang....
      aku pun bukan laa matang sgt but at least aku tau apa yg betul, apa yg salah,.. tindakan diaorg nie selain m'jatuhkan maruah keluarga, mereka jgak tlh menconteng arang kat muka sendiri...

      *nie pdpt aku jer la.. remember..rambut sama hitam,hati lain2,everybody ada pdpt sendiri....

      Padam
  6. tu namanya 'mahaspastik' yg bajet pandai sgt dah n refuse to listen to anybody..check je pointer dorng sah merudum below 3.00, sebok berpolitikus study diabaikan..parking tempat lecturer slambe badak bajet besar, kena clam ngan pakgad mula la buat lagu rap maki carut pakgad..'pandainyerrrrr' dorng...

    BalasPadam
  7. Hmm, masa study kat UM dlu...ada ke election2 tue? xprasan la plak. Im kind like Noob, xkisah apa jd kat UM, bab my point nak blajar dan ingat nak senangkan mak bapak aq saje. Lastly, aq sign off ngan GPA yg aq rasa ble la offkan Ptptn aq sebnyak 30% tue. Hmm, sepa ketua MAHASISWA aq tue ye? I don't give a damn.... yg penting aq, studyku, Club rugby aq, solat aq dan CGPA aq. The rest... let them settle it, dorang kaya nak hambur duit buat benda2 mcm tue :D

    BalasPadam
  8. Cite pasal pilihanraya kampus...it just nak dpt keistimewaan sbgi MPP, noth more. Sometimes jd pencacai pengurusan universiti sbb apt Noob katakan, mereka xleh nak control pengurusan universiti, x mcm PRU. Malas nak dgr agenda/manifesto mereka...just undi muka2 yg ada gaya pemimpin (lelaki) and muka cntik/cute (ppuan)..2 je

    Pasal mahasiswa yg terlibat dlm mana2 parti politik, xde sape yg berani berjuang kalau xde 'side income' dr 'sponser'. Mahasiswa kalau bg rm500 pun mcm dah mewah, so senang mana2 parti politik nak mempergunakan mereka utk membangkitkan sesuatu isu. Kalau berkaitan dgn maruah Islam, sy rela tampil diri menegak keadilan tnpa perlu dibayar apa2 drpd menjadi pencacai politik utk kepentingan mereka sendiri even dibayar rm10k.

    BalasPadam
  9. Belajar abis dulu, jdi student hebat, cemerlang, dpt keje bagus, lau rasa nak suasana politik tak bagus, masuk politik, mana-mana parti pon boleh, bela nasib rakyat, setel,

    BalasPadam
  10. dah kalau mcmni perangai dan mentaliti nye, mcm mana nak dijadikan contoh.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.