Halaman

Isnin, 26 Mac 2012

Kisah diari, cinta dan result SPM

Kali ni aku hendak membicarakan tentang perbezaan sifat keterbukaan generasi muda dulu dan sekarang yg aku perhatikan setelah sekian lama membuat aktiviti blogwalk. Aku hanya tulis perkara realiti, so kalau mana yg terkena tu jgn marah aaa...



1. Diari

Dulu - Diari merupakan satu benda yg sangat personal. Biasa org yg ada diari ni org perempuan. Segala aktiviti, kenangan2 manis, isi hati dan perasaan ditulis dalam diari, dan diari ini biasanya hanya utk bacaan sendiri dan kadang2 hanya BFF sahaja yg boleh baca. Kalau org lain curik baca mmg nak kena sepak la gamaknya.

Sekarang - Diari ditulis secara online di dalam blog, kandungan masih hampir sama dengan diari org dulu seperti aktiviti harian, kenangan manis, luahan hati dan lain2, cuma niat kita tulis diari memang untuk dibaca oleh sesiapa sahaja hatta org asing yg kita tidak kenal sekalipun, confirm tak kena sepak punya, malah lagi ramai org baca dan komen lagi bagus,

2. Percintaan

Dulu - Kalau mana2 budak remaja sekolah yg dah ada couple tu, biasa akan couple sorok2, taknak kawan2 tau, mak bapak tau, family tau. Kalau org tahu pun hanya tahu yg mereka ini couple, segala kisah jiwang cintan cintun hanya milik mereka berdua. Nak ckp benda jiwang2 kat khayalak mmg confirm kena kutuk la, malah kalau mak bapak dapat tahu confirm kena basuh habis, telinga merah kena pulas, tak pun bontot berbirat dengan rotan.

Sekarang - Budak2 sekolah yg dah ada couple tu tanpa segan silu memperkenalkan boyfriend/girlfriend mereka kat blog masing2. Tambah lagi dengan kisah2 jiwang mereka sambil mendendangkan puisi dan kata2 puitis buat kekasih "I luv u sayang XOXO", "Sayang sangat kat u", "Saya xbley idop tanpa sayang", "Kite merajuk kat si dia... tak nak on henpon selama 2 hari". Perasaan cinta, marah, merajuk kat kekasih semua dicoretkan di blog utk tatapan semua orang hatta stranger sekali pun. Kalau kawan2, ibu bapa, family dapat tahu pun buat tak kisah je... janji kami bahagia bersama pakwe/makwe masing2.

3. Keputusan peperiksaan

Dulu - Kalau dulu dapat result SPM ke, result CGPA kat universiti ke, tak kisah la cemerlang, sederhana atau teruk, benda tu mesti menjadi rahsia hanya kepada anda seorang. Yang tahu pun mungkin ibu bapa atau BFF. Kalau kawan2 biasa tanya, "Camne result OK?", org akan jawab "Biasa2 je...", "Boleh la cukup makan", "Kira okaayylaaahh". Kita akan bagi jawapan yg play safe kerana samada tak nak dicop berlagak sbb result cemerlang atau malu dicop bodoh sebab result teruk sangat.

Sekarang - Ni aku perhatikan trend ni nak2 lepas result SPM keluar baru2 ni. Ramai budak2 lepasan SPM tak kisah samada result cemerlang atau teruk tanpa segan silu memberitahu gred yg mereka dapat kat blog, malah gred utk setiap subjek. Ada jugak tu siap scan slip keputusan SPM, tayang kat blog utk tatapan pembaca yg kita tak pernah jumpa pun. Tak pasti samada hendak menayang kat orang bagi yg result cemerlang tu atau nak mintak kata2 nasihat dan perangsang bagi yg result teruk.


Itu je 3 perkara yg aku nampak jelas perbezaan dalam keterbukaan generasi budak2 dulu dan sekarang. Kalau ada yg nak tambah amat dialu2kan. Dan aku tak cakap sifat malu generasi dulu tu bagus dan sifat terbuka generasi sekarang tu tak bagus. Aku cuma tuliskan sesuatu hakikat dan realiti utk kita fikir dan renungkan bersama2...


tags: perbezaan sikap keterbukaan generasi budak remaja sekolah dulu sekarang diari percintaan keputusan peperiksaan ujian spm pmr

6 ulasan:

  1. diari,,mmg patutpun tak payah nak heboh sangat apa dah dibuat dari pagi smpai ke malam

    cinta,,semua sibuk paste gambar kat sidebar tu,agaklah tak patut nak umumkan satu dunia

    result,,memang kadang-kadang konon nak share,tpi berpadalah kan..

    BalasPadam
  2. diari.. mgkin nak minta nasihat orang kot tentang masalah dia

    cinta.. rasanya tak perlulah nak tayang cinta,pakwe semua. benda tak sah lagi. tapi kalau laki bini, tayang banyak kali pun takpe :D

    result : mungkin dorang nak share kejayaan.. bkongsi kegembiraan. sebab tu ape saya buat :D

    BalasPadam
  3. zaman teknologi banyak mempengaruhi masyarakat skrg nie..internet,comp,handpon dan camera antara alat yg menjadikan masyarakt mnjadi sperti apa yg encik
    nyatakan..cuma iman dann akal sja yg dpt mengawalnya...^^

    BalasPadam
  4. Zmana dah makin canggih budak2 lahir jer ngadap laptop, psp, ps2 dan bagai lagi la.... budak2 zman skg dah xmacam dulu

    BalasPadam
  5. sekrng ramai dah x taw malu tu apa... -_-

    BalasPadam
  6. industri seks pun akan jadi terbuka jugak lepas ni.. terimalah keterbukaan ini dgn ratusan dan ribuan pornstar melayu akan tumbuh melata-lata 10-20 tahun lagi..

    jadi mcm US, gambar pepek pun pakat-pakat tangkap dan buat blog serta saling memuji pepek hang hitam tapi cantik la...kahkahkah..

    rata-rata trend apa-apa pun, pengguna tau ikut saja sebab risikonya rendah jika dibuat dgn cara yang betul..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.