Halaman

Isnin, 12 Mac 2012

Si Tanggang moden

[UPDATED] Baca post mterkini engenai situasi tanggang moden ini di sini.

Seorang anak tinggalkan ibu sendiri yg lumpuh dekat hotel bajet. Orang macam kau ni mmg tak layak tinggal di muka bumi, malah memalukan agama Islam dan org Melayu je. Owner hotel dan pekerja hotel yg berbangsa cina dan non-muslim pun lagi baik daripada ko yg buang mak sendiri. Nasib la ni bukan cerita dongeng, kalau tak mmg lama dah anak dia kena sumpah jadi batu caves atau batu belah batu bertangkup.


Ibu bapa boleh jaga berapa ramai anak pun, tapi takkan anak2 tak boleh nak jaga seorang ibu atau bapa mereka. Harap First Lady Rosmah Mansor serta bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat iaitu Kak Shahrizat Abd Jalil yg sentiasa memperjuangkan kebajikan wanita dan kekeluargaan dapat mengambil berat dan ambil tindakan pada isu seperti ini yg semakin berleluasa. Pihak polis juga dipohon agar mencari anak yg durhaka itu utk dibawa ke muka pengadilan.


Temuramah ibu tersebut yg sangat menyayat hati.


Sumber sini.


tags: tinggal ibu di hotel bajet budget faridah maulud jalan raja muda musa kampung baru anak derhaka

4 ulasan:

  1. anak ramai belum tentu mmemberi jaminan bahawa mereka akan menjaga ibu bapa apabila dewasa nanti.

    BalasPadam
  2. kita sebaiknya tidak jahat terhadap ibu kita karena surga ada di telapak kaki ibu

    BalasPadam
  3. sian ngan org tua tu.. drpd ditinggalkn dlm bilik sorang2..kan lebih baik dia hantar je kat rumah org tua2.. atleast terjaga skit org tua tu..

    Dahlah lumpuh.. nasib baik masa dijumpai org tua tu masih bernyawa lg.. cuba bayangkan kalo tinggal jasad je yg tinggal..

    ape punyer manusia lah..apa pon tak bley..

    BalasPadam
  4. Kesian nenek tu. Ya Allah! berikanlah petunjuk kepada insan yang berkenaan. Astaghfirullahalazim...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.