Halaman

Isnin, 2 April 2012

Mansuh PTPTN suatu pencerahan

Korang belajar kat Universiti/Kolej pinjam kat PTPTN? Tulaaa waktu SPM main2 taknak belajar betul2, kalau result SPM bagus mesti dah dapat biasiswa MARA ke, JPA ke, Petronas ke, Schlumberger ke, Yayasan negeri ke... Tunggu apa lagi... jom la berdemo mintak kerajaan mansuh PTPTN.



Sapa suruh lawan Taukeh maa

Cerita pasal pinjaman, Kerajaan Terengganu telah menarik balik pemberian pinjaman kepada 9 mahasiswa Terengganu yg belajar di Mesir kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dan perhimpunan membantah AUKU awal tahun ni. Bagi aku tak perlulah ditarik balik pinjaman ni sebab nama pun pinjaman... diorg buat tahi ke langgar peraturan ke, diorg tetap kena bayar pinjaman. Kalau biasiswa tu patutla kena tarik atau ditukar ke pinjaman. Tapi nak buat mcm mana yg bagi pinjaman tu Kerajaan Terengganu yakni kerajaan Be End, mmg diorang ada hak la nak buat apa... dah bagi pinjam duit lagi mau lawan tauke...

Seluruh mahasiswa di seluruh negara akan turun demo menentang kezalimooon PTPTN

Sekarang ni geng2 Adam Adli nak anjurkan demo Mansuhkan PTPTN pulak pada 14 April. Seriously aku cakap... BANGANG! First of all, fahami maksud pinjaman pelajaran... biasanya pinjaman pelajaran adalah lebih daripada yuran, katakan yuran satu semester RM2000, korang akan dapat pinjaman RM4000. RM2000 utk bayar yuran, RM2000 utk korang belanja beli handphone mahal2, belanja awek, beli komputer, beli motor, beli rokok dan lain2. Kalau kerajaan bagi belajar percuma, yang percuma hanya yuran, duit belanja korang kerajaan takkan bagi still korang kena carik sendiri samada cekau duit mak bapak, buat kerja part time, rompak kedai mas, jadi pengikut kat kawan2 yg kaya atau pinjam kat along atau bank (takleh pinjam kat PTPTN sbb PTPTN dah mansuh).

1malaysia mau PTPTN mansuh maaa

Katil di kolej tidak cukup, mahasiswa terpaksa tidur di atas jalanraya. Selimut pun kongsi. Zalim sungguh AUKU dan PTPTN neh.

Beberapa tahun lepas kerajaan dah cakap bagi student yg dapat ijazah kelas pertama boleh tukar pinjaman ke PTPTN ke biasiswa. Tak nak pulak korang belajar rajin2 menyesali kemalasan waktu SPM dulu utk dapat kelas pertama. Masa korang sign contract pinjaman dulu bermaksud korang setuju dengan terma2 pinjaman. Padahal kalau korang tak nak buat pinjaman PTPTN pun boleh, korang diberi pilihan bukan paksaan. Kalau tak nak menyusahkan mak bapak, buat kerja part time. Kat luar negara, Jepun, UK, US berapa ramai student buat kerja part time utk biayai yuran universiti dan perbelanjaan sendiri. Kat negara kita budak2nya pemalas, nak belajar pun malas, nak buat kerja part time pun malas, tau nak pinjam je, bila time kena bayar balik meroyan.

Undi PR saja loooh mau demo apa lagi

Lepas tu bila rasa sakit nak bayar, korang nak buat demo pulak suruh mansuh PTPTN? Korang tak rasa bodoh ke? Kerajaan Be End tak pernah pun dalam manifesto nak mansuh PTPTN, so yg korang tergedik2 nak demo buat apa? Kan Pakatan Rapuh dah janji nak mansuh PTPTN kalau menang PRU13, so korang undi je lah PR masa PRU13 nanti, nak bising apa lagi... bengap! Utk ni aku bersetuju dgn menteri pengajian tinggi khaled nordin. Tapi make sure janji mansuh PTPTN tu ada dalam manifesto dan buku jingga kalau tak bila2 masa je boleh kena kencing.

Heil, mein Führer

Oh ya last sekali, kepada brader Nuar, kalau sekufu korang dah menang PRU13 nanti, aku cadang jangan mansuh PTPTN, tapi just bagi pendidikan percuma kat Universiti, dan untuk PTPTN tu just mansuh segala jenis bunga, kos pentadbiran, dan tolak jumlah pinjaman yg diberikan berdasarkan yuran yg diorg kena bayar kat universiti/kolej. Kalau bagi pinjam RM30,000, yuran pendidikan RM18,000, tolak je jumlah pinjaman RM18,000 tinggalkan RM12,000 utk dibayar student lepas dah bekerja nanti. Kerajaan dah bayarkan yuran cukup bagus dah, takkan duit PTPTN yg korang dah habiskan buat belanja handphone iphone galaxy note korang, motor, dating dgn awek tgk wayang, beli laptop, beli komik, novel cinta ombak rindu, duit rokok, duit masuk MLM semua tu pun nak kerajaan tanggung jugak. STUPID!

mastermind tai lo safwan anang... ganaz woo muka berparut dek kena belasah polis waktu demo depan pagar upsi malam tahun baru sampai pecah pintu klinik

faizal tahir pun bayar PTPTN maaa... kalau tidak mcm mana mau ke luar negara

Sumber kerajaan terengganu tarik pinjaman, demo mansuh PTPTN, nuar brahim ada cara tangani PTPTN


tags: kerajaan terengganu tarik pinjaman 9 mahasiswa mesir terlibat auku bersih 2.0 mansuh ptptn demonstari solidariti mahasiswa malaysia smm muhamad safwan anang adam adli 14 april anwar ibrahim pakatan rakyat manifesto buku jingga

32 ulasan:

  1. serius ptptn betul2 dah mansuh?baru lps spm ni.result kali ni still blh mhn scholar tpi kena compete ngan bdk stret a's rmi *pdn muka:/
    peliklah jgk bdk2 skrg.hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. kalo la ptptn da mansuh.....
    Hooreyyyy

    BalasPadam
  3. Samapi skrg msih tersemput nk byr blik duit ptptn..dh la susahny nk cr keje skrg...makin menekan hidup la nie...kerajaan ni bukan nk amik thu..sgt kesusahan rakyt.mne slogan...rakyt didahulukan..?rakyt didahulukn dengn kesusahan kah..?adoiihhhh....:-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2 laaa.. ko jangan pk ko pnye susah sorg je.. org lain pun susah juga.. kalo ko x nak bayar camne adik2 ko nak masuk uni macam ko nanti.. bersyukur la org bagi pinjaman.. dapat gak ko belajar.. rezeki ada di mana2.. tak semestinya kena masuk kerja ngan gov or swasta pangkat tinggi2 setaraf ngan pelajaran ko je baru boleh dapat rezeki dari Allah.. bermula la dari bawah.. walaupun gaji tak banyak tapi tetap juga rezeki namanya.. jangan berlagak terus nak duduk atas.. kalau tak mulakan dengan perniagaan.. 99 pintu rezeki adalah melalui perniagaan..

      Padam
    2. Jia,

      Apa punya la keluhan... susah nak cari kerja? yer mmg semua org susah nak cari kerja.. aku dulu abis graduate, ko nak tahu aku kerja apa? aku masuk ladang kutip biji sawit satu guni rm3.00(sehari dapatlah dalm 10 guni)... sedangkan aku lulusan accounting.. dalam pada yg sama aku cari kerja.. kau tahu berapa lama tempoh aku baru dapat kerja tetap? 4 tahun! ko nak tahu rintitan pekerjaan aku? aku cakap eh.. mula2 aku kutip biji sawit kat ladang felcra.. ada la kerja dlm 5 bulan.. pastu aku dapat ngajar jd guru pengganti.. dapatlah ganti cikgu yg cuti bersalin then cuti bekursus.. lepas tu nganggur lagi kejap.. masuk ladang balik.. then kebetulan ada projek naik taraf jalan kat kaw. aku.. aku apply dapat lah jawatan lab assistant(xder kaitan pun dgn akaun) kerja la dekat dua tahun.. abis tu tamat kontrak nganggur lagi kejap.. pastu apply plak jadi JURULATIH plkn.. dapat la 3 bulan.. pastu baru aku dapat kerja tetap yg berkaitan dgn pengajian aku dulu.. aku kerja situ dlam 3 tahun.. then baru aku dapat kerja tetap yg berbaloi dgn gaji dan kelayakan...sepanjang tempoh tu nonstop aku belek surat khabar carik jawatan kosong, tanya kengkawan, resume antar sana sini, pergi jabatan pendidikan antar borang jadi GSTT.. bukan satu pejabat pendidikan jer. selagi ada kawasan yg dapat aku pergi naik motosikal tu aku antar.

      kelulahn ko buat aku meluat! ko nak harap semua nak disuap ke mulut! nanti ko berak pun nak suruh org lain cuci.. Sedarlah.. ko pergi mana2 dunia ni, ko kena cari! ko kena usaha! kalau setakat nak mengeluh harapkan kerajaan nak bagi kerja.. MIMPILAh ko pUAS2. kalau tak Ko kAWIN jer! tu jer jawatan kosong yg mudah dapat. janji ko ada B/F ko ajaklah kawin dapt jawatan jadi suri rumah!

      Padam
    3. 2 la blaja men2,
      klau dean list xyah la byar blik..
      statement bodoh mcm gampang!

      Padam
    4. keje memilih,
      nk yg dlm air cond je...
      puii

      Padam
    5. pinjam nak ..bayar taknak.. tu mmg lumrah manusia yg tak reti bersyukur..

      Padam
    6. ~(;A;)~ eee.. simpati nye aku dg naseb yg melanda diri kau,cik jia oii.. :p


      hmmpphh..banyak cantik muke hg. sume nak harapkan orng tolong. usaha lah sendiri. eee.. sakit hati makcik haihh, bace komen kau, geli pung ade. LOL

      Padam
    7. btul kate blogger kt atas nie . kptsn kt tgn kite . ptptn pon x pkse soh pinjam . kte y kne tntukn nak atau x nk pnjm ptptn . ptutnye sblm sign agreement pk dulu . skang bile suh byr blik byk bunyik lak ! time ptptn msuk tiap awal sem punye la ko suke , bli itu ini . pndy pnjm pndai la bayar blik !!

      nnt bile da ade anak soh ank ko blaja rerajin xyh pnjm ptptn . byk lg biasiswa bley apply . jgn jdik mcm ko . suh blaja mls , nk byr pnjmn pon mls !

      Padam
  4. Saya pun kurang setuju mansuhkan ptptn sbb kalau buat begitu kemungkinan negara kita boleh bankrap. Tapi ptptn ni pun satu, pinjam tu pinjam juga kenapalah bunga dan kos pentadbiran dia mahal sangat sangat sangat? hmmmmmmmmmmmmm.. sbb tu byk yg bayar lamsam

    BalasPadam
    Balasan
    1. actually ini bukan masalah bankrap dear... tapi lebih kepada isu berdikari... boleh nak mansuh tapi mansuhkan bahagian yuran pelajaran sahaja... bab belanja sendiri tak boleh mansuh... yelah kalau sampai makan minum baju sewa rumah kereta motor rokok komputer tgk wayang handphone pun nak subsidi kerajaan tanggung, baik tak payah belajar mcm tu

      Padam
    2. BETUI2.. tapi yuran tu kene lah bayar sikit,half ke.. nnt blajar main2. bukan leh percaya sgt ngan student msia nieh, termasuklah aku sendiri. hoho. dulu bile kantoi time foundation, kene tarik balik biasiswa.. then dituka kpd pinjaman. baru la rase bertanggungjawab bile blajar pakai duit pinjam. hehuuu.. yup, kalau nak kurangkan interest aku pun setuju. tp kalau mansuh PTPTN terus, sat g aku yg buat demo kekalkan PTPTN. haha

      Padam
  5. Mansuh pun bagus jugak. Baru lah budak budak kita nak belajar rajin rajin. Nak pinjam tempat lain result ke boom boom paw :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. mansuh baru nak rajin??? jangan harap la cik kak oii.. selalunya barang2 free ni dibuang2 je tepi jalan.. macam juga perempuan kalau dah lobos orang buat main2 je.. bukan nak amik jadi bini.. barang free kan???? maaf la kasar bahasa aku ni.. tapi memang kenyataan.. biarpun pahit terpaksa kena telan.. orang2 melayu kita ni dah terlalu banyak lemak.. sebab tu terlalu manja.. semua kalau boleh nak free.. kalau macam tu apa kata suruh je kerajaan tanggung kos sara hidup.. tak payah kerja.. tak payah usaha.. duduk rumah tunggu tiap2 bulan kerajaan datang bagi duit.. takpun nak suruh kerajaan setiap kali waktu makan datang suap nasi kat kita.. kan senang macam tu???

      Padam
    2. memang skg ni expenses agak tinggi. mcm2 nak kena kita tanggung dan datang bermacam2 jenis material dan sosial life yang dihidangkan untuk kita gunakan. semuanya RM. tak kecik besor.
      so pelajar perlu tanggung semuanya termasuk yuran pengajian ketika melalui tahun2 mengejar ijazah.kuncinya pinjaman mudah.
      peranannya membantu tp tanpa disedari ia sangat mudah utk kita mengakseskan diri pada dunia.kebanyakan pelajar kurang penilaian ttg berjimat dan belanja utk perlu.akhirnya pinjaman mudah itu membebankan apabila melepasi tahun2 belajar.

      Padam
    3. y berbayar pon blaja main2 .. ni kn plak education free . for sure dpt graduan y XDE KUALITI langsung . besepah2 la graduan nnt . lg susah ko nk dpt keje . pk dulu sblm ckp !

      Padam
  6. huhu.. manusia xpernah puas.. tak patut mansuh.. kalau kasi semua free.. alamat pakat tak belajar laaaaa.. orang bagi pinjam pun belajar gitu2.. kalau bagi free? tak belajar langsung la jawabnya.. ikut jiwa muda.. mati..

    BalasPadam
  7. cakap jer bleh la....hutang pn berjuta lemon...ni kn nk bg free ptptn...hahahha....

    BalasPadam
  8. nak undi PR cmnea daftar pemilih pun xbuat...buat demolah studenta kita..hehehehehehehehehehehhehehehehehehehehehehehhehe

    BalasPadam
  9. demo la besh..bagi aku ptptn ni kena adil la sket..

    kalu dapat first class honour, jadi biasiswa..aku setuju sgt bab ni

    tp first class honour antara satu universiti, tak sama taraf nye ngan universiti lain..

    contoh, 2nd class lower UM, kalu masuk kolej diorg ni senang2 je dapat first class honour, tp masuk UM jadi 2nd class lower..byr kolej swasta lagi mahal, and peruntukan pTPTN utk kolej swasta lagi besar..so diorg senang2 dapat free..

    jd patut ada mekanisma utk kasi fair and square menda ni ikut ranking universiti ke etc

    BalasPadam
  10. isu ptptn ni di timbulkan adalah salah satu strategi oleh PR...kalau siapa2 sini pernah tengok cerita tamil, sama la macam mana PR buat kat malaysia skang ni, gunakan isu untuk buatkan pelajar berdemo, jika tak berkesan suatu hari nanti mungkin mereka akan buatkan pelajar merusuh pula....

    BalasPadam
    Balasan
    1. semuanya kau no komen.kalau nak bg pinjam ambik balik yg pinjam lah bai.ini caj gila2 apa kejadahnyer...nak berniaga buat ptptn trd lah bai...

      Padam
  11. agree..
    ptptn beri lebih dari yuran pengajian..so kalau ikutkan dasar free edu mean yuran pengajian je yang boleh ditanggung..selebihnya sendiri mau ingat..sape suruh ko beli samsung galaxie note,moto,belanja awek tgk wayang,etc..

    interest pun issue jugak..pinjam 15k seeloknya bayar balik 15k..untuk pelajar cemerlang(anc /first class)mayb boleh shift kepada biasiswa..three pointer mayb 30% less..others grade kna bayar ikut normal..

    pinjaman tetap pinjaman..
    humble point of view..
    :)

    BalasPadam
  12. apa yang aku nampak..student yang pinjam pada usia muda ni lepas belajar dia tak ada responsibility untuk bayar hutang.. mungkin terkejut sbb sebelum ni ditanggung oleh lever brothers...& that why they dont have attention to pay back.. yup setuju graduan yg ingin belajar U mesti yang betul2 ingin belajar dan matang supaya dia paham tanggungjwp selepas belajar..lagi pun student yg sain surat pinjaman dulu bukan baca sampai habis pun syarat2 pinjaman.. bila xdpt byr salah kan org lain..huh! what a shame..

    BalasPadam
  13. its fucking disgrace - drogba cakap

    BalasPadam
  14. ptptn yang berbunga-bunga yang over.. mulalah menabung untuk anak-anak anda sejak dari kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju beb.. buang la bunga to dlu.. yg setuju xmansuhkan ptptn myb skt ati sbb diowng dah byr.. melayu still batak n iri hati sampai tua...puihhhhhh

      Padam
  15. Sapa yg rasa PTPTN mahal, membebankan, korang pinjam je ngan Datuk Seri Anwar Ibrahim.. gerenti loan tanpa faedah, ataupun pinjaman dimansuh terus..

    BalasPadam
  16. buat mcm mara xley ker??? degree aku 3.45 keseluruhan.. tp kena byr semua... byr separuh jadi la huhuhu..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. degree ko 3.34 tu baik ko cari kerje bagus bayar lebih skit kat ptptn utk anak2 ko pulak....bukan cara ko mak minta separuh...apa dah...xreti bersyukur...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.