Halaman

Khamis, 26 April 2012

So BERSIH haram ke wajib?

Di Malaysia sangat unik. Sape2 pun boleh keluarkan fatwa dan hukum walaupun org itu bukan mufti atau ahli majlis/jawatankuasa fatwa.


Haram wei sokong Ambiga. Aku dah sangat malu dah ni. Sumber Utusan Meluat.


Kalau tak pergi Dataran Merdeka ni berdosa ni sbb wajib. Sumber Harukah.


Ni lagilah, siap kena taubat lagi. Tapi ni cerita lama laa utk Bersih 2.0 dulu. Sumber Berita Harktuih.


Sedangkan mufti pun ada pihak yg tak percaya kerana dikatakan sering mengeluarkan fatwa yg menyebelahi pihak kerajaan of the day. Maka terjadilah situasi di mana agamawan dari pihak masing2 saling keluar fatwa dan hukum mengikut kepentingan politik masing2. So siapa yg kita nak ikut? Terserah, ikutlah parti politik mana yg menjadi imam korang.

Kalau korang rasa nak pergi sangat Bersih 3.0 kat Dataran Merdeka tu pergilah. Kalau korang rasa nak tgk TV kat rumah ke, nak gi tengok The Avengers kat wayang ke, nak pergi berkelah kat Port Dickson ke ikut suka kau. Buatlah apa saja mengikut apa yg kau percaya dan apa yg kau perjuangkan. Cuma pesanan aku, berani buat berani tanggung, itu sahaja. Yang pasti, aku takkan masuk KL 28 April ni, confirm jem teruk.

Yang pasti, yang kat sini baru betul2 Bersih Sampah Haram...

Dan oh ya... mengambil gambar di Mekah dan Madinah dgn banner BERSIH dan memakai baju kuning bukan bermakna ia menjadi suatu yang suci juga...


Sama juga seperti Shahrizat pergi mekah buat umrah setelah kantoi isu NFC lembu tak menjadikan anda suci dan bebas dari dakwaan tu.


Sumber sini dan sini.


tags: hukum fatwa demo perhimpunan bersih 3.0 dataran merdeka ambiga haram wajib harus taubat mufti muafakat ismail mina ahmad nik aziz nik mat akademik islam dr fadlan mohd othman ukm politik pas bn sampah

13 ulasan:

  1. betul2 flip flop sungguh... yg nampak sikit adil dua2 pihak cuma dr asri... lain semua mmg nampak sgt ulama politik... yg jadik mangsa sape? rakyat marhaen mcm kita jugak

    BalasPadam
  2. Taktahu nak sokong sape. Rakyat jugak yang tersepit --"

    BalasPadam
  3. kahkahkahkahkah..
    only in Malaysia like this meh..

    BalasPadam
  4. "Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," - Kata Nik Aziz.

    Tapi tajuk akhbar kata, "Hadir Bersih 3.0 Wajib".

    Macam-macam. Apa wartawan yang tulis akhbar tu faham tentang kenyataan Nik Aziz?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry link sumber salah... aku dah betulkan... boleh rujuk artikel penuh kat link tu... dari suratkhabar Harakah ye

      Padam
    2. ntahnye ko noob..konon ko atas pagar ah???
      kot ye nak jadi xmemihak..please lah pahamkan ape yg dicakapkan oleh si pengeluar kenyataan...bukan men buldozz je..

      pathetic la ko neh..

      sume nak kene suap..xleh nak carik pencerahan sendri..perangai umno je suka org suap2 ni..kebenaran masih samar..

      Padam
    3. so yg men buldozz kenyataan nik aziz tu sapa? wartawan dan editor harakah serta penyokong pas mcm kau?

      penyokong PR ckp wajib pergi bersih, tak pergi berdosa. penyokong BN pulak ckp haram pergi bersih, berdosa dan kena bertaubat. adakah hukum tu boleh berubah mengikut org itu menganut ideologi politik yg mana satu?

      Padam
    4. PON..ko perlu belajar usul Fiqh sebelum keluarkan artikel macam ni..serius..

      Padam
    5. ni mesti dari ADB ni... ok utk org2 yg kurang ilmu fiqh macam aku ni dan mungkin juga kau, para ustaz dan alim ulamalah yg menjadi panduan kepada kita. tapi apabila para ustaz dan alim ulama yg berlainan ideologi politik mengeluarkan fatwa dan hukum yg berbeza, kau rasa tak ke akan menjadi kekeliruan di kalangan umat islam yg lain? so kalau kes mcm ni sapa yg kena belajar usul fiqh di antara para mufti, tok guru nik aziz, ustaz ismail mina, ustaz fathul bari, ustaz azhar idrus atau dr fadlan?

      Padam
  5. Masih juga belum jumpa perkataan "hadir Bersih 3.0 wajib" oleh Nik Aziz sendiri. Hanya diterjemahkan oleh penulis akhbar sebagai "Wajib hadir" dan dijadikan tajuk.

    Penulis akhbar patut lebih amanah.
    Wajib = tak hadir, berdosa.

    Sekiranya benar itu kenyataan Nik Aziz sendiri, (dengan rasa rendah diri dan masih menghormati Nik Aziz sbg seorang yang berilmu), aku TIDAK SETUJU dengan kenyataan wajib hadir. Mungkin ada perkara yang aku tak nampak, tapi dia nampak, membuatkan dia mengeluarkan kenyataan seperti itu. Setakat ini aku belum jumpa mana-mana kenyataan Nik Aziz sendiri mengatakan "wajib hadir".

    Cukuplah bagi mereka yang tidak hadir, menyatakan sokongan terhadap beberapa tuntutan yang dirasakan patut dan benar. Menyatakan sokongan samada di dalam hati, atau mengikut cara sendiri.

    BalasPadam
  6. Kalau perhimpunan sebegini, ok ke?

    http://s8.postimage.org/ne5d2vxqd/260474_245690182124814_100000515022884_1043662_5.jpg

    Bersih bandaraya, tapi tetap membuatkan jalan sesak.

    BalasPadam
  7. sokong ustaz wahabi pon haranm gak tapi pasai dah masuk umno ostad wahabi jadi halal & toyiban keh3x..cer tanya osetad wahabi apa hokomnya sokong pemimpin yg isterinya melakukan perbuatan fasik, dan membesar dengan duit yayasan yg mempunyai saham sykt judi genting,...mesti osetad alwahabi akan menjawab kona sana kona sini.sapa yg sokong ambiga? ismail mina tu osetad mana? mazhab al-malayu kot, berapa kitab dah dia tulis/karang...sokong assobiyyah masuk surga kot pasai nabi tak ngaku umat.

    BalasPadam
  8. sebab politik umat islam pakat jadi jahiliyah..bodoh!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.