Halaman

Ahad, 27 Mei 2012

Drag racing yang WTF

Aku tak berminat dengan sukan bermotor. Baik Formula 1 , Rally Paris -Dakar , Drag Haram tepi Highway, Drift dekat belakang Istana Kehakiman , Aksi Rempit jalanan dan sebagainya.

Ya, dan aku pernah mengikut lumba motosikal haram selepas zaman aku SPM dulu. Itupun sekali sahaja.

Sebab pada aku sukan bermotor sangat membosankan.Baik yang halal ataupun haram.

Kejadian malam semalam di Karnival Himpunan 1 juta  Belia Putrajaya 2012 yang menyebabkan 2 orang cedera parah dan 15 yang lain cedera menguatkan lagi perasaan aku..Sukan bermotor ini sangat bahaya dan BOSAN.


Ciri-ciri keselamatan penonton dan kereta drag tersebut sebijik macam Drag haram. Macam Blog serius review..Ya inilah mentaliti Third World Country macam Malaysia...

Asal boleh race, sudah....

Dan Menteri terlibat berkata, pihak keluarga mangsa faham dengan risiko tersebut dan tiada tindakan akan diambil ( Buletin Utama ,TV3, 27 Mei 2012)

Dan pihak lagi satu akan berkata pula, inilah BALA sebab buat karnival ala Hedonis.

Apa-apapun, aku berdoa semoga mangsa-mangsa yang terlibat selamat.



Boleh tengok Drag Race lagi kan....

Untuk keselamatan litar Drag , boleh wiki di sini dan sini. Kalau lebih detail kena Google sendiri

10 ulasan:

  1. Kalau jarak penonton dengan trek dekat macam tu, den tak berani nak tengok. Bahaya.

    BalasPadam
  2. lagi satu ni bro..^.^
    malang tak berbau..^.^
    semoga mangsa-mangsa yang terlibat selamat..
    InsyaAllah..^.^

    yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
    NINJA

    BalasPadam
  3. Gua nak komen jugak. Disebabkan xcident drag race ni, menteri shabery cakap,

    "Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan meminta Kabinet mempercepatkan kelulusan pembinaan litar bagi perlumbaan 'drag' bagi mengelak kejadian tidak diingini sekiranya ia dianjurkan di jalan raya."

    http://www.malaysiakini.com/news/199186

    Dah tahu bahaya kenapa anjurkan jugak di jalan raya tanpa sebarang kawalan keselamatan? Kalau tak boleh nak sediakan safety measure janganlah anjurkan dekat jalanraya. Tak pun anjur je dekat litar sepang, selalu je orang buat drag battle kat situ. Asshole sungguh, lepas tu cakap macam nak lepas tangan je. Ingat nyawa seorang manusia tu murahan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. percepatkanlah buat jln2 yg selamat utk org balik kampung2..jgn main tampal2 jer..terutama kat swak..kita org kat msia ni kalau dah terjadi perkara buruk..baru nak kecoh...mana ayat safety first..

      Padam
  4. NAnti bila buat track ...ada yang kata membazir pulak.......penat....

    BalasPadam
  5. seriau gua tengok kereta tu langgar. Semoga mangsa selamat.

    BalasPadam
  6. x payah buat track..upgrade je litar atau jalan sediada dgn full safety spec dan ada panel penilaian keselamatan dari pihak luar negara..sory yea, 'QA n QC' dlm negara kureng sikit..mcm singapore, x pyh membazir buat trek untuk F1, just upgrade jalan je..jalan tu pun leh pakai time biasa..peace

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.