Halaman

Selasa, 22 Mei 2012

Seksual fetish dari Kelantan

Tahniah di atas kejayaan Kelantan mengalahkan Sime Darby dan seterusnya menjuarai Piala FA. Tapi entry kali ni gua bukan nak cakap pasal bola, cuma ada kaitan dengan Kelantan. Gua heran apa sebenarnya masalah orang Kelantan ni? Orang Kelantan jangan terasa ye, gua bukan cakap semua orang Kelantan, mana yang berkaitan sahaja.



Admin besar Buasir Otak pernah satu ketika post video Tubik Masuk kat sini. Masa tu gua tak amik port sangat. Tapi bila gua layan balik, gua tengok banyak pulak video lagu2 yang sama jenis dengan lagu adik Wani ni yang so-called Dikir Barat Moden a.k.a Dikir Dangdut yang disertai dengan tarian2 erotik, eksotik, lucah dan memberahikan oleh gewe2 kelate yang sangat seksi.

Serabut wei aku tengok

Seriously kat negeri lain mungkin ada juga, tapi setakat ni takde la yang gua jumpa siap jual album, buat video klip yang menghairahkan dan post kat Youtube (kalau ada sila bagi link kat komen). Walaupun aku tengok komen kat Youtube ramai yang maki, tapi kalau takde permintaan takkan la diorang boleh nak buat album, buat video klip dan jual VCD karaoke. Mereka boleh bertahan sebab mereka mesti ada peminat dan juga pembeli album tegar, terutama jate2 yang seksual fetish dia semacam ini, antaranya yang dok seronok komen berahi dan puji diorang kat Youtube.. Mungkin ada yang troll tapi komen2 sebegini yang menjadi pembakar semangat kepada artis2 serta pembikin2 album ini untuk terus produce video2 penyanyi ghairah seperti ini. Yang lagi tak boleh blah, video2 diorang ni mesti at least 50K viewers dan ke atas, malah lagu dikir serabut weh tu mencecah lebih dari 400K view.


Kalau tengok pakaian adik wani dan ain manja dalam video klip ni dah macam pornstar murahan dah aku tengok. Nak tunjuk sangat coli tu tunjuk jelah, tak payah la cover2 dgn kain transparent


Semua orang Kelantan tahu ke kewujudan artis dan album2 ni? Tok guru Nik Aziz tahu tak pasal benda tak bermoral ni? Harap2 tindakan sewajarnya dapat diambil kerana orang2 seperti ini yang akan memberi nama busuk kepada negeri serambi mekah ini.

Ada orang cakap penyanyi ni org siam dan video2 ni dibuat di Thailand. Tapi apa yang aku baca kat sini, salah seorang penyanyi seksi dan yang terpopular iaitu adik wani ni orang Tumpat. Tak tahulah, kalau aku tipu maksudnya dia tipu koranglah...
Profil
Adik Wani mula terbabit dalam industri muzik di Kelantan sejak berusia 13 tahun dan sehingga kini sudah menghasilkan lebih 20 album. Terbaru, dia muncul dengan album baru berjudul ‘Tokseh Karpet’ keluaran Etnik Production yang turut menampilkan artis seperti Man Khan, Rosalinda, Jemie Intan Berlian, Aris Kapilla, Yoe T.M dan penyanyi baru, Ayu Baby. Berasal dari Tumpat.
Bacaan lanjut pasal adik Wani kat sini.


"Owwhhh aku rasa ni video ni mesti UMNO yang buat, konspirasi untuk jatuhkan kerajaan PAS Kelantan...", kata seorang rakanku. Gua geleng kepala dan terus blah...


Tapi yang lagi lagi lagi tak boleh nak blah, ada pulak mat saleh sesat mana buat cover lagu dikir serabut weeehhhh tu... Dalam banyak2 lagu glamer kat Malaysia, lagu ni jugak dia cover lawak sungguh.



tags: dikir moden dangdut tarian erotik eksotik sexy seksi gelek gerudi lucah rangsang berahi porn fetish kinky awek gewe gadis perempuan kelantan siam adik wani azmahirwani nordin ain manja elyana erma rosalinda tubik masuk serabut weh kito ore tino album vcd karaoke video jaguh serasi final piala fa cup sime darby 1-0 stadium putra bukit jalil

31 ulasan:

  1. adik wani ore kelantan, kebanyakan video klik lagu2 adik wani di buat di tok bali pasir putih kelantan dan di besut terengganu,ambo tahu sebab pokku kamal tukang karut tu sain ambo,,,, malah ambo selalu jas ikot pokku kamal ko pertunjukan dikir barat sekitar terenggau kelatan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pahtu bakpo mu dop nasihak sikit kat adik wani tu

      Padam
    2. bakpo x nasihat? Dah demo tu lg tu..celup dlm air yassin pun kalu hati tokse x leh gak..mcm demo duk nasihat ko sain demo jgn bjudi, tutup aurat, jgn buat projek, jgn ambik rasuah, sero sain2 demo dgr x? Kalu demo sendiri 'lok lak' lg loh ore tokse dgr

      Padam
  2. dikir barat ke camni...hmmm...baik tgk karoot komedia =p

    BalasPadam
  3. Speechless~ serius pestime tgk vdeo ni den ingat org luar sebelah sempadan kelantan tu... huhuhu... =_="

    BalasPadam
  4. Salute to mat saleh

    aku bose bose bosee

    BalasPadam
  5. Lain orang lain cara nak glamer...=.="..tapi kalau glamer sebab orang nak try je baik x payah.

    BalasPadam
  6. alahai naif nya tuan umah..dlm satu keluarga yg bpk alim mcm ustaz ke, mufti ke, hakim mhkmh syariah ke dll belum tentu anak2 dia 'menjadi' mcm dia..apatah lg rkyt kelate yg beratus ribu..jgn nk kaitkan TGNA atau serambi mekah ke dgn gejala sosial..kt mana2 pun ada..hatta kt arab saudi, mesir, iran yg dikatakan negara islam pun ada zina dgn maksiat jugak..jgn jumud..bukak minda sikit..

    BalasPadam
  7. nk suruh TGNA buat sesuatu dlm hal nie? Ibarat suh najib tgur rosmah pakai tudung, ibarat suruh najib tutup bapak kasino kt genting, ibarat najib suruh vincent tan tutup toto, ibarat najib x bg melayu masuk disko dan minum arak..dan byk lg..so pikir lah sendiri..jgn duk jatuh tanggungjawab ke bahu ssorg je..fardhu kifayah, kalu org lain x buat kite kena buat..sama2 masyarakat membasmi benda2 maksiat kt bumi msia nie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang kau ni nak dok kalut politik2 sangat pasai apa... aku cuma tulis Nik Aziz tahu atau tidak pasal benda ni, dan salah ke aku mintak kerajaan negeri ambil tindakan yang sewajarnya? ada ke aku tulis semua maksiat ni terjadi disebabkan Nik Aziz dan semuanya salah kerajaan negeri PAS? memang la kat mana2 ada maksiat, ada ke aku tulis maksiat hanya berlaku di negeri Kelantan sahaja? baca dan hadam la dulu dol sebelum nak tembak pun...

      Padam
    2. mmg lah, tp perspektif ko seolah2 ckp sebaliknya..nape nk kaitkan TGNA dlm hal nie? Nape nk kaitkan kerajaan negeri kelate dlm hal nie..nie suatu bidang muzik tp byk dipelopori rkyt kelate..xkn lah semua hal TGNA nk handle, kalu ada benda dlm kelambu pun nk suh TGNA ambik tahu ke..dol betul lah ko nie..mmg mcm patrick..

      Padam
    3. nape ko x salah kan setiap km atau mb dan kerajaan negeri kalau ada disco, tiger show, zina, maksiat, bdk kecik tgk blue dan sebagainya kalu blaku kt negeri tu? Nape ko selektif kt kelate je? Perspektif ko satu hala je ke?

      Padam
    4. ada aku cakap aku salahkan sape2 ke? dan kenapa aku selektif kt kelate? dah topik utk entry kali ni aku buat pasal dikir dangdut, tentulah aku citer pasal kelantan sebab benda ni ada kat kelantan je. kalau dikir dangdut ni ada kat melaka ke johor ke dah tentu aku cerita pasal negeri diorang jugak. nak cerita pasal negeri lain tunggu la kat entry lain kalau ada isu lain. even ada entry aku yg lama2 aku cerita pasal negeri sabah negeri termiskin. kau ni moron ke apa?

      Padam
    5. abis tu yg ko pi petik tgna dgn kerajaan negeri apsal? Mcm nk salahkan org je kerja..kenape x salahkan diri sendiri je..dh rasa benda tu salah napa sendiri x buat report kt jakim ke, jaheik ke, dll??

      Padam
    6. seriously, apa masalah kau sebenarnya. before this gua petik nama najib, anwar, takde pulak org butthurt gila babi mcm kau ni. aku takde pun kutuk Nik Aziz, aku cuma tanya dia tahu ke pasal kegiatan ni? ayat aku ni ada macam nak salahkan dia ke? dan aku siap bagi pesanan "Harap2 tindakan sewajarnya dapat diambil kerana orang2 seperti ini yang akan memberi nama busuk kepada negeri serambi mekah ini." so apa masalah kau sebenarnya? life goes on brother, sila move ke entry2 lain.

      Padam
    7. jgn dok kalut sgt gakk kito nieee....baco dgn fikirae terbuko buleh dok?

      Padam
    8. xyah nk gaduh2 sangat aih....
      aku dok kat klantan 3 tahun ngaji kat sana...
      ngan aku dok k.l 2tahun keja...
      smua masalah sosial sama ja...
      punca...????? MAK BAPAK xleh nk control anak2....
      siap sokong lagi.... apa kebabian kah itu!!!?????
      nk harap mnteri2 yg control menda2 camnih...???
      anak2 diorg pun xterbela.... cmne nk control anak org....
      la ni.... angpa suma toksah dok wat loqlaq maki sana sini....
      baik wat solat hajat, mtak ALLAH S.W.T xturunkan bala kat malaysia nih...
      apa da.....

      Padam
    9. Jika sesuatu isu negative di sudut agama yang melibatkan Kelantan, selalunya mesti menjadi isu yg sensitif.
      Ia terjadi disebabkan adanya tok guru dan mewakili tokoh politik malah ianya pembangkang pada kerajaan sedia ada hari ini.
      Ia bukan sebb orang lain. Di kedah berapa banyak tok guru? di Terengganu berapa banyak tok syeikh?
      Di negeri2 lain, berapa banyak ilmuan2 Islam yang ada. Ada sesiapa boleh jamin akan tiadanya maksiat dinegeri2 lain?

      Tetapi mengapa ianya seperti hambar? Kerana orang se'kuat' Nik Aziz tiada di situ.

      Percayalah, sekiranya Nik Aziz tahu perkara ini, pasti ia akan tegur, walaupun dgn teguran itu menyebabkan PRU akan datang dia kalah.
      Dan percayalah, dengan ilmu yang dia ada, dia akan tegur dgn cara yang paling berhikmah setakat yang dia mampu.

      Berbalik isu maksiat seperti ini, semuanya disebabkan ingin mencari redha manusia. Jadi, buatlah sesuka hati.
      Benda ni terjadi, bukan salah mak bapak dia semata2. Lihatlah hiburan2 yg ada sekarang, macammana media menggunakan org2 yg lemah fikiran
      utk mengaut keuntungan.. maka berebut2lah ibu bapa nak masukkan anak ke akademi ntah hape2..
      sampai habis beribu ringgit, menangis tak terkata.. dsb..

      hasil dari situ jugaklah, lahirnya golongan2 yg ingin jadi spt itu tapi mengikut cara mereka sendiri.. adik wani la hape..
      semuanya hasil dari pengaruh media yang tak pernah disekat..
      mengapa kuasa media begitu kuat?
      mengapa media tidak ditapis?
      Ramai orang tahu sebabnya.. panjang cerita kalau nak cerita satu2..
      Dan aku tak salahkan media sepenuh..

      Jadi isu2 macam ni saling berkait.. sedar tak sedar, kita jugak ada menyumbang dlm isu maksiat ini.. benar atau tidak, harap2 kita tiada saham dlm isu spt ini..

      kawan anda (argghh.. dah start ada nickname la pulak)

      Padam
    10. dh lah kawan anda, dh berasap tuan tanah nie..paling xnk jwp pun dia suh ke entry lain je..kah kah kah kah kah

      Padam
  8. jawab bro,jawap..anon fanatikus ni,tp ada point .

    BalasPadam
  9. nnti suruh org dikir dangdut pakai tudung labuh dan tutup aurat..kui kui kui..

    BalasPadam
  10. kalau nak moden sikit boleyla dgar cover lenka cinto auw auw vdeo pun ok gakla..haha!dlm banyak2 ahli dlm kump ni wani je suara sedap lain2 goyang2 badan jela..lagu cemburu buto best ape..

    BalasPadam
  11. tu la pasal serius aku pun kadang2 tengok adoii bila pulak ada dangdut versi kelantan nie.. terfikir pula aku tapi pastu malas nak membuasirkan otak aku terus tutup utube tu. haha

    GEMPAR!! Artifak Tahun 1880 Yang baru dijumpai


    Gambar : Kampung Tapak Pembuangan Bahan Elektronik

    BalasPadam
  12. mmg terus buasir otak aku tgk vid ni..hahaha..ni pelacur mana plak yg tgh tergedik2 ni..aduwai..

    BalasPadam
  13. hahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaa!!!! mat salleh tu macam sial..hahahahahahahahahahahahahaa

    BalasPadam
  14. dikir barat sekarang memang teruk hingga ni mengalahkan tarian bogel..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.