Halaman

Rabu, 6 Jun 2012

Cinta itu sangat mahal harganya

Ramai orang melayu mempunyai sifat malu tapi mahu yang sangat menebal. Ada antara kita yang merasakan mereka tiada rupa paras yang cantik lantas rasa rendah diri, tidak pandai berkawan, malu untuk meluahkan perasaan dan rasa cinta pada orang lain, tapi masih ingin hidup berpasangan, berkahwin dan bekeluarga seperti orang lain. Dan atas sifat2 itu, ada yang mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan cari jodoh online yang cekik darah.


Gua ni bukanlah desperate sangat pun nak kahwin, tapi gua saje je nak la jugak usha wanita2 dara atau janda2 muda yang sedang mencari jodoh kat website www.myjodoh.net yang dah beroperasi seawal tahun 2003, yelah nak tau jugak ciri2 lelaki macam mana yang orang perempuan cari, sambil2 tu mana tau ada hok yang come2 lote yang berkenan di hati. Ok mula2 gua kena register, dgn sabar gua isik satu persatu maklumat (yang palsu). Lepas register, authorize email apa semua, baru gua dapat masuk ke aplikasi myjodoh ni. 1st sekali gua nak tengok ciri2 lelaki yang kebanyakan wanita cari.


So rata2 memilih lelaki yang baik, beragama dan menerima mereka seadanya. Ok saya dah ada semua ciri2 tu (harktuiih). Kemudian gua buat try buat carian pulak, skop umur gua kecilkan ke lingkungan umur 20 - 30, tinggi 140cm - 175cm, berat 40kg - 70kg (peeergh bukan main lagi memilih), status perkahwinan = gua try yang masih anak dara, negeri sekarag = semua, negeri asal = XXXXXXX (mestilah sama dengan negeri asal gua senang nak plan balik kampung raya nanti).


Ramai jugak yang mencari jodoh kat sini ye, tapi tak tau la ramai memang nak cari jodoh atau pakai fake profile nak skodeng orang je. So gua klik la kat satu profile yang ada gambar thumbnail comel nak tengok gambar dia, sekali dia tak bagi, gua kena upload gambar gua dulu baru gua boleh tengok gambar orang lain... hampeh. Takpe inilah yang dipanggil mutual agreement, so gua carik kat Internet gambar artis yang rupanya ada iras2 muka gua tapi takde gaya macam artis sangat, kemudian upload. Gua kena tunggu sehari untuk admin approve gambar gua tu, harap2 admin tak kenal artis tu. Sehari lepas tu gambar gua approved, so apa lagi gua carik la balik gambar awek yang gua search semalam.


Pergh boleh tahan jugak awek ni (gambar gua mosaic, korang nak tengok register sendiri huahuahua). So gua try carik beberapa awek lagi, kemudian lepas anak dara gua try search janda pulak. Ada yang boleh tahan lawa jugak. Tapi yang aku pelik kalau awek2 semua ni comel, cantik, lawa, takkan takde boyfriend kot? Mungkin jenis pemalu kat dunia nyata tapi berani di dunia maya.


Lepas tu tetiba masuk kat email gua macam2 peti pesanan dari user2 lain. Rupa2nya semua pergerakan kita dalam website tu telah ditrack dan user lain boleh tahu kalau kita tengok profile dia, malah semua aktiviti kita dipaparkan secara real-time kat main page. Tak privasi langsung. Tapi takpe... gua nak try baca pesanan2 yang user lain bagi kat aku. Sekali kalau nak baca pesanan orang lain kena bayar dulu. Takkan nak baca pesanan pun kena bayar kot??? Hampeh...


Lepas2 tu gua tak tahu kenapa, mungkin mula2 dia bagi free trial ke apa, tapi sekarang gua dah tak boleh nak klik profile orang lain, dia keluar "Harap maaf, sila langgan Pakej A atau B untuk membaca pesanan peribadi." So gua klik nak tengok apa benda Pakej A atau B serta harga dia. Aih dah macam jual software pulak ada free version, home version, enterprise version.


Harga pulak... bapak la mahal... ada yang sampai RM400 untuk 1 bulan. Ni baru nak mencari jodoh pun dah mahal macam ni, belum lagi kahwin nanti.


Dah la sekarang ni hantaran kahwin pun demand tinggi2, gila ke apa? Dah macam jual anak pulak. Kalau bakal suami kau tu kerja Executive Bank gaji RM4,000 sebulan bolehla kalau setakat hantaran RM15,000 tu, tapi kalau suami kau kerja Kerani Bank gaji RM1,500 sebulan, jangan kata RM8,000, RM5,000 pun terpaksa berhutang 10 tahun nak bayar hantaran, tu baru hantaran, belum termasuk kenduri kendara lagi, photoshoot ala2 Saiful Nang, lain2 belanja lepas kahwin lagi.


Orang ada master mintak sampai RM15,000 - RM20,000, yang ada PhD mintak sampai RM20,000 - RM30,000? Patutla aku tengok sekarang ni ramai perempuan yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar tak kawin2 lantas menjadi andartu. Yelah orang lelaki dah la nisbah dengan perempuan sikit, tak ramai pulak lelaki yang sambung belajar ambik master, PhD berbanding wanita. So perempuan ni pulak takkan nak kahwin dengan orang lelaki yang berpendidikan dan pangkat lebih rendah dari mereka. Kalau lelaki yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar pulak mesti dah berumur dan berkahwin. Kalau diorang nak kahwin lagi satu pun, mesti dia carik perempuan yang jauh lebih muda dan bergetah, last2 wanita yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar ni membujang la sampai ke tua kalau masih lagi nak memilih lelaki yang lebih tinggi pangkat dan pendidikan dari mereka dan juga masih lagi nak letak hantaran tinggi2.


Betullah zaman sekarang ni cinta itu bukan sekadar ungkapan cinta suci "I love you", "I love you too". Kisah dongeng orang wanita yang bertemu, bercinta dan berkahwin dengan douchebag prince charming sambil menaiki kuda putih yang akhirnya "And They Lived Happily Ever After... The End" memang tidak wujud. Cinta sekarang ini semuanya bersandarkan kepada duit... you ada duit, ada kerja bagus, ada kereta, ada degree, kita kahwin, mak bapak I pun setuju, hantaran mak bapak I mintak sekian sekian sekian. You takde duit, takpelah, mak bapak I pun dah tak berkenanlah dengan U ni, walaupun kita dah kenal dan bercinta selama 5 tahun, I kena ikut cakap parents I. Lagipun mereka dah pilihkan calon suami untuk I yang ala2 Ustaz Don gitu...


tags: cari jodoh website laman web portal myjodoh kahwin cinta mahal harga jumlah nilai wang hantaran mengikut pendidikan taraf akademik kelulusan mas kahwin wanita lelaki perempuan anak dara bujang janda duda gambar

30 ulasan:

  1. entah2 pompuan yg kat situ pon letak gambar fake jugak..ehehehe

    BalasPadam
  2. lol.. Aku tak belajar tinggi pun tapi apesal orang cop aku andartu gak? Aku tak memilih pun apesal orang cop aku andartu gak? Mak bapak aku bukan jenis jual anak apesal orang cop aku andartu gak? Senang salah kan perempuan.. So aku nak salahkan sape sekarang ni? Lelaki lebih banyak songeh dari perempuan sebenarnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Boleh tahan setuju jugak.

      Walau beriman macamana pun seorang perempuan itu, rupa paras yang cantik tetap menjadi pilihan nombor 1 mana-mana lelaki. Ini fakta.

      Padam
    2. kan?! Paras rupa tu sangat penting bagi lelaki.. See perempuan yang di stalking pun kat myjodoh tu perempuan yang comey2 dan kurus kering..

      Padam
    3. kenapa msyxda ada orang cop ko andartu ke? ko sikit punya hot meletup takkan takde pakwe kot. btw rupa paras tu no. 2, after marriage no. 1 is sex

      Padam
    4. kalau tak ushar yang cantik, bukan laki la kak chik oi. dah memang segala spesis laki straight lumrahnya pantang tengok pompuan cantik. No wonder la. Yang tak lalu pompuan cantik tuh gay ja.

      Bab mengushar, prioriti kat pompuan cantik.
      Bab menikah, cantik jugak tengok (budi pekerti, peribadi etc) tapi muka dah jadi kemudian.

      Anyway, depend la. lain orang lain taste. Cinta bukan boleh dipaksa.

      Andartu? tak dak jodoh nak buat lagu mana. sabaq naa. sok ada la orang masuk meminang tuh..

      Padam
    5. wow noob aku hot meletups? Then kenapa aku takda pakwe? Kalau judge dari pic aku ko nk kate aku hot sangat silap la.. Aku just faking n posing.. IRL xde lah hot.. So cmna aku leh nak ade pakwe? Yes orang cop aku andartu sebab i'm nearly to 30's but still not settle down

      Padam
    6. orang akaun aku fahamlah tang cinta tak boleh di paksa tu.. aku pun tak penah lah pulak paksa2 orang cinta kat aku..
      Tengok peribadi cntik ea? Aku insya'Allah cantik.. Cume mungkin aku tak berapa menjaga aurat aku..
      Tapi point entry ni buat aku butthurt hahaha sbb mcm salahkn p'puan andartu pulak too choosy, pndg rendah kat org, pandang material je.. It's so not true okeyh..
      Mudah2an ada lah orang meminang ye.. Insya'Allah..

      *kadang2 lelaki kena cermin gak diri sendiri elok budi pekerti ke? :)

      Padam
    7. not all lah msxyda tapi kebanyakannya mmg macam tu, sbb kuasa letak harga hantaran semua tu selalunya ditentukan oleh keluarga sebelah perempuan. tapi kalau ada jenis yg tak demand, sanggup menerima si lelaki seadanya dan bersedia utk memberi taat setia kpd suaminya nanti macam msyxda ni baguslah. sebab tu mungkin ramai awek2 register kat myjodoh.net tu sebab IRL susah nak carik calon suami yg betul2 memenuhi kriteria atau mungkin pemalu, tu pun sebagai salah satu usaha juga. tapi aku tak pernah kisah pun pasal perempuan andartu atau lebutu (lelaki bujang tua) sebab jodoh tu kuasa Tuhan, kalau kita usaha macam mana pun tapi dah ditakdirkan sampai ke tua tak kahwin nak buat macam mana, terima je lah...

      Padam
    8. okey.. Sorry la ter'emo' sikit.. Sebab ahad lepas baru menghadiri majlis perkahwinan dan di bash dgn soalan dan perkataan andartu tersebut.. And mereka tuduh aku terlalu choosy.. N then terbaca pulak entry ni.. So memang emo la..

      Padam
    9. Msxyda.

      Hehe. Rileks... rileks. Kalau tiada jodoh di dunia, di akhirat insyaAllah ada. Awak muda lagi :)

      Padam
  3. hahaha.. sungguh menarik blog anda..

    reality nye duit memang penting.. semua pakai duit.. kalau takde duit kawen gaks ada gaya asyik meminjam duit kat kekawan sebab budget lari katanya.. nak bayo duit anak, susu & lampin .. etc

    BalasPadam
  4. dah lama tgk myjodoh.net tu sejak2 dah kawin ni..dulu wa penah try test reg kat situ nk tgk2 pempuan2 yang nk cari jodoh ( ye ke carik jodoh?)... tapi jodoh wa bukan carik dalam myjodoh tu..takmain la awek intenet..kuikui..Prince of Noob ni bile nak kawin? hehehehe...

    BalasPadam
  5. wohoo. tak tahu pon ada website macam ni.
    tapi boleh dapat ke yang ikhlas kan?
    hmm. :)

    BalasPadam
  6. taktau pulak wujudnya myjodoh.net tuu . hahaa .

    BalasPadam
  7. Cuba hang usha Salawati Alias pulak bro.. tear text dia besar.. kuangkuangkuang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni agak2 la... gua dah puas usha kat blog dia... yelah takat usha jelah kan... tak boleh nak buat apa pun

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  8. siput nang pun termasuk sekali dalam entry.. hahaha.. simpan duit banyak-banyak.. suruh kawan tolong usharkan. tak pun ko komplot dgn geng ko si kpop-soul dan timbakarlabu, kongsi duit bayar myjodoh.net, ushar banyak2 awek, pastu buat website cari jodoh sendiri, ajak diorang register sekali. lepastu org register ramai2 kat website ko, ko sendiri pilih la. tak payah charge org, lagi ramai (penipu) yang register nanti. pedehal org zaman sekarang.. cari pasangan melambung tinggi duitnya. susah2 beromen jer, tak payah kawen (haram).

    BalasPadam
  9. nasib baik la web carijodoh.net tu takde kamera. kalau ada, aktiviti ko tengah layan (mel***ap) muka awek pun dia beritahu. asal niat nak atasi sindiket penipuan, aku tak nampak apa kaedah yg dia pakai.. setakat tunjuk status org tengah buat ape, tak boleh atasi apa pun. dah macam friendster pun ye jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa takde orang selera nak melancap setakat tengok awek kat myjodoh tu, lain la kalau diorang tengok hentai atau redtube.

      Padam
  10. xtau lak ada lmn web cr jdoh,hurm..ape pn pilihan d tgn msing2 ^_^

    BalasPadam
  11. NAK CASH VOUCHER KFC ? NAK CRAFT ? NAK PASHMINA ? NAK NECKLACE ? NAK VOUCHER DISCOUNT MUG ? NAK DOODLE ? NAK REVIEW BLOG ? NAK EDIT BLOG ? NAK RELOAD RM5 ? NAK EDIT GAMBAR ? NAK HEADER ? NAK CURSOR ? NAK BANNER ? NAK VECTOR ? JOIN LA GA NI DAN FOLLOW BLOG NI SEKALI CEPAT2 . :)
    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/random-giveaway-by-cik-fie_26.html

    BalasPadam
  12. last sekali, wanita berpendidikan tinggi ni habiskan saki-baki umurnya kat rumah orang-orang tua je.

    BalasPadam
  13. i penah jugak register myjodoh.net ni..ade plak kena langgan pakej A or B kalo nk tgk pesanan org anta...bek men fb...

    BalasPadam
  14. Baru terjumpa blog ni.

    Saya cuma nak berkongsi, saya nak sangat sebuah kereta mewah. Saya tanamkan di hati, selagi tak dapat saya tak happy. Bila dapat, saya tak pasti itu yang saya mahu. Kereta tu macam tak serasi dengan saya. Begitu juga satu hari tu, saya nak sangat gelang berlian. Bila dapat, saya rasa menyusahkan. Kemudian, saya nak sangat beg tangan Prada - saya dapat dan saya bersyukur tapi simpan dalam almari je. Sebenarnya bukan itu yang saya perlukan.

    Morale of the story - dalam hidup ni jangan sesekali letakkan apa-apa syarat kepada kebahagiaan kita. Kalau kita rasa kita hanya akan bahagia dengan berkahwin, berapa banyak perkahwinan yang nenyimpan kisah duka yang dipendam?

    Takdir yang ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui adalah yang terbaik untuk kita. Dia amat memahami dan hampir kepada kita kerana Dia yang mencipta kita. Kalau dalam ilmu-Nya, adalah lebih baik kita berkahwin lewat atau tidak berkahwin, maka itukah yang terbaik untuk kita. Kalau dalam ilmu-Nya, lebih baik tidak mempunyai zuriat daripada melahirkan anak yang akan menderhaka kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.

    Mengenai apa yang akan terjadi di hari tua, anak yang ramai atau sebuah perkahwinan yang dibina ketika usia muda tidak sekali-kali menjamin kehidupan tua yang bahagia. Berapa ramai yang mempunyai anak yang ramai tapi terbiar di rumah orang tua? Ada juga yang terpaksa meringkuk di penjara kesalahan membunuh pasangan sendiri! Jadi janganlah menganggap bahawa kita bernasib baik kerana ditakdirkan melalui kehidupan berumahtangga pada hati ini kerana tiada di kalangan kita yang tahu apa kesudahan hidup ini!

    Janganlah dengan itu memandang serong atau melabelkan apa jua gelaran kepada yang masih single kerana mungkin nasib mereka jauh lebih baik daripada seorang ibu atau ayah yang dicampak anak-anak ke rumah orang tua, atau seorang isteri yang ditakdirkan sebab kematiannya oleh suami sendiri!

    BalasPadam
  15. tempat aku hantaran bapak mahal .. paling murah 10k untuk lelaki/wanita yg takda keja pun .. so, kelulusan/kerja 20k keatas walaupun hanya reception ..hahah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.