Kat Malaysia hatta di dunia ni, ada satu sindrom yang paling ramai orang hidap iaitu Sindrom Aku Lebih Superior Dari Kau. Sindrom ni membuatkan penghidapnya merasakan dirinya lebih superior, lebih bagus, lebih hebat daripada orang lain lalu merasakan dirinya sahaja yang benar, pendapat dia sahaja yang betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain serta sering memandang rendah pada orang lain terutama yang berlainan pendapat dan ideologi dengannya.
Antara contoh situasi2 orang yang menghidap sindrom ni biasanya melibatkan perkara2 seperti berikut:
1. Superior sihat dan sempurna
Ramai yang dilahirkan sihat dan sempurna tubuh badan. Tapi ramai
diantara kita yang memandang sebelah mata pada golongan kurang upaya
(OKU) dan orang yang sakit kerana merasakan diri kita lebih superior
daripada mereka. Kerana itu tanpa rasa bersalah kita mengambil tempat
parking, duduk di kerusi dan menggunakan tandas yang dikhaskan untuk
OKU. Berapa ramai majikan yang double standard dan meminggirkan insan OKU dalam pengambilan pekerja? Juga di antara kita yang sanggup mengeluarkan sedikit wang
untuk menderma dan membantu apabila ada saudara kita yang terlantar sakit di
hospital.
2. Superior kaya dan kuasa
Orang2 kaya selalu merasakan mereka lebih superior daripada orang2 lain yang lebih miskin dari mereka. Mereka merasakan duit dan harta mereka adalah hak mereka semata2. Begitu juga dengan orang yang berkuasa, berpangkat, yang jadik bos, yang jadi menteri, yang jadi pemimpin, yang jadi ketua kampung, mereka merasakan mereka lebih hebat dari orang di bawahnya dan merasakan bahawa kuasa yang mereka perolehi adalah hak mutlak masing2 dan boleh menggunakannya dengan sesuka hati, menindas dan menganiaya pekerja/orang bawahan mereka, walhal mereka itu dipilih oleh orang2 dibawah mereka atau dilantik oleh orang di atas mereka. Jangan rasakan diri itu begitu penting sehingga masalah besar akan timbul kalau mereka tiada. Mereka perlu ingat jika mereka tiada pun, orang lain pun boleh menggantikan tempat mereka pada bila2 masa dan mungkin boleh buat lebih baik daripada mereka. Ingatlah kalau kau ada kuasa pun tak semestinya kau akan dapat kehormatan dari orang lain. Respect is something that must be earned, not given or something you demand.
3. Superior politik
Tak kira sama ada pemimpin2 politik atau penyokong2 totok mereka yang terlalu taksub dan fanatik, masing2 merasakan mereka lebih superior dari orang2 di parti yang lain. Orang BN merasakan mereka lebih superior daripada orang2 PR dengan merendah2kan keupayaan mereka untuk mentadbir sebuah kerajaan, orang2 PR pula sentiasa merasakan diri mereka sahaja yang di jalan yang benar dan semua benda buruk yang berlaku adalah disebabkan BN. Dan apa yang selalu berlaku masing2 sering memperlekehkan segala benda2 baik yang cuba dilakukan oleh parti lawan serta pandangan dan pendapat lawan masing2. Bagi mereka hanya mereka sahaja yang betul dan baik manakala pihak lawan sentiasa salah dan buruk. Orang UMNO merasakan merekalah insan2 terpilih yang paling layak mentadbir
negara, orang PKR merasakan merekalah yang paling berjiwa rakyat, adil dan saksama,
orang PAS merasakan merekalah orang yang paling beriman, orang DAP merasakan merekalah yang paling superior dalam pakatan.
4. Superior bangsa
Benda ni bukan baru, biasa kita merasakan bangsa kita lebih
superior daripada bangsa lain. Orang Yahudi merasakan bangsa2 dia jauh
lebih superior dari bangsa lain kerana kebanyakan Nabi berasal dari kaum
Yahudi. Orang kulit putih merasakan mereka lebih superior dari orang
kulit hitam. Kalau kat Malaysia ni, bangsa Melayu merasakan mereka lebih
superior dari bangsa lain, kerana itu muncul Ketuanan Melayu. Orang
Cina pula merasakan mereka lebih superior dari bangsa lain terutama
orang Melayu, sebab tu kalau tengok di forum2, Facebook orang2 Cina,
mereka banyak merendah2kan orang Melayu ni malas, suka makan rasuah,
tidak produktif, etc. Kenapa perlu kita rasa superior pada bangsa kita sehingga memandang rendah bangsa lain? Ada apa sebenarnya dengan bangsa?
5. Superior agama
Ni penyakit superior paling bermasalah kerana melibatkan agama. Bagi orang Islam mereka sentiasa merasakan diri superior dari non-muslim kerana merasakan mereka confirm masuk syurga, orang Islam Syiah rasa diri mereka lebih superior dari orang Islam Sunni, orang Islam Sunni pula merasakan diri lebih superior daripada Syiah, orang Kristian pula merasakan mereka lebih superior dari orang Islam kerana agama mereka mempunyai penganut paling ramai di dunia, para Atheist pula merasakan mereka lebih superior dari orang2 yang beragama. Even antara orang Islam sendiri, ramai yang merasakan mereka lebih beragama, lebih beriman daripada orang lain. Bila kita nampak benda yang tak kena di mata kita, nampak kejahilan yang berlaku, terus kita menghukum dengan kata2 nista caci maki, kafir mengkafir, menghukum orang lain masuk neraka, agen dajjal dan sebagainya. Benda2 macam ni bukannya akan menyebabkan orang jahil/non-muslim semakin mendekati Islam, tapi hanya akan membuatkan mereka lebih menjauhi Islam dan menjadi semakin jahil. Malah di antara agamawan sendiri, terdapat ustaz2 yang lebih senior dan lebih dulu makan garam sering memandang rendah pada ustaz2 yang lebih muda dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan mereka. Adakah kita ini sudah mempunyai kebolehan untuk menilai tahap keimanan orang lain? Adakah dengan bersongkok, berserban, kita dah layak menjatuhkan orang lain akan masuk syurga atau neraka?
Di atas tu antara contoh2 sindrom aku lebih superior dari kau, tapi kalau ikutkan banyak lagi situasi2 yang lain seperti orang berpendidikan tinggi lebih superior dari orang berpendidikan rendah, orang negeri ini lebih superior dari orang negeri lain, keturunan keluarga aku lebih superior dari keturunan keluarga kau dan lain2 yang korang boleh fikirkan sendiri. Tapi tak kiralah di mana situasi kita, cubalah buangkan jauh2 penyakit rasa diri kita lebih superior dari orang lain, sifat bongkak, sombong, ego, riak dan lain2 yang sewaktu dengannya. Cubalah belajar hormat pada orang lain, menerima orang lain, belajar menerima pandangan orang lain, jadikan perbezaan pendapat itu sebagai saling melengkapi bukan saling memusuhi, lapangkan dada dan bersedia menerima kritikan orang lain, sentiasa bersifat rendah diri dan down to earth. Kalau ada apa2 permasalahan, berbincanglah dengan baik, tegurlah orang lain dengan cara berhemah, jangan sampai menganiaya orang lain dan cubalah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain. Kalau kita hendak dilayan seperti manusia, layanlah orang lain seperti manusia juga.
tags: sindrom aku lebih superior lebih bagus dari kau better than you sihat sempurna oku kuasa kaya politik bn pr umno pas pkr dap bangsa melayu cina india yahudi arab kulit putih hitam agama islam kristian atheist sunni syiah
yes first!!!!!
BalasPadambooo
BalasPadamada word yg x berapa nak setuju but yeahhh... :)
BalasPadamcuba tgk dkt lengan jersi semua team euro tahun nie, RESPECT..so mcm tuan tanah ckp lah, respect each other
BalasPadamboleh larr , nic entry t ade yang agak sensitip larr , but really nice entry .. hehehe ~
BalasPadamGreatttt
BalasPadamtq kerana jentik hati aku.... we are not superior... even we are supervisor...
BalasPadam