Halaman

Rabu, 18 Julai 2012

Media massa yang celaru

Semua orang sudah maklum kebanyakan media2 mainstream di Malaysia samada media cetak atau elektronik seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, RTM, rangkaian Media Prima seperti TV3, NT7, TV9, etc mempunyai pertalian rapat dengan kerajaan kini yakni Barisan Nasional. Kebanyakan berita2 yang dipapar dan artikel yang ditulis adalah menunjukkan kebaikan BN dan keburukan PR. Tak pernah sekali aku dengar ada berita2 yang dipaparkan memuji dasar2 PR seperti di Kelantan ke, Selangor ke, etc, dan tak pernah sekali aku baca berita yang mengkritik pemimpin2 BN terutama Perdana Menteri dan isterinya. Seriously, media mainstream di Malaysia tidak pernah bebas dan adil.


Andai kata, kalau Pakatan Rakyat memenangi PRU13 dan membentuk kerajaan persekutuan, adakah media2 mainstream ini akan masih meneruskan agenda untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah ketika itu dan terus menyokong parti pembangkang dengan kemungkinan berita2 seperti berikut akan dipaparkan yang terus membuat coverage yang baik2 mengenai parti pembangkang, tidak membuat apa2 coverage yang baik2 berkenaan parti pemerintah tetapi memburuk2kan lagi parti pemerintah serta menggunakan kaedah menakut2kan rakyat?
  • Rakyat semua kaum teruja kehadiran Ketua Pembangkang di daerah mereka.
  • Ketua Pembangkang Malaysia mengadakan lawatan rasmi 3 hari ke Turki.
  • Dasar yang diperkenal PM tidak bagus untuk rakyat: Ketua Pembangkang
  • Isteri Ketua Pembangkang merasmikan pembukaan pusat Permata baru di semua negeri BN
  • Saya akan pastikan PM diheret ke mahkamah: Saiful Bukhari
  • PM Malaysia mengkhianati negara kerana tidak meneruskan agenda 1Malaysia
  • TPM tidak bersependapat dengan PM, negara akan musnah: Timbalan Ketua Pembangkang
  • Bajet 2014 yang dibentangkan PM diramalkan akan menyebabkan ekonomi jatuh merudum dan negara akan bankrap: Pakar Ekonomi

Dan pada masa itu pula adakah media2 PR seperti Harakah, Suara Keadilan pula akan menjadi media cetak mainstream? Adakah semua akhbar2 mainstream sebelumnya seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian akan diundergroundkan dan diwajibkan mempunyai perkataan "HANYA UNTUK AHLI UMNO SAHAJA" dan masih menerbitkan berita2 berbentuk porno terhadap pemimpin kerajaan semasa? Adakah syarikat media seperti Media Prima dan Astro akan direvamp sepenuhnya atau syarikat penyiaran lain yang pro-PR akan ditubuhkan?

Entah, kita pun takkan dapat jangka apa yang akan terjadi dengan semua media2 cetak dan elektronik yang mainstream kalau PR mengambil alih tampuk pemerintahan negara kerana negara kita hanya pernah merasa pemerintahan dari parti politik yang sama selama 55 tahun sejak negara kita merdeka, dan kita tak pernah ada pengalaman mempunyai kerajaan pemerintah selain daripada BN berbanding negara2 maju yang sering bertukar2 tampuk pemerintahan. Walau macam mana pun aku masih lagi mimpikan sebuah media massa mainstream yang betul2 neutral yang akan memaparkan kebaikan dan menegur keburukan kedua2 pihak. Yalah adakah kerajaan memang terlalu begitu sempurna sehingga tiada sebarang kelemahan untuk dilaporkan dan adakah pembangkang terlalu buruk sehingga tiada sebarang kebaikan yang boleh dilaporkan? So what say you?

Kita minum dulu...


tags: kebebasan media massa elektronik cetak berita malaysia tidak adil berat sebelah bias utusan malaysia berita harian kosmo harian metro the star the sun new straits time harakah suara keadilan radio televisyen malaysia rtm tv1 tv2 media prima tv3 ntv7 tv9 al-hijrah astro warna prima ria warna oasis awani pro-bn pro-pr bn barisan nasional umno pr pakatan rakyat pas dap pkr menang kerajaan persekutuan pemerintah pembangkang 

31 ulasan:

  1. Balasan
    1. lea.. kalau tkde benda nk komen tk yah sibok2 komen.. rugi je tempat first tu... nasib baik lea mantap, tk jadi anon nak marah..

      Padam
    2. kalau first dapat ape? KAPAL TERBANG? EMAS 200KG ? MAKAN FREE MCD SELAMA 22 TAHUN KE?

      tak payah nak kelam kabut la.

      Padam
    3. mataduitan...

      Padam
    4. lea. ko lakelam kabot, dah tkde benda nk komen tp ko tetap nk komen... vangang..

      Padam
    5. mohon jangan buli seorang gadis... gadis harus disayangi bukan utk dibuli... tak gitu

      Padam
    6. abis tu nak macam ni

      "1st 1st 1st..!" macam tu?

      oh tanpa nama 1013
      kalau cakap kat sini pun
      paper2 tu nak dengar ke?
      dorang tetap kaya
      tetap ade sale

      takpayah nak jadi keyboard hero sgt

      tunggu ar pilihanraya . g vote.hahah

      Padam
    7. ko bnasib baik la gadis yg disokong oleh tuan rumah, spt zack mdpt sokongan penuh.. jadi aku maleh layan ko

      Padam
    8. oii anon kt atas,engko nie anon yg butthurt lah..buat malu persatuan anon je..

      Padam
    9. Aku yang hensem dikaitkan pula? Fitnah apa lagi yang dibuat oleh "Anon2"?

      Meniru media pembangkang cara "HEADLINE" sesuatu artikel kah3. xD

      Padam
    10. wah ai like haters
      nak join gak walau terlambat
      mari mengehate sesama sendiri

      Padam
    11. tipikal. no komen, tapi komen. bengap.

      Padam
  2. ada benarnya tulisan ini..sumea media pun patutnya neutrla dalam melaporkan kebaikan dan keburukan kedua-dua pihak pembangkang dan pemerintah..harakah dengan suara keadilan pun janganlah dok nak bangkanaaag je agenda kerajaan yang molek..utusan dengan BH pun janganlah takut nak tegur pemerintah..

    lol <--tiada motif

    BalasPadam
  3. I say mainstream media yang ada sekarang akan ikut telunjuk mana-mana parti yang memerintah, simply for their own benefit and business continuity. Tapi adalah sesuatu perkara yang awesome jika parti yang memerintah menggalakkan media mainstream menjadi neutral se-neutral pH 5.5

    BalasPadam
  4. aku tak kisah mainstream media jadi barua pemerintah. kire normal laa tu. kalu dari muka surat 1 hingga 100 pun nak ampu pun takpe. tapi siar laa berita positif pasal dasar, ekonomi, pembangunan.

    nak kutuk pembangkang pun kutuk laa pasal perkara yang sama. tapi skarang dah banyak masuk bab porno. muka depan lai. penyebar minda rakyat ka tu, tenuknyer...

    BalasPadam
  5. Sebenarnya tak ada erti kata Media neutral dan bebas dalam dunia ni.

    Semua dikuasai organisasi tertentu yang dkuasai pula orang tertentu.

    Media adalah alat paling bagus dalam menetap hala tuju pemikiran seseorang manusia..so pastilah Media dijadikan alat paling ampuh untuk memanipulasi pemikiran manusia.

    Lihat sahaja Amerika,kononnya negara paling bebas dalam dunia..Media2 amerika semua dikuasai pelobi2 yahudi yang memerintah Rumah putih melalui proksi mereka sang presiden amerika yang ibarat boneka tu.

    So apalah yg kita boleh harapkan?semua ini tentang kebebasan media hanyalah dongeng waktu malam bagi pengamal2 media yang mencari rezeki melalui bidang jurnalistik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah ini zack al babuni? khihkhihkhihki puii !!!

      Padam
    2. betoi encik zek
      kebebasan media adalah mempraktiskan laporan tanpa apa2 prejudis dan pengaruh
      setakat ni kat malaysia aku tgk sinar harian ja yg agak kurang prejudisannya

      harakah dgn utusan sama saja levelnya

      Padam
    3. En.taufik Media tak adanya Neutral..saya sendiri sampai sekarang tak percaya sinar harian tu Neutral(sebagai contoh) kerana sinar harian melaporkan berita lebih kepada mengambil hati penyokong2 parti politik yang berseteru.

      Erti kata Neutral adalah bila dia membantai seolah2 dia penyokong pembangkang bila menyokong seolah2 dia penyokong kerajaan malah boleh dikatakan lebih dari itu kerana bila mindanya neutral pemikiran dia lebih rasional dan lebih bijak dalam menganalisis tanpa terbeban dgn mana2 ideologi.

      Akhir kata yang terbaik untuk yang lebih baik.

      Padam
  6. Hai lea..mohon cium cikit..khihkhihkhihi puii !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wakakaka! woi Gila macamana ko leh sesat kat sini bahlul?kihkihkih Tuiiiiihhhhhhhh! xD

      Padam
    2. khihkhihkhihkhi boring takde keje..merayau2 jmpa lak blog ni..leh tahan gak..khihkhihkhi puii !!!

      Padam
    3. Blog ni kena dengan selera aku,selalu gak lepak sini..aku malas nak lepak kat blog pembangkang dgn kerajaan..semua jenis bahalol lepas tu aku asik kena cop pencacai BN dgn pencacai PR aku trus blah melilau cari mangsa baru kat sini lak hihihi.

      Ramai gak ler berasap dgn aku kat sini hihhiihhi xD

      Padam
  7. Rindu ngan blog jilakabetulv2!! Haha!!

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Betul la kalau cakap media sekarang mempengaruhi pemikiran seseorang.
    Atuk saya contohnya
    Memang bulat2 percaya Utusan
    Smpai dimarahnya saya sebab saya boleh buat duit hanya duk depan komputer,
    dia ckap sebab Utusan kta judi.
    Fening

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak jugak~ experience never allow me to be fooled by media again~

      “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

      Padam
  10. PON aku rasa kau patut jadi editor paper yang neutral.. sbb aku rasa kau dah cukup neutral..

    BalasPadam
  11. xpayahla cite sal politik kat umah noob nie,cite yg hapei2 je...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.