Halaman

Ahad, 8 Julai 2012

Peminat bola sepak yang mustahil

UEFA Euro 2012 dah pun habis. Spain sekali lagi menang dan ini merupakan kemenangan ketiga berturut2 dalam kejohanan bola sepak yang besar iaitu Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal bola atau Euro pun, aku nak cerita sesuatu yang boleh berlaku tapi mustahil untuk berlaku walau dalam 1000 tahun lagi pun.


Bila tiba je Euro ke, Copa America ke, World Cup ke, maka berduyun2 lah orang Malaysia beli jersi pasukan negara kegemaran mereka baik yang original mahupun yang ciplak yang dibawa dari siam, dan dengan bangganya kita pakai jersi tu dan kalau team kita menang mulalah merasakan diri sebagai warganegara negara tersebut, Spain ka, Italy ka, Germany ka, Netherlands ka, Brazil ka, Argentina ka, dan lain2.


Tapi pernah tak terfikir yang baju jersi negara Malaysia tak pernah pun dipakai oleh warga negara lain hatta negara jiran sekali pun seperti Indonesia, Thailand, Singapura, etc. Andai katalah mutu bola sepak negara kita semakin meningkat dan ranking pun dah bertambah baik sampai akhirnya dapat masuk World Cup... eh tak boleh nak bermimpi sangat, oklah at least dapat masuk pusingan kalah mati AFC Asian Cup, rasa2nya ada tak warga negara Sepanyol ke, England ke, Portugal ke, Nepal ke, Bangladesh ke, Filipina ke, Myanmar ke, Vietnam ke, Russia ke, mana2 negara la akan pakai jersi negara kita dan memberi sokongan kepada kita di negara diorang? Rasa2nya tidak bukan? Kalau ada pun terpaksa sebab ada kawan orang Malaysia.

Mungkinkah akan ada satu hari nanti peminat bola sepak luar negara menyokong pasukan Malaysia?

Memang mustahil sampai bila2 ada peminat bola sepak dari negara lain yang begitu meminati pasukan bola sepak negara kita seperti kita begitu meminati pasukan bola sepak negara lain. So tak payahla kita nak beria2 sangat pakai jersi dan sokong negara lain sangat... diorang takkan sokong pun walau negara kita juara World Cup sekalipun.


tags: eufa euro 2012 spain italy final winner 4-0 germany portugal world cup 2010 2014 concacaf copa america afc asian cup penyokong peminat bola sepak malaysia jersi jersey ultras malaya orang putih mat saleh luar negara jiran pakai baju hot sexy football soccer fan

23 ulasan:

  1. emm.. betul.. tapi jersi TRW dipakai bukan sahaja dari ngeri kelantan bahkan negeri2 lain juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ore kelate ado dimano2 sajo....ehehee...

      Padam
    2. ho sggh warga negara slain malaysia pun ad yg pakai jc TRW kelantan....gkg
      pasukan lain ado?

      Padam
  2. tags kat bawah sekali tu tulis sendiri kka encik noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh aku ingatkan ada custom script ka apa utk buat benda tu
      tq ya

      Padam
  3. salam

    kajian kite, semuanya bermula ble org yg gagal spm tpi mahu hidup senang diambil jdi tukang ajar sukan wpun lansung tiada kecemerlangan dlm sukan, wujudlah tukang ajar remote kontrol.

    KLIK BERJAYA KE M.I.T

    BalasPadam
  4. yeke bro? kita tak tahu je sebab tak pernah sampai tahap tu lagi.haha

    BalasPadam
  5. lucu bila tengok org sanggup beli jersi kunun nak nampak macam kipas-susah-mati team tersebut. bila ditanya sikit past year question tentang team pasukan negara itu. merangkak-rangkak nak jawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni aku setuju bro...mcm la aku tgk kat MHI baru2 tu ada konon fan Italy bila tanya napa minat team Italy dia blh ckp minat sebab team ni baru ramai player2 muda..boleh pegi jauh..hehehe

      Padam
  6. Padat!

    Dah lama aku tunggu entry yang membantai peminat2 bola yang minatnya mengalahkan warga sebenar negara yang disokong.

    Over beb! sampai lagu rasmi kelab2 bola tertentu sanggup hafal dan nyanyikan dari lagu Negaraku.

    Sanggup pula bernasionalisma pakai baju bola negara lain dan mengibarkan bendera negara yang diminati.. BODOH

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul2..x perlu la nak over sngt klu dah minat sesebuah kelab atau negara tu.stkt dok memekik depan tv je,pastu obses hafal nme pemain kelab.dah la xde kaitan langsung dengan kelab luar tu.bile time bola malaysia je,de je yang xkena.mlaysia menang,pki jersi mlaysia.bile kalah,sorok dalam almari..malu nak pki.lau kelab luar yang dia minat tu kalah..selambe je sarung gak jersi tu.

      Padam
  7. Penjilat Al Jibby dan Big moma8 Julai 2012 pada 11:58 PTG

    mcm mana nk pakai bju tim malaysia? main tak konsisten..lawan tim nepal, bangla, pastu menang..hebohhh...lawan negara asia yg lain, hancur..aku tak sokong pon Harimau malaya..mcm haram main...sudahla..baek aq sokong negara penjajah..dah sah2 dorg terer.....go spain go...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjilat Al Jibby dan Big moma ni kalau dia duduk spain, kompom masuk first 11 team bola sana..dok kat Malaysia tak dapat peluang..rugi..pindah cepat weh..

      Padam
    2. Penjilat Al Jibby dan Big moma...ko pun x konsisten gak..langsung x membanggakan negara,xde sumbangan kat masyarakat..x payah la dok malaysia..blah je la g kat spain ko tu...team negara sendiri pun dok kutuk.

      tu la beza negara kita ngn indon dari segi sukan bolasepak.negara diorang walaupun kalah n xde la terer mane pun..rakyat tetap puji n bagi sokongan padu..liga diorang gempak,gaji pemain besar..stadium meriah.ni x,malaysia walaupun digeruni kat asia tenggara ni,rakyat dok kutuk ag..sokong pun ala2 kadar.klu de siaran bola team malaysia lawan,time tu lak de kelab yang diminati mcm M.U,sanggup tgk M.U..g jahanam ngn Mlaysia,x mau amik tau.mentaliti tu beb..mentaliti..terpengaruh sngt ngn barat tu..

      Padam
    3. Lu pikir La SeNdiri..--> Bang!!13 Julai 2012 pada 10:32 PTG

      fikirannya dh dijajah "Barat" Sejak azaLi Lg nk waT cmna bro. Hahaha..

      Padam
  8. Malaysia asyik jatuh ranking jer..popular sgt ker..

    BalasPadam
    Balasan
    1. popular la jugak nak dibandingkan dengan ko,langsung x popular..kewujudan x disedari langsung.hahah

      Padam
  9. Awek pakai baju malaysia warna biru gambar ats sekali tu cukup fapable la.. nenen dia lazat!!

    BalasPadam
  10. err ada aku kesah itu semua yang penting selaku peniaga2 yang jual jersi2 ni boleh la buat untung lipat berganda-ganda.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.