Halaman

Jumaat, 17 Ogos 2012

Iklan raya paling sedih abad ini

Ramai orang cakap iklan hari raya paling sedih adalah iklan raya Bernas. Tapi bagi aku iklan raya yang ni lagi sedih dan sadis...



Seriously, kenapa bila nak raya je semua orang pakat berlumba2 buat iklan raya yang sedih2 tahap gaban? Sepatutnya di hari raya kita semua bergembira atas tanda kemenangan, bukannya berlumba2 sape dapat buat iklan paling sadis dan sedih. Bacaan lanjut:
- Kenapa Perlu Menjadikan Kesedihan Sebagai Tema Aidilfitri
- Kenapa Perlu Bersedih Di Hari Raya? Rasulullah Menyuruh Kita Bergembira.

Satu lagi aku bukannya peminat sebuah cereka yang ditambah2 dan fiksyennya melampau2 melangkaui realiti. OK iklan raya Bernas tu memang sedih, dan semua elemen kesedihan ada dalam iklan tu:
  • Anak yatim yang juga orang kurang upaya dan sebatang kara tanpa keluarga2 lain langsung.
  • Kawan2 lain semua masih ada keluarga lain dan dapat balik beraya manakala mereka tak dapat balik kerana tiada keluarga lain.
  • Pemandu teksi yang langsung tiada perasaan kasihan pada anak2 yatim dan kurang upaya, ditambah lagi dengan pandangan2 sinis dari petugas kaunter dan masyarakat.
  • Nak balik kampung tiket bas dan keretapi pulak habis, terpaksa curi2 tumpang lori orang.
  • Akhirnya pergi menziarahi kubur ibu yang dah meninggal + flashback sewaktu ibunya masih hidup.
Gila... memang sedih. Tapi sayang ia hanya sebuah rekaan dan fiksyen semata2, sama seperti kebanyaan drama2 dan filem2 cinta Melayu yang terlalu over dan exaggerated yang kisahnya sangat tak masuk akal seperti Ombak Rindu dan Nur Kasih. Tidak mungkin 2 orang anak yatim yang kurang upaya bisa pergi keluar balik ke kampung bersendirian dan cikgunya tidak risau langsung bila dapat tahu anak yatim jagaannya hilang dari rumah jagaan.

Realitinya? Ramai anak yatim yang dipergunakan untuk mengutip dan meminta sedekah. Tengok je kat blog Mazidul Akmal Sidek berlambak2 pendedahan yang dilakukan oleh sindiket peminta sedekah yang mempergunakan anak2 yatim dan pelajar sekolah tahfiz.


Malah golongan anak yatim piatu yang sepatutnya kita bantu dan muliakan, tapi masih ada lagi yang membeza2kan darjat di antara anak yatim dan VVIP besar seperti yang banyak dicungkil dari blog APA kat sini, sini dan sini, di mana majlis yang sepatutnya untuk meraikan anak2 yatim nampaknya golongan VVIP yang diraikan dengan lebih megah berbanding anak yatim, siap meletakkan label AY (Anak Yatim) di meja mereka, malah ada juga majlis untuk anak2 yatim tapi mereka kena duduk bawah makan kat lantai manakala golongan VIP makan atas meja.






Tak payah tengok iklan Bernas, tengok perkara2 yang berlaku di alam realiti pun dah cukup untuk membuatkan aku sedih. Malah ada yang menulis komen2 seperti ini lagi membuatkan aku sedih.


Begitu rendah dan hinanya darjat anak yatim di matanya. Mereka ini tak pernah minta untuk dilahirkan sebagai anak yatim. Cuba bayangkan jika korang berada di tempat mereka, dan masyarakat memandang rendah dan sinis kepada anda, membeza2kan darjat, mempergunakan anda demi publisiti dan survival politik, mempergunakan anda untuk meminta sedekah dan lain2? Ramai yang bernasib baik kerana dilahirkan dengan ibu dan ayah, tapi itu tak boleh menjadikan kita lebih better dan bagus dari mereka, malah ada banyak insan2 dari kalangan anak yatim dan kurang upaya yang jauh lebih baik dari orang yang sempurna sifatnya.


tags: iklan hari raya aidilfitri puasa paling sedih bernas beras jati sadis petronas burung apa murai puyuh raja lawak audition mr bean malaysia harun salim bachik kisah anak yatim realiti minta sedekah mengemis pelajar sekolah tahfiz yan kedah majlis meraikan buka puasa vvip vip makan meja lantai buffet umno

13 ulasan:

  1. isyh..komen sangat tak membantu..saye jugak anak yatim dan pernah rasa ape yg dilalui oleh anak-anak yatim yg lain..

    BalasPadam
  2. Iklan raya sama sedih je dengan drama raya. Sangat cliche. Bila musim raya je pakat buat drama sedih kisah anak lupa makbapak. Yang komen rezab melayu tu bangang banyak lah.

    BalasPadam
  3. ok..ini mmg sedey...sbb sy anak yatim...kenapa anak yatim selalu dipandang hanya pada bulan ramadhan dan bukan bulan2 yg lain..hurmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab, bulan ramadan kan, bulan ramadan bulan trend untuk lakukan pahala banyak2...hehe..bulan lain tak.

      Padam
  4. itukan iklan.. komersial.. kene le buat melampo2.. bg sume org nengok.. yang kaya.. yang miskin.. ade ke tulis.. 'iklan ini hanya untuk org kaye saje'

    cer bersyukur sikit ade iklan camtu.. klu kat india ade ke iklan cmtu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersyukur ada iklan sedih? Waaaaaa bersyukurnya. Baikla bersyukur kalau semua anak2 yatim di malaysia dibantu dan x dipergunakan

      Padam
  5. hahaa, sib baik aku x tgk iklan tu..seminggu dua nie x bukak tv local mahupun radio sbb xnk tgk iklan raya, lagu raya & apa jua berunsur raya sbb tahun nie aku x dpt cuti raya, huawaaa!! Kang meleleh pulak air mata kejantanan aku nie..hehe..terutama tngkap lentok layu raya mamat x-solo exist tu nyanyi..

    BalasPadam
  6. Ak penh da pengalaman dats,sbb ak ank yatim,mkn atas meja gak la,x da la mkn kt bwah,masa dh nk balik vvip nisi lavduit rya pastu kena kumpul ramai2 ambil gmbar....dulu msa kecil ak x kisah,tpi bila dh da akal ak trfikir napa perlu ambil gmbar smpai msok surat kabar,perlu kew hebah2 kn.....enth la,
    *hnya pndngan sepi n pnglaman

    BalasPadam
  7. salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,

    pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)

    BalasPadam
  8. SEDIH AKU DENGAN MALAYSIA NI KATA JE NEGARA ISLAM..TAPI CARA FIKIRAN ORANG POLITIK MACAM FIRAUN..

    BalasPadam
  9. aku..x dpt..nak bayangkan kalo...aku ditakdirkan jd ank yatim masa kecik2..apa jadinya kat aku ni kalo kena lalui penderitaan mcm bdk2 yg malang ni..agaknya aku jadi kyuubi yg penuh kebencian dlm diri, n musnahkan smua bnda kot (refer to naruto)..aku berdoa bdk2 ni membesar dlm kegembiraan n punyai ramai kawan2 baik, n jd insan yg berguna..amin..

    BalasPadam
  10. tu burung ape? burung puyuh..
    camnakhorom, dh la muka mr bean..
    ok yg ni lawak. 10 point for buasir otAK

    BalasPadam
  11. sedih ke x sedih bukan soal utama. org sedih sbb mesej dan penyampaian dari pengarah sampai ke hati para penonton dengan cara begitu. mungkin x la logik sangat 2 org anak yatim keluar sendirian. tp dari sini kita sudah tau msg yang ingin disampaikan adalah pulang ke kampung halaman bila tiba aidilfitri tak kira betapa susah keadaan kita. sebab berjumpa org tua adalah sesuatu yang amat penting. memang kita disuruh bergembira tetapi adakah bergembira hingga kita terlupa ada golongan yang susah dan kurang berkemampuan?

    kita tidak akan bersedih melainkan kita memahami ataupun mengalami sendiri keadaan begitu. aidilfitri mmg masa utk kita bergembira. tp dalam kegembiraan kita tidak juga sepatutnya melupakan golongan yang kurang berkemampuan. iklan raya mmg tidak sedih. tetapi kita merasa sedih sebab kita memahami kesusahan orang lain. seperti yang ditonjolkan dlm iklan2 raya. sekian


    Tidak mungkin 2 orang anak yatim yang kurang upaya bisa pergi keluar balik ke kampung bersendirian dan cikgunya tidak risau langsung bila dapat tahu anak yatim jagaannya hilang dari rumah jagaan.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.