Halaman

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kita semua manusia bertopeng

Baru sahaja pulang ke rumah setelah cuti raya yang panjang. Sepanjang cuti gua memang tak sempat nak tengok blog, buat blogwalking, menyemak kat blog orang lain dan tinggalkan komen sambil dikutuk, dan gua tahu mesti tiada sesiapa yang merindui gua. Di kampung halaman juga tiada Internet, sempatlah seminggu gua hidup tanpa Internet dan tidak tahu apa yang berlaku. Seperti yang Pop-Soul tulis pasal melayu dan raya, ada jugak sedikit sebanyak yang berlaku pada gua. Gua ni jenis tak berapa rapat dengan sepupu, sedara mara, jenis jumpa pun setahun sekali, so bila berbual mesti soalan yang sama yang diajukan seperti sekarang buat apa, kerja kat mana, bila balik sini, bila nak balik rumah, cuti berapa lama, balik jalan jam ke tak dan beberapa soalan lain sebelum kedengaran bunyi cengkerik.


Tapi bukan cerita pasal pengalaman beraya gua yang gua nak cerita ni. Gua nak cerita sikit pasal Topeng. Ya TOPENG, atau MASK. Masa raya pun ramai yang pakai topeng bila kita balik kampung, jumpa sedara mara, kawan2. Tanpa kita sedar, kita semua memakai topeng, samada topeng yang semakin baik atau yang semakin jahat. Tiada orang di dunia ini yang tidak memakai topeng, masing2 pasti memiliki topeng. Berikut adalah antara topeng2 yang biasa dipakai oleh kita:


1. Depan mak bapak / mertua


Biasanya bila dengan mak bapak atau mertua, masa ni lah kita memakai topeng yang paling baik sekali. Jarang kita tunjukkan perwatakan sebenar kita depan mereka demi menunjukkan yang kita ni anak yang baik. Kalau biasa kita cakap secara kasar, depan mereka lembut je, makan pun beradab je, duduk takdenya nak tengkangkang2 depan TV.


2. Dengan awek / bini


Bila depan awek kita akan pakai topeng dan cuba menjadi watak seorang yang romantik, caring, mengambil berat, penyayang dan macam2. Tapi bila kawin, topeng tu biasanya akan pudar sedikit demi sedikit dan digantikan dengan topeng lain samada topeng yang semakin bagus seperti topeng tanggungjawab ataupun topeng tak nak laki/bini tahu aktiviti luar. Malah banyak juga berlaku di mana sebuah pasangan kekasih / suami isteri yang tidak tahu perangai dan watak sebenar pasangan masing2 kerana terlalu tebal topeng yang dipakai.


3. Di pejabat


Bagi yang sudah bekerja, di pejabatlah topeng paling banyak dipakai. Kadang2 kalau jenis yang malas tu pun akan terpaksa pakai topeng dan cuba jadi rajin sikit sebab tak nak dipandang serong oleh orang lain di pejabat terutama depan bos, lagilah makin tebal topeng bodek. Topeng yang paling glamor di ofis adalah topeng "3B" iaitu "Buat Buat Busy". Tapi biasanya bila dah duduk sorang2 takde ofismate di sekeliling, mula la tanggal topeng tu dan jadi diri sendiri balik dok mengular, tido, main facebook dan lain2.


4. Depan cikgu / anak murid


Kalau yang masih bersekolah tu pulak, biasanya dalam kelas depan cikgu terpaksa pakai topeng budak baik walaupun dia tu la kepala gangster rompak cyber cafe, bakar awek dan selalu buat video klip 3gp budak sekolah kat belakang cikgu2. Tapi kalau dah jenis yang bangang tu bangang jugak, depan cikgu pun mereka bukak topeng. Bagi yang jadi cikgu tu pulak lagilah, terpaksa memakai topeng beperwatakan baik di sekolah agar dapat menjadi contoh kepada anak2 muridnya, kadang2 kat luar pun masih lagi kena pakai topeng tu sebab takut2 kalau anak muridnya terserempak kat luar, ye lah tak best pulak kalau terkantoi dengan anak murid kat kelab dangdut ke, tengah dating kat taman bunga ke.


5. Di Internet


Ni merupakan topeng paling glamor dan popular di mana rata2 semua orang pun pakai topeng bila di Internet. Boleh kata bila kat Internet je, perangai tu boleh berubah 180 darjah, mana2 yang baik kat luar tu terus jadi bangang bila kat Internet tanpa orang tahu pun sapa identiti sebenar mereka. Antara topeng yang paling ramai orang pakai adalah topeng Anon atau Tanpa Nama di mana hanya dengan topeng ini sahaja, anda boleh tulis samada komen paling bijak di dunia atau komen paling bangang di alam semesta.


6. Dengan kaum lain


Bila kita berdepan dengan kaum lain, kita selalu pakai topeng perpaduan 1Malaysia yang menunjukkan kitalah yang paling tak racist. Tapi hakikatnya di belakang mereka topeng tu kita buang jauh2 dan kita terus menjadi orang yang paling racist dalam dunia, tak kira la orang Melayu ke India ke Cina ke. Malah dengan topeng anonymous di Internet, perangai racist dan perkauman kita tu menonjol bukan main di blog2, forum2 dan Youtube.


7. Dengan sahabat baik / BFF


Biasanya bila dengan sahabat baik atau BFF, masa tu lah kita bukak topeng kita dan tak pakai apa2 filter. Dengan kawan baiklah kita akan menunjukkan perangai dan perwatakan yang sebenar. Yang mana kaki kutuk tu, dengan kawan baiklah kita bisa kutuk mengutuk tanpa risau mengguris perasaan mereka, dengan kawan baiklah kita bisa buat lawak bodoh yang kadang2 mereka gelak sebab memang lawak kadang2 mereka gelak sebab gelakkan lawak bodoh kita yang tak menjadi, dengan kawan baiklah kita bisa ketawa berdekah2 tak hingat dunia yang tak mungkin kita tunjuk depan mak bapak/mertua/awek/bos/cikgu/anak murid dan lain2. Dengan sahabat baiklah juga kita bisa menangis berkongsi masalah kita. Hanya kawan baik kitalah yang selalunya tahu perangai dan perwatakan sebenar kita malah tahu rahsia kita.






Banyak lagi situasi lain yang menyebabkan kita memakai topeng yang berbeza2, ni aku cuma senaraikan beberapa aja, lain2 korang boleh fikir sendiri. Gua percaya takde orang yang membawa perwatakan yang sama tidak kira di mana mereka berada. Sebab tu secara sedar tak sedar kita semua sebenarnya hipokrit dan bermuka2. Semua orang ada dark side masing2 dan dark side tu biasanya adalah diri kita yang sebenar.

Topeng apakah yang anda selalu pakai?


tags: topeng muka bermuka muka berpura pura hipokrit dark side split personality personaliti berpecah mask depan dengan mak bapak ibu bapa mertua ipar adik beradik keluarga awek pakwe makwe girlfriend boyfriend suami isteri laki bini rumahtangga pejabat ofis officemate cikgu guru anak murid kelas internet anon anonymous tanpa nama berbilang kaum melayu cina india bumiputra perpaduan 1malaysia sahabat kawan teman baik best friend forever bff vs normal friend

49 ulasan:

  1. Kudapat melintas bumi,
    Kudapat merajai hari
    Kudapat melukis langit,
    Kudapat buatmu berseri
    Tapi kudapat melangkah pergi
    Bila kau tipu aku disini,
    Kudapat melangkah pergi
    Kau dapat cerahkan aku,
    Kau dapat buatku berseri
    Kau dapat buatku mati,
    Kau dapat hitamkan pelangi
    Tapi kudapat melangkah pergi
    Bila kau tipu aku disini,
    Kudapat melangkah pergi

    Tapi buka dulu topengmu,
    Buka dulu topengmu
    Biar kulihat warnamu,
    Kan kulihat warnamu

    BalasPadam
    Balasan
    1. LoL haikkk baru je aku terpikir nak letak lirik lagu topeng nih kat komen..you beat meh to it *3*

      Padam
    2. heheh..ala,letak je wat kali kedua,tak salah pun.hahaha

      Padam
    3. ha3 x kewl la jd copycat, walopun ianya x disengajakan =P

      Padam
    4. i just lost my shy2 cat mask..

      Padam
  2. Saya selalu memakai topeng Ultraman dan sangat merindui john kramer.

    Sebenarnya kita terpaksa memakai topeng mengikut situasi..setiap situasi yang berlainan memaksa kita menukar topeng mengikut keperluan semasa.

    Topeng adalah sebahagian dari sebuah sudut hidup..tiada manusia yang mampu hidup tanpa topeng..kelihatan naif dan hipokrit kan hidup kita?tapi itulah hakikatnya...Apakah topeng saya? hmmm let me thing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong zack,sama pendapat kita

      Padam
    2. ye betul lah "think"..still mabuk ketupat..Al-maklumlah ketupat tu agenda freemason hehehehe xD

      Padam
    3. Pandai cover..hebat

      Padam
  3. bagi sesetengah situasi,kita perlukan 'topeng' yang sesuai..biarpun tak baik mana pun kat luar,tp bila jumpa makbapak kita kena la jadi sehabis baik.kadang2 semua org perlukan topeng masing2.. bukan bermakna org tu hipokrit atau suka berpura-pura,tapi mungkin untuk menyelamatkan keadaan dan mengekalkan situasi yang baik.
    tapi kalau bertopeng untuk niat tak baik,kita bakor je

    BalasPadam
  4. -tidakmahumenjadisepertiAbdullahbinUbay- okbai.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. -sayapuntakmaujadisepertiabdullahbinUbaymacamawakjugak-okbai;)

      Padam
  5. yup..why so serious?haha.life is a game dear.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. what so funny?'why so serious' or 'life is a game dear'?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. both.haha

      (tak retila skiping miping neh...cakapla melayu,tergeliat lidah i...orang eksen je pun dia pakat eksen jugak,adoi.haha malu i)

      -topeng-

      Padam
  6. pakai topeng x semestinya hipokrit, boleh jugak dianggap 'tipu sunat'..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. topeng tak semestinya dibuat dari konkrit,boleh jugak dibuat dari plastik

      Padam
  7. kadang topeng tu perlu utk jaga hati orang.contoh.kita pergi mana2 kaunter pertanyaan.kalau org yg jaga tu tak reti bertopeng dan kebetulan dia baru lepas gaduh dgn bf,mau kita yg bertanya dimarah teruk2.tak gitu?jadi topeng kadang2 bagus jugak.utk jaga hati orang.dan bersikap profesional.pendapat je ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa2 je lah puteri.. I dah bosan dgn komen u ni..bosan!!!

      Padam
    2. i tak bosan dengan komen u.ha,komen lagi..lagi..dan lagi

      Padam
  8. Haha. Kalau dengan kawan baik memang mulut pun jadi macam longkang. Semua benda keluar tanpa ada penapis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dengan pakwe mulut jadi macam penapis air coway.Semua air kotor dari longkang keluar menjadi air bersih

      Padam
  9. hahahaa, topeng2 =) ~ follow sini =)

    BalasPadam
  10. benda yang cuba ditimbulkan si noob ni kata kunci dia ialah "kawan karib" dan "diri sebenar kita" yg sebenar2nya..

    tanpa make-up,botox dan topeng..mampukah manusia menghadapi dunia tanpa "sokongan" tersebut?

    dan..hargailah rakan karib anda kerana kawan karib sangat "limited"..kawan mmg ramai..tapi tak semua "karib".

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai,nama saya ahmad karib..boleh panggil saya 'karib'.semua kawan saya mengatakan bahawa saya merupakan satu-satunya rakan yang bernama karib.

      Padam
    2. Antara huraian yang sangat bernas dan bagus dari seorang insan tanpa nama. Siapakah gerangan disebalik komen tersebut, harap boleh memperkenalkan diri, ada nickname pun cukuplah

      Padam
    3. Penat la bertopeng. Cm penat pakai make up. Penat nak pakai, penat nak tanggal. Itu belum kos bermekap. grrr~.. lebih baik jadi terus terang jer. Tak perlu nak ingat pape.

      Padam
  11. Teringat pada siri game Persona

    BalasPadam
    Balasan
    1. teringat kat anak mkcik jiran sebelah..

      Padam
  12. aku tak bertopeng,tapi bila aku memakainya..akulah batman!

    BalasPadam
  13. Bhai Noob...

    Gua memang slalu pakai Balaclava.... hahaha... that's my identity... hahaha.... so WTH ..... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. balaclava? ni mesti kaki cs ni jadik terrorist dok letak bom. cs baru global offensive dah kuar... dah beli ke?

      Padam
  14. Kadang2 kita terpaksa pakai topeng untuk jage hati orang lain :)

    BalasPadam
  15. Orang kongsi gelap slalu pakai topeng bile depan isteri atau awek

    BalasPadam
  16. ade lagi laa...kalau artis kantoi tangkap basah atau kena kutuk pakai seksi...mst jawab, Sesungguhnya Allah bersama2 dgn org yang sabar..saya percaya semua ini ada hikmahnya....huhuhu...

    BalasPadam
  17. Smua org pakai topeng, makin berusia seseorang tu makin hebatlah level topeng dia, baik lelaki maupon pempuan. Kalau la 'topeng' ni boleh dilihat dgn mata kasar, atau ada sejenis alat/kanta yg boleh membantu melihat 'topeng' ni, konpem boleh buat perbandingan akan perkembangan/pertumbuhan topeng ni dari seseorang tu berusia 1 taon, ke 10 taon, ke 15 taon, ke 25 taon...smpai la saat nak hembuskan nafas terakhir, dgn mengmbil-kira faktor2 luaran spt jenis pekerjaan, org sekeliling, pencemaran n sebagainya. For sure la akn jadi satu bidang kajian yg amat menarik.

    p/s: pergh bleh wat manga yg berpotensi utk jadi anime neh..LoL!

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergh!!mcm yagami raito..tp dia boleh nmpak nama orang je.

      Padam
    2. hahaha tu Ryuk punya angkara..

      Padam
  18. hahaha... pasal kawan tu cm betol jer. Kalau rapat, kawan sakit. Siap tanya 'ko x mati lg ke?bek ko wasiatkan guitar ko kat aku'. haha.. every idiot monkey looks like my friend. haha..

    BalasPadam
  19. Memang betoi apa pak cik Noob ni cakap. Dengan kawan, sekolah terbakar pun masih gelak berdekah-dekah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.