Halaman

Rabu, 29 Ogos 2012

Tutorial melukis potret realistik wajah manusia

Kalau kalian nak tahu, aku dilahirkan dengan bakat melukis yang semulajadi... Ya, aku ulang... bakat semulajadi. Macam2 jenis stroke lukisan aku boleh buat, jangan kata lukisan manga jepun, stroke lukisan komik superhero US, kartun melayu majalah Ujang, kartun Disney, Nickelodeon, karikatur, potret, landscape, lukisan kejuruteraan, pelan bangunan, model 3D, lukisan budak tadika, cakap apa sahaja jenis lukisan, asal namanya lukisan aku boleh buat. Dulu aku selalu menggunakan skill melukis aku ketika menunggu bas sekolah untuk mengurat awek. Oleh sebab aku terlalu berbakat, maka aku nak kongsi sikit dengan pembaca2 tutorial atau panduan melukis potret muka ala2 Leonardo Da Vinci gitu dengan hanya 4 langkah yang mudah.


1. Langkah pertama dan yang paling terpenting untuk melukis potret wajah adalah melukis Bulatan Sempurna atau Perfect Circle kerana bulatan sempurna merupakan asas utama dalam mana2 lukisan muka manusia.

 Ini adalah Perfect Circle

Ini sebuah bulatan yang gagal

2. Langkah seterusnya dah tentulah lukis garisan rangka muka dan mata di atas Perfect Circle.


3. Kemudian buat sedikit sketch, masukkan bentuk kepala, dagu, mata, hidung, mulut, telinga, leher, rambut, kening dan sebagainya.


4. Detailkan lagi garisan lakaran tadi dan SIAP!
.
.
.
.
.
.
.
.


Aku tahu... memang susah sikit... Aku masa awal2 pun payah nak tangkap, tapi dengan usaha yang gigih, semangat yang kental yang tidak mengenal erti putus asa, baru aku dapat sampai ke tahap di mana aku berada sekarang.

So back to basic, tutorial untuk lukis Perfect Circle untuk langkah pertama kat atas itu tadi boleh belajar kat video bawah ni...




tags: tutorial panduan kaedah cara manual 4 langkah mudah belajar melukis potret potrait wajah muka manusia realistik realistic human face pencil sketch lakaran pensel rangka garisan bulatan sempurna easy steps spongebob squarepants episode artist unknown how to draw perfect circle squidward tentacles nickelodeon

37 ulasan:

  1. serius ke noob?mmg lelaki idaman awekz 50 ni..haha

    cayalah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ce noob lukis wajah sendiri,semua pembaca mesti teringin nak tgok,heheh

      Padam
  2. aku ada satu cara pling mdh nak mlukis,COPY dan PASTE.. Kah kah kah

    BalasPadam
  3. Nie tipu atau main-main? Hahaha

    BalasPadam
  4. Bhai Noob...

    Macam gampang jer.... hahaha... jangan mare.. gampang tue kan maksudnyer senang dalam bahasa Indonesia.... hahahaha

    BalasPadam
  5. Percayalah, lukis portrait org x challenging, tp lukis manga/comic itu challenging..sbb nk kena guna imaginasi yg tggi utk reach out to readers dgn efektif. Lukis portrait boleh refer to gambar atau model, tp watak manga/comic (especially original character) kena imagine sndiri n keluarkan dari minda dlm bntuk garisan2 berkesan atas kertas atau canvas digital via tablet..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes.tu belum lagi masuk bahagian gambar kawasan sekeliling,effect letupan dan pukulan,pandangan dari sudut yang berbeza dan lain-lain.

      Padam
    2. yeke? member pmpn lukis watak comic cm senang je...

      Padam
    3. i meant comparatively beb, comparatively..dlm bahasa melayunya, perbandingan..

      Padam
  6. seriously tu ke hasil yg dilukis? O.O

    BalasPadam
    Balasan
    1. seriouslah tu hasil yg dilukis... sape yg lukis tak tahulah hahaha

      Padam
    2. lorh. tipah tertipu. haha =P

      Padam
  7. ═══════════════════░▒░══════════════════
    ════════════▒▒▒▓███████████▓▒═══════════
    ════════▒██████████▓▓▓▓██▓████▓═════════
    ══════▒███████▓█▓▓▓█▓█▓███▓▓▓███════════
    ═════▓███▓██▓▓████▓██▓█▓▓▓███▓██▒═══════
    ═════▓██▓███▓█▓████████▓▓█████▓██═══════
    ═════▒█████████▓▓▓███████████████▒══════
    ═════▒██████▓█████▒▒▒▒▒██████████▒══════
    ═════▒███████▓█▓█▒═════░▒▓█▓▓▒▒██▒══════
    ═════▒█████████▓█▓░░▒▒░░░░░▒▒▒▒██▒══════
    ═════▒████████████▒░▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓█▒══════
    ═════▒██████████▓▓▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒░▓█▒══════
    ═════▒███████▓███▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒░▒▓▒══════
    ═════▓█▒░░▓██▓█▓▒▒▒▒░░░░░░░░░░░▒█▒══════
    ═════▓█▒▒▒░▒███▒░░▒░░░▒▒▒▒▒█▓█████══════
    ═════██░▒██▒▒████▒░▓██████████████══════
    ═════▒█▒▒▒▓▒░▓█▓███████████▒▒█████══════
    ══════▒█═░░▒▒▒█▒▒▒▒█▓██████░═████═══════
    ═▒▓███▓██░░▒▒▒▒▒▒▒▒██████▓▒░░▒██▒═══════
    ██████████▓█▒▒▒▒▒▒▒▒█▓▒▒▒▒░░░═░█════════
    █████████▓▓█▓▒▒▒▒▒▓▒▒▒▒▒▒▒▓▓▒░▒█════════
    ██████████▒▒▓▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒░▒▓██▓▒█════════
    ▓▓█▓████▓▒▒▒▒▓▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓▒▒▒▓▓▓██═══════
    ██▓▒██▒░░▒▓▒▒▒▓█▓▒▒▒▒▒▒█████▒▒▓███══════
    █▓▒█▓░░▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓▓▒▒▓▒▒░░░▒▒▒▒█████═════
    ▓▓██░░▒▒▒▒▒▒▒▒▓▒▒▓▓▓▒▒▒▒▒▓██▓▓██████════
    ▓██▒░▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓▓▓▓▓██▓▒▒▒░▒░▒█████▓██═══
    ▓▓█▒░▒▒▒▒▒▒▓▒▒▒▓▓██████▓▒▒▒▒█████▓▓██░══
    █▓█▒░▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓▓▓▓████████▓▒████▓██▓██══
    ▓██▒░▒░▒░░░▒▒▒▒▒▒▒▓▓████▓▒▒▒███▓▓█▓▓▓█══
    ▒██░░░░░░░░▒▒▒▒▒▒▒▓▓███▓▓▒▒██▓█▓█▓▒█▓██░
    ▒█▒═░░░░░▒▒░▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓▒▒██▓▓▒█▒▒█▓▒▒▓█
    ▒█▓░░░░░░░▒▒░▒▒▒▒░░░░▒▒░░██▒▓▒▓▒▒█▓▒▒▒▒█
    ▒▒█▒═░░░░░░░░░░░░░░░▒░═▒█▒▒▓▒▓█▓▓▒▒▒▒▒▒▓
    █▒█▒═░░░░░░░░░░░░░░▒═░██▒▒▒▓▓▒▒▓▒▒▒▒▒▓▒▓
    ▓▓▒█░░░░░░░░░░░░░░░═▒█▒▒██▓▒▒▓▒▒▒▒▒▓▓▓▒▓
    ▓█▒█▒═░░░░░░░░▒░░░═▒█▒▒▓▓▓▓▓▒▒▓▒▒▓▓▓▓▒▓▓
    ▓█▓▒▒═░░░░░▒░▒░░▒═▒█▒▓▓▓▓▓█▓▒▒█▓▒▓▓▓▒▓▓▒
    ▓▓█▓▒░░░░░░░▒▒▒▒═░█▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▒▓██▒▒▒▓▓█▓
    ▓▓▓▓█▒═░░░░▒▒▒▒═░▓▓▓▓▓▒▓███▒▓█▒▒▓█▓▒▒▒▒▒
    ▓▓▒▓█▓═░░▒▒░▒▒═░██▓▓▓▓▓████▒▓▓██▓▓██▓▓▓▓
    ▓▒▒▓▒█░░▒▒░▒░═▒█████████▓███▓▓▓▓▓▓▓▓████
    ▓█▓▓▓█▓═▒░▒░░██████████████▓████████████
    ▓█▓▓▓▒█░░▒═░██████▓█▓█▓█▓▓▓▒█▒▒▒▒▒██████

    BalasPadam
  8. hahaha..noob, buat 1 kartun hantar kat aku..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak hantar kartun apa nazha? komik strip ke atau lukisan je?

      Padam
    2. apa apa saja..pelukis jemputan:) haha

      noob, camana projek nomik kita?

      Padam
    3. Aku ada citer tp stok citer cinta cintun tahap leleh punya ok?

      Padam
    4. sori lambat reply noob..

      ce emel kat aku..nak tengok sesuai buat Nomik ke..sebab penerbit kekadang strict sikit..

      Masuk dalam slot K-Drama aku pun ok..citer sepasang kasut tuh tinggal 2/3 entri je lagi..

      Padam
  9. hmmm...kagum...i ske sketch je...conteng2 =)

    BalasPadam
  10. Ini adalah agenda Freemason/Illuminati/ House of Rothschild!!!

    BalasPadam
  11. gile tahap dewa . be my sifuuuuu

    BalasPadam
  12. Langkah ke 2 ok lagi...yang ke 3, kertas masuk dalam tong sampah. Faillll. haha.

    Thank you for following, I've followed you back! Selamat Hari Raya! :)

    BalasPadam
  13. nice... tapi mai tang mata.. punah dah..lukisann.. xbley la.. mungkin tangan nie hanya untuk anime... huhuhuhuhu

    BalasPadam
  14. Ini ke teknik melukis manusia? Rasa macam tak lengkap je tekniknya...

    BalasPadam
  15. bukan senang nak melukis nie... bakat kena ada... work hard work hard jugak... :)

    BalasPadam
  16. betul la step ni...dulu akak pernah lukis potret guna kaedah ni..tak sangka masuk pertandingan boleh menang.masa tu lukis potret guna pensel 6B..ppsstt...masa tu akak form 5

    BalasPadam
  17. Gimana caranya melukis pemandangan alam gan?
    Tolong infonya bagi yg tau ya.
    Makasih gan.

    BalasPadam
  18. Yach aku juga suka melukis. Emang manga susah mau lukis sebab datang dari imajinasi kita. Tapia sedikit karyaku bisa dilihat disini http://mydrawingarts.wordpress.com

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.