Halaman

Rabu, 12 September 2012

Dari mana asal usul perkataan POYO

Poyo... Apakah sebenarnya maksud dan makna poyo itu? Dari mana perkataan poyo itu datang? Dalam kamus Dewan dan Bahasa Pustaka tidak wujud pun perkataan poyo. Malah asal usul perkataan poyo tu pun sendiri dikatakan sangat misteri. Ia banyak digunakan oleh golongan remaja serta "young adults" macam aku ni time zaman2 sekolah dulu. Banyak orang2 tua tidak tahu akan kewujudan perkataan ini sampai ada seorang pak cik pernah bertanya pada aku "Poyo tu apa benda?".

Source gambar FB JilakaBetul

"Kau ni poyo la", "Tak payah la nak poyo sangat", "Kenapa kau ni poyo ha? Relax2 sudah lah." Itu adalah antara ungkapan2 yang sering dilontarkan kepada orang yang dirasakan poyo. Kalau ikut kat Wiki (siapa la yang buat artike poyo kat wiki ni):
Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan generasi moden terutama remaja Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari.

Perkataan poyo ialah slanga yang baru dicipta sekitar 2000an tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.
Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:
  • Seseorang yang mempunyai watak hambar, tidak asli atau 'original', sedikit menjengkelkan dan kebodoh-bodohan
  • Seseorang yang berwatakan luar dari norma orang biasa seperti merasakan diri-sendiri bagus, suka temberang dan bercakap luar dari kenyataan
Ia juga mempunyai persamaan dengan slanga bahasa Inggeris Amerika iaitu 'lame'.
Ok kira betullah tu, tapi asal-usulnya masih lagi tidak diketahui. Tapi tahukah anda, sebenarnya perkataan POYO tu berasal dari perkataan BERIA-IA atau BERIA yang bererti bersungguh2? Cuba gantikan perkataan poyo dengan perkataan beria-ria dalam ayat contoh kat atas tadi.

"Kau ni beria la", "Tak payah la nak beria-ia sangat", "Kenapa kau ni beria ha? Relax2 sudah lah."

Daripada beria-ia, budak2 zaman tu mengevolusikan perkataan tu kepada beriyo-iyo lantas berevolusi lagi ke iyo-yo dan yo-yo ooo dan keakhirnya dipendekkan terus kepada poyo dan kadanglaka ditambah "S" di belakang menjadi poyos. Nama pun budak2 yang reka perkataan ni, so siapa sebenarnya yang selalu jadi mangsa panggilan poyo ni?

  • Pengawas sekolah/ketua darjah - "Tahulah kau ni pengawas, tak payah la poyo sangat report kat cikgu nama budak masuk lambat. Mat pot la ko ni..."
  • Budak nerd/skema - "Asal dalam kelas mesti dia angkat tangan nak tanya soalan, nak jawab soalan. Nak bodek cikgu la tu, poyo betul."
  • Pelajar aktif dengan aktiviti pentas (ucapan, debat, lakonan, public speaking, tarian, nyanyian, etc) - "Ko tengok mamat tu bagi ucapan, gila babi bersungguh2 cara dia bercakap, dengan tangan2 naik... poyo nak mampus. Konon boleh menang la tu."
  • Student yang buat benda yang lain daripada orang lain - "Apahal ko ni suka menyanyi2 lepas tu post kat Youtube? Ko tak malu ke? Ingat suara kau best sangat ke? Poyo je aku tengok."
Lama kelamaan, segala perbuatan manusia yang dirasakan agak menjengkelkan, annoying, berlebih2, beria, bersungguh2 akan digelarkan sebagai POYO.

So adakah poyo tu satu sifat yang negatif? Tidak juga, tapi menggelarkan orang lain dengan perkataan poyo tulah sebenarnya boleh beri kesan negatif terutama bila benda ni dah disemai sejak dari kecil. Di zaman aku sekolah dulu, sebenarnya ramai je pengawas yang berwibawa, budak2 skema yang outspoken, pelajar yang berbakat dalam acara pentas, tapi kerana takut dilabel poyo oleh budak2 lain, pengawas jadi takut untuk report kesalahan pelajar hisap rokok, panjat pagar, bawak majalah lucah kat sekolah pada cikgu, budak2 skema akan menjadi pendiam dan pasif, pelajar2 yang berbakat dan petah bercakap tidak mahu menonjolkan kebolehan mereka, student yang lain daripada yang lain menjadi malu dan menyembunyikan bakat mereka hanya kerana tidak mahu dilabel poyo oleh rakan2 sekolah mereka.


Sama juga satu ketika waktu Najwa Latif masa belum popular tapi banyak cover lagu2 omputih kat Youtube yang masa tu dia baru nak naik, ada budak2 sekolah dan junior dia yang agak tidak senang dengan dia dan menganggap macam dia bajet nak jadi artis, menyanyi lagu omputih tapi salah pronounce dan macam2 lagi kutukan dan sindiran. Bagi mereka, Najwa Latif ni seorang yang poyo lebih kurang macam tu la... Eh ni bukan aku reka, memang kisah betul, baca sendiri kat blog NL sini.

Malah di usia yang lebih dewasa juga seperti contoh ketika di universiti, kita mungkin terlihat ada budak melayu lain yang cuba menonjolkan diri dalam kelas dan berbaik2 dengan lecturer, kat belakang kita panggil mereka poyo. Tapi bila ada budak cina yang berbuat benda sama, dia tidak pun dilabel sebagai poyo. Sama juga waktu di alam pekerjaan, kalau kita rajin lebih sikit, mulalah ada suara2 sumbang "Ala kau ni poyo la kerja rajin2, bos bukan nampak pun".

Sebenarnya melabel orang lain terutama budak2 dengan perkataan poyo hanya akan membantutkan perkembangan mereka, menjadikan mereka tidak yakin pada diri sendiri, rendah diri, pemalu, tidak mahu outspoken, mendiamkan sebarang kemungkaran yang mereka tahu berlaku di sekeliling dan kemungkinan benda ni akan effect dan berlarutan sehingga mereka dewasa.

Walau melabel orang poyo itu boleh memberi kesan yang negatif, tapi tidak dinafikan banyak juga sikap negatif manusia yang tak kena tempat yang memaksa kita untuk melabel mereka poyo ya amat, seperti contoh:

  • Golongan ekstrim melayu PERKASA yang gila babi poyo menganggap mereka sebagai pahlawan melayu dan pembela bangsa tapi tidak habis2 hanya membuat kacau sahaja.
  • Orang yang suka dress-up lebih2 macam artis K-Pop, kaler rambut sana sini, konon urban dan metrosexual, tambah laki buat gaya pelik2... bolehlah kalau nak cop poyo.
  • Orang yang suka cakap lebih2, over nak mampus, exaggerated, perasan diri hebat, macam bagus, merasakan diri dia sahaja betul orang lain salah tetapi hakikatnya apa yang dikatakan itu hanya tin kosong, tak serupa bikin dan terang2 salah.
Kesimpulan di sini, poyo ada 2 jenis iaitu poyo yang positif dan poyo yang negatif. Korang fikir la sendiri mana satu poyo yang positif mana satu poyo yang negatif. Tapi aku tengok orang2 zaman sekarang dah lebih terbuka dan boleh menerima budaya poyo ini.

So cuba bagitau aku, adakah yang berikut ni poyo positif ke poyo negatif ke, atau tak poyo? (* potong yang tidak berkenaan).

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

Poyo positif / poyo negatif / tak poyo

So macam mana sebenarnya korang define sesuatu itu samada ianya poyo yang positif, poyo yang negatif, poyo nak mampus, tak poyo atau sangat cool? Walhal sesetengah mereka tu membuat benda yang hampir sama. Tapi biasanya macam itulah, lumrahnya cuba kalau benda yang sama dibuat oleh mat saleh, mesti kita kata wow coolnya dia, tapi kalau orang melayu yang buat... oh dia itu sangat poyo...


* Perkataan POYO yang sebenarnya memang berasal daripada perkataan BERIA seperti yang aku dah terangkan kat atas. Ia bukan akronim kepada gabungan perkataan2 lain seperti Proud Of Your Own dan sebagainya. Ini kerana aku dan kawan2 aku dah pakai perkataan Poyo ni masa zaman sekolah rendah lagi pada tahun akhir 80-an dan awal 90-an, dan ia adalah perkataan yang dicipta bukan oleh orang dewasa tapi budak2 sekolah rendah yang bukannya intelligent sangat nak cipta akronim dari bahasa Inggeris aras tinggi pulak tu.

Dan perkataan Poyo ini hanya dipakai oleh budak2 di Malaysia terutamanya di negeri2 Selangor dan pantai barat, bukan perkataan yang dicipta barat seperti YOLO dan SWAG. Harap maklum.



tags: asal usul sejarah perkataan poyo misteri pelik beria-ia beria-ria bersungguh-sungguh poyor barito jengkel meluat annoying attention seeker pengucapan awam ceramah bercakap khalayak ramai spot check malat realiti sikap manusia kanak budak dewasa negatif positif cool kewl lame ass malaysia malaysian melayu youtuber youtube vlogger vlog ini anwar hadi mat luthfi maria elena cikgu shida dari parit the art of miming bigbang fantastic baby kpop k-pop raya cover bustednebs singapore oppa oppan gangnam gangbang condom style parody psy nobody wondergirls dzullazharina suasana gangnam raya myctvchannel anak cucu tok haroon fauzan98 ayum frozen lmfao malay aku seksi aku tahu buka baju najwa latif cover justin bieber love me baby

85 ulasan:

  1. yup~ i student MRSM tahun 2000-2004~ mase tahun 2000 pon dah ade perkataan poyo tu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. poyo la ko nk cakap yang ko student MRSM...

      Padam
    2. ye~ memang terserlah kepoyoan saya di situ~ XD

      Padam
    3. pasal aku pn same gak time taun tu....hehehe..tumpang poyo ko, tuk menyerlahkan kepoyooan aku gak..

      Padam
  2. oraitla tu..poyo.

    sepenaraya.blogspot.com

    BalasPadam
  3. POYO lah ko Noob buat Entry tentang POYO ni..Poyo lah lu ni! POYO!

    kahkahkah

    BalasPadam
  4. Amcm ngan perkataan 'kerek' pula? Adakah ianya adik beradik 'gerek', iaitu satu slanga utara semenanjung yg merujuk atau membawa maksud 'basikal', juga bermaksud 'bicycle' in english dan 'jitensha' in nihongo? XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. macamana dengan asal usul samdol pula?

      Padam
    2. kita tunggu tuan tanah kedaung jawab XD

      Padam
    3. Sabah: gerek-sembelih (bahasa bugis)
      Sarawak: gerek-girlfriend/awek

      Padam
    4. kerek mengikut kamus dewan: /kérék/ roda kecil yg diberi bertali atau berantai utk menaikkan atau utk menurunkan barang-barang berat; takal.

      tidak pasti bagaimana ia boleh berubah menjadi slang pasar yang bermaksud berlagak, ego, angkuh... seperti "kau ni kerek lah"... mungkin founder perkataan ini mengadaptasi perkataan kerek daripada perkataan bahasa inggeris iaitu crack seperti "u're very crack u know?".

      samdol? ia hanya panggilan yang digabungkan daripada 2 nama kependekan iaitu sam (shamsul, hisham, samir, shamsiah, kadir, etc) dengan dol (abdullah, dolah, abdul aziz, etc) so jadilah samdol, atau mungkin hanya 1 nama pendek sahaja iaitu sam, dan dol itu adalah shortform daripada badigol. tapi yang sebenarnya, samdol memgandungi maksud tersembunyi yang bagus -

      S - Suci
      A - Amanah
      M - Mesra
      D - Dinamik
      O - Oportunis
      L - Lemah-lembut

      so sapa yg orang panggil samdol tu... anda patut berbangga

      Padam
    5. Ko memang lawak la PON..komen ko memang xleh tahan.."so sapa yg orang panggil samdol tu... anda patut berbangga"..abis monitor aku basah dengan air 100+..jarang orang nak bincang topik macam ni, walaupun sesetengah orang anggap topik ni macam bodo je..

      Padam
    6. hmmm...'crack' tu lebih pada 'crack-head' iaitu 'crazy' atau 'x betol'..tp boley la diterima jwpn tuh ^^

      Padam
  5. salam,

    kiter pndh ke selangor sekitar 2000 perkataan poyo dah ada waktu tu

    KLIK transformasi pendidikan mundurkan negara page

    BalasPadam
    Balasan
    1. ku pindah ke selangor sekitar 1999 (heh nak menang gak sapa sampai dulu)

      perkataan poyo senantiasa dibuah mulut warga lelaki...
      tak faham apa maksud poyo masa tuh tapi sedar mmg ada berbau 'bad connotation'

      Padam
    2. Aku pindah selangor sekitar 1998. Pun dah dengar perkataan poyo, yoyo owh.. (nak menang jugak)

      Padam
    3. Aku pulak pindah selangor sekitar 1997. Aku tingkatan 4. Pun budak2 selangor selalu guna perkataan ni.. terutama area sabak bernam.. (
      aku pemenang terkini dari 3 orang di atas)

      Padam
    4. cis... tak sangka aku boleh kalah dalam pertandingan ni...

      Padam
    5. oh...ini satu pertandingan ka? XD

      Padam
    6. actually perkataan poyo ni dicipta masa zaman aku sekolah rendah kat selangor dalam akhir tahun 80-an dan awal tahun 90-an. masa tu mempoyokan memang pengawas sekolah dan ketua darjah memang rutin kami, but akhirnya aku dipoyokan balik oleh kawan2 bila dipaksa cikgu masuk pertandingan bercerita. tak sangka ia boleh spread sampai 1malaysia.

      btw mmg perkataan poyo tu mmg berasal dari perkataan beria, bukan Proud Of YOurself atau Proud Of Your Ownself atau lain2. seriously, perkataan poyo tu not even urban. kalau ia begitu urban, mat saleh pun dah guna perkataan tu. yang cipta tu budak2 sekolah rendah, tahun 90-an pulak tu, hebat betul time tu boleh fikir akronim yang berasal dari phrase english. lagipun penggunaan asal poyo tu bukan merujuk kepada orang yang angkuh atau berlagak, tapi lebih kepada menganjing budak2 lain yang begitu beria2 membuat sesuatu, sebab tu yang selalu jadi mangsa poyo ni budak pengawas, ketua kelas, budak2 skema dan yg sewaktu dengannya. cuma penggunaannya selepas tu berevolusi dgn lebih meluas...

      just look at najwa latif, or cikgu shida, maria elena or whoever yg kat dalam video kat atas, mereka tak angkuh atau berlagak, tapi ada people still call them poyo sebab mereka begitu beria dalam apa yang mereka buat.

      Padam
    7. Aku pulak pindah selangor tahun 2001, tapi silap, sebenarnya DIPAKSA PINDAH oleh ketua Jabatanku yang poyo lagi maha poyo, sebab dia nak letakkan anak buahnya yang POYO di negeri Perak.
      Atas dasar kuasa Poyonya yang sangat BESAR dan bermaharajalela, Ketua Jabatanku, mengakui dengan Poyonya akan meletakkan aku di negeri Selangor ni, selama mana hayatnya masih ada.Kesian kat aku tak? tak perlu kasihan. Tapi kasihankanlah ibuku yang tinggal di negeri Perak, yang kulihat 2 minggu sekali di itu, kerana aku tak mampu berulang dari selangor-perak setiap hari pada jarak 249km.
      Setiap kali ku pulang, untuk membeli barang dapur, dan membayar bil dan apa-apa yang patut kerana ibuku tak berdaya melakukannya.Semoga ketua Jabatanku yang poyo itu akan insaf, mungkin dia tak pernah mempunyai seorang ibu agaknya.

      Padam
  6. wow...sudut pndgn yg bagus...jarang org kupas,syabas noob...

    BalasPadam
  7. hebat!! dh macm esaimen tajuk poyo,heheh anyway,nice info.. kdg2 memang slalu gak guna poyo.. :) noob poyo la ko,,eh? hehe gurau2 je..noob cool..:)

    BalasPadam
  8. poyo itu kadang-kala diperlukan..

    BalasPadam
  9. hehehe betul2! memang setuju dengan PON (giggle)

    BalasPadam
  10. disebabkan poyo la najwa latif boleh jadi superstar mcm sekarang ni.cuba kalau dia ambil hati dgn kata budak2 sekolah dia dan stop menyanyi di utube,rasanya sekarang ni dia hanya average middle school girl cam org lain...kdg2 kita perlu jadi poyo utk mengejar cita2 kita & jgn pedulikan kata2 org len

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu.sokong.poyo tu boleh dikatakan bajet bagus la.tp kadang-kadang,memang kena jadi poyo pun.kalau asyik dok nak majukan diri,kena kritik je,trus tak berani..bila nak maju kalau cmtu.dulu aku nak bertanding jadi wakil pelajar,member sume cakap aku poyo.tp aku mohon diorang sokong aku.bila dah jadi wakil pelajar,member2 dok lepak kat asrama,tak gi kelas dan kantoi dengan aku..aku wat rilek je,tak report pun (salahguna kuasa).last2 aku cakap kat member aku,"dulu cakap aku poyo bile aku nak jadi MPP,sekarang..dengan kepoyoan aku itulah yg memberikan korang kesenangan untuk melepak tanpa kantoi".member aku semua gelak pastu cakap "tak sia2 kitorang pilih ko jadi wakil pelajar..besar manfaatnye"...cibai,nasib baik member2 baik aku.hahaha

      Padam
    2. Inila salah satu contoh org yg menyembunyikan kemungkaran kerana takuat dipanggil poyo oleh kawan2.jadi MPP tu satu amanah & memikul tanggungjawab yg besar.dgn student lain bukan main nak kantoikan,nak tangkap,nak report kt lect.member sendiri backing.patutla byk sgt kes salahlaku,rasuah etc kat gomen/swasta,dr kecik lg dh terdidik dgn ideologi ni

      Padam
    3. fuhh!serius tul mamat ni,smpi kes salahlaku,rasuah..seram la pulak dengar.aku ngn member semua keje dah sekarang..xde la pulak salahlaku ke pe.dan takde la pulak aku nak kantoikan student lain dulu.ni mst ko menilai aku berdasarkan pengalaman ko benci kepada wakil pelajar masa ko skolah dulu.rilek la der,zaman skolah,waktu kanak2 lagi.skrang semua dah keje,dah de anak bini..jgn la obses sngt sampi terbawa-bawa bab salahlaku rsuah bagai.org semua dah matang la skrang..boleh pikir baik buruk.masa kanak2 tu lama punye citer.

      Padam
    4. Pendidikan dan pembudayaan datang dari tempat belajar para pelajar.TAHNIAH! tnpa nma 10:20 ptg telah berjaya mendidik rakan2nya menjadi penyontot jubor dn kaki rasuah.

      Padam
  11. POYO stand for Proud Of YOurself (perasan). Itu pun xtau ke. Xurban lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow very the YOLO... tu bukan POYO tapi POY

      Padam
  12. 'org yg suka ckp lebih2, over nk mampus, exaggarated, perasan diri hebat, mcm bgus, merasakan diri dia je yg betul org lain salah, tetapi apa yg dikatakan hanya tin kosong, tak serupa bikin dan terang2 salah'


    sebijik nob bg kt mamat poyo @ sorg pengomen tetap blog nie..kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon Butthurt detected wawawawawawawa

      Padam
    2. ko maksudkan zack ke?dia dah takde la..dah arwah.

      Padam
    3. zack ada lagi la..dia tengah sibuk mengayat plain83 kat blog dia http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2012/09/spesis-mlmt-yang-patutnya-sudah-pupus_7.html

      Padam
    4. Kura2 jaki betul hang dgn zack ye sampai blog org lain pun hang stalk

      Padam
    5. Warghkahkahkah! Besar betol impack yg aku mampu berikan pada pasukan anon2 di sini rupanya..x ku sangka hebat btol kePOYOan aku, smpai ada yg diam2 mai stalk blog aku kahkahkah! XD

      Padam
    6. why plain83?why?tsk..tsk..you cheated on me..

      Padam
    7. zack dengan plain83 ni 'kamching' habaq kat hang.like brother & sister,like moon & stars.ayat,stail text gelak (kahkahkah,wkikikikih,wawawa,pastu hujung ada XD,^^),behaviour..ah!banyak lagi la persamaan.memang mcm kembar,cuma lain jantina.

      Padam
    8. @Tanpa nama: salah, bukan 'wkikikikih', tapi 'waikikikiki'!! LOLLL!! XD

      @berserk: laa..cheat pulak dah, hang jenguk blog aku pon x penah, apatah lg follow...lagi mau tanya why? trolololo ^^

      Padam
    9. bukan xmau jenguk.kot kalau gi jenguk pun,you tak layan..kan you dah ada favourite you (¬▂¬)

      Padam
    10. huh picisan sungguh alasan mu itu berserk..
      fyi, i don't play favorites ma, follow dlu tengok amcm? ^^

      Padam
  13. wawa alias tu salawati alias ke bro?

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. "tak makan dek hutang,tak byr dek lagi"

      Padam
    2. "berhutang mau, bayar x reti" XD

      Padam
    3. "hutang masuk buku tigalima"

      Padam
    4. "sekejap ada, sekejap tak ada" -kisah benar pemakan chipsmore

      Padam
  15. Bhai Noob...

    Gua dah dapat jawapan kepada soklan lu nih... dari masa asalnyer POYO .... gua saspek perkataan POYO nih datangnya dari siri animasi TV iaitu "POCOYO" ... diringkaskan dari 3 harkat menjadi 2 harkat iaitu POYO jer... hahahaha

    BalasPadam
  16. Kalau batak pulak? korang selalu guna tak? batak ni macam seseorang tuh menjadi over terhadap sesuatu bende atau peristiwa. Contoh 'batak gila kau ni!' 'kau ni dah batak ke apa?!', ditujukan kepada orang batak fixie ke, batak dslr ke, batak politik, atau batak kepada benda yang dia tak pernah tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batak adalah salah satu kaum di sumatera,indonesia..mereka dikenali kerana menjadi suku KANIBAL pada suatu masa dahulu..sangat ditakuti di indonesia kerana mereka adalah salah satu suku yang brutal dan sering menjadi samseng dan kaki pukul di indonesia.

      Mahu mengenali seseorang itu berketurunan BATAK..lihat pada namanya..jika ada perkataan "Siregar" atau " Nasution"..Mereka adalah Keturunan Batak,lebih dikenali sebagai Mandailing(digelar Mandailing kerana beragama islam,Majoriti batak di indonesia beragama Kristian) di Malaysia.

      Keturunan Batak yang terkenal di Malaysia adalah Saifuddin Nasution(Ahli politik) dan Ahmad Tarmimi Siregar(Pelakon yang kini bergelar datuk)..Keturunan Rawa di perak juga termasuk dalam keturunan Batak.

      Jadi disini,penggunaan perkataan BATAK disini bersifat menghina serta bersifat RASIS di Malaysia.

      Hormati BATAK..anda juga mungkin berketurunan BATAK! jadi kenapa mau malu mau mengaku asal usulmu?heheeheh

      Padam
    2. Ya batak mmg byk digunakan tp rasanya penggunaan dia lebih kurang dgn jakun mcm 'kau ni ini pun xpernah tgk ke? Batak betullah'

      Padam
    3. udahla budaya kami dimaling,bendera juga maling,lagu juga maling,kaum kami juga mahu dimaling?memang dasar malingsia!

      Padam
    4. Batak blog buasir otak.

      Padam
  17. Ada sorang kakak kt ofis aku ni bersungguh2 dia borak dgn member dia pasal anak dia...lps tu aku try nyampuk 'ai kak, apsal beria sgt ni',terus dia tenung aku tajam2.betul lah efek dia sama mcm kita ckp poyo kt org lain,mungkin lebih terkesan bg org yg lebih berumur sbb diorg xfhm perkataan poyo.xcaya cuba tgh2 awek/bini korg ckp dgn korg,korg ckp 'apsal beria sgt ni?'. Kalo xkena tampo,mungkin diorg akan merajok 10 hari 10 malam

    BalasPadam
  18. poyo gila sapa yg komen kat blog noob ni dgn tujuan mencari jodoh
    wahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa salahnya kalau tak ada jodoh lagi..mana la tau kot2 ada peluang jumpa kat blog ni.hang tak pa la taufik,hang jumpa jodoh hang dah.

      Padam
    2. hang jgn terasa
      ok la aku maafkan hg
      mudah mudahan hg berjumpa jodoh di sini

      Padam
  19. Sebenarnya, orang yang cemburu dengan kelebihan yang ada pada orang lain suka melemparkan tuduhan poyo tersebut. dia xleh buat, dia xmau buat, so dia cakap orang yang buat tu poyo dsb...

    tp, klu kita tengok mereka2 yg 'poyo' di Youtube misalnya, boleh menghilangkan stress ... juga mereka yang 'poyo' bila mempamerkan bakat yang mereka ada sekurang2nya ada juga yang nampak, akhirnya boleh dicungkil seperti Najwa Latif...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cemburu betul dengan kelebihan yang ada pada cikgu shida menyebabkan saya melemparkan tuduhan poyo pada mereka. saya xleh buat, saya xmau buat, saya cakap org tu poyo tapi sebenarnya saya nak sangat jadi macam dia...oh cikgu shida awak idola sayaaaaaa

      Padam
  20. saya amat kecewa dengan anda semua kerana menjadikan perkataan poyo sebagai topik dan mengata bukan-bukan.saya amat terkilan.bukan salah saya kerana dinamakan poyo oleh ibubapa saya.

    BalasPadam
  21. Balasan
    1. Kau ni biar betul? Ada short wayar kt mana2 ke?ke atau kau ni poyo?

      Padam
  22. cartoon pokoyo lagi best..

    BalasPadam
  23. Entah mengapa entry ini membuat aku terkenang ms silam.ye,mmg label poyo ni membantutkan kebolehan seseorang,walaupun kt tempat aku ni x panggil poyo tp still maksud yg sama.nak2 zaman sek dlu,takut dilabel poyo tp ms yg sama suka sgt melabel org poyo. Tp still msh ade lg srg dua yg poyo ms tu n aku respek keberanian thp cipan diorng,maybe diorng antara yg berjaya dlm hidup skang.klu la aku dpt blk ke ms tu aku aku akan mempoyokon diri aku hbs2san,coz poyo melatih diri kita jd lebih confident,kreatif & inovatif.haha.tp dh tua2 xleh la nk poyo2,aku pun muntah tgk org2 tua poyo,mcm mamat perkasa tu,he deserve dilabel poyo.haha.serius entry ni wat aku nanges ingat zmn skool dlu.huhu

    BalasPadam
  24. Bajet bagus, poyolah entri ni!

    Eh betul ke penggunaan 'poyo' aku tu? ;D

    BalasPadam
  25. Perkataan POYO ni masa aku sekolah kat vokay tahun 1992 dah ada, klau nak ckp dgn nada lagi marah diaorang akan sebut YOYO KOYO... Dah 20thn aku dengar rasanye

    BalasPadam
  26. ewww - xpoyo
    serta paksa- poyo positif/cool
    random behaviour-poyo gedik
    cikgu shidah-poyo positif/klaka
    how to collect ur spm result-poyo budak gila2 remaja
    gangnam style malaysia parody-poyo merepek
    not gangnam style parody-poyo xde keje, poyo pompuan sangap(yg pakai baju kurung xpakai kain tu)
    suasana gangnam raya-poyo positif
    LMFAO-poyo percubaan jadi artis
    bigbang-poyo minah gedik
    justin bieber(najwalatif cover)-xpoyo

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak satu2 org yg menjawab persoalan2 saya di atas... terima kasih saya ucapkan!!!

      Padam
  27. Ooo...gitu ya maksudnya. Baru saya faham.

    BalasPadam
  28. Poyo tu ada macam-macam maksud dalam pelbagai bahasa.Yang menjadikannya popular sebab satu watak dalam sebuah siri anime yang selalu menyebut poyo bila mengutuk kawan-kawannya.poyo betul....

    BalasPadam
  29. Pernah dgr tanggerak atau mat bel tak ? Inipun ada kaitan ngan poyo gak. Tahun 96 aku dpt..

    BalasPadam
  30. Sy selalu perasan dlm komuniti melayu xleh tgk org lebih power/bagus sikit dr dia..mesti dicop POYO...bila sy kawan dgn cina, org putih xde la ayat insulting mcm 2. Papepun, buat bodoh je statement mcm 2, 2 namanya org jeles dgn kita...end of story.

    BalasPadam
  31. Pakcik ingatkan POYO ni bahasa JAWA.Biasa la duduk di Klang ni kan ramai populasi Javanese, dan bunyi POYO pun ada mcm cakap jawa.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.