Halaman

Jumaat, 9 November 2012

Kerana kroni nama kita busuk

Orang kita memang terkenal dengan sifatnya yang sangat baik hati dan suka tolong orang terutama ahli keluarga seperti adik beradik serta saudara mara, sepupu sepapat dan kawan2 seperti kawan sekolah, sekolej, setaman dan lain2, tapi aku tidak.


Selalu aku tengok orang2 lain bila syarikatnya buka tender suatu projek, dia akan tolong keluarga atau kawan2nya untuk dapatkan tender tu, ataupun bila syarikat tempat dia bekerja ada kekosongan jawatan, dia akan mintak resume ahli keluarga atau kawan2 dia dan cuba tolong mereka untuk dapatkan kerja kat syarikat dia bekerja tu. Tapi aku sebaliknya, sepanjang aku kerja, tak pernah aku tolong sapa2 mahupun adik beradik, sedara mara dan kawan mawan untuk masuk projek kat tempat aku kerja ataupun tolong passkan resume mereka pada Human Resource department. Bukan sebab aku ni jujur gila babi atau baik sangat sampai tak nak tolong kroni sendiri, tapi aku ada sebab yang lain.

  • Kalau aku tolong kroni2 aku dapatkan apa2 projek kat tempat aku kerja, sekali kalau diorang tak perform, projek tak jalan atau result kurang memberangsangkan, nama aku jugak yang buruk. Penat2 aku berusaha cipta imej yang baik akhirnya tercalar kerana kroni.
  • Masa aku mula2 baru nak naik dulu, aku tak pernah berharap adik beradik aku ke, sedara mara aku ke, kawan2 aku ke tolong aku dapatkan kerja. In fact, kalau boleh aku tak nak pun kerja satu tempat dengan mereka. Aku dapat kerja dulu pun atas hasil usaha aku sendiri tanpa bergantung pada mana2 kroni. So bila sekarang ni aku dah kerja, ada ahli keluarga atau kawan2 yang tanya aku ada kerja kosong tak kat tempat kau atau nak mintak tolong aku hantarkan resume mereka pada HR, aku akan cakap kat dia "Sorry, buat masa ni takde kerja kosong kot, aku pun tak tahu sangat, kalau ko nak ko try contact HR tu sendiri dan try hantar resume ko sendiri kat dia", walaupun time tu ada je jawatan kosong. Tolong hantar kat kompeni lain boleh yang aku takde kepentingan.
  • Satu lagi aku tak mau tolong sebab aku sebenarnya tak suka ada ahli keluarga atau kawan2 terutama kawan2 lama yang satu universiti, satu sekolah atau satu taman dengan aku satu pejabat dengan aku, sebab silap haribulan habis nama baik aku yang aku jaga kat pejabat tercemar oleh kawan2 lama. Kalau kat pejabat orang panggil aku elok2 dengan nama aku, sekali datang kawan2 lama habis terus dipanggilnya aku dengan nama2 gelaran yang bodoh waktu dulu2, dan habis semua cerita dan kenangan2 lama yang aku mahu lupakan dihebohnya satu pejabat. Kalau ahli keluarga pun sama juga, kalau aku buat perangai sikit di pejabat, nanti mulalah jadi bahan bila di rumah atau di kampung waktu raya oleh pakcik makcik sepupu sepapat.

Tu baru cerita pasal kroni2 kat tempat kerja, belum kroni dalam politik Malaysia. Sebab tu aku gila babi anti dengan budaya kronisme. Kalau orang lain boleh cuba hidup berdikari tanpa bergantung pada kroni, kenapa mereka tak boleh? Termasuklah jugak dengan golongan adik2 kita yang aku nampak sekarang terlampau manja. Aku anak no. 2, tapi masa aku start belajar masuk Universiti dulu aku tak pernah mintak satu sen pun duit daripada abang aku walau dia dah bekerja, malah mak bapak aku pun aku cuba untuk tidak mintak2 duit sebab tak nak menyusahkan diorang. Aku cuba survive dengan hanya menggunakan duit PTPTN, hidup berjimat cermat, di kala orang lain beli henpon canggih2, kapel2 belanja awek makan mekdi, aku tahankan diri. Kalau rasa nak duit lebih sikit, hujung minggu aku buat la kerja part-time housekeeping kat hotel2, masa tu dapatlah sejam RM3.50 ke RM4.00, kerja sehari 8 jam boleh la dapat lebih kurang RM30.


Tapi ramai aku tengok golongan adik2 ni, bila dah masuk IPTA, duit PTPTN dapat, dekat mak bapak pun mintak lagi duit, sekali dekat abang2 kakak2 diorang yang dah kerja pun jadi mangsa, 

"Abang boleh masuk duit sikit tak kat adik? 2 3 ratus cukuplah, nak buat beli buku rujukan"
"Aik? Duit PTPTN tak cukup lagi ke nak beli buku? Hari tu pun mak baru bagi RM200 kan?"
"Ala duit dah tinggal sikit dah ni, baru je angkat Samsung Galaxy Note 2 minggu lepas."

Sebab tu aku kurang sikit nak tolong adik2 atau sedara mara yang muda2 ni sebab nanti diorang naik lemak, semua benda nak kena suap. Tolong belajar berdikari sikit.




tags: budaya kroni kronism kronisma crony cronyism cartoon joke lawak meme lucu kartun definisi bantu tolong utamakan ahli keluarga ibu bapa adik beradik saudara mara kenalan kawan rakan sahabat dapat jawatan iklan kerja kosong bisnes perniagaan projek tender kerajaan syarikat swasta lulus menang kalah sebutharga quotation budak sekarang manja ipta ipts universiti mahasiswa mahasiswi duit wang pendapatan ptptn sia-sia part time job berdikari

71 ulasan:

  1. Allhamdulillah ..hari Jumaat dtg lagi.. 1st

    BalasPadam
    Balasan
    1. sakit jiwa tgk skrin putih. Mcm kain kafan.

      Padam
    2. hihihih...noob..sori2

      Padam
    3. wahai insan yg disebalik gambar seekor beruk, jgn flood space boleh tak?

      Padam
    4. Orang Melayu naik perahu
      Sedang berdayung hujan gerimis
      Hancur hatiku abang tak tahu
      Mulut tertawa hati menangis

      Padam
    5. Anak beruk di tepi pantai
      Pandai melompat pandai berlari
      Biar buruk kain dipakai
      Asal hidup pandai berbudi

      Padam
    6. Noob,apa kata ko banned beruk ni...kalau bagi komen berguna takpelah jugak. ni komen cam sial. bodoh punya beruk. menyemak je kerjanya

      Padam
  2. kesusahan hidup memberi pedoman di kala kesenangan menjenguk kehidupan tapi masih yang ade lupa daratan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesukaran membuat orang tabah dan cekal..
      kita sebenarnye leh survive dalam apajua situasi..

      tetapi kemewahan dan kesenangan membuat kita alpha, leka dan lalai..
      dan kadang ianya melemahkan kita..

      contoh orang miskin takda duit relak je..
      tapi orang kaya kalau duit ada rm50 lagi lam poket pon dah gelabah..
      macam takleh survive..

      Padam
    2. Burung merpati menyampai kabar
      terbang pergi menuju taman
      dalam sempit ubatnya sabar
      gelora hati ubatnya iman

      Padam
  3. Aku dah terkena. Masa kat tempat kejra sebelumnya, orang ni perform mcm bagus..tp bila aku rekemen dia kat company tempat aku keje skrg, performance macam celaka tahap buasir yang meletup.Nak jer aku sembur berak kat muka dia. Buat malu aku jer rekemen. Skrg dia dah resign pon. Hoho..bgs la tu...taubat. aku xna rekemen orang dah.. muka jer baik, cakap macam hebat. Tapi attitude boleh masuk Ripley's Believe It or Not.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg la malu kan, sbb scr otomatis si tukang rekemen tu dianggap mcm 'penjamin' org yg direkemenkan tu...kalo baik betoi2 takpa la, kena yg gila pandai belakon pehtu tikam balik tukang rekemen tu mmg lingkup la...buat baik berpada2, buat jahat ingat2 tuhan...nnt kena balasan sapa pon tak buloq nak tolong/kesian...hahah ^^

      jgn la masuk spam jgn la masuk spam...

      Padam
    2. laki aku suke ler rekemen kwn2 dia kat tmpt keje dia.. siap suruh aku tlg printkan resume kwn2 dia tu, then dia tlg hantarkan ke HR dia.. 2x dia tlg kwn dia tu, tp kwn dia buat taik, 1st time x dtg interview, 2nd dah lulus dpt keje, x lapor diri plk utk keje.. sabar je la.. malu laki aku dgn org2 kat HR tu..

      aku lak lain, if sedara mara or sepupu sepapat tanya ada kerje ke kat office aku, aku akan jawap... entah.. ce ko tgk website nya.. pastu aku bg la link website career tmpt keje aku.. wakaka. pandai ler dorg nak usha sndr lawatan apa yg sesuai utk dorg tu..

      Padam
    3. lawatan sambil belaja eh?

      Padam
    4. nampak aje typo aku ye.. sorry.. hehe *jawatan

      Padam
    5. Ada compeni buat employee get employee ma.. Masuk

      Yang rekomen dapat 3k yang direkomen dapat 2k kalau berjaya bekerja sampai setahun hahaha.. :D

      Sape yang tak nak? :) tapi yeala kena rekomen yang betul2 nak kerja la..

      Padam
    6. wow! bestnya dapat company cenggitu.. saya mahu saya mahu!

      Padam
    7. Banyak compeni buat sebab kesukaran dapat tenaga mahir..
      tapi tak semua post dia ofer employee get employee.. :)
      hanya post2 yang kritikal la.. :D


      Padam
  4. cronyism...nepotism...to infinity and beyond...

    syabas noob, aku stuju betoi ngan hiang dlm bab nieh...mmg tepat alasan2 yg hiang pakai utk tidak sokong cronyism, kalo kena backfired balik pedih woi...

    jgn la masuk spam jgn la masuk spam jgn la masuk spam...

    BalasPadam
  5. cronyism...cronyism everywhere...to infinity, and beyond...

    BalasPadam
  6. Hahahahaha. Bank adalah company anak beranak.

    BalasPadam
  7. time bljo dulu memang kene berjimat cermat.
    takde le nak kuar main boling.tgk wayang,
    donload je.heh

    BalasPadam
  8. yup...stuju sgt...
    xsemua budi di balas baik...
    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebb budi baik yg kita buat dapat dari Allah S.W.T. jgn di heran bila org bls buruk sebb kita nak harap dr Allah S.W.T. bukan dr manusia....

      Padam
  9. oh wah..aku setuju betul..kalau rekemen orang lain tapi tak perform memang malukan diri betul..nak buat macam mana, teknologi sekarang memang buat budak u makin manja..hp canggih gilavavi, siap ada promosi beli kereta myvi lagi untuk yang tak kerja ni..aku masa kat u dulu, dah grad siap ada duit baki pinjaman lagi aku sempat save untuk survival cari kerja..

    BalasPadam
  10. Bhai Noob...

    Gua tak pernah masuk University... blaja sampai SPM jer... jadi gua tak tau perjalanan citernyer kat University nih...... gua ... sesapa nak antar resume boleh... tapi jangan ingat gua ader kesian masa interview... takder toleransi... sori... kompeni gua mahukan perfection... kronisma tak perlu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami faham bro. Bro mmg xperlu kroni2, kerana bro perfect. Kami sayang bro

      - Presiden kelab peminat C++

      Padam
    2. ape.....pasal.....banyak....dot....dot....ni....rimas....lah..... baca..... blog..... ko..... ni.....incik.... bos......

      dari......
      pekerja.....

      Padam
    3. tak payah baca kalau macam tu. Bro macam biasa malam esok kelab gay kita. kami sayang bro

      - Presiden kelab peminat C++

      Padam
    4. Bro C++ amat perfect. Keja pun boleh buat kat kfc tanjung aru dgn hanya vpn. Sekarang jadi tukang interview org pulak dah. Mcmana nak hantar resume saya. Teringin sekali mahu berkerja sama dgn bro.

      -Peminat biasa C++

      Padam
    5. xpyh nak menyamar anon lah pepek

      Padam
    6. Betui gua pon interview standard takd apilih kasih..
      tak kisah la sape rekomen.. ceo ka sapa..
      kalau gua rasa tak layak gua tendang ja.. hahaha

      Padam
    7. bro C++ patut bertanding dalam pilihanraya.

      Padam
  11. dulu time study sebab susah nak survive ngan monthly allowance, rajin gak la carik keje jadik cleaner, anta surat khabar, keje kat restoran. seronok and boleh develop skills communicate ngan orang

    skang tengok adik aku, dapat uni kat sabah, mak aku jumpa dekan mintak tukar semenanjung, siap belikan kete lagi (aku pun xde kete).....aku rasa sebab abang kakak dah keje semua, so mak bapak cam dah kaya sikit, tu pasal adik2 dimanjakan kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. jgn jeles tau.. :p bapak aku pun, dgn abg2 aku belikan computer gabak yg dok statik je kat rumah.. tang aku dah belikan laptop. abg2 aku beli moto kena byr blk bulan2, tang aku bapak aku belikan motor terus cash. abg2 aku beli kete pinjam loan dgn bank, bapa aku belikan aku kete terus cash.. tp aku kena byr bulan2 la kat bapa aku tanpa interest.. hehe.. jgn jeles ye abg2 ku cyg.. ;)

      Padam
    2. Masa aku bajar komputer 386 pon tak mampu beli huhu sadis..
      Now orang leh pakai laptop ipad iphone sambil drive BMW pi kelas..
      adeh.. :D

      Padam
    3. aku gi class jalan kaki je.. menapak tangga kejayaan yg setinggi 100 tangga.. sehinggalah bapa aku belikan motor.. owh bahagia giler hidup!

      Padam
    4. yelah anak perempuan memang biasanya mak bapak manjakan sikit benda tu lumrah tak leh wat apa lah. cumanya kalau budak laki pun dok dimanjakan sampai tak boleh berdikari nak harap mak bapak abang kakak je memang agak annoying lah

      Padam
    5. Bapak aku belikan aku honda city bulan lepas. aku baru 18tahun dah dapat pakai honda city..noob bila lagi?

      Padam
    6. adik aku lelaki dpt laptop lg canggih drpd aku.. tahun lepas dpt motor lg mahal drpd aku.. noob bila lagi? :p

      Padam
    7. biasa aa tuh laptop spec lama mana susah dapat sekarang
      2nd hand pon tak berbaloi baik beli baru ada waranty hehe.. :D

      Padam
    8. haha rasa nk lempang sekor2 nih..tapi then again kalo aku ada anak pun, kalo aku mampu, segala apa kat dunia ni aku nak bagi.

      Padam
    9. betul then again kesushaan biasanya mendidik jiwa menjadi kental..
      tapi persoalan bagamana mendidik dan menanamkan sifat ini dalam kemewahan?

      sebagai ibu bapa kena faham dalam mendidik dan menanam jati diri dalam anak-anak so anak tak spoil dalam kemewahan.. kan?

      Padam
    10. hahaha...hime s jgn ler marah ye.. betul tu, aku pun kalau boleh, aku nak tgk anak2 aku senang. tak mau dorg rasa susah mcm kite rasa dulu. tp x de la sampai nak manje kan dorg lebih2 kan..

      aku pelik giler dgn kwn aku sorg ni, bila aku ckp, weh bayar la ptptn tu, ko x malu ke klu tiba2 cucu ko minta duit nak byr ptptn, ko jawap "atok pun x habis byr lg ptptn tu cuuuuu". then kwn aku leh jwp apa? "kalau anak2 aku nak sambung bljr, pandai la dorg pinjam n byr ptptn dorg tu sndr. aku pun pinjam, x de pun mak n pak aku bg duit" homaigot! ko kena mcm tu.. ko pun nak buat kat anak2 ko mcm tu ke??? hrmmmm

      Padam
  12. agree with your post pasal hidup berdikari. di sinilah mulanya mentaliti subsidi jika tak dikawal.

    tapi kalau aku tolong takat pass resume kawan/ sedara kt HR ajelah. itu aje yg bole aku buat. nak pengaruh2 HR amik kroni takla. aku x reti nak sweet talk, pengaruh2 org ni.

    BalasPadam
  13. ak mmg hanya rekemen org yang perform bagus jer... tapi skng ni dah stop.. aku just cakap carik sendiri.. dah byk agen / website keje kosong,lagi senang.

    aku dulu masa belajar, siap carik keje part time utk survive, tak mo mintak duit ngan mak ayah aku... skang ni aku dah keje , adik aku plak blajar, aku ajar adik aku utk survive sendiri...

    BalasPadam
  14. Aku penah gak rekemen kawan
    tapi aku bagi disclaimer siap2 awal kat kawan aku yg tersayang tu
    disclaimer itu berbunyi begini:

    "Aku rekemen hang bukan sebab hang lawa/hensem, bodek aku, kawan lama, BFF, sedara mara, jiran sebelah apa bala. Aku rekemen ni sebab aku rasa hang ada skill utk job tu.

    Dan kalau hang men-tahi-kan diri setelah dapat keja ni. Maka pasrahlah hang dengan notis pemecatan 24 jam yang direkemen oleh aku jugak.

    Kalau hg setuju, please proceed."

    BalasPadam
  15. Aku leh je rekomen.. saudara ka kroni ka apa..
    tapi cam ko la kadang kalau buat hal macam nak tendang je sekor2.. :D

    Tapi bagi aku takpe..
    Niat kita ikhlas sebab kita rasa dia leh wat keje kita rekomen..
    Kalau dia tak perform atau buat hal itu terpulang la pada dia..
    Niat ikhlas kita bukan mintak dia balas tapi tuhan akan balas..
    Mungkin suatu masa bila kita perlukan tuhan akan beri pada kita..
    misalnya ada orang rekomen kita tanpa kita minta ;)

    Aku percaya buat baik di balas baik.. balasan bukan dari makhluk yang kita tolong tapi dari tuhan yang maha pengasih dan penyayang..

    wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat keje ko kat mane? masyuk x? area lembah klang x? berapa fresh sebulan.. wakaka.. byk soklan aku :p

      Padam
    2. Jauh dari lembah Klang.. Penang mari.. Masyuk? boleh la..
      kalu employee get employee tu ada tapi kebanyakannya electronic engineering la..

      Tapi minggu lepas tak silap ada "programmer analyst II (windows developement)" diperlukan.. sape nak keje kat Penang terer gegiler programming windows developement meh habaq.. aku rekomen.. :D

      Padam
    3. jadi tukang sapu bleh

      Padam
    4. Okt : Boleh.. sila lampiran resume kat cleaner.. Aku pon tak pasti apa nama kompeni dia hahaha sebab kitaorang sub kat cleaning company..

      Padam
    5. penang? reject la cenggitu.. :p jauh kemain..
      wow best gak klu jd tukang sapu dgn gaji 10k sebulan.. hrmmm hrmmmm

      Padam
    6. Memang kena berhijrah kalau nak lebih baik..
      cam dulu kita keje kl biasa2 je now hijrah dapat double..
      kalau nak triple quardrapel etc kena hijrah ke luar negara pulak.. :)

      Padam
    7. aku x kan hijrah.. opss bukan x kan.. rasanya mmg tak kot.. laki aku kat sini, mak n pak aku kat sini, mak mertua aku kat sini.. semua sanak sedara semua kat sini.. then sbb kesetiaan aku dgn company aku tu, alhamdulillah gaji dah naik seganda. saya suke saya suke :)

      Padam
    8. berhati2 cik/puan pisces...air yg tenang jangan sangka tiada buaya...tiada benda yang kekal dalam dunia ni :)

      Padam
    9. terpulang kita tentukan kehidupan kita
      kita yang memilih kemudian jangan pulak merungut atau komplen di atas pilihan kita..

      yea betul Tanpa Nama12 November 2012 1:41 PG tiada yang kekal..
      kerja hatta apa jua hubungan kita didunia.. Hanya kepada pencipta kita serahkan segalaNya.. Kita buat sebaiknya untuk pencipta kita..
      Wallahualam..

      Padam
  16. Siapa rasa ada bakat dan minat untuk menjadi bapak ayam,aku boleh tolong rekomen.Gaji masyuk,elaun perumahan,EPF, KWSP, SOCSO, PERKESO dan sorang bini percuma (kalau mahu).Office kat brickfields.Cawangan kat puchong.boleh pilih mau office kat mana yg korang suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok tu..saya dulu ada belajar tomoi. Layak ke apply

      Padam
    2. ok,kira layak la tu.asalkan kau berani.sila dtg office kat brickfields,amik notis mula kerja.interview tak payah.starting kitorang bagi 15 org amoi dulu.kau handle sendiri.nnt company hantar 2 org jadi jaga tempat bisnes kau.

      Padam
    3. Ok boss nt saya lapor diri..err amoi tu boleh ke saya test dulu..seround dua pun ok..btw nama saya ramli tp org panggil saya red..

      Padam
    4. no hal.kau mau test berapa kali pun kau punya suka.itu sudah kira kau punya maa..kau sendiri jaga.bagus2,nama red,dah sesuai dengan jiwa industri kita ni.

      Padam
  17. jgn recokemen balak kat kwn nnt balak tu buat hal tak pasl kiter kne skali

    Pengecualian bayar balik ptptn, graduan cina paling ramai

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.