Halaman

Khamis, 15 November 2012

Perlu ke berkhalwat dengan bini orang?

Dulu aku pernah tulis pasal isu hebat dalam kerjaya, gagal di rumah. Ini adalah contohnya.


Baca lanjut di Sinar Harian.

Serius, sapa sangka seorang yang begitu berjaya dalam kerjaya, menjadi seorang Ketua Pengarah Kesihatan, yakni penjawat awam no. 1 dalam Kementerian Kesihatan, seorang doktor perubatan bergred utama turus II, malah ada darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri, mempunyai hubungan terlarang dengan isteri orang yang juga jururawat gred U41 di kementerian yang sama malah kantoi berkhalwat di hotel.

Sebenarnya benda ni bukan sahaja dah mencemar imej Kementerian Kesihatan khususnya yang sebelum ini pernah juga tercalar oleh bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek dengan video skandal seksnya, malah sedikit sebanyak turut memberikan imej yang buruk terhadap penjawat awam dan profession doktor itu sendiri. Kalau dia itu nobody boleh tahan lagi, tapi ini penjawat awam no. 1 di Kementerian!


Lanjutan petikan berita:
Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf.
Yang si isteri orang ni pun satu, tidak sedarkah yang dia itu masih isteri orang ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang juga bos paling besar di tempat kerjanya? Tak tahukah perbuatan curang dan derhaka pada suami adalah benda paling terkutuk boleh berlaku dalam sebuah rumahtangga? Kalau dia dah cerai tu lain la, walaupun perbuatan berkhalwat tu masih salah tapi at least bukanlah semasa berstatus isteri. Aku tak tahu macam mana bermulanya bibit2 cinta di antara pegawai atasan dan pegawai bawahan ini, tapi yang pasti apa yang mereka buat sangat tidak betul.

Sebab hakim tu baik sangat maka mereka tak kena penjara, hanya denda sahaja. Nasib la pakai undang2 syariah Malaysia, kalau hudud? Dan Datuk Seri ni, saya faham tuan tu duda, tapi kalau nak kawin sangat aku rasa anak dara atau janda kat Malaysia ni belum pupus lagi sampai terpaksa bercinta dengan bini orang? Rasa2nya apa agaknya perasaan anak2 tuan dan juga suami kekasih tuan tu? Sepatutnya bila dah berada di atas tu haruslah menunjukkan tauladan dan contoh yang baik kepada orang di bawah, ini sebaliknya yang berlaku.

Walau dah kena denda dan mereka kata dah insaf, aku rasa pihak kerajaan masih perlu mengambil tindakan tatatertib atas kerosakan yang telah dilakukan pada imej kerajaan ataupun beliau sendiri patut meletak jawatan atas tindakannya yang telah membawa malu kepada kerajaan amnya untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada penjawat awam yang lain akan kesan dan tindakan perbuatan salah mereka.


Teringat tahun lepas kes Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan yang juga kena tangkap khalwat Pulau Pinang dan juga kes pegawai kerajaan yang kantoi bercium dalam lif kena rakam dengan CCTV. Harap2 orang ramai menjadikan kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran terutama di kalangan orang2 besar dan penjawat awam, sebelum nak buat benda pelik2 ingat yang anda tu bawak imej kerajaan Malaysia, dan juga imej seorang yang beragama Islam.

Bacaan lanjut di Berita Semasa.




tags: ketua pengarah kesihatan kementerian kesihatan datuk seri dr hasan abdul rahman biodata profil duda tangkap khalwat bilik hotel wan syarifah nooraazmanita wan hassan isteri bini wife orang suami proses cerai hukuman denda rm3000 penjara cinta terlarang hubungan sulit curang derhaka chua soi lek bekas menteri kesihatan video cctv skandal seks rakan penjual bunga gomen ksu kbs ptd datuk salim parlan nur diayana norslan hotel mewah bajet pegawai kerajaan gomen cium dalam lif premis pejabat agensi kementerian putrajaya 

52 ulasan:

  1. kalau perempuan tu bukan bini orang pun, perlu ke berkhalwat??? masalah khalwat ni tak pernahnya setel. ni baru orang ternama, belum kira orang biasa2 lagi.. haiishhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa bezanya org ternama dan org biasa? tak da!

      Padam
    2. maafkan saya, maksud yang saya cuba nak sampaikan dekat sini ialah ni baru bukak kes khalwat orang yang ternama. tu belum kira kes khalwat dari orang biasa lagi. kalau dikira sekali memang beribu ribu kes agaknya. itu yang saya cuba sampaikan..kes khalwat yang memang tak pernah habis.

      thanks sebab tegur, btw saya bukannya membezakan orang ternama dan orang biasa..:)

      Padam
    3. Tak kira la ternama ke tak da nama
      Masalahnye utamanya dia kantoi
      Ramai orang khalwat jaga line

      Tapi apapon nasib la tak kantoi kat sini kat sana lom tentu lagi kan Su
      Jalan terbaik toksah khalwat2 ni

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. pn su..
      maklumat yg sy dpt..
      si ppuan tu xnak/xmau sgt ikut ke hotel tu...
      tp dek sebabkan ARAHAN... itu yg xbleh buat apa2 tu...
      nnt langgar ARAHAN.. bulan Dis/Jan nnt.. xbleh pulak dpt BONUS !!!

      Padam
    6. ketua pengarah mana ada kuasa nak sekat bonus orang maaaaa.lagipun kalau pompuan tu ikut sebab arahan,nampaknya dia lebih taat pada bos dari suaminya,dan lebih takut pada manusia berbanding tuhan

      Padam
    7. Ya Tuhan, apa la nak jadi dengan Malaysia. Macam mana bala tak datang menimpa kalau dah maksiat merata-rata.

      Padam
    8. CP tak nampak istilah terpaksa ikut arahan kat sini , salah tetap pada kedua2 pihak ...hm..

      Padam
  2. Manusia era ini lemas dalam arus jahiliah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syaitan dan puak2nya tidak kenal erti penat lelah...kita kena sentiasa beringat dunia ini sementara saja dan jaga segala tingkah laku serta batasan dalam pergaulan, yg kekal itu akhirat kelak, kan cik Lin kan? ^^

      ...semoga kita sentiasa dipeliharaNya dari segala kemungkaran dan fitnah...amin ^^

      Padam
    2. Assalammualaikum cik plain,jazakillah khair cik plain..sohih jiddan apa yang cik plain komen tu. Apabila telah hilang malu, maka hilanglah akhlak. Apabila hilang akhlak, maka hilanglah adab. Apabila hilang adab, maka hilanglah akal. Apabila hilang akal, maka hilanglah iman. “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim)..Manusia sudah hilang malu. Malaikat dah rakam & catat semua, kamu tunggu je mati.

      kata kat diri sendiri<<<

      Padam
  3. Kadang-kadang saya sangat takut melihat masa depan. Tetapi untungnya Allah menjadikan masa depan itu perkara ghaib yg tidak diketahui manusia agar manusia sentiasa bergantung pada-Nya. Manusia yg bergantung pada Allah, Allah akan memeliharanya sebaik mungkin. Jika senang, Allah limpahkan rahmat-Nya. Jika susah, Allah hamparkan kasih-Nya. Keep the faith, said Jon Bon Jovi. :)orang soleh macam enche noob, Allah pelihara selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin, tolong doa kan bnyk2 kt noob ni spaya menjadi org yg beriman dan bertaqwa, soleh. walopun kdg2 bnyk juga content2 blog yg agak takde nampaknye ke arah kesolehan. kebaikan, ok la kot. tp perkataan soleh tu mcm agak tinggi drjatnya pfft.

      peace

      Padam
    2. amboi si pipi merah,sarkastik nampak? aku terasa ada unsur2 perli di situ

      Padam
    3. Husnu zhon (bersangka baik) ;)Tuhan tengok hati, bukan rambut.

      Padam
    4. Rambut sya blonde.

      Padam
  4. buat kaum hawa especially isteri² dan bakal isteri sekalian...mohon permudahkan anda untuk menurunkan sain di borang poligami untuk suami anda yang benar² berkelayakan...kalau tak layak,jangan turunkan sain tu,mahal tau...keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. benda tu tak bole diapply dlm kes ni...yg terlibat dlm skandal hok ni,tino tu bini orang,jantan tu duda...pompuan bole nikoh 1 jer,jantan bole nikoh 4 pd sesuatu masa,laki tak bole benarkan bini nikoh laing...hewhewhewhew ;P

      Padam
    2. tak mau sign borang poligami... nahe nahe nahe!

      Padam
    3. bini tak solehah detected...

      Padam
    4. Skandal je kot ni bukan nak kawen2..
      apalagi poligami..

      Padam
    5. apa lak x solehahnya. perempuan boleh menolak poligami jika dia tak rela.

      Quran x cakap pun lelaki boleh berpoligami. bahkan Quran berkata lelaki xkan dapat berlaku adil di kalangan wanitanya wpun dia nak.

      akan tetapi, lelaki boleh berpoligami jika semua pihak terlibat bersetuju. jika satu pihak x setuju, jgn harap boleh buat.

      baru nak mintak persetujuan 1 isteri pun susah, inikan pula nak hidup maintain banyak bini.

      Padam
    6. yeeee.. saya suke saya suke. saya sokong Annakholat Atastokhdevishizar! pergh berbelit lidah menyebut namanya yop.

      Padam
  5. mula-mula menteri yang tak sihat sekarang ketua kesihatan pun dah Jadi Tak sehat lepas ini siapa pula yang tak sihat di kementerian kesihatan.

    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lelain cuma depa takda la kantoi :)

      Padam
    2. mereka2 yg obes dan x jaga kesihatan?

      Padam
  6. projek dkt otel pullman...sbelah umah aku...shiiiaaallll

    BalasPadam
  7. Jalan terbaik.. Letak jawatan jela..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia ni pelik sikit kantoi dan bersalah pon tak letak jawatan
      Kalau kat jepun bukan jeletak jawatan ada bunuh diri lagi, malu beb.

      Tapi kalau ikut kes kebarangkalian dia ni akan kena tukar kemana-mana.

      Padam
  8. Uish dulu menteri kantoi ni Ketua Pengarah dia pulak..

    Bini orang ni musti mantop :) ek..
    Tapi aku pernah dengar jabatan kesihatan ni mak mak dara lebih mentop dari anak dara dia.. kekekeke.. mungkin betoi kot.

    Proceses penceraian tu dah cerai ke belum?
    Kalau dah cerai dah habis edah ke?

    Biasanya la pegawai tinggi ni ada cable dia kawtim sesiap ngan paper
    dia biasanya tak mention nama.. ni siap mention nama bagai..
    ni macam tak lama lagi kena tukar la walau tak letak jawatan..

    BalasPadam
  9. noob, aku nmpak hang lepak sunbathing ngan kawan2 hang kat Lissadell Beach, Ireland...mysterious btol hahah...off topic sket XD

    http://www.grindtv.com/outdoor/blog/41673/mysterious+stranding+on+irish+beach+involved+up+to+50000+starfish/

    BalasPadam
  10. kalo nak tahu ni la anak murid soi lex. soi lex tok guru dia. patut kena tukar perkataan khalwat kpd DITANGKAP KERANA BERzINA DGN ISTERI ORG. bos sibuk duk suruh org bawah jaga imej. tapi dia sendiri buat taik. malu saya sebagai staff kesihatan ada ketua mcm ni. mencemarkan nama KKM. sila letak jawatan segera..

    #insan fakir.

    BalasPadam
  11. kalau kita ditempat mereka semua,mungkin kita juga akan melakukan perkara yg sama...tekanan kiri kanan,kehidupan semasa,emosi semasa,banyak faktor yg membuatkan takdir sedemikian rupa...setiap manusia pasti melakukan kesilapan...menghukum,memijak maruah hamba tuhan yg lain bukanlah jalan yang indah untuk dijalani...kerana hukum karma sentiasa berjalan,hari ini kita berbicara tentang orang itu ini,esok semua akan kembali kebatang hidung kita sendiri...setiap kata2 yg terlahir bukan percuma,ada harga yg perlu dibayar...ada baiknya kita berbaik sangka dan doa mendoakan supaya kesilapan yg sama tidak lagi mereka lakukan...mereka punya keluarga,setiap ahli keluarga punya airmuka dan maruah,hak mereka kita kena jaga...kita mahu jadi manusia yg keberapa menyebarkan cerita yg entah sahih 100% ataupun tidak ini...?mahu dapat saham yg baik atau buruk disana nanti,sama2 kita buat pilihan...kita jaga aib dan maruah sesama kita,nnt tuhan akan tutup aib kita pula...aib kita bukan 1,bukan pula 2,tapi banyak...mahukah kita kalau tuhan buka satu persatu aib kita dimata umum hanya kerana kita pernah menyebarkan aib manusia lain dsatu masa dahulu? jaga menjaga itukan lebih manis...

    bukan semuanya harus disebarkan dan dijadikan satu bahan cerita lawak dan kutukan semasa apatah lagi melibatkan aib manusia lain...sama2 kita fikirkan...

    maafkan annur banyak berkata utk kali ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tekanan diri utk buat maksiat? nauzubillahi min zaalik....agama sudah ajar kalau dah cukup syarat sila kahwin n kalau tak mampu sila berpuasa

      Padam
  12. tak pyh ckp pasal tekanan sebab Allah dah kata jgn menghampiri zina.. berdua duaan laki dan perempuan sbb yg ketiga nya syaitan. kata2 nabi ni tak mahu ikut.. dah mampus dlm lubang kubur nak syafaat nabi.. bila tak ikut agama jgn salahkan sapa2 kalu terberzina dgn isteri org..

    mencegah tu lebih baik..bkn niat nak buka aib, tp disebabkan media punya pasal. kami hanya meluahkan pandangan. pandangan yg baik atau buruk... terpulang pd diri sendiri.

    BalasPadam
  13. sebab konet-konet la aku sampai kesini.......

    BalasPadam
  14. Yang nie namanya bodoh, perempuan tu pun bodoh. Hampir nak bercerai ke dah failkan penceraian ke, dah bercerai ke, zina tu kan haram. Apsal buat jugak. Tak kisah apa status yang penting zina tu haram.

    BalasPadam
  15. Kesangapan kedua-dua jantina.
    Oh Neraka aku datang!! kata mereka sambil berjimak.

    BalasPadam
  16. Alah tak payah nak buat hara sangat. Bende ni biasa je kat Malaysia kita. Lepas bape bulan nanti lupa lah semua orang pasal kes ni.

    Jaga bini anda baik2. Tapi kalau die sendiri tak jaga, kenyang la orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KENAPA KENYANG??

      MANUSIA BOLEH DI MAKAN KE

      Padam
  17. mmg biasa.. dkt tempat aku baru semalam, budak pempuan umo 12thn kantoi zina dgn pakwe juga umo 12thn dlm umah. tu baru 12thn, dah tau cmna nak bzina. dari umo tua sampai budak pun rosak..

    kembali lah pd agama.. gerenti anda selamat.

    BalasPadam
  18. xde maknanya bibit2 cinta...tu semua nafsu semata2.

    BalasPadam
  19. aku ada masalah dengan ayat ko yang ni "Nasib la pakai undang2 syariah Malaysia, kalau hudud? "
    ko tolak hukum ALLAH ke apa? serius tak faham yang ni explain

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksudnya, kalau pakai hudud, jangan harap la dia boleh lepas dengan bayar denda je, yang si lelaki kena sebat, yang si wanita boleh direjam sampai mati. dia dapat lepas pun sebab negara kita tak amal hudud. itu sebab ramai sangat yang tak sedar diri tak takut nak buat maksiat, yelah kalau kena tangkap bayar denda saja lepas, kalau tak mampu bayar denda masuk penjara setahun dua lepas tu keluar.

      Padam
  20. HANYA Allah yg ada,beringat sebelum buat,ingat anak bini di rmah.nak puas nafsu di luar isterikan ada.sama kan. Burit + Burit nak cari haram buat apa,yg halal kata sakit memanjang.inilah lumrah lelaki yg tak kenal susah sama bini dah snang cari lain

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.