Halaman

Selasa, 4 Disember 2012

Palestin sudah diiktiraf, tapi jihad itu tiada

Minggu lepas negara Palestin telah diiktiraf sebagai sebuah NEGARA bukan anggota oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN) dan ini merupakan kejayaan bagi rakyat Palestin setelah 65 tahun menanti dan menjadi titik tolak kepada misi seterusnya iaitu menjadi negara anggota PBB. Pengiktirafan ini membolehkan Palestin menyertai agensi PBB dan menandatangani perjanjian antarabangsa. Baca lagi di Berita Harian dan Sinar Harian.


Terdapat 193 (138 + 41 + 9 = 188?) negara anggota yang mengundi dengan 138 negara menyokong, dengan 41 lagi berkecuali dan 9 lagi menentang iaitu Israel sendiri, US yang menjadi sekutu kuat Israel, Canada, Mironesia, Palau, Czech Republic, Marshall Islands, Nauru dan Panama.


Ni adalah senarai penuh negara yang sokong (Yes), tentang (No) dan berkecuali (Abstain).


Tapi memang aku sangat terharu bila lebih 70% negara dalam dunia ni yang sokong Palestin, termasuk dari negara2 maju dan besar yang bukan negara Islam pun seperti Jepun, China, Russia, Brazil, Argentina, Denmark, Portugal, France, New Zealand, Italy dan macam2 lagilah. Malaysia of courselah, termasuk semua negara Asia Tenggara kecuali Singapura yang memilih untuk berkecuali.

Berikut pula adalah video disaat negara Palestin dinaiktaraf sebagai sebuah negara, memang sangat terharu sekali lagi bila tengok. Wakil dari Amerika dan Israel pulak butthurt gila.


PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh dari perwakilan sebelum beliau memberi ucapan, di Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Yang ni wakil dari Israel yang butthurt.


Tapi di sebalik kejayaan manis ini, tiba2 muncul pula video ceramah salah seorang ilmuwan dari ILMU a.k.a Ulama Muda UMNO iaitu Ustaz Idris bin Sulaiman (aku cari kat Google, ada sumber mengatakan dia ni adik beradik dengan penyanyi Yassin yang pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers) yang mengatakan tiada jihad di Palestin, dan beliau mengatakan rakyat Palestin mesti keluar dari bumi Palestin dan tindakan memboikot produk yang menyumbang kepada kewangan yahudi adalah perbuatan yang bodoh dan sia2.


Negara kita sendiri menyokong negara Palestin, para ulul amri UMNO juga menyokong perjuangan rakyat Palestin, tapi kenapa ustaz UMNO ni macam memperlekehkan jihad orang Palestin? Apa sebenarnya yang dia cuba buktikan dan capai dengan kenyataan seperti itu? Dr. Asri sendiri tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Idris ini. Boleh baca lagi di Sozcyili ini.


Tapi ilmu ustaz tu lebih tinggi dari aku, so mungkin ada sapa2 boleh bagi pencerahan?




tags: negara palestine palestin diiktiraf pertubuhan bangsa bersatu pbb united nations un upgrade recognize statehood vote poll undi menang kejayaan senarai negara list country yes sokong tentang no berkecuali abstain welcome world map president mahmoud abbas speech us ambassador susan rice video youtube ulama muda ilmu umno fatwa ustaz idris sulaiman adik beradik abang yassin brothers mimpi laila komen dr mohd asri maza twitter ulul amri bn umno pemimpin kerajaan sekarang

47 ulasan:

  1. Lupakan pendapat ustaz tu yang mengatakan tiada jihad sekarang ini, penduduk Palestine terpaksa keluar dari Palestine, HAMAS berjihad tanpa strategi, boikot adalah usaha yang sia-sia.

    Pendapat itu batil !

    http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/11/pasti-sedih-orang-palestin-apabila.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pon tak setuju dgn ustaz tu, kalau guna cara dia tu ntah2 dah lama palestin lenyap, ntah malaysia sekali pon hilang dari peta ketamadunan manusia

      Padam
    2. hmm..sekarang ni makin ramai timbul org memusyikilkan yg mengaku dirinya agamawan, dah nak akhir zaman la katakan...

      apa2 pun tahniah atas kejayaan Palestine! syukur alhamdulillah ^^

      oh singapore berbelah-bagi dlm hal ni? hmm...

      Padam
    3. Ini lah percapaian Yang Rakyat mahu kan selama ini. undi lah bersama kami untuk kesejahteraan rakyat. selama ini palestin di takuk lama. ibarat Pas dlm kelantan. bangkit lah!

      "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
      anda mampu mengubahnya

      Padam
    4. I support all effort to protect the security of the state of israel..

      Padam
    5. Kita mungkin berbangga dengan pengiktirafan PA ini, tetapi perkara ini tidak langsung meleraikan isu hak untuk pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka, isu rampasan berterusan terhadap tanah rakyat Palestin, wilayah-wilayah Tebing Barat yang diduduki Yahudi, sekatan serta embargo zalim ke atas Gaza, mahupun isu ibukota Palestin. Pengiktirafan yang tidak memberi perhatian kepada isu-isu tersebut tidak sekali-kali dapat menyelesaikan permasalahan Palestin-Israel. Tidak sama sekali.

      Padam
  2. slm.. ulama muda ilmu ni seperti yg di ketahui umum adalah sbg alat yg digunakan oleh pemerintah utk menghalalkan tindakan2 mereka.

    jika ada isu yg bertentangan dgn agama oleh pemerintah, mereka ini diam seribu bahasa dan jika isu adalah pembangkang.. mereka lah yg paling kedepan.

    bg aku, mereka ni xlayak digelar ulama. ulama seharusnya bersikap neutral. dlm isu jihad.. dah terang lg bersuluh, betapa cetek ilmu ustaz ni.

    #insan fakir

    BalasPadam
  3. slm.. ulama muda ilmu ni seperti yg di ketahui umum adalah sbg alat yg digunakan oleh pemerintah utk menghalalkan tindakan2 mereka.

    jika ada isu yg bertentangan dgn agama oleh pemerintah, mereka ini diam seribu bahasa dan jika isu adalah pembangkang.. mereka lah yg paling kedepan.

    bg aku, mereka ni xlayak digelar ulama. ulama seharusnya bersikap neutral. dlm isu jihad.. dah terang lg bersuluh, betapa cetek ilmu ustaz ni.

    #insan fakir

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.. ALLAH dah pesan dalam Al-Quran, manusia yg ada telinga tapi tak mahu dengar, ada mata tapi tak mahu melihat (ibroh) & ada hati tapi tak mahu memahami seperti binatang ternakan.

      Apa? Kasarnya bahasa?

      OK, kalau nak lembut sikit Ustaz Azhar Idrus kata sebut: "they like animal"

      thats it.

      Padam
  4. slm.. ulama muda ilmu ni seperti yg di ketahui umum adalah sbg alat yg digunakan oleh pemerintah utk menghalalkan tindakan2 mereka.

    jika ada isu yg bertentangan dgn agama oleh pemerintah, mereka ini diam seribu bahasa dan jika isu adalah pembangkang.. mereka lah yg paling kedepan.

    bg aku, mereka ni xlayak digelar ulama. ulama seharusnya bersikap neutral. dlm isu jihad.. dah terang lg bersuluh, betapa cetek ilmu ustaz ni.

    #insan fakir

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai 3 kali komen huhu. kalau kata mereka ni alat pemerintah dlm menghalalkan tindakan mereka, tapi dlm isi palestin ni aku tak tahu tindakan pemerintah apa yg dia cuba halalkan sedangkan ulul amri umno juga menyokong perjuangan palestin. sbb tu aku tanya apa sebenarnya yg cuba dia buktikan dan capai bila dia bg kenyataan mcm tu.

      Padam
    2. Salah baca slide Ceramah kot masa bagi Ceramah hari tu hihi pada pendapat wa la

      Padam
    3. tapi wa ingat lu tido masa ceramah. selama penceramah bertabiah selama itulah berjujuran air liur basi mu bercucuran

      Padam
  5. ulama/imam muda~ itu hari ada 1 imam muda kondem zikir imam syafie....dia rasa dia tu dah tinggi sangat maqam nak kondem imam syafie....padahal dia yang tak faham bahasa.....

    enough said...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, lupa pula hal palestine~
      marshall island, micronesia, nauru, palau & panama technically bawah US, aku lupa apa istilah dia, tapi hal2 luar negara, kewangan & ketenteraan ditanggung oleh US~ Israel aku tak iktiraf dia sebagai negara~ so, aku nampak 3 votes je kat sana yang vote "NO" haha~

      Padam
    2. nama pun tak pernah dengar apa palau semua tu..yang NO tu pun kat area usa je..demit

      Padam
    3. negara kecik ni mungkin dia takut kot nak sokong..nanti "kena" dengan US lak..

      Padam
  6. Hmmmm. Aku rasa ada betulnya cakap Ustaz Idris ni. Bagi aku la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tang mana satu yg betul, bagitaula sikit, takpe kita semua open dan sedia mendengar pandangan org lain

      Padam
  7. so, dah kiamat la ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum kiamat lagi tapi tanda2 awal kiamat dah ada..so, pe lagi..meh taubat..-----> yang nulis ni pun xtaubat lagi..huhuhu

      Padam
  8. Tanah Palestine dirampas dari rakyatnya. Mana lagi mereka mahu lari keluar?
    Sekurang-kurangnya mereka mempertahankan hak. Berusaha itu lebih baik dari duduk diam memerhatikan kemusnahan.

    BalasPadam


  9. Salam Perkenalan dari KLPOS News Portal : www.klpos.com


    Blog anda sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

    Di harap dapat berkongsi maklumat bersama kami.

    Mohon jasa baik anda agar turut memberi ruang kepada KLPOS disenaraikan menerusi senarai blog pilihan di blog anda.

    Sekian. Jutaan Terima Kasih.

    BalasPadam
  10. Negara kita sendiri menyokong negara Palestin, para ulul amri UMNO juga menyokong perjuangan rakyat Palestin, tapi kenapa ustaz UMNO ni macam memperlekehkan jihad orang Palestin? Apa sebenarnya yang dia cuba buktikan dan capai dengan kenyataan seperti itu?

    kita tak akan tahu apa sebenarnya niat ustaz UMNO ni. andaian/ spekulasi kita x membawa apa2 makna. apapun aku anggap saja kenyataan dia sbg 'trolling'. dia tau isu palestin adalah isu sensitif melayu islam, jd dia buatlah trolling. aku pun x fhm kenyataan dia tu tp aku pilih utk x ambil port. byk benda lain yg perlu difikirkan.

    BalasPadam
  11. yey ada anon! noob beiwok

    BalasPadam
  12. sejurus lepas palestine diiktiraf negara :

    -Setan@Netanyahu umum ceroboh tanah palestin buat rumah.

    -Cukai/Sumbangan untuk palestin ditahan.

    Palestin diiktiraf negara akan mengganggu usaha damai israel palestin?

    usaha damai?sejak bila tahu pasal kedamaian ni..

    bahahha lawak la Setanyahu ni..

    BalasPadam
  13. jika kita dengar sebahagian dari perkataan ustaz idris "...tiada jihad di Palestin..." memanglah kita akan terus kata ustaz ni perkataannya tak boleh dipakai.

    tetapi, jika kita dengar dengan teliti, dari awal ke akhir ayat, insyaALLAH kita pasti dapat kesimpulan yang berbeza.

    soalnya, berapa ramai yang da dengar sampai habis sebelum buat kesimpulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang selebihnya tu dia kata kat orang Islam globally tu memang la betul takda kesatuan lagi tiada pemimpin ISlam global yang dapat menyatupadukan semua umat Islam, mungkinkah kita kita menungu-nungu nabi Khidir atau nabi Isa datang memimpin.

      Tapi yang aku muskhil, dia kata orang yang pertahankan Palestin tu bukan Jihad? Takda komandor? takda strategi? lemah tak cukup tentera? Betul macam tu ke? Sebab kalau betul yang aku paham kena tunggu semua orang Islam insaf bersatu-padu baru boleh Jihad serang Yahudi? warga Palestin yang dah menetap dari zaman tok nenek mereka kena serahkan tanah depa kat pendatang Yahudi macam tu ke?

      Dia ni tak tahu ke Briged Al-Qassam yang digeruni tentera zionist nih kadetnya terdiri daripada penghafaz Al-Quran dan tak tinggal solat berjemaah. Takan la mereka berperang ikut suka aje?

      Nasihat saya sila kumpul maklumat dulu apa yang berlaku kat Palestin baru komen, kalau hanya komen ikut sesedap rasa nanti mengelirukan orang saja.

      Padam
  14. abdwrfgeg? lptsanti frbub fusdjncu? du du du
    qwetr

    BalasPadam
  15. Israel ada senjata dan strategi, tapi Orang palestine ada batu. AK47 pun kena guna peluru gak. Strategi? mana hasilnya.

    rilek ar. Jom gi McD!

    BalasPadam
    Balasan
    1. abah awak mane ada batu ladung dah tu mandul. awak ni pungut je. jom mekdi

      Padam
    2. Ada batu pon tentera Zionist gerun.. dan anehnya sudah berpuluh tahun mereka masih tidak dapat menghalau warga Palestin keluar dari tanah air mereka..

      Padam
  16. pasuka skuad aman Pekida akan hantar tentera di sana seramai 20 orang


    harap semua mendoakan,

    3line bersatu aman sejagat

    BalasPadam
  17. ustaz abnormal la tu kalau macam tu,, pedulikan,, yang pasti bertambah tanah negara Islam di muka bumi ni,,, alhamdulillah,, http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/guna-ini-untuk-jadi-parents-terbaik.html

    BalasPadam
  18. slm en noob..
    maaflah.. aku pun x tahu nape bleh jd komen sampai
    3kali. Aku buka blog ni pakai hanset je. tu kdg2 jd xbetul. yg
    yg aku nak bgtau.. ulama ILMU ni tak semua benda bleh
    dipakai.. aku teringat lg mcm mna fathul bari mengeluarkn
    dalil utk menghalalkan arak judi d genting higland.

    so pokok pangkal d sini ulama yg kita nk jd kan bhn rujukan
    kna tgk. bkn main terima je fatwa diorg.. dlm isu palestin ni
    memang pemerintah mengutuk israel. Tp bila ade ustaz
    memperkecilkan jihad.. dan ustaz umno plak bercakap..
    nampak sgt yg diorg ni xbleh pkai.

    so buat peringatan pd kita suma hati2 dgn ulama mcm ni
    supaya kita tak terpesong.

    wslm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh..ada ek UFB kata camtu..aku dah tertinggal bas rupanya..kena dengar ni..

      Masalah kat negara kita ni, majlis fatwa macam xberapa betul fungsinya..bukan aku nak kata ilmu diorang ni xbagus (aku lagi la rendah ilmu agama), tapi peranan diorang macam xberapa dirasai oleh masyarakat islam..fatwa hanya keluar bila ada isu yang melibatkan hal politik, tapi tentang kemaslahatan islam kurang (bukan xde, tapi terlalu kurang)

      aku pernah dengar ceramah oleh seorang mualaf..orang sabah ke sarawak (lupa lak), dia cakap, orang majlis agama yang ditugaskan untuk membimbing masyarakat orang asli wat keje macam nak xnak..sebab orang majlis agama cuma datang melawat xsampai 2 jam..tapi dia yang join tabligh siap duduk 2 minggu kat perkampungan orang asli tu lagi..dia bagi alasan, orang asli masih perlu petunjuk, pemerhatian..kalau takat 2-3 jam, apa yang nak ditunjuk..apa yang nak diajar..

      eh..melalut lak aku..

      Padam
  19. dunia akhir zaman.....................

    segala tanda2 kiamat sgt nyata..

    BalasPadam
  20. Kita hanya lihat dari luar kita tidak rasa apa yang rakyat Palestin rasa.
    Jadi itu lah komen Ustaz ini. Dia tidak mendalami dan memahami.

    Saya fikir komen beliau adalah umum dan betul untuk masyarakat islam di Malaysia. Saya tak mahu komen pasal tu sebab anda boleh nilai seislam manakah kita sekarang.. cuma

    Mengenai Jihad, Memang untuk menang kita perlu komandor kekuatan dan strategi yang paling penting ialah izin Allah S.W.T.

    Persoalan umum
    Tida komandorkah di Palestin?
    Tiada kekuatankah di Palestin?

    Kalau Palestin tiada kekuatan tiada strategi tiada komandar saya yakin 100% Palestin sudah lama lenyap seperti apa berlaku di bosnia hazegovina

    Jadi untuk memahami lebih lanjut kita harus faham apa yang berlaku di sana.. yang telah berlaku sedang dan akan berlaku.. Ramai orang Palestin yakin mereka akan dapat membebaskan masjidil aqsa dari bangsa yahudi akhirnya cuma masanya belum sampai.

    Wilayah Negara Palestin yang diiktiraf di PBB dari mana ke mana?
    Berapa luasnya?

    BalasPadam
  21. http://www.youtube.com/watch?v=xU9CauJP4Pg

    Terpengaruh dengan video di atas mungkin?

    BalasPadam
  22. I support all effort to protect the security of the state of israel..

    BalasPadam
  23. Nanti israel akan support 9 negara yg menyokong mereka... Canada terdesak dlm ekonomi..tu sokong israel..

    BalasPadam
  24. waah tak sangka ade anon enable.

    terharu gak tngk. ahhh, us dgn canada dh mmg sekutu, nak wat cmnoo. ishhh
    tp takleh blah gak singapore.. berkecuali la konon, sbnarnya nk vote no tu.

    tp sbnarnya undi2 ni boleh ke britahu ek? just bgtau je brape sokong,brape No, brapa absinate. tak yahh tulish negara?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.