Halaman

Jumaat, 21 Disember 2012

Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 6

Ulasan ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-6 berlangsung. VIDEO persembahan setiap peserta telah pun diletakkan, so cepat tengok sebelum ia dipadam atau diblok, aku perasan dalam 2 3 hari je video ni sempat wujud.

Tema persembahan pada minggu ini adalah "Rancangan TV", mungkin ramai yang akan buat parody dan spoof bagi rancangan2 TV tempatan atau luar negara seperti berita, drama, program bual bicara, iklan, dokumentari dan apa2 jelah rancangan TV, tapi kalau ada peserta yang buat parody pada rancangan Maharaja Lawak Mega ni sendiri pun mesti best, sebab MLM2012 ni pun sejenis rancangan TV juga. Apa2 minggu lepas memang tip top, so rasa2 minggu ni semakin tip top atau rasa macam nak tu top TV?


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Boboi (Laugh-O-Meter: HAHA)


Persembahan pertama Boboi buat sketsa parodi rancangan budak2 Barney the Dinosaur tapi versi melayu iaitu Bubu seekor buaya. Masa awal2 tu aku rasa macam mengarut, pastu ada lagi watak ulangan Boboiyot dengan Boboiwa, then banyak sangat percakapan dengan penuh ayat kena censored, budak budak bangang la, dengan bubu **** capang, budak taik idung masin *** dan macam2 lagi lah. Serious la aku dah mula rasa MLM2012 ni bukan live sepenuhnya, macam ada delay sikit dengan kat auditorium. Dan satu lagi sekali lagi mereka sampaikan mesej berkaitan Palestin suruh boikot produk Israel dalam lawak mereka. Entahlah, cuma aku agak setuju dengan sebuah komentar kat Facebook Maharaja Lawak ni.


2. SayWho (Laugh-O-Meter: HAHA)


Kumpulan SayWho buat lawak pasal berkaitan rancangan memasak ala Masterchef dengan watak Azwan Ali sebagai hos dan pesertanya Chef Joe dan Che Lah peseta Masterchef 2. Masa part awal2 dan tengah2 biasa2 je hanya mampu membuat aku senyum je, part2 last bila dia ajuk lagu Jambu minggu lepas tu baru la aku gelak.

3. R2 (Laugh-O-Meter: LOL)


Diorang buat rancangan TV dokumentari ala2 Majalah 3 dan 360 meninjau kehidupan orang2 gelandangan yang merempat tepi jalan. Teknik feed (Lopez) dan killer (Rahim) serta punchline diorang nampak macam dah semakin bagus, cuma apsal la si Lopez tu gelak2 pulak, dengan gagap2 lagi macam lupa skrip, kurang berlatih ke apa, ke atau ada stage fright darah gemuruh lagi? Rasa dah banyak kali dah dia buat persembahan atas stage depan orang ramai. Cuma kalau boleh bercakap slow sikit, orang susah sikit nak tangkap.

4. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)


Shiro buat rancangan Bersamaku, parodi rancangan Bersamamu. Hos rancangan tu pergi rumah orang susah yang kena tinggal isteri dan anak untuk interview dia untuk bagi pesanan kepada anaknya dan mintak sumbangan. Setakat ni Shiro paling lawak, banyak pulak punchline yang menarik, siap selit adegan iklan Haprak (Harpic) dengan watak Afdlin Shauki haha.

5. Sabon (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang buat parodi rancangan ala2 jejak kasih iaitu Jejak Mutiara dengan Abon jadi hos dan Sathiya jadi orang miskin yang baru dijumpai di tepi kondominium. Banyak jugak punchline2 lawak seperti "selak tikus baru kami jumpa dia", "jangan lebih2 aku tampar karang" dan lain2. Bagi aku memang agak lawak, tapi tak tau kenapa kat auditorium tak nampak sangat sambutan, tapi nampak macam Abon sangat bersemangat dan jadi macam dia zaman Osbon dulu.

6. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Siaall aaahhhhhh memang lawak gila tahap nokharooooooooooooom. Macam aku tulis kat atas tu, mesti best kalau ada orang buat parody rancangan Maharaja Lawak Mega Sale ni, last2 Jambu buat memang sangat kelakar tahap cipan. Yus jadi Dolah Cantik, Tauke jadi pengacara AC Mizal dok menganjing trademark tangan karate AC hahahah. Suruh peserta masuk tapi tak datang, last2 Yus kena jadi peserta tapi tak sempat buat apa2 AC dah masuk, itu pun nak kenakan AC jugak yang suka masuk awal hahaha. Masa jadi juri tu lagi tak boleh blah, habis semua kena. Serius, ni jelah persembahan yang buat aku ketawa terbahak2 non-stop tanpa henti. Sebuah persembahan yang HARUS ditonton.

7. Bandung Joker (Laugh-O-Meter: HEH)


Kumpulan ni buat rancangan game show Betul atau Bohong yang dihoskan oleh AC Mizal. Dialog banyak sangat, cakap agak laju dan kurang difahami, punchline pun lambat nak sampai. Ada juga part yang orang sorak, tapi entahlah macam kurang menyengat.

8. Jozan (Laugh-O-Meter: LMAO)


Kumpulan Jozan menutup gelanggang dengan spoof rancangan Propaganza dengan nama Propaganjil, rancangan gossip ala2 Melodi yang dihoskan oleh Reza dan Marsha Milan Londoh, lepas tu ada watak mamat Ayie Stailista yang paling aku menyampah sekali, kalau dalam rancangan Propa tu annoying gila tengok dia dok menilai baju orang lepas cakap Stailista dengan gaya tangannya rasa macam nak maki je. Ok put aside that, secara overall lawak la Jozan ni, cuma elemen kejutan dah takde sebab masa Maharaja Lawak 2011 diorang pernah buat berlakon dalam set TV tu, lepas banyak sangat babak2 dan slot2 yang diorang nak buat, slot Azwan Ali dengan Bangla tu rasa tak perlu pun takpe. Pun ada dialog yang kena potong macam Boboi. Tapi apa2 pun bagi aku bukan lawak diorang menurun, cuma lawak peserta lain ada yang semakin meningkat.


Peserta terkeluar minggu ini: Bandung Joker

Kesimpulan:

Minggu ni 3 terendah adalah Bandung Joker, R2 dan Sabon, dan seperti yang telah dijangka, Bandung Joker terkeluar minggu ni. Kalau ikut ranking aku untuk minggu ni dan juga prestasi2 mereka sebelum2 ni, memang dioranglah yang patut keluar minggu ni.

Tema  minggu ni "Rancangan TV", sepatutnya tajuk nilah yang paling banyak idea boleh dibuat parodi atau spoof, tapi bagi aku tak semua peserta berjaya manfaatkan tema ini dengan sebaik mungkin. Sepatutnya mereka membuat spoof rancangan TV yang dekat dengan hati penonton, macam yang Jambu buat tu memang dia manfaatkan tema ni dengan sebaiknya sebab rancangan Maharaja Lawak Mega ni sendiri yang paling dekat dengan penonton Maharaja Lawak Mega ni. Pemilihan rancangan2 lain seperti Betul ke Bohong dan Propaganza tidak berapa dekat dengan hati kebanyakan penonton, sebab rasa ada yang tak pernah tengok pun rancangan2 tu, dan rancangan kartun Barney tu hanya budak2 yang tonton. Dan terdapat 3 kumpulan yang buat rancangan TV berbentuk bual bicara dan dokumentari iaitu R2, Shiro dan Sabon. Aku pelik kenapa takde peserta nak buat spoof mana2 drama TV seperti Adam dan Hawa ke, CSI ke, berita ke, ia masih rancangan TV juga, at least ada variasi sikit.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ini:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. Jozan - LMAO
3. Shiro - LMAO
4. Sabon - LMAO
5. R2 - LOL
6. Boboi - HAHA
7. SayWho - HAHA
8. Bandung Joker - HEH

* Kredit: Video oleh wwwguatvdotcom2012.




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 6 

30 ulasan:

  1. Balasan
    1. Maharaja Lawak Mega ini merupakan jarum halus UMNO-BN untuk menjatuhkan karier politik saya..

      Padam
  2. cpt skit PON aku xsabo bca komen ko neh

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan noob lah, ni psychic zero...

      Padam
  3. ni la melayu...biar la nak berterusan nak boikot israel pun..tu antara langkah berterusan diorang...baru ulang banyak2 kali dah jemu...nak jihad, bantu saudara Islam yang lain...dalam hiburan pun boleh la, cuma kena berpada n jgn cepat lalai bak kata uai...aku boleh katakan yg SAVE GAZA PALESTIN ni BERMUSIM je...Bila dah kena bedil baru nak boikot or tolong update kat fb??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi dalam rancangan lawak macam ni gua rasa cukup2lah tu selit pasal palestin ke gaza ke.gua rasa macam tak best pulak isu gaza dijadikan bahan2 komedi.ko bayangkan ko tu orang palestin,dan ramai ahli2 keluarga kita kena bunuh dgn israel,lepas tu kita dpt tahu kat malaysia org buat2 lawak pasal isu palestin ni kat dalam rancangan tv orang siap gelak2 lagi,apa ko rasa?nak berdakwah pun ada caranya bro.

      Padam
    2. Pandangan aku mcm ni..aku respek apa yg afdlin buat..dia berterusan cuba mengingatkan kita apa yg kita semua sentiasa perlu ingat, tetapi kita buat2 x ingat dan lupa..isu israel..berapa org je yg sedar ingat isu ni lpas israel buat gencatan senjata?..isu palestin x kan pernah selesai..sentiasa ada org kena peringatkan...tp afdlin x pernah lupa..dia sntiasa cuba ingatkan kita dgn kebolehan dan cara dia melawak..biarlah kita ketawa menonton persembahan org lain, tp bg aku afdlin tahu apa yg cuba dia smpaikan dan tujuan lawak yg dia buat...pada aku, aku tetap respek apa yg afdlin buat...

      Padam
    3. Apa yg afdlin wat mmg bagus...igt mngingatkan antara 1 sama lain...semoga kita x lupa apa yg telah israel lakukan terhadap palestin...tp rasanya pentas yg dia gunakan untuk mengingatkan kita semua x seswai r...ni rancangan lawak yg dimana kalo agenda yg sama diulang2 semula org2 kita akan cpat boring...lpas ni kalo boboi wat p'sembahan org dah dapat agak mesti isu gaza lagi...Sokong tindakan afdlin tapi biarlah kena pada tempatnya....

      Padam
    4. Tempat nya dah betol..
      Ramai audiens dari kanak2 ke dewasa..
      Bukan hanya blawak tp kempen berterusan.
      Isu gaza dalam rancangan pementasan boleh dikembangkan lagi.
      MLM bukan pentas lawak kosong.
      Menjadikan variati dalam rancangan
      Nasihat,kesedaran,boikot,nilai murni etc.
      Menggunakan sebaik baiknya kesempatan sebagai duta sesuatu org.
      #Respect afdlin

      Padam
    5. pada pandangan aku, kalau siapa2 nak bagi mesej pasal isu palestin-israel, boleh bagi mesej tu di akhir persembahan. lepas dah habis berlawak tu, just bagi mesej suruh boikot or whatsoever. aku tetap tak berapa setuju kalau isu tu dijadikan bahan lawak. thousands of people die kat gaza, dan kita boleh gelak ketawa pasal isu tu? aku masih ingat dalam minggu ke 3, diorang buat lawak pasal team bola israel lawan palestin yang berat sebelah, seriously aku masa tu tak tahu nak gelak ke tak. ini rancangan lawak memang la kena gelak, tapi bila diorang umpamakan isu tu macam perlawanan bola, boleh ke nak gelak? aku faham niat murni afdlin tu memang baik dan mulia, tapi lepas ni cuba elakkan dari masukkan lagi unsur2 isu gaza ni sebagai bahan komedi. nak bagi mesej apa2, lepas habis persembahan takpe macam minggu pertama dia suruh orang tak payah undi dia tapi menderm pada gaza.

      Padam
    6. Amat terkebelakang cara anda menonton.
      Nak tengok mesej yg disampaikan kene tunggu persembahan habis.
      hahaha kau nak melawak ke ape?

      Padam
  4. Mana awie?pasal apa tak jadi juri mlm nie....?

    BalasPadam
  5. Rasanya malam nie tak tip top macam episod lepas. Episod lepas terbaik.

    BalasPadam
  6. 1. Jambu
    2. Shiro
    3. R2
    4. Jozan
    5. Boboi
    6. Saywho
    7. Sabon
    8. Bandong Jokers

    * psychic zero aku rasa si Jozan kau terlalu overrated

    BalasPadam
    Balasan
    1. jozan, shiro dan sabon aku bagi markah sama, cuma aku letak jozan lebih tinggi sebab effort, sketch, puncline dan prop dia lebih sikit dari shiro dan sabon. tapi jozan memang selalu org overrated pun, terutama dari fangirls. nak buat macam mana, minat masing2 :)

      Padam
  7. saya rasa semua terbaik pada malam ni....bukan senang nak buat lawak depan penonton...cuba kamu yg kat dpn tu....

    BalasPadam
  8. Yang paling best malam ni menurut saya ....
    1. JOZAN ( Punch line yg last tu yang membuat dia best utk malam ni )
    2. JAMBU
    3. SHIRO

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol overrated...org lain stuju jambu plg best ko sorang je jozan...hahahahah kelakar siot

      Padam
    2. cik kak....x dinafikan punch line yg diorg wat last 2 mmg lawak...tp scara kesuluruhannya kurreeennngggg....

      Padam
    3. awek mmg minat jozan pon, sbb jambu xensem

      Padam
    4. bgi aq pmint msig2 rr....kt cni kau ni mcm xske je dngn jozan kau ad msalah ke....

      Padam
    5. hehe xpe la..pendapat masing2, x salah pun..

      Padam
    6. Jozan tunjuk muka / wat memek muka pon orang histeria lol
      tu persembahan diaorang kureng

      Diaorang ingat lawak diaorang best sebenarnye peminat fanatik diaorang yang je yang banyak.

      Patut diaorang bukak balik rakaman semua perembahan then baiki kelemahan diaorang berbanding kumpulan lain.

      Padam
    7. jozan kalau setakat datang MLM tunjuk muka saja x buat apa-apapun tetap fan -fan girl yang tak tau menilai still akan tetap undi diorang

      Padam
    8. jeles lettew =b

      Padam
  9. aku x tengok pon.....x minat langsung lawak2 bodoh ni.......tengok bola lagi best.......

    BalasPadam
  10. review aku pasal juri juri maharaja lawak: http://adf.ly/FqrYK

    BalasPadam
  11. minggu rancangan tv ke, ajuk ke, parody ke bg aku ni semua sama je.ni semua tiru dr bnda yg dah ade ubah sikit2 nak buat lawak.bg aku utk maharja lawak camni, tema rancangan tv tu dh ok, tp cuba buat sendiri rancangan tv tu.maksudnya buat satu rancangan yg blum ade n korang buatlah lawak mcm manapun.baru hebat.ini baru betul2 mencabar bg grup2 yg dh brpngalaman dlm dunia komedi.ni otai2 bukan newbie mcm raja lawak.lg satu aku teringat masa arwah din beramboi jadi juri dulu, ade satu minggu lawak zaman dulu2.mmg susah tema malam tu.cuba buat sekali lagi, yelah diorang ni dh kira hebat mcm sabon, boboi, jozan, jambu.lagipun afdlin sndiri pnah jadi juri.so tgok mcm mana jadi juri di jurikan pd tema2 yg susah mcm tu.n kalau boleh dh nak abis mlm ni cuba bg task mengejut mcm bg brg ntah apa2 n buat acting mcm raja lawak dulu2.patutnya aku bg komen kat page mlm sendiri, tp noob tolong smpaikan hehe..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.