Halaman

Isnin, 21 Januari 2013

Kenapa orang suka jadi artis dari ahli sukan?

Kenapa orang lebih prefer untuk memilih menjadi artis daripada ahli sukan di Malaysia?

Ahli sukan - Juara di Terbuka Malaysia, hadiah USD30,000 (RM 90,000++).

 Artis - Juara di Maharaja Lawak Mega, hadiah RM500,000.
.
.
.
.
.

Eh kejap...



Apa2pun tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei atas kejayaan mempertahankan Kejuaraan Terbuka Malaysia Maybank sekaligus menjulang gelaran kali kesembilan kejohanan dan kedua pada Kejuaraan Super Siri Musim 2013 semalam.

Tahniah juga kepada kumpulan Jozan yang terdiri daripada Encik Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz dan Encik Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan bin Abdul Razak atas kemenangan mereka dalam Maharaja Lawak Mega Edisi 2012 hari Jumaat yang lepas.

Harap lepas ni negara kita lebih mengiktiraf dan menghargai bakat2 yang ada di Malaysia selain daripada ahli sukan dan artis terutama dalam bidang akademik, profesional, sains, teknologi serta lain2 yang telah berjaya memberikan sumbangan besar kepada negara sehingga ke peringkat antarabangsa dan diberikan ganjaran yang setimpal dengan pencapaian mereka.

Dan aku cadang kita buat pertandingan realiti selain daripada untuk bidang sukan dan hiburan, seperti "Maharaja Inovasi", "Akademi Komputer", "The Next Top Engineer", "So You Think You Can Draw", "Malaysian Teacher Idol", "Bisnes... Bukan Sekadar Bercakap" dan lain2. Oh hadiahnya haruslah lumayan juga.




tags: jaguh badminton negara datuk lee chong wei pemain nombor satu dunia menang juara johan kejuaraan terbuka malaysia open maybank keputusan tumpas lima sony dwi kuncoro indonesia gelaran kali kesembilan super siri musim 2013 pusingan separuh akhir pemain denmark jan o jorgensen maharaja lawak mega 2013 final jozan jambu shiro boboi saywho tilawah al-quran antarabangsa qari qariah pwtc muhammad anuar ghazali kategori lelaki maghribi hasnae khoulali wanita pertandingan realiti

35 ulasan:

  1. femes apa jadi artis.. dikenali ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. jd blogger pun ble femes ape. nak bisjut?

      Padam
    2. Sekadar Cakap Listen! Listen! Listen! pon boleh femes apa..

      lagi la yang menari macam kuda porno femes dan kaya raya sampai boleh ajak Barack Obama menari sama.. lol.

      Padam
    3. jadi penciplak pun leh femes. ye dok PiSCes Ya?

      Padam
  2. Bhai Noob...

    Siri realiti "Bisnes.. Bukan sekadar Kroni" gua rasa gua nak join la... hahaha... ader ker?

    BalasPadam
  3. kerana ianya bergantung kepada marketing promosi hiburan dapat menarik ramai orang maka taruhannya banyak. 500k hanya sedikit dari jumlah undian dan iklan serta penaja.. pulangan yang mereka dapat mungkin puluh atau ratus juta.. Mana la kita tahu sebab tidak pernah didedahkan. Viewer pun ramai dan cas iklan mahal.

    Tapi apapun itu di dunia bak kata Ustaz Azhar Idrus kata kalau setiap kali orang solat di masjid ceramah beribadah tuhan bagi cash musti orang berebut-rebut penuh surau masjid.. tetapi sebab gaji/bonus/imbuhan amal ibadah ni diberi selepas mati ramai orang taknak buat..



    BalasPadam
    Balasan
    1. well said ustaz tanpa nama. nak kicap?

      Padam
    2. UAI dh byk ceramah n bagi ayat pedas..tp msih ramai yg bangang

      Padam
    3. Mcm apa UAI ckp, kebanyakan manusia rela menghambakn diri kepada duit...kira jd Hamba Duit. Sepatutnya kita patut menjadi Hamba Allah. Disebabkan duit (dunia) inilah yg menyababkan manusia lg sygkan dunia dr akhirat yg kekal abadi.

      Padam
  4. ahli sukan lagi best banyak priority.bukan sekadar femes amos.^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa priority ahli sukan ni yea teringin nak tahu juga.

      Padam
    2. jadi ahli sukan yang ada mase depan terhadap negara boleh mengkebalkan diri drpd dilokap. sekian

      Padam
  5. Balasan
    1. dulu tak jadi "double meaning" la ni zmn sekang sudh jd "double meaning" depa ada masa dpn dan diampunkan kesalahn jahat mereka

      Padam
    2. Owh kes mahkamah tu ke?
      atlet ada imunity sebab ada masa depan

      Padam
  6. "The Next Top Blogger" di hostkan oleh PON bersama Hanis Zulaikha ;)

    BalasPadam
  7. jadi pencacai lagi best.....kerja dgan diri sendiri......x dapat duit, tapi seronok tgok org butthurt.........kerja bila2 masa je............

    hidup pencacai!!!

    BalasPadam
  8. Sebab semuanya salah didikan UMNO-BN!

    BalasPadam
  9. Jadi atlet letih

    Jadi retis x letih sgt kot

    BalasPadam
  10. Boleh aku betulkan tak? (gedik nak cakap jugak)

    Dari : digunakan apabila merujuk kepada tempat.
    Maka dengan itu, harus guna 'daripada artis'.
    bukan 'dari artis'

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas pencerahan len inouie. sebenarnya title tu kalau boleh nak tulis panjang lagi iaitu "Kenapa orang kita lebih suka menjadi artis daripada ahli sukan?", tapi kalau panjang2 sangat dekat sidebar sebelah kanan tu ada limit so akan keluar "Kenapa orang kita lebih suka menjadi ar...". aku allergic sikit bila title kena potong tu huhu...

      Padam
    2. stylo punya kaver line noob.. skill blogging tu :p

      Padam
    3. ahli sukan dan artis adalah 2 tempat atau bidang len :D

      Padam
    4. genius giler kau ni tanpa nama 8:18..genius sungguh

      Padam
    5. tanpa nama 8:18, hancur hancur...

      Padam
  11. artis dpt rm500k,atlet dpt rm100k,qari dpt rm40k je?whats wrong with the world today?

    BalasPadam
    Balasan
    1. okla tu. kalau bagi hadiah mahal2 nanti ramai org baca Quran semata2 nak duit dah jadi tak ikhlas pulak.

      Padam
    2. bagi duit banyak2 untuk Tilawah orang kata pulak lol.. :)
      takpe kalau ikhlas dapat kat akhirat nanti

      kalau hiburan tak tau nak dapat apa kat akhirat silap2 saham neraka pun dapat nanti worth ke dapat 1 juta pun kat dunia?

      Padam
    3. bagi duit untuk org yang buat kebaikan,tak leh bnyak2..tkut jadi tak ikhlas.bagi duit untuk artis yg buat persembahan,kena banyak2 untuk menghargai persembahan yg diberikan.blaja agama,tak leh buat duit sbb nnt kalau bila bnyak duit,org kata tak ikhlas tuntut ilmu agama.bila blaja ilmu lain,keluar universiti nak gaji besar2 dan jadi kaya sbb rasa ilmu yg dipelajari tu boleh buat duit.pastu generasi ke generasi...mentaliti rakyat pun jadi "blaja agama tak boleh senang hidup,payah nak jadi kaya.blaja ilmu lain lagi berguna untuk jadi kaya".alasannye tak boleh bagi duit bnyak kat org pandai ilmu agama,tkut dia jadi tak ikhlas.

      Padam
  12. Done Follow Prince of Noob! :D
    jadi artis la glamerrrrrrrrrrrr hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.