Halaman

Isnin, 7 Januari 2013

Melayu dan hiburan berpisah tiada

Tamat sudah Anugerah Juara Lagu 27 dengan juaranya adalah lagu Yuna - Terukir Di Bintang yang dinyanyikan oleh Aizat sambil bawak cawan kopi, tempat ke-2 lagu Idola nyanyian Azlan & The Typewriter dan tempat ke-3 lagu Hafiz - Ku Akui manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Black & Malique - Teman Pengganti dan Vokal Terbaik dimenangi Hafiz.


Dalam banyak2 lagu aku hanya minat lagu Teman Pengganti yang bagi aku lirik lagu dia sangat mendalam, tapi untuk AJL27 ni Malique digantikan dengan rapper lain iaitu RJ. Seperti yang diketahui umum Malique sekarang hanya akan berkarya di belakang tabir sahaja dan takkan buat sebarang appereance, expose diri atau muncul depan orang lagi, malah dalam video klip lagu2 dia pun samada dia takde langsung atau orang lain gantikan dia,


Macam biasa, AJL27 ni pasti akan mencipta rekod rating tontonan tertinggi lagi, dan #AJL27 trending kat twitter. Apa sahaja yang berkaitan hiburan pasti akan menarik rating dan penonton yang tinggi seperti terutama pertandingan nyanyian, lawak, tarian dan macam2 lagi. Pernah dengar Forum Perdana Hal Ehwal Islam jadi trending kat twitter? Pernah tengok Pertandingan Tilawah Kebangsaan mencatat rekod tontonan tertinggi? Atau at least cuba tanya esok kawan2 korang antara yang tengok AJL dengan yang tak tengok mana lebih ramai?


Berikut adalah Google Zeitgeist 2012 untuk carian yang paling banyak dibuat dalam tahun 2012 di Google bagi kategori Blog di Malaysia:


Apa kaitan keputusan Google Zeitgeist ni dengan Juara Lagu? Secara directnya takde, tapi secara in-directnya, cuba tengok top 3 blog kat atas tu? Beautifulnara, Rotikaya dan Oh Bulan, serta di no. 10 iaitu Media Malaya kesemuanya blog hiburan. 3 daripadanya adalah blog politik iaitu Papagomo, Malaysia Chronicle dan Anak Sungai Derhaka. Hanya 1 blog informasi iaitu Blog Serius, 1 blog automotif iaitu Paultan dan 1 blog ngeri iaitu Kari Ngeri.

Kesimpulan yang kita boleh buat adalah, REALITI dan HAKIKATnya sekarang ini majoriti orang Malaysia termasuk orang Melayu itu sendiri amat cintakan hiburan selain politik. Hiburan dan politik bagai sudah amat sebati dalam jiwa orang melayu. Kita ni kalau boleh tiap2 hari mesti nak cakap dan bercerita pasal hiburan atau politik, tapi bercakap pasal agama, ilmu pengetahuan, informasi, isu semasa, amat jarang sekali, termasuklah aku.

So kalau korang nak buat blog dan nak jadi popular, buat la blog hiburan jaja cerita dan gossip pasal artis sana sini, atau pun blog politik samada pro-BN atau PR kutuk pihak lawan masing2, pasti akan cepat popular.

Dan kenapa aku buat entry ni? Aku nak main SEO juga kakakakaka.




tags: keputusan pemenang juara johan tempat pertama kedua ketiga anugerah juara lagu ke 27 ajl27 #ajl trending twitter rating ranking penonton tontonan persembahan vokal terbaik finalis finalist calon peserta idola azlan & the typewriter pelangi senja stacy terukir di bintang yuna yunalis zarai anak kampung jimmy palikat & one nation emcee ombak rindu hafiz & adira tanpamu amir jahari lagu bed room sentuary teman pengganti black & rj ku akui hafiz simetri hazama & amy seach andai ku bercinta lagi mojo patah seribu shila amzah hiburan politik google zeitgeist 2012 malaysia top blog tutorial panduan cara kaedah main seo search engine optimization

42 ulasan:

  1. alamak,, nape dedahkan jugak sebab tulis entry ni,, spoil,, hehe,, bila nak berenti mengejar hiburan ni,, alamak,, sadis lak rase,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. how about now?

      Padam
    2. dulu aku suka gok tengok yuna,tp lps aku tengok die trima award pakai baju ketat nak mampos mcm nangka dalam sarung purple kacuk ikan duyung,truh aku tok sei layan doh lagu dio............

      Padam
    3. rasanya aku satu2nya rakyat malaysia yg x tengok ajl semalam.....aku memang benci hiburan2 melampau ni.....

      Padam
    4. ak tak tengok smpi tak tau ari ni ak baca blog ni baru tau ada ajl..apa ajk ajl?

      Padam
    5. Salah UMNO-BN!

      Padam
  2. Hahaha biasa lah, tapi fie tak sempat tengok pun AJL malam nie dan lupa terus malam nie ada AJL

    BalasPadam
  3. tak dapat tengok AJL. streamyx lembab gila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x payah tengok la.....tengok hentai lagi best.......aku pelik, knapa ramai yg bising2 x dapat tgok ajl? penting sangat ke? klau x tengok x mati pun......

      Padam
    2. mmg la xpenting ajl tu.. xtengok pon. blja je mlm tu.

      Padam
  4. Nasib baik bukan yg menurunkan sekampung tu menang..hahaha...politik jib sabah kalah mcm ni.

    BalasPadam
  5. aku ngaku la..aku tgok AJL smlm..dan mmg tiap2 tahun aku tgok.tp sejujurnya,aku tgok bukanla sbb nk ikut join menjerit ka,nk tgok penyanyi kegemaran ka apa ka.saja nk tgok.sorg2 kt umh,bg anak tdoq,pastu,aku tgokla AJL.hmm..nak komen gak,konsep AJL kali ni lebih orait la daripada anugerah hapatah hari tu yg konsep fairytales tu..itu mmg tutup tv trus tdoq.tp yg ni,syaitan berjaya 'jek' aku suh tgok AJL.hishh...lagho betoi.astaghfirullahalazim..hihihi

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. giler tak best and tak feeling aizat bawak lagu terukir dibintang.. aku suka giler kot dgr lagu ni.. jiwang je rasa. tp bila aizat yang bawak. aduh hampeh.. feel ke laut!

      aku sokong noob, aku pun ingatkan lagu Teman Pengganti yang menang. Yang pasti Black, RJ and Hafis mmg terbaik lah vokal.. gegar jgn tak gegar!!

      Padam
  7. wtf..papagomo atas obe..kahkahkah...
    #ramaijugaksukabacacitebangangbloggerpolitikturupanya..

    BalasPadam
  8. Semua ni jelas salah UMNO-BN!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kali ni aku setuju dengan anwar ibrahim,ini memang salah umno-bn hasil didikan mereka selama 55 tahun memerintah malaysia.setiap hari kata merekalah pejuang islam,parti yg memartabatkan agama islam,tapi tgklah generasi kini,hiburan yang melalaikan adalah kiblat mereka.agama sudah menjadi benda sampingan sahaja.

      Padam
    2. masya allah.....kena tukar kerajaan ni......

      Padam
  9. aku rasa pengadil ni terbalik kot.. patutnya juara lagu bagi kat Teman Pengganti.. persembahan terbaik baru bagi kat Aizat secawan kopi..

    Teman Pengganti langsung tak dapat tempat? cuma persembahan terbaik je? what the--

    BalasPadam
  10. Anwar Ibrahim, semua ni bukan salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  11. Hiburan memang dalam jiwa setiap manusia cuma kalau dipupuk secara melampau jadi rosak sehinga membuka aurat tingal solat dsb..

    BalasPadam
  12. Memang ramai yg cakap yg suara Black lagi sedap dr hafiz...tp since black nyanyi lagu chorus je, so juri rasa x mencabar. So, kredit to Hafiz sbb dia nyanyi lagu dia dr A-Z.

    Ada kata lagu Ombak Rindu patut menang sbb Aaron Aziz, temasuk lagu Yuna yg dibawak oleh Aizat. Tp personally lagu Teman Penganti much deserve winner sbb kreatif and simple. Cuma x fhm ada 4 org pak pacak kat depan dr mula smpi akhir. Xde gimik dr 4 org tu. Somebody can give explaination?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dgr betul2, ada back up vocal selain suara Black dan RJ. Rasanya suara 4 org tu la kot.

      Aku boleh ckp yg semua artis yg naik pentas terima hadiah tu, lagu diorg semua layak menang. Tp tu la kn, tempat pertama ada satu je.

      Padam
  13. biasalah..sape la yg nk search psl agama tiap hari kan..lain la psl hiburan..
    semoga ada la kesedaran..haha

    BalasPadam
  14. gua pun dah sekali seokan blog lu, dan gua akan buat lagi sekali ari itu gua mohon izin heh

    BalasPadam
  15. https://www.youtube.com/watch?v=X3ndECnPtFc

    meremang tul dengar nasyid raihan...bila bergema2 lulz berhibur

    BalasPadam
  16. dngar AJL kat radi0 hotfm lagu teman pengganti. supersaiya betul suara black. :)

    BalasPadam
  17. dah agak noob akan update pasal benda ni....bagi aku hiburan cukup sekadar bermain games atau dengar radio.....memang selama aku hidop haram kaki aku jejakkan ke konsert2 ni......tengok kat tv pun jarang.....aku x tau kenapa orang suka hiburan melampau ni.....naluri aku memang menyampah tengok benda2 ni semua.....aku x tau kenapa aku x rasa keseronokan mendengar muzik.....just certain2 muzik yg boleh menambat telingaku....tapi yg paling penting, muzik adalah agenda jahat orang2 barat untuk menyerang umat islam secara halus......but, nobody cares.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutla ko forever alone. kesian ko.. dah la forever alone, pastu abnormal maybe? kuikuikui

      Padam
    2. Ko anon apa kes.

      Padam
  18. tetiba mual tgk kari ngeri.
    (xde kaitan dgn post)

    BalasPadam
  19. oo... AJL 27 ke semalam? xtau la..

    x amik port pasal lagu2 tempatan, hua hua hua

    BalasPadam
  20. i love you noob

    zuecute90.blogspot.com
    eimy89.blogspot.com

    BalasPadam
  21. nak tau hebat tak hebat melayu dengan hiboran, sampai gomen bagi subsidi la untuk jemput k-pop. kah kah kah

    melayu melayu...

    BalasPadam
  22. melayu suka hiboran bersubsidi.

    bukti, gomen bayar 24juta untuk k-pop.

    bukti, runtoh pagar-pagar dewan semata mata nak tengok MLM free!!!!

    haha

    BalasPadam
  23. seo punya pasal apa pun boleh:P

    BalasPadam




  24. "1Malaysia Janji Ditepati"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahmad skandal ini merupakan agen UMNO-BN!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.