Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

Misteri kematian kanak2 dan kaitan dengan politik

Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera? Artikel ini diambil dari Berita Semasa.

William Yau Mati Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di Kampung Sungai Sireh berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang. Pelik? Bagaimana tubuh William Yau boleh tercampak jauh sejauh itu? 

Terkini, Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi, budak yang hilang iaitu William Yau mengalami gangguan fizikal dan mental selain masalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa.



Gambar William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Kroniknye juga kes William Yau Zhen Zhong ini. Seawal umur 6 tahun sudah ada tanda gangguan mental dek kerana deraan ibubapa sendiri.

Kami benar-benar tidak sangka kes William Yau ini boleh pergi ke tahap seperti ini.
Sebenarnya, ada sedikit kesangsian yang kami perhatikan di awal-awal berita kehilangan William Yau ini di mana terdapat 3 kesan parut iaitu kesan luka di dahi, di kepala ada dua parut.

Kes William Yau  Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Nah…sekarang apa pandangan ahli politik seperti Lim Kit Siang? Masih lagi dengan pendirian yang sama? Ehem….

Ibu Bapa William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Kronologi Misteri Kes William Yau

Semacam pelik pula meneliti kronologi kes William Yau Zhen Zhong ini.
  1. Rumah di sekitar Shah Alam Selangor.
  2. Pergi makan di sekitar Puchong
  3. Akhir sekali, ibubapa William Yau ini pergi ke Putra Heights untuk melihat mesan baju.
  4. Tinggalkan 3 orang anak kecil di dalam kereta? Tinggalkan anak kecil sendiri? Jenis ibubapa apakah ini?
  5. Setakat ini tiada saksi yang nampak kelibat William Yau, hatta penjual burger berdekatan dengan kedai yang dikunjungi oleh ibubapa William Yau ini
  6. Namum apabila diperiksa, tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights. Hakikatnya, longkang terdekat terletak di Kampung Bukit Lanchong (tidak jauh daripada tebing Sungai Klang) iaitu jarak 2km kedai elektronik tersebut
Misteri William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

P/S : Jikalau dakwaan kes penderaan kes William Yau Zhen Zhong ini memang benar-benar wujud, adakah tragedi seperti ini telah pun dirancang daripada mula ataupun memang benar secara kebetulan?



Takziah kepada keluarga mangsa. Keluarga mangsa pun telah menawarkan ganjaran RM60,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong. Komen aku:
  1. Tak kira sama ada unsur jenayah atau tidak, sebelum nak salahkan sapa2, polis ke, menteri ke, wakil rakyat ke, jiran sebelah ke, salahkan ibu bapa dulu kerana cuai meninggalkan 3 anak kecil bersendirian dalam kereta. Kalau kita tengok kebanyakan kes macam ni sebelum2 ini pun adalah akibat kecuaian ibu bapa. Tapi kalau budak2 yang meninggal ketika di bawah jagaan pengasuh, yang tu memang salah pengasuh.
  2. Jangan ambil kesempatan gunakan kes2 macam ni untuk kepentingan politik masing2. Ada orang meninggal kot, please respect. Sama macam kes adik Faris macam kat sini. Tolong jangan sesuka hati guna gambar orang kat Internet lagi2 foto kanak2 untuk kepentingan politik korang. Dan ya aku sangat anti dengan budaya reka dialog dalam foto orang lain kerana ia sangat boleh menimbulkan fitnah.
  3. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ni kat sini, negara kita mungkin memerlukan khidmat penyiasat atau detektif persendirian yang boleh membantu polis dalam kes2 jenayah selain daripada menyiasat kes suami/isteri curang sahaja.




tags: william yau zhen zhong hilang mati sungai klang mungkin dera aniaya gangguan fizikal mental saksi tekanan masalah pukul marah ibu bapa tawar ganjaran rm60,000 beri maklumat lim kit siang komen twitter tinggal anak kecil dalam kereta kedai puchong putra height shah alam adik faris meninggal shamrulismawi abah facebook janji dicapati kes jenayah penyiasat persendirian detektif conan hajime kindaichi sherlock holmes bantu polis

65 ulasan:

  1. senangnye salah kn org lain, cam tu nk pimpin malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mustahil sebab itu yang diajar dalam TV kan..
      PM pun salahkan orang lain lagi rakyat Marhain..

      Padam
    2. kita tunggu TV keluarkan Statement kedua mcm mana..

      BANkami
      BANkami

      Padam
    3. Semuanya nak dipolitikkan

      Padam
    4. Lim Kit Siang salahkan BN, sbb malaysia x selamat, yg kes William ni jd kat selangor, bwh pimpinan PR... jd sblm salah BN, salah PR dulu la... /s

      Padam
    5. lol betul Tanpa Nama30 Januari 2013 9:32 PG :)
      dia hanya nampak general BN yang jaga.. :)

      Tu la banyak sangat tengok propaganda media BN yang kata Kerajaan BN.. kerajaan Bn Kerajaan BN.. instead kerajaan Malaysia.

      Ini Kerajaan Malaysia la Lim Kit Siang semua kamu dah dipilih sebagai pemimpin untuk bekerjasama memperbaikinya.

      Padam
    6. Dah memang semua ni salah UMNO-BN!

      Padam
  2. apa pulak angkara politik? hello!! cari idea lain lah yer... kelakar....
    kang kalau siasat ni, mcm2 menda yang keluar....

    BalasPadam
  3. kalau lim kit siang tak keluar statement malaysia tak selamat di bawah bn, aku sendiri faham yang masalah jenayah kat malaysia ni memang makin merbahaya. apa cerita dalam basement park shopping complex pun boleh kena samun, culik.

    korang menteri takpe la ada polis, body guard, pak gat jagakan rumah korang ke sana ke mari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah PR mampu membendung masalah jenayah?

      Padam
    2. pr belum buktikan lagi. tapi bn oredy failed. :D

      Padam
    3. tapi cara ko cakap ni macam la pr dpat lindungi kita dari bahaya......sebenarnya, nak hindarkan bahya ni dari diri kita sendiri.....memang bahya itu tidak berbau, tapi berusahalah untuk selamat sedaya upaya.....segala yg terjadi kuasa allah.....allah menentukan segalanya.....x semestinya klau pr memerintah, terus hilang jenayah kat malaysia.....x kira bn atau pr memerintah, klau allah berkehendak berlaku jenayah, tetap berlaku jua.....tiada siapa yg dpat menghalangnya........both pr and bn are nothing......klau nak selamat, ikut la langkah2 keselamatan....dan mohon pda allah supaya kita sentiasa selamat.....bukannya tukar kerajaan....x logik lgsung...

      Padam
    4. tapi nanti klau pr pun failed, kita tukar balik bn.....macam tu???

      Padam
    5. Ala selama ni pun kita tuakr2 kerajaan.. OK aje.. :)
      Kedah Selangor PR pegang pun OK aje kerajaan diurus..

      Apa masalah nak tukar corak dan cara baru?
      jangan la bengapkan diri anda

      Padam
    6. tukar kerajaan juga salah satu usaha....disamping mohon pada Allah..

      Padam
    7. relax bro.. takder satu word pun aku sebut pasal pr. jauh benar ko exaggerate ayat aku. dah macam utusan.

      aku cakap masalah jenayah kat malaysia ni makin teruk. ape yang ko melalut?

      Padam
    8. Ntahnye,kalau dh fanatik bn tu,org ckp lain pun nak terasa.Hanya kerana Lim Kit Siang yg ckp,bende tu org anggap politik.Dah mmg realiti pun kadar jenayah di Malaysia meningkat..tapi pemimpin ckp kadar jenayah menurun.Betullah kata mecha,menteri tak terasa sbb mereka dikawal sepanjang masa..

      Padam
    9. dulu di midvalley, one utama, the curve, e-curve takda guard patrol tolong escort ke kereta, sekarang dah ada since kes seorang perempuan hampir kena rompak dan culik. dulu kawasan-kawasan perumahan takda baricade block dan di jaga oleh pak guard, sekarang mana-mana perumahan pun dah upah security. nampak tak betapa orang ramai rasa tak selamat.

      Padam
    10. Ya terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO-BN!

      Padam
  4. Detektif Conan arif tentang benda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul2.. dpt selesaikan dalam masa setengah jam je..

      Padam
  5. klulah law enforcement di Malaysia tidak dikuasai oleh satu kaum sahaja mgkn benda ini tidak berlaku.

    KLIK khutbah jumaat cuba lagakan antara agama

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat jepun law enforcement cuma dikuasai satu kaum sahaja..........jgan nak racist!

      Padam
    2. Tak related dgn masalah jenayah langsung reason ko ni.Percentage kaum dah xsama,yang apply job enforcement berapa kerat je.Apa daaa!

      Padam
  6. Politik M'sia mmg agak kotor...kerje diaorg jatuhkn org n cari kesalahan org lain. Kebajikan masyarakat letak tepi dulu. Buat statement/kebajikan/lawatan semua ada kepentingan...bkn ikhlas menolong rakyat sepenuhnya.

    Papepun...pengajaran ialah jaga anak sendiri elok2. X perlu nak tuding jari sapa2, x kira ibubapa,pemimpin, polis...ada gak yg mengatakan semua ni konspirasi ibubapa, Najib la..pening2

    Belajar dr pengajaran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah ibubapa malaysia pula, sibuk kerja sehingga anak selalu terbiar.

      Padam
    2. Satu polisi yang positif bagi keluarga yang positif dan maysrakat positif perlu diwujudkan..

      Mungkin kena ada polisi kerja 4-5 sahaja lepas tu pekerja perlu pulang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

      mungkin polisi masyarakat bebas jenayah? kerajaan mengalakan rakyat bersatu-padu membendung jenayah.

      Ini asik2 politik itu salah ini salah gaduh sana gaduh sini simbah cat etc.. Budaya samseng perlu dihapuskan

      Padam
    3. kita perlu mencontohi nazi dalam politik, tak gitu??

      Padam
    4. Dah kata Negara ISLAM cuba amalkan kaedah ISLAM BETUL2..
      Bukan ke ISLAM tu penyelamat umat manusia..

      Ni kata je Islam tapi...
      erm nilaikan ler sendiri keislaman negara Islam kita ni..

      Padam
    5. bhai 29 Januari 2013 4:06, sama ada pemerintah sesuatu negara melaksanakan pemerintahan Islam atau tidak, ianya tidak menjamin keselamatan mana-mana individu kalau dah diri sendiri atau ibu bapa yang tak tahu jaga diri sendiri atau cuai.

      Padam
    6. Islam itu membawa kesejahteraan kalau Kerajaan Islam rakyat tentulah kena juga mengamalkan cara hidup Islam. Ada faham.

      Padam
    7. apa itu cara hidup Islam?

      adakah mengamalkan hudud saja dah mengamalkan cara hidup Islam?

      adakah wujudnya polis moral mengawal kelakuan rakyat marhaen dikatakan mengamalkan cara hidup Islam?

      adakah semua muslim solat di masjid 5 kali sehari, semua perempuan (tua, muda dan budak2) berselubung nampak mata aje dikira amalkan cara hidup Islam?

      adakah cara hidup Islam itu bermakna semua perempuan(tua, muda, budak2) duduk rumah x kerja, x belajar ilmu dunia dan mesti ditemani lelaki muhrim kalau nak keluar rumah?

      adakah rokok, arak, judi dan semua establishment yg berkaitan dgn ketiga perkara itu diharamkan baru kira cara hidup Islam? perlukah semua hiburan diharamkan tinggal nasyid pakai gendang/ tabla/ kompang/ dram saja yg boleh diiktiraf cara hidup Islam?

      adakah berdagang dgn negara Islam saja dan menutup perdagangan dgn negara bukan Islam baru dikira cara hidup Islam?

      apa tu cara hidup Islam?

      Padam
    8. jangan lah sempitkan pandangan tentang Islam

      Bak kata HAMKA - AKU MELIHAT ISLAM TANPA ORANG ISLAM DI BARAT DAN AKU MELIHAT ORANG ISLAM TANPA ISLAM DI TIMUR

      Padam
    9. sesetengah org kata Islam itu luas, negara barat amalkan cara hidup Islam yg sebenar, bla bla bla...

      tp bila nak amalkan di tempat sendiri sibuk tegakkan hudud, paksa perempuan berselubung, haramkan semua bentuk hiburan, bagi kuasa pada polis moral. so far, takde/ kurang aku dengar puak2 yg memperjuangkan Islam ni mintak ketelusan dalam pentadbiran, hak sama rata rakyat, hapuskan diskriminasi, promote budaya ilmu... just to name a few.

      takat membebel pasal Islam itu mudah, Islam itu luas pengertian tapi tak praktik buat apa. org cakap hipokrit je.

      action speak louder than words.

      Padam
  7. entah la..ada kaitan ngan politik ke apa ke..yang penting jenayah makin berleluasa sekarang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila penjenayah tengok pembangkang semakin berani melawan polis, maka penjenayah pun semakin berani melakukan jenayah......tak gitu????

      Padam
    2. penjenayah berani buat jenayah sebab tengok pembangkang berani lawan polis?

      teori ape ko pakai ni? lol

      btw penjenayah tu tengok pembangkang di negeri mana? pembangkang selangor berani heret kepala lembu, simbah cat merah ke gereja.


      pembangkang di penang berani bakar kitab bible.

      pembangkang ini ker?

      :)

      Padam
    3. tengok, dia cuba nak berdalih pulak..........woi macha, ko sabah kat daerah mana??

      Padam
    4. apa yang dalihnya ahmad?

      ko ni merepek jerlah..

      ada duit tak nak sarapan esok?

      Padam
    5. aku tnya, xnak jawab....pastu tnya balik.....berdalih lah tu.......

      Padam
  8. rakyat malaysia memang suka mengutuk sesama sendiri........

    BalasPadam
  9. kerja mengutuk membangkang membongak sume kerja rakyat malaysia...cube g tgk komen kt utube..lg nahaorm! gadoh dgn indo plak...xphm aku..kes ni lg la aku pon musykil... ape yg pnting dunia dah akhir zaman, kuatkan iman, perbanyakkan ibadah, ingat kepada Allah...tu jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.....banyakkan bekalan untuk kita selamat di'sana'....dunia ni dah x lama......

      Padam
  10. khas untuk Noob sayang......terima la cintaku yang suci ini.......29 Januari 2013 pada 4:44 PTG

    ……. , . – . – , _ , …….bunga ini
    ……… ) ` – . . ‘ `( …….ku persembahkan
    …….. / . . . .`\ . . \ ……..untukmu
    …….. |. . . . . |. . .| ……..yang terindah
    ……… \ . . . ./ . ./ ………
    ……….. `=(\ /.=` ………walau
    …………. `-;`.-’ …………kita tak
    …………… `)| … , ……..pernah bertemu
    ……………. || _.-’| ……..
    …………. ,_|| \_,/ ……..ku yakin
    ……. , ….. \|| .’ ………….bintang pasti
    ……. |\ |\ ,. ||/ ………….kan bersinar
    …. ,..\` | /|.,|Y\, …………yang selalu
    ….. ‘-…’-._..\||/ ………….menyinarimu di malam hari
    ……… _.-`Y| …………..
    ………….. ,_|| ……………semoga
    ……………. \|| ………..bunga ini
    …………….. || ……….dapat menerangi
    …………….. || ………..di setiap langkah
    …………….. |/ …….mu.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. i love you noob.....sayang noob.....jgan marah.....tapi klau noob marah memang comel sangat........

      Padam
    2. suka sangat tengok noob marah....kikiki.....

      Padam
    3. hahaha...
      senyumlah sikit dah dpt bunga tu. muka kelat aje

      kipas susah mati bagi tu

      Padam
  11. btol..some is very sensitive..jgn la semua benda nak dipolitikkan..
    hmm ya..agak sangsi bila tgk kronologi..:(

    BalasPadam
  12. aku rase ade je bahagian detektif dlm polis.. tp mmg la bukan yg sendirian berhad bukak kampeni sndiri...

    BalasPadam
  13. malaysia is a beautiful and clean country, but politics have made it dirty.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini hasil brainwash Mahathir dia yang tukar Kerajaan Malaysia jadi Kerajaan BN padahal Malaysia bukan hak milik BN pun.. Ada parti BN bayar gaji pegawai kerajaan yang bengong sangat ni kenapa?

      Semua perwakilan yang menang undi adalah wakil rakyat adalah pegawai Kerajaan Malaysia semua dapat elaun dari Kerajaan Malaysia..

      Jadi Wakil BN wakil PR atau Bebas sekalipun berkerjalah untuk rakyat dan Kerajaan Malaysia tak payah la berkempen sebelum pilihanraya.. bersaing secara sihat tak perlu ada Kerajaan BN Kerajaan PR banyak isu dalam negara yang perlu diselesaikan bersama.. demi kemakmuran dan sesejahteraan Malaysia tercinta ini.

      tak kira masalah apa sepatutnya carik la penyelesaian kearah kebaikan semua dan masyarakat..

      Padam
    2. bukan ke malaysia ni kotor sebab lambakan PATI..........

      Padam
  14. klau betul nak tengok malaysia berubah, kenapa asyik sebut tukar kerajaan, bagi pr pulak memerintah? entah2 pr punya pemerintahan lagi teruk.....memang ini negara demokrasi, tapi pilihan terhad.....klau nak tukar kerajaan......tapi dua2 bodoh.....i mean both pr and bn are sh*t......nak tukar cola dengan pepsi.....aku yakin ramai nak tengok pemerintahan islam, tapi kenapa pas aje yg disebut2? kata islam, tapi kenapa terhad pada pas je? rmai lagi pak imam yg lebih bagus.....islam tak semestinya pas.....pas cuma memecahbelahkan umat.....percayalah....korang tengoklah sendiri.....memang patut kerajaan bn ditukar, tapi kena cari pengganti yg atas pagar....maksud aku, pemimpin yg dapat menyatukan SELURUH umat islam tanpa mengenal bangsa dan latarbelakang......

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahamad sudah kembali.. same name, new picture profile. beware noob hehehe...

      Padam
    2. tulis komen sendiri balas

      Padam
    3. u got point.

      biarlah ada pemimpin yg mampu mengetuai perubahan sistem perkhidmatan awam malaysia, bukan takat nak popular aje.

      nak menyatukan umat Islam, biarlah pemimpin tu berpegang pada prinsip yg benar dan bukan putar belit hukum utk kepentingan diri dan parti.

      Padam
    4. Memang saya lihat nik aziz telah dapat membuktikan perkara ini jika dilihat cara kehidupannya tanpa rumah mewah dang istana besar tetapi beliau sudah tua dan uzur.

      Mungkinkah ada pelapis dan penganti pemimpin yang berciri Islam yang benar-benar dapat melaksanakan perlaksanaan yang menyeluruh demi keamanan dan keadilan sejagat tak kira bangsa dan agama?

      Pemimpin dari parti Umno? MCA? MIC? PAS? PKR? DAP? PBB? atau BEBAS?
      Kalau anda kenal mana-mana pemimpin sebegini sila la beritau supaya kita sama-sama dapat menyokong demi kesejahteraan umum..


      Padam
  15. Pernahkah Kita Terfikir?30 Januari 2013 pada 9:03 PG

    Fikirlah yang sebenarnye tuhan dah tarik rahmatnya sedikit demi sedikit.. apa yang berlaku adalah INGATAN buat kita.

    CUAI hanya alasan bagi mereka yang lari dari persoalan sebenar..
    Sebagai sebuah masyarakat kita seharusnya berkerja sama secara positif membentuk satu persekitaran yang baik. Tidak kira bangsa dan agama. Bermula dari dalam diri kita sendiri.

    Kalau ada rahmat tuhan tak payah manga tutup pintu pun orang takan masuk curik harta benda kita bahkan anak-anak pun selamat tanpa pengawasan. Kalau tiada rahmat dan penjagaan tuhan serapi dan kunci sekuat mana pun harta benda dan keluarga kamu tetap akan mendapat bala bencana.

    Jadi buangkan segala benda negatif kata mengata salah menyalahkan dan mula la berbuat baik semsama kita dalam membentuk satu masyarkat dan persekitaran yang positif. Buangkan segala keburukan dalam diri dan masyarkat kita.



    BalasPadam
  16. Jangan risau la.. Malaysia tapak kebangkitan Islam Kali kedua.. Bukan oleh pas, tapi oleh Imam Mahdi Dan orang kanannya.. Memang la kezahirannya nnti di Makkah, tapi pemerintahan awalnya di Malaysia Dan akan ke Mekah utk futuh Kali kedua.. Buktinya majoriti rakyat Malaysia dah ade kesedaran tntg Islam. Tapi bukan oleh pas ataupun umno.. Sebab keduanya dibenci oleh sebahagian besar umat Islam di sini.. Ianya pasti oleh seseorang yg Sgt disenangi oleh masyarakat.. Seseorang yg Sgt terserlah dgn Islamnya.. Jdi apa yg patut kita buat, persiapkan diri moga2 kita tak tergolong dri kalangan penentang2 AlMahdi...

    BalasPadam
  17. Kalau difikir memang tuhan yang melindungi anak-anak burung dari risiko jatuh? dimakan ular atau pemangsa ketika ibu/bapanya kelaur mencari makanan. Mereka tidak dilindungi oleh Kerajaan atau sesiapa tetapi tuhan yang maha kuasa dan pelindung.

    Apakah manusia yang mulia dan bijak ini lebih rendah tarafnya dari burung atau binatang sehinga perlu mengunci anak-anak kecil kerana keselamatan mereka atau perlukan kerajaan menyiapkan pasukan polis memelihara keselamatan setiap keluarga?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.