Halaman

Sabtu, 9 Februari 2013

Bahasa budak bangang hilang akal

Bagaimana bahasa SMS tercipta? Ini disebabkan telefon dulu2 masa zaman gaban dulu SMS hanya support 160 aksara atau character. Oleh itu kadang2 sebab nak tulis SMS dalam satu mesej kerana nak jimat duit, maka ayat dan perkataan yang ditulis akan diringkaskan namun masih lagi tidak lari dan jauh sangat dari perkataan asal, biasanya dengan membuang huruf vokal agar ayat yang dibina kurang dari 160 aksara.


Seperti contoh kalau "saya" menjadi "sy", "yang" menjadi "yg", "kerana" menjadi "krn", "orang" menjadi "org", "macam" menjadi "mcm", "tidak/tak" menjadi "x" dan sebagainya. Tapi kadangkala ia tetap menimbulkan kekeliruan orang yang membacanya seperti "mkn" di mana orang boleh menafsirnya sebagai "makan" atau "makin", "krt" sebagai "karat", "kerat" atau "karut" dan lain2.


Dulu pernah jadi isu ada pelajar jawab peperiksaan pakai bahasa SMS sampai Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kata bahasa SMS perlu dibendung. Bagi aku ia taklah jadi isu besar sangat sampai perlu dibendung, sebab bila kita guna telefon untuk SMS, Whatsapp, BBM atau lain2, nak tak nak kadang2 kita terpaksa guna bahasa SMS a.k.a bahasa singkatan sebab nak jimat duit dan masa, itupun kalau boleh hanya di antara kawan2 kita, kalau orang tua atau orang yang kita tak berapa kenal cuba elakkan hantar SMS seperti itu. Ia juga perlu dielakkan untuk perkara2 rasmi seperti peperiksaan, surat atau email rasmi, akhbar, borang permohonan dan lain2.


Cuma bagi aku yang betul2 harus dibendung dan diharamkan bukan bahasa SMS tapi bahasa BUDAK BANGANG HILANG AKAL. Nak kata bahasa SMS bukan sebab bahasa SMS seharusnya lebih pendek dan singkat, tapi bahasa BBHA ni bukan sahaja makin panjang, malah diubah dan ditokok tambah dengan huruf2 lain sampai jadi macam bangang abadi.


Cuba cakap, perkataan "twok", "trpk", "xdw", "agy", "pasniey", "berz", "nyh", "sngad", "yunx", "pnday", "keq", "leyn", "jewp", "dea", "nieyh", "skunk", "jmn", "dluw" ni bahasa dari planet mana doh? Korang ingat semua orang boleh faham ke bahasa hilang akal korang ni?

Sumber
Serius, sapa yang start reka bahasa bodoh lagi annoying ni? Apa ingat trend dan cool sangat ke guna ejaan2 bangang macam tu? Dan apa kejadahnya kalau pakai bahasa SMS pun dekat komen Youtube, blog, Facebook dan lain2, bukan ada character limitation pun untuk korang tulis shortform2 ni. Tulis jelah pakai perkataan penuh. Nama pun bahasa SMS, haruslah hanya dipakai untuk SMS sahaja, bukan di tempat lain.


Mohon masuk tadika semula belajar cara menulis perkataan dengan betul...




tags: bahasa sms budak bangang hilang akal bbha sukar kawal bendung jawab peperiksaan ujian sekolah formal tidak rasmi asal usul tercipta singkatan short form komen youtube facebook blog twitter annoying jengkel asshole sakit hati menyampah budak sekolah perempuan lelaki melayu english inggeris telefon bimbim nokia 3310 retarded

47 ulasan:

  1. sms dengan anak buah pon sakit jiwa.. -__-

    BalasPadam
  2. tak reply kalau dapat sms camtu. harap maaf. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila beri nombor telefon bimbit anda.saya akan sms menggunakan ayat penuh.Maka haruslah di 'reply'.harap beri. :)

      Padam
    2. LAngsung tak faham.
      hahaha... rasa mcm nak reply ' sila ulang subjek bahasa melayu'

      Padam
    3. mohon berikan nombor telefon anda......

      Padam
    4. sapa la yg start guna bahasa gedik tambah 'ewww', 'iew' kat hujung perkataan ni kan? merebak pulak tu sampai jd trend yg membimbangkan...

      Padam
  3. selalu alami masalah yg sama bila check buku latihan budak -_-

    BalasPadam
  4. makin lama aku makin paham,, dah terlalu biasa sangat kot,, entah la,, aku still dengan yang versi lama tu,, vokal tu aku gugurkan,, kebanyakkannya yang huruf A. klau yang u i e o tu,, aku tulis biasanya,, aku menulis kat blog pun aku usahaknan supaya tak de short forms,, tu je. sekian.

    BalasPadam
  5. kalau short form tak kisah la sangat.tapi apa kejadahnya cuti jadi cuty,sorry jadi cuwie.bilangan huruf sama,ejaan pulak lain.tu bukan short form,tu gedik form.

    BalasPadam
  6. Serius aku nak tau sapa pengasas tambah euww dkt blakang ayat. kitewww, uat apeww teww, akuw cinteww dieww, bgtaww, hewhewhew. Hai anak2 melenium Bahasa mcm gampang...rasa mcm nk lempang..
    Bahasa jiwa bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau pempuan boleh terima lagi, tapi klau lelaki memang sial la........

      Padam
    2. laki ke pempuan ke yg guna dua-dua aku xleh terima

      Padam
  7. tak faham bahasa alien gitu..huhuhu..

    BalasPadam
  8. serius celaka org yg suka guna bahasa sms ni.....aku paling pantang dan paling benci guna bahasa sms ni.......macam sakai baru nak kenal teknologi........aku lebih suka tulis panjang2 dan penuh2......klau stakat 2-3 short form tu xpela.......itu pun org faham.....tpi klau buat short form, pastu bunyinya kelaut, memang bodoh lah.....



    Assalamualaikum semua.......salam pagi jumaat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pula pantang tengok org tulis "panjang2 dan penuh2" tapi mencarut maki hamun.tambah pula lepas mencarut,bagi salam.nampak macam org gila yg reti main internet.

      Padam
    2. Balasan yang memang mengancam sungguh haha tahniah

      Padam
  9. aku pernah jadi insan yg taip g2, tp skng dh xcmtu dh..
    So annoying! hahaha..

    BalasPadam
  10. bhasa bdk skng mmg susah nk fhm...manja katakan dlm sms..tapi tula bhasa baru generasi Y. nak xnak, kna blaja terima.

    #BANkami

    BalasPadam
  11. janganwww leewwww marehwwww kamiwwwwww..kamiwwww takwwww bersalahwwwww..hewhehwe

    BalasPadam
    Balasan
    1. u nyyii gewddsz lew aww....

      Padam
    2. hewhewhewhewabule...teraju tigooo...

      Padam
    3. @_@ adew owang marah titew gune bahase cengginie ek~ T_T
      hewhewhew~ tapew lew, titew adew fwen kat cniey~ (^_^)v
      bye bye~

      Padam
  12. Ini kerana semua orang ada talifon tangan dan bila jadi kebiasaan berkomunikasi terutamanya menaip mengunakan perkataan ringkas maka ianya terbawa dan terbiasa ke dalam penulisan harian termasuk la sekolah dan peperiksaan.



    BalasPadam
  13. Slalu keliru blk antara bilik dgn balik...
    Rsnya inilah yg dinamakan perubahan zaman,mcm bahasa datuk kita lebih puitis dr abah kita.bhs abah lebih direct dr zaman kita yg guna shortform.zaman adik2 plak lebih tah kebenda dr kita.... Rs annoying akan ada setiap perubahan zaman. Sedar xsedar,dgn cara penulisan salah mcm ni lah yg mbuatkan akan ada masalah penulisan yg formal.

    BalasPadam
  14. mereka nak ringkas tetapi budak sekarang nak rasa catchy jadi tulisan cuba dibunyingan dengan mengada contoh cuti jadi cuty atau aku jadi akunk, aq.. lol.

    BalasPadam
  15. oleh itu sila taip dengan perkataan penuh, sekian terima kasih

    BalasPadam
  16. babi tulis babi, jgan tulis bb.......sekian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. abis tu kenapa kau babi tapi tulis ahmad?

      Padam
    2. sebab dia tak pandai mengeja...dia pun salah sorang geng BUDAK BANGANG HILANG AKAL jugak

      Padam
  17. Haha.. Aku kalau ade yg jenis gampang camtu komen Kat wall aku atau tweet aku, mmg aku maki depan2 je.. Tpi aku tak block atau unfriend, sbab lepas tu boleh maki lgi...

    BalasPadam
  18. kalo bahasa sms jadi subjek kat sekolah, aku mst failed. sebab aku cukup tak pndai short form in other way, ubah form ayat...

    BalasPadam
  19. Lepas bace entri ni, tringat plak aku time aku join maxis community site, masa tu ade lah sorang awek yg jadi member kat situ ajak aku privat chat, so aku layan la, time kite orang chat tu, takde 1 pun perkataan yg die tak ubah, semua ayat yang die taip hampir aku tak faham, tapi aku tetap berusaha sekuat akal kepala otak aku untuk faham ape yg die taip, so aku pun nak try jugak la taip ayat macam yg die buat, sekali aku reply kat die, terus dia cakap die tak faham ape aku taip, gelak guling2 aku dibuatnye

    BalasPadam
  20. tittew pun tak sukew law ade owang tules cenggittew taw. nie sumer tak bagus. tapi so sweet.. so sweet.. ala.. sweet macam citey hinggew hujung nyawer tu..

    BalasPadam
  21. http://www.blogserius.blogspot.com/2013/02/serius-wtf-cara-mengeja-meleis-yang.html

    BalasPadam
  22. ~~ terpaksa baca 2 3 kali klau sms ngn adik....naek berbelit lidah nak nyebot nyer..haisshhh....^_^

    BalasPadam
  23. memang bahasa banggang

    BalasPadam
  24. aku panggil benda ni sebagai bahasa batak :v

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.