Halaman

Sabtu, 16 Februari 2013

Kedai makan yang harus di"ban"

Bila time lunch, aku selalu pergi ke kedai makan, gerai atau restoran yang berlainan sebab aku tak suka makan benda yang sama tiap hari. Kebiasaannya kalau kedai tu OK, aku akan datang lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Namun ada beberapa kedai makan yang aku akan ban terus dan takkan datang lagi buat selama2nya.


1. Tak percaya customer

Selesai je makan, aku panggil sorang mamak untuk kira. Lepas bayar, tunggu 2 3 minit nak habiskan air, bangun dan blah. Tiba2 ada mamak lain tanya, "Eh you belum bayar lagi." WTF? Aku cakap aku sudah bayar la. Lepas tu dia cakap "Mana you sudah bayar saya tak nampak pun?". Aku geram aku panggil balik waiter yang aku bayar tadi dan dia cakap "Ya ya dia sudah bayar." Mamat yang sound aku tadi just cakap "Wokey wokey..."

Gambar hiasan
Celaka punya mamak, kalau ye pun kedai kau pernah kena tipu customer, jangan ingat semua customer sama penipu.

BAN!!!


2. Pilih kasih

Tengah lepak2 kat open space, tiba2 hujan turun rintik2. Kami gerak masuk dalam kedai naik tingkat atas. "Ane, kita orang naik atas hujan." aku cakap kat mamak yang ambil order tadi. Lepas naik nampak meja kosong tepi beranda, bila kitorang nak duduk kat situ, ada sorang mamak lain cakap, "Sini tak boleh duduk." "Pasal apa tak boleh duduk?" aku balas. "Tak boleh tak boleh, duduk sana." mamak tu arahkan aku duduk kat meja lain.

Gambar hiasan
Lepas tu dia tanya lagi "Mau makan apa?". Aku cakap kitorang dah order tadi kat bawah, tadi hujan so kami naik atas. Sekali dia tanya "Mana hujan?". Whateverlah mamak.

Setelah 10 minit, tetiba ada 2 anak dara naik atas pergi kat meja yang mamak tu tak kasi duduk tadi dan bertanya pada mamak tu, "Sini boleh duduk?", mamak tu jawab "Boleh boleh, ya adik mau order apa?".

Sial.

BAN!!!


3. Tak layan customer

Ni cerita lepas balik dari solat Jumaat kat masjid. Pergi satu restoran yang ada aircond. Sampai kat kedai tu kat pintu kaca tu dia tulis "TUTUP, BUKA 2.30 PETANG". Masa tu dah pukul 2:25 petang. Aku nampak 3 waiter perempuan tengah lepak kat dalam sambil minum2. Aku tolak sikit pintu dan tanya, "Nak order makanan dah boleh ke?". Sorang waiter tu jawab, "Tak boleh, tukang masak pergi masjid tak balik lagi." Aku tanya lagi "Nak order air dulu boleh?". Dia jawab lagi, "Tukang buat air pun takde lagi." Aik, habis tu air2 yang korang minum tu sapa buat?

Lepas tu aku cakap, "Takpelah kalau gitu kami masuk dulu tunggu tukang masak dengan tukang buat air datanglah." Dan perempuan tu balas, "Tak boleh kedai ni tutup lagi."

Gambar hiasan
Dafuq? Dah la kat luar panas terik, tinggal 2 3 minit je pun nak pukul 2:30, at least bagi la kitorang masuk dulu tunggu kat dalam. Kalau kau rasa tak nak layan customer, jangan berniaga dan buka kedai. Pergi je apply kerja gomen or whatever.

Lepas tu aku terus blah, dan itulah kali terakhir aku jejakkan kaki di kedai tu.

BAN BAN BAN!!!


4. Lembab nak mampus, makanan tak boleh dimakan dan tiada maaf

Ni paling harus diban. Sama juga cerita lepas balik solat Jumaat tapi restoran lain. Masa tu Zohor awal, so habis solat pukul 2 macam tu terus kitorang cabut pergi sebuah restoran. Kitorang sampai pukul 2:10 petang.  Kat kedai tu ada masakan melayu dan western. Mula2 aku cakap nak order nasi goreng, dia cakap kalau order goreng2 kena tunggu lambat sikit sebab tukang masak pergi masjid tak balik lagi, tapi kalau order western cepat sikit. Aku tanya western cepat pulak? Dia cakap untuk masakan western tukang masak orang perempuan. So aku pun sebab nak kejar masa nak masuk office balik, aku pun order Lamb Chop.

Dalam 5 minit air pun sampai. Tunggu punya tunggu, kedai makin ramai. Dalam pukul 2:25 macam tu aku nampak tukang masak lelaki tadi tu baru sampai kedai.

Pukul 2.30 petang, customer sebelah aku yang datang lagi lambat dari aku dan order nasi goreng, tiba2 dia dah dapat nasi goreng dia. Beberapa tika lepas tu, aku nampak kuetiaw goreng, nasi paprik dihantar ke meja2 customer lain. The hell? Kata western lagi cepat, apahal makanan bergoreng sampai dulu?

Lepas setengah jam dari masa aku order makanan, aku panggil waiter tanya mana lamb chop aku, dia cakap tengah masak lagi. Aku tanya balik tadi kata western lagi cepat, kenapa nasi goreng boleh siap dulu ni? Dia cuma tersengih2 macam kerang busuk.

Pukul 2:50 petang, 40 minit selepas aku order baru dia hantar lamb chop aku. Aku pun baru start nak potong, tapi daging kambing tu macam tak cukup masak dan liat nak mampus, tak boleh nak dipotong langsung. Aku tunggu sampai 40 minit, ini ke yang aku dapat? Aku panggil waiter tu balik aku komplen daging tak masak dan liat. Kemudian dia boleh suruh aku tunggu kejap sebab dia nak panaskan lagi lamb chop tu. Aku cakap tak payah lah dik saya dah lambat.

Aku terus bangun pergi ke kaunter nak bayar. Aku pun komplen kat cashier tu cakap dah la servis lambat, daging liat pulak. Boleh pulak dia cakap, "Mana saya tahu, dah saya beli daging kambing dari pembekal tu macam tu nak buat macam mana." Aik? Habis tu takkan kau nak aku pulak yang komplen kat pembekal daging tu?

Habis tu bila aku cakap aku taknak bayar makanan tu sebab langsung tak boleh dimakan, mamat tu tarik muka buat muka bengang macam aku pulak yang bersalah? Aku customer kot, aku yang keluar duit bayar makanan dan perkhidmatan kau, bukan aku yang terhegeh2 nak mintak derma dari kau. Lepas aku bayar harga minuman dan nak blah, langsung tiada sepatah haram kata MAAF pun dari mamat tu. Seriously, susah sangat ke nak ucap perkataan maaf pada customer?


Aku boleh terima lagi kalau servis kau lembab, makanan kau tak boleh dimakan, sebab lumrah manusia membuat kesilapan. Tapi kalau kau tak boleh nak mengakui kesilapan dan tidak boleh nak minta maaf atas kesilapan kau, kau silap. Aku memang takkan jejakkan kaki kau lagi kat kedai kau, dan aku akan tulis masalah ni kat sini agar orang lain tahu yang YOUR SERVICES, YOUR FOOD AND YOU SUCK SO HARD!!!

MEGA - BAN!!!!!!


So apa problem sebenarnya kat sini? Kalau kita lihat semua masalah yang aku tulis kat atas adalah berkaitan dengan SIKAP.




tags: kedai makan restoran gerai yang harus perlu kena ban jauh blok masalah sikap pekerja kakitangan staf waiter pelayan owner peniaga tauke towkey mamak melayu tak percaya customer pelanggan pilih kasih tak layan perkhidmatan layanan slow lembab perlahan makanan kurang tak masak daging ayam lembu kambing nasi goreng western chicken lamb chop steak tidak minta mohon maaf menara monumen alaf baru umai cafe d'lake putrajaya food review 

66 ulasan:

  1. tu dia...kalau BK dah @%$# la...kuang ajaq

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. satu pun aku x dapat teka.....

      Padam
    2. yang obvious dan jelas kelihatan tempat dan kawasannya?

      Padam
    3. mcm kenal je tmpt tu.tu monumen alaf baru kt putrajaya,aku pun pernah g restoran tu,makanan dia okla xla best sgt xla teruk sgt.tp servis dia mmg teruk skt,order kdg2 xteratur,org yg sampai kemudian dpt dulu makanan,dan agk lembab.kdg2 trpksa tgu smpai setengah jam baru sampai padahal xramai org pn masa tu

      Padam
    4. Ini memang macam style media massa Malaysia je..

      Khabor itu ini tak bagitau nama kedai
      memang memang memang hampeh..

      Padam
    5. Umai D'Lake cafe Putrajaya

      Padam
  3. hahahaha,kawe pon suka bab2 ban kedai ni..wakakakka

    BalasPadam
  4. Nak jaga hati pelanggan atau jaga hati sendiri. mmm..

    BalasPadam
  5. hot temper gak noob.. memang padan partner ngan ahmad haha. kalo ko nak cepat ko pegi jelah dkt kedai nasik campur. nasik lauk ko amik sendiri.masakan panas biasanya org mkn waktu malam. aku stakat ni xpernah lagi komplen dkt mana2 kedai mkn. kalo xsedap aku xmakan dan xkan dtg lagi dekat kedai tu beli makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba ko tengok bebetul tukang merepek tu sapa...

      Padam
    2. skali baca pun boleh nmpak perbezaan ayat noob dan PZ.

      Padam
    3. kote midnight bengkak akibat terlebih melancap....sebab tu dia x dpat fokus......

      Padam
  6. aku penah order mee goreng udang kat satu kedai separa-western ni, pastu udang dia kenyal mcm plastik, langsung tak bleh dimakan... aku inspect 'objek' tu kot2 prank ka apa, sbb mmg mcm plastik... gilo sedey siot, mahal lak tue damn... pastu aku dah jarang makan kat kedai, aku bawak bento yg aku prepare dari umah... kedai mamak? sorry aku mmg kembang tekak bila pikirkan kedai mamak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom masak plain. 10x sedap dari kedai mamak. :)

      Padam
    2. mohon beri alamat rumah besertakan no fon kalau cik lynn sudi,hehehe

      Padam
    3. cik lynn, islam x mengajar kita memburukkan org lain......

      Padam
    4. @ cik lin

      ha'ah btol... rasa lebih yakin pun ye jugak, dari segi kebersihan terutamanya ^^

      Padam
    5. konspirasi Ahmad UG.

      Padam
    6. nak tergelak aku tengok si UG ni.Noob mohon hang buat satu entry pasal UG ni.

      Padam
    7. cik Lynn tak baik merendah2kan martabat orang lain..buruk2 kedai mamak pun, ayam goreng diorang memang terbaik.

      Padam
    8. dari pandangan saya tak nampak pun kat mana Cik Lynn ni buruk2kan kedai mamak.positive thinking la sikit.

      Padam
    9. Cik Lynn masak mestilah sedap.kehkehkeh.

      Padam
    10. tahnya,menggelabah la UG ni.dia ckp dia msk lebih sdp dr kedai mamak.mgkn cik lynn mmg pandai msk.UG ni suka sgt publisiti murahan.dhla kutuk org kelantan kt blogserius mcm sial

      Padam
    11. backup nampak...

      Padam
  7. mogak jgn p kedai tu.huhu
    hana xpernah lagi kena mcm ni. tapi kalau pelayan muka xleh blah. mmg kena ban jugak

    BalasPadam
  8. aku pernah makan kat kedai sup gearbox kat ganu.baru nak layan,tgk2 daging berulat.bila hiris daging tu sikit,boleh nmpak ada ulat bergerak-gerak.bila panggil pekerja kedai,dia tnye "mne ulat?".dia amik sup tu,dia cakap tunggu kejap,nak gi tengok.tetibe tukang masak datang kat kitorang.dia sambil buat muka marah,dia cakap "korang jgn la nak malukan kedai aku,aku dah berniaga lama.aku dah check.takde pun ulat".siot giler,dah amik bahan bukti..kitorang tak boleh nak tunjuk.aku cakap la,takkan la kitorang saje2 nak reka cerita.semua member2 dah nmpak memang ada ulat.last2 dia cakap "korang tak nak bayar,dah la.byar air je".kitorang bayar air,terus blah.celaka,tuduh kitorang tak nak bayar,makan pun belum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gila sadis siot daging berulat... *pengsan*

      Padam
    2. ada aku kesah, k, bye

      Padam
    3. pemilik/fan kedai makan sup gearbox detected...

      Padam
    4. haha..siot,camner tuan kedai sup gearbox tu boleh ade kat sini pulak?hahaha.buat2 tak kisah pulak.

      Padam
  9. masak sendiri lagi berkat..huhuh.. kedai mamak jarang masuk..sbb entah la..kadang2 rasa mcm was2.. lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. was was tu datang dari shaitan......masuk je la kedai mamak....best apa......sedap.....

      Padam
    2. ni makan baca bismillah ke tak ni ? kalau baca, tang mana nak datang was2 ni ? ke baca tapi langsung tak tahu hakikat bismillah tu ?

      Padam
  10. baru je nak mencarut tadi, tapi bila ternampak tukang merepek psycic zero, x jadi la......aku cuma nak mencarut kat post noob......aku pnya carutan dan makian hamun hnya eksklusif untuk post noob je....

    BalasPadam
  11. Kena ban kedai macam ni ^_^ MEGA BAN !

    BalasPadam
  12. salam Psychic Zero,
    klo ko wat review pasal latest movie2.. ok gak.. sbb ko bagus dlm wat review2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju.

      lagipon maharaja lawak mega da abis.

      leh review filem plak

      Padam
    2. setuju... like Psychic zero..

      Padam
    3. Haa.... Btul2...sy follow PZ since Rajalawak yg last tu kt blog Ada aku kesah... Mmg slalu tertunggu2 review PZ

      Padam
  13. kalau ikutkan, memang banyak gak kedai yang aku akan ban. servis banyak yang x memuaskan. memang la dorang manusia biasa. tapi kena ingat, dah tu keje yang korang kena buat. jadi, terpaksa la hadapi dengan tabah. lagi satu, kebanyakannya berniaga tanpa ilmu yang cukup. jenis meniaga nak untung cepat n x pandai jaga hati pelanggan. sebab sepatutnya dalam berniaga, kepuasan pelanggan adalah keutamaan peniaga.

    BalasPadam
  14. pilih kasih too xkisah sgt. yang lagi tiga too mmg kisah. buat muka period pon yer jugak

    BalasPadam
  15. marah benor.. rileks2. aku pun pernah kena.. dah lah lambat ambil order, aku dah panas dah time tu. panggil orang tu nak ambil order tak datang2, orang lain yang datang lambat g ambil order. ciss


    servis memang lambat. time nak bayar, pelik. makan sama dengan member, tapi harga lain. dia cakap, harga milo ais, 1.80, teh ais, 1.70. erghhh.. aku 10sen pun berkira taw..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb ko nampak gedik kot?

      Padam
    2. tgk komen pun dah tau gedik.. tq

      Padam
  16. Memang harus di ban...
    Wilma pun kalau kena macam tu confirm tidak pergi sana lagi bah ^_^

    BalasPadam
  17. mmg patut kena ban pn. servis lambat takpe, tp ni cm takde adab dan taknak minta maaf bile dah salah ke ape ke.

    sabar jer lah.

    BalasPadam
  18. Hahaha semua setuju. Yang paling di ban adalah restoran lembab. Yang paling benci kita order benda lain sampai benda lain, dah la tu menunggu dekat 2jam. Gila gila.

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. care to share nama2 kedai yg di ban? for consumer alert purposes.

      Padam
  20. Cuba bg nama kedai, aku pikir as customer mmg deserve to know as to avoid such incidents. Tak pun kalau nk cover bg hint yg lbh clear.
    Memalukan lbh2 kalau kedai makanan Islam, tak menggambarkan akhlak islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kang kena saman BO ni susah gak....

      Padam
  21. kalau sekali datang teruk layannan , kompom xdatang dah..pastu bgtau kat member2 jgn dtg ..

    nak carik rezeki , buatlah nak cari rezeki kan??
    customer always right.. :)

    BalasPadam
  22. Ban je..customer always rite...one day ttup kedai la kedai 2. Selalu kedai yg stay lama sbb pelanggan puas hati even x semesti sgt murah

    Last sekali...kalau x puas hati jgn gi karate atau tumbuk waiter 2...nanti masuk youtube plak

    BalasPadam
  23. Saya bersimpati dengan nasib Psychic Zero

    tapi takpe la Encik Psychic Zero aajer la ban yea..
    Setakat encik Psychic Zero makan tak sampai rm10 tuh apa la sangat kesan pada restoran tu sebab saya pun tak dapat meneka restoran mana yang encik Psychic Zero maksudkan.. Mungkin saya pun tidak pernah jejak kedai-ekdai tersebut..

    Apapun terima kasih kerana berkongsi pengalaman buruk ini yang mungkin juga pernah berlaku di tempatd an restoran lain.. yang entah di mana..

    BalasPadam
  24. Kuasa ban ni sangat hebat rupanya. restoren pak jamal sekinchan ikan bakar dah lingkup. banyak yg tutup. jgn main2 dgn costumer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran ikan bakar tu gimik dia guna untuk money laundering..
      Walau restoran ikan bakar nampak tutup/bengkrap dia dah masukan duit ke bisnes lain..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.