Halaman

Rabu, 6 Februari 2013

Pujian kami terima, kritikan kami tak terima

Kita ni manusia yang pelik. Bila orang lain mengiktiraf kelebihan kita dan cakap benda2 baik dan positif, terus kita setuju, bangga dan terus percaya. Tapi bila orang lain mengkritik dan memberitahu kekurangan kita serta benda2 buruk serta negatif, terus kita tak setuju, tak percaya dan kata itu tidak benar. Benarlah orang cakap manusia adalah sejenis makhluk yang suka dipuji sampai hidung kembang tapi tak suka dikritik dan akan cuba menidak dan menafikannya.


Bila kena puji dengan benda baik dan positif:
  • Malaysia negara no-9 paling mesra di dunia?
    Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh dunia yang berhasrat berhijrah ke sini selepas dinobatkan sebagai negara ke-10 paling mesra di dunia dalam Kajian Pengembara Ekspatriat HSBC yang dikeluarkan majalah Forbes, baru-baru ini.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian berkenaan meletakkan negara ini sebagai antara 10 negara terbaik pilihan pegawai dagang.


    Majalah berpengaruh dunia itu menyebut, Malaysia memiliki kualiti hidup baik, kehidupan sosial memuaskan, kemudahan mengembara dan sistem perumahan lebih baik berbanding negara asal pegawai dagang.

    “Walaupun ada laporan menyebut kesukaran untuk berintegrasi dengan komuniti tempatan ia adalah disebabkan masalah bahasa.

    “Apapun Malaysia diletakkan tangga ke-10 oleh kajian itu, kita mengalu-alukan kedatangan dunia,” kata Najib dalam tweet terbarunya di sini, semalam.
    Betullah tu, kajian yang dibuat oleh Bank HSBC Antarabangsa dan Forbes pastilah betul, malah PM kita DS Najib Razak juga mengakuinya, siapa kita untuk menidakkannya?   

  • Malaysia negara ke-19 paling selamat di dunia?
    Bak kata ahli sains politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata rakyat Malaysia perlu mengiktiraf ranking itu kerana ia dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa yang dihormati.

    "Kini, kita perlu meletakkan sasaran lebih tinggi. Mungkin pada 2020, kita patut berada dalam senarai 10 negara teratas. Apa yang membimbangkan saya ialah ada pihak tertentu di sini, yang kecewa dalam bidang politik, akan melahirkan idea lain seperti mengadakan perhimpunan jalanan dan sebagainya. Tindakan ini akan menurunkan ranking itu," katanya.

    Ahli akademik itu berkata, Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa serta terkenal sebagai negara yang aman dan harmoni.

    "Hanya segelintir golongan yang tidak tahu bersyukur saja yang enggan menerima hakikat ini kerana mempunyai agenda tersembunyi," katanya.
    Ini adalah satu lagi pencapaian negara yang diiktiraf di persada antarabangsa hasil daripada kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace. Orang bertahap professor pun suruh kita hormati pengiktiran itu, so kita haruslah patuh dan ikut.

  • Ranking Indeks persepsi rasuah Malaysia tambah baik?
    Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia (Ti-M), Datuk Paul Low berkata, "Penambahbaikan ini dijangka. Semua usaha dan langkah yang diambil kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelasanaan (Pemandu) telah membuahkan hasil dan kita berharap Malaysia berupaya memecah rekod," katanya pada sidang media mengenai keputusan CPI Malaysia untuk 2012, yang dikeluarkan Transparensi Antarabangsa seluruh dunia di sini.

    "Terdapat penambahbaikan pada ranking, tetapi kedudukan Malaysia terus berada purata julat tengah dan kita berharap untuk melihat dalam tempoh dua tiga tahun lagi, meningkat luar biasa kepada poin 60," katanya.

    Beliau memuji komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah di mana Malaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang berani memasukkan CPI sebagai sebahagian Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memerangi rasuah.

    Low berkata, Malaysia beranking ketiga di kalangan negara Asean di belakang Singapura yang memperoleh 87 mata diikuti Brunei Darussalam di tempat kedua dengan 55 mata.
    Wah, nampaknya rasuah negara kita dah semakin menurun malah dinilai sendiri oleh orang2 luar negara, tahniah atas kerja keras kerajaan selama ini. Malah Datok Low pun cakap semua ini dah dijangka atas hasil usaha kerajaan.


Namun bila kena kritik dengan benda buruk dan negatif:
  • Malaysia negara ke-33 paling biadap di dunia?
    Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.
    Betul ke Reader's Digest ni, macam tak betul je? Diorang buat kajian ni ada kelayakan ke? Sapa bayar diorang ni? Ni mesti kerana pembangkang selalu buruk2kan imej negara di luar negara, tak pun responden hanya dikalangan penyokong2 pembangkang yang menyertai perhimpunan haram BERSIH, memang la biadab. Cuma buat soal selidik pada orang2 UMNO, PERKASA dan JATI, mesti negara kita akan dapat ranking no. 1 paling sopan di dunia. 


  • Malaysia negara ke-10 paling malas di dunia?
    Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

    Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

    Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

    Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.

    Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

    The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.
    Siapa The Lancet ni pandai2 nak buat kajian dan cakap negara kita nombor 10 paling malas? Ini bukan The Lancer tapi The Lancau. Ini semua propaganda Yahudi nak jatuhkan Malaysia. Orang negara kita paling rajin, kalau malas takkan boleh bina KLCC?  

  • Malaysia dapat markah D- untuk indeks laporan polisi sesebuah kerajaan dalam menangani penyelewengan dan amalan rasuah dalam sektor pertahanan
    Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal indeks laporan dikeluarkan United Kingdom International Transparency yang meletakkan Malaysia di kedudukan 'D-' dalam soal polisi kerajaan menangani penyelewengan dan amalan rasuah dalam sektor pertahanan.

    Beliau berkata, laporan kajian dikeluarkan UK International Transparency itu ternyata berat sebelah apabila mereka sendiri yang menentukan standard kajian yang dijalankan sejak dari awal.

    "Itu pandangan mereka (laporan kajian) sendiri, tidak semestinya benar. Itu persepsi mereka (UK International Transparency) kerana mereka yang menentukan standard itu (kajian) dari awal lagi.

    "Dan jika anda belajar metodologi penyelidikan, ini merupakan kaedah penyelidikan yang berat sebelah," katanya pada sidang media selepas melancarkan program 1ACP dan laman portal kerjaya WWW.Kerjayaveteran.my, di sini hari ini.
    Ya UK International Transparency ni sangat berat sebelah, tak betul, hanya persepsi mereka sahaja (Oh yang ni bukan aku cakap tapi menteri sendiri). Aku nak tokok tambah lagi... dah la mengarut, merepek, cam shial, tak bertamadun, Yahudi, propaganda, konspirasi, hasad dengki, fitnah. Kenapa kita perlukan pengiktirafan dan penilaian dari orang asing, kita sendiri tahu macam mana diri kita. Sepatutnya dengan pelbagai program dan usaha kerajaan melalui SPRM, unit PEMANDU, sepatutnya markah yang layak untuk kita hanya A sahaja.


Kenapa bila kita kena puji takde pulak kita nak cakap mana ada semua benda tu merepek, itu tak betul, hasil kajian tak menggambarkan perkara sebenar, berat sebelah dan lain2? Dan adakah menjadi kesalahan bila kena kritik, kita mengakui kelemahan kita dan cakap OK kami hargai kritikan dan hasil kajian itu, kami akan cuba memperbaiki apa jua kekurangan dan perkara yang negatif tu di masa akan datang?

Entah... kau rasa?




tags: pujian puji kritikan kritik positif negatif kelebihan kekuatan kelemahan kekurangan baik buruk kebaikan keburukan terima ranking dunia aman mesra tidak sopan biadab malas indeks rasuah korupsi malas nak tulis tags

71 ulasan:

  1. Balasan
    1. Apa hehe..? Ni semua salah UMNO-BN! Tukaq kerajaan!

      Padam
  2. alhamdulillah. negara kita masih terbaek berbanding negara negara seperti afrika, myanmar, kemboja, bangladesh dan sri lanka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah UMNO-BN!

      Padam
    2. alhamdulillah.......baguslah klau ko dah sedar.......

      Padam
  3. Yang baik kita ambil yang tak baik tak payah lah ambil. Noob tak faham ke konsep ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah UMNO-BN!

      Padam
    2. dosa tu pun benda tak baik,tapi kita semua ambil je jugak.

      Padam
    3. dosa tak nampak kadang terambil tanpa sedar :|

      Padam
  4. aku rasa pandangan kau betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa pandangan kau jelas

      Padam
    2. Aku rasa pandangan aku pulak rabun

      Padam
    3. aku rasa pandangan aku kelihatan double.....apakehalnyenih?

      Padam
    4. pandangan aku pulak rabun jauh...

      Padam
    5. aku rasa pandangan kau sejauh mata memandang.

      Padam
    6. Pandangan mata mu plain memukau meruntun jiwa noob pinky.

      Padam
    7. Jgn main2 sama plain nanti dia sumpah laptop@desktop@smartphn korang meletup.-plain slalu habaq camtu-

      Padam
    8. alangkah indah pandangan eh silap memandang plain83
      lol.

      Padam
    9. plain - pandangan mata selalu menipu :)

      Padam
    10. Tp bukan nak mengata atau apa lah, tapi kalau renung mata kak plain kita, aku terasa semacam je- agak menakutkan-

      Padam
    11. mata tidak menipu tetapi ilusi yang menipu..

      Padam
    12. dik panda, that's because i have rinnegan eyes ^^

      Padam
    13. Wow Rinnegan eye like Pein

      Padam
  5. Biasalah tu, bygkan yg dipuji atau dikritik tu adlah anak kita sendiri, pasti yg pujian sj diambil, tp kritikan tolak jauh2; satu dogma fitrah manusia yg mengikut perasaan; apabila diri benar atau betul pasti yg sebaliknya adlh salah; tiada kompromi. Samalah jg dgn nationalisme; bukan sayangkan negara tapi sebenarnya keangkuhan yg merasa diri sentiasa betul maka yg lain tak kena dgn negara adlh salah ; bukan syg kan negara tapi gagal dlm merendah diri utk menerima kenyataan; tak kira kenyataan atau tidak, yg penting tdk angkuh atau merendah diri mampu mengembalikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kita fikir mati kita tidak akan mati
      sebab bila kita mati semua ini poyo..
      tak bawak mati pun tubuh badan kita pun kita tinggal mereput dalam kubur..

      Padam
    2. Aku rasa, pandangan aku rabun sikit..

      Padam
    3. aku rasa aku nmpak panda

      Padam
    4. panda hewhew the hell ni dgn ahmad org sama ke?jarang aku lihat panda & ahmad bersama2 memberi komen.kalau sorg komen,sorg lg mesti hilang

      Padam
    5. hew hew hew hebrew........

      Padam
    6. Aku terpandang Ahmad bersama Panda
      his his his

      Padam
    7. Ahmad, nama saya markonah memerlukan sokongan moral ngko krn skrg dia tgh sedih..sila maju ke sana memberi komen.. Sos!

      Padam
    8. ekeke........nanti aku komen dia makin sedih........

      Padam
    9. jangan komen tapi hiburkan dia

      Padam
  6. Aku nak sekali tengok sebelum PRU, kerajaan ada puji pembangkang dan pembangkang ada puji kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. har har har

      Mana ada kerajaan vs pembakang..
      Dedua sebenarnye kerajaan mereka dapat elaun dari kerajaan..
      yang ada parti pemerintah dan parti kurang korum nak memerintah..

      Padam
    2. ingat ni betul2........dua2 kerajaan..........dua2 pembangkang...............terpulang ko nak tgok dri perspektif mana........

      Padam
    3. betul betul betul.. antara nak terima atau tidak sedar diri atau tidak lagi...

      Kerajaan Pusat, kerajaan pemerintah BN .. PR pembakang..
      Kerajaan P. Pinang, Kerajaan kelantan, kerajaan Selangor.. BN pembakang..

      Dua-dua kerajaan dedua pembakang tetapi semua makan gaji dari kerajaan malaysia. Bukan BN bukan PR yang bayar gaji/elaun mereka.

      Padam
  7. Sape suka kena kritik kena kutuk mereka musti defensif :)
    siap boleh gaduh hingga bertumbuk

    Aku lihat benda ni culture masyarakat bahkan nak tegur orang pun kena berkias.. dah penat menyindir/berkias tak paham jugak nak tegur direct/terus kata kurang ajar..


    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Salah UMNO-BN!

      Padam
    2. Ye2 tukaq kerajaan,

      Padam
    3. Aku terkasima! Bunda yg dah berumur 50 thn boleh berblog gtew..seriously amazing! Mak aku yg umur lbh kurang pun tak reti nak bukak komputer.

      Padam
    4. Bunda ni educated mungkin profesional
      bunda kamu kelulusan apa Mecha?

      Padam
  9. em..kena berlapang dadalh terima 2-2 pujian dengan kritikan ni nggak gitu mas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mas?? Mashitah??

      Padam
    2. silap section ni.nak tnya mas,sila ke laman web mas.

      Padam
    3. Berlapang dadah.. aiyoo yo..

      Padam
    4. berlapang tetek.......

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Orang cakap berita dalam Media Massa yang dikuasai BN ni kena baca terbalik.
    kalau orang malaysia ni orang terajin didunia terbalik jadi pemalas di dunia
    huh alah..

    BalasPadam
  12. noob,nak mintak pendapat ko sikit.aku aritu borak dengan sorang pakcik.tetibe dia masuk bab politik.dia cakap,"generasi muda zaman sekarang bodoh.bangkang itu ini.apa yg kerajaan bagi semua tak cukup.korang tu kecik lagi.apa yg korang tau.aku ni hidup dari zaman sebelum merdeka.UMNO lah yg membangunkan dan beri kemewahan pada rakyat kita.korang jgn ingt pandai sngt sebab blaja tinggi-tinggi.ko marah ke aku cakap cmni?"

    aku cakap "tak lah,saya tak minat politik"

    dia cakap "aku tkut ko ni geng pembangkang je.kang bila marah,kau pukul dan bakar kedai aku ni pulak.anak muda zaman sekarang ni perangai gila2".

    camtu ke org tua pandang generasi muda?.kita semua ni ibaratkan tak layak bersuara.kita ni tak sedar diri.tak bersyukur kat UMNO dan BN.padahal aku tgk org tua la yg lagi dahsyat taksub politiknye.kalau takde veteran2 ni yg leading,anak muda tak akan ikut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak gaduh pasai politil pasai apa? Buang masa sj,

      Padam
    2. pakcik tu takut pembangkang negeri selangor?

      Padam
    3. simple.....pakcik tu hidup zaman penjajahan....zaman tu umno berjaya jadi hero......jadi siapa yg lawan umno dianggap pembelot bangsa......tapi sekarang umno bnyak sewel.......anak muda pula terus dibuai kemewahan......perjuangan membela nasib bangsa dianggap ketinggalan zaman....

      Macha-ko x tau membaca ke? ada dia sebut kerajaan negeri selangor?

      Padam
    4. lol.. Cakap je kat dia "Pakcik dekat selangor, dekat pulau pinang dekat kelantan BN/UMNO ni pun tarafnya pembakang aje pakcik".



      Padam
    5. lol! aku rasa pakcik tu maksudkan kita perlu hargai pengorbanan umno memerdekakan malaya......x kisahlah umno kerajaan ke, pembangkang ke, jasa umno jangan dilupakan......

      Padam
    6. Aku rasa pakcik tu bukan kata lupakan, semua benda tu dah tercatat dalam sejarah tapi maksud pakcik tu suruh balas jasa BN dan UMNO walau rasuah ke korup ke bagi mereka peluang lagi dan lagi..

      Aku selalu jawab kat orang-orang macam ni sebab jasa UMNO/BN terdahulu la saya pilih PR. Supaya mereka kembali menjadi parti yang membela rakyat bukan membela kroni2 saja. Tengok sekarang bila mereka rasa terabai dan terancam mereka goyang Pakcik dapat BR1M dapat Dana1M dan macam-macam lagi.. 50 tahun dulu ada pakcik dapat?

      Padam
    7. JadilahRakyatYangBijak6 Februari 2013 pada 5:57 PTG

      Kalau ditakdirkan PR menang esok pun pastikan Pembakang atau BN juga kuat jadi rakyat akan sentiasa dibodek untuk mengundi mereka ;)

      jadi macam US sekejap republican kejap demokratik.. tak kucar kacir pun negara mereka.. gah aje tawan dan mendominasi negara lain..

      Padam
    8. anon 552, 50 thun dulu kita masih miskin.....kerajaan x boleh nak bagi apa2.....kerajaan pun x cukup mkan......skg kita dah kaya, dpatlah bantu rakyat yg susah......tpi x dinafikan kerajaan pun dah goyang skg ni.....sbab tu bgi mcam2 kat rakyat......

      Padam
  13. noob pun apa kurangnya.........aku kritik dia, terus dia delete komen aku.........noob cuma nak aku puji dia je......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko bukan kritik tapi maki dia lol..

      Padam
    2. Yg aku punya tak pyah delete2., terus masuk spam

      Padam
  14. hahahaha ... fakta

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.