Halaman

Sabtu, 23 Februari 2013

Siapa salah bila ditimpa bala bencana?

Beberapa hari lepas, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki akibat runtuh suatu ketika dahulu runtuh lagi, maka ramailah orang menyalahkan ia berlaku sebab pemerintahan kerajaan BN tiada lagi mendapat berkat dan petanda pemerintahan UMNO akan berakhir. Dua hari sebelum itu, berlaku banjir kilat di Puchong Selangor, maka bertempiklah orang kata ia balasan kepada kerajaan PR kerana banyak rumah urut di Selangor dan petanda pemerintahan kerajaan negeri PR akan tenggelam.


Yang paling dahsyat, ada segelintir penyokong politik mereka yang masing2 claim bala dan bencana yang menimpa adalah disebabkan balasan Tuhan terhadap parti lawan terhadap apa yang mereka buat selama ini.
Amalan ini dah lama sebenarnya berlaku di kalangan politicalfags, bila ada saja kejadian terutama bencana alam, pasti mereka akan kata itu balasan dari Allah dan Allah nak tunjukkan kepada semua siapa yang di jalan yang benar.


Minggu lepas meteor jatuh di Russia. Andai tahi bintang ini jatuh di Pahang, pasti akan ada kata ini adalah bala untuk kerajaan BN kerana banyak maksiat berlaku di Genting. Kalau jatuh di Pulau Pinang pula, pasti ada mulut yang berkata ini adalah bala untuk kerajaan DAP kerana nak guna kalimah Allah oleh orang bukan Islam.



Pelik, sejak bila diorang ni jadi Tuhan, boleh pula tahu bala tu turun sebab apa? Bala dan bencana alam yang berlaku kepada umat manusia yang benar2 diketahui punca dan sebabnya hanyalah bala yang berlaku pada umat zaman terdahulu yang dinyatakan sendiri oleh Allah melalui wahyu kepada para Nabi dan Rasul, seperti bencana yang melanda kaum Nabi Luth a.s disebabkan hubungan seks sesama jenis (homoseks) yang berleluasa serta bala banjir besar yang melanda kaum Nabi Nuh a.s disebabkan keingkaran dan kesesatan mereka.

Selain dari yang dinyatakan dalam Al-Quran, jangan sapa2 pandai2 amik kesempatan dan claim bencana yang didatangkan kepada pihak lawan adalah kerana Tuhan tidak menyebelahi mereka dan berada di pihak kita. Ya mungkin bencana yang berlaku disebabkan balasan terhadap sesuatu, tapi kita bukan Tuhan, dan kita juga bukan Nabi yang mendapat wahyu dari Tuhan, so kita tak tahu yang sebenar2nya. Bencana boleh menimpa sesiapa sahaja, tak kira kau pangkah dacing, bulan, mata atau roket.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah untuk kita bersatu padu, bantu-membantu dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain, bukan untuk klaim yang Tuhan di pihak mereka.




tags: struktur bumbung stadium sultan mizan terengganu runtuh lagi masa pembinaan kali kedua cedera banjir air bah kilat puchong selangor depan ioi mall tenggelam kereta meteor meteorite jatuh tahi bintang russia russian kota chelyabinsk pecah kaca bangunan rosak ultrasound supersonic shockwave getaran gelombang supersonik gegaran bala bencana alam kemalangan kepentingan politik balasan kaum nabi luth homoseks lesbian hubungan seks sejenis nabi nuh ingkar sesat sembah berhala rekrut tuhan pihak parti salah siapa

37 ulasan:

  1. Salah umno, tukaq kerajaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kontraktor yg salah tu..tukar kontraktor je..

      Padam
  2. Gundam dn tf adlh binatang tak da teloq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meteor jatuh kita minta tolong robot,

      har har har

      Padam
    2. anon melayu fikrah bongsai,

      tf dan gundam adalah mecha bukannya haiwan.

      mohon belajar.

      kah kah kah

      Padam
  3. Ni semua salah aku. Adakah kau maafkn aku?

    BalasPadam
  4. Salah Harlem shake

    BalasPadam
  5. zaman sekarang, orang akan bercakap ikut sesuka hati dan mengikut perasaan tanpa berfikir dahulu apa yang dicakap kan tu. kadang kadang, orang akan judge ikut sesuka hati mereka tanpa usul periksa. dunia akhir zaman.

    BalasPadam
  6. ironiknya bala bencana dari tuhan tapi tak insaf dan percaya tuhan..

    BalasPadam
  7. yang benar stadium runtuh adalah balasan tuhan sebab kontraktor supply bahan murah.

    har har har

    BalasPadam
  8. noob, ada bencana akibat dari tangan manusia yang boleh manusia elak jika dicegah lebih awal. contoh bencana nadir bumi di bukit merah dulu atau banjir di kl yang selalu terjadi akibat perancangan bandar yang tidak sistematik. atau stadium gong badak yang runtuh selepas 2tahun dibina. benda kat atas ni memang manusia perlu bertanggungjawab.

    ada bencana memang kehendak allah yang manusia tak boleh elak benda tu berlaku seperti meteor tahi bintang tu semua.


    BalasPadam
  9. A : aku malas nak layan politik2 ni serabut kepala. BN ngan PR sama ja.
    B : mana bole macam tu, wajib mengambil tahu hal2 politik. kita yang menentukan siapa pemimpin kita. nanti kat akhirat kena tanya. Kita kena pilih yang mana terbaik.
    A : ok la kalau macam tu aku pilih BN.
    B : BN? cuma yang dangkal, bodoh, sekolah tak habis, balaci, pencacai je sokong BN.
    A : ok ok ok.. kalau macam tu aku pilih PR lah.
    B : macam ni la, anak muda memang dah sedar yang BN tu tak bole pakai. cuma PR sahaja yang jujur dan memperjuang islam. anak muda generasi baru menentang pemerintah BN yang kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.
    A : lantak kau la babi.. aku layankan je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Please have a sat dear

      Padam
    2. hahahaha....ayat "A" yg last tu i loike......nk je aku ckp mcm tuh depan2...tp stakat nih...dlm ati jew termampu...hahahaha

      Padam
  10. kalau kat luar negara jika bangunan runtuh kontraktor atau engineer akan dan semua yang bertangungjawab diseret ke mahkamah segala aspek kelemahan dan kecuaian manusia disiasat..

    Kat Malaysia ni macam takda tindakan lagi stadium ni mungkin esok sultan, pm atau menteri besar buat perasmian atau datang stadium runtuh hempap baru nak sedar kot..

    BalasPadam
  11. politicalfags FTW!!....eh salah, bukan 'FTW' tapi 'FTM'(Fuck The Malaysia)

    BalasPadam
  12. Noob,mohon kupasan mengenai manifesto pilihan raya.

    BalasPadam
  13. semua bnda nak dipolitikkan....typical malaysian. kalau pening kepala...salahkn kerajaan bg pekerjaan yg gaji kecil tp penat kerja pagi ke petang.

    sy lg suka semua benda yg berlaku berkaitan dgn keagamaan..contoh..kalau banjir menandakan semua ni ujian tuhan...kene byk ibadah n buat amal kebajikan supaya x ditimpa musibah lg...ni x.semua benda politik. masuk tandas byr 50sen salah bn.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia kena berusaha kalau dah belanja mahal tapi buat rumah cikai takda kualiti nak salahkan sapa?

      banyak bangunan dahulu zaman british masih tegap lagi ini stadium yang dibina cuma berapa tahun sudah jatuh tersungkur? nampaknya kita makin mundur lagi..

      Mungkinkah kita tak cukup membaca doa semasa stadium ini dibina..


      Padam
    2. memang pun salah BN sebab yang selalu dpt tender jaga tandas tu adalah orang BN (UMNO, MCA, MIC)

      Padam
  14. RM 500 cukup untuk 1 tahun.yeahhh!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak reti nak bersyukur.. tau nak tentang je.. cuba ko tentang bagaimana nak elakkan subsidi minyak jatuh ke tangan warga asing.. aku tengok selamba je warga indon, bangla, myanmar, negro & vietnam beli petrol kat stesen denga harga subsidi!

      Padam
    2. apa yang tak bersyukur pulak ni?takde ayat dia kutuk najib/BN pun.rilek r.emo la pencacai ni.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.