Kos nak bawak penyanyi tarian kuda Gangnam Style ni dikatakan mencecah RM2 juta, based on info bulan 10 tahun lepas kat Murai ni, itu pun hanya untuk sebuah lagu Oppa Gangnam Style sahaja. Mengikut Malaysiakini pula, untuk event CNY ini kos untuk bawak Psy tu dikatakan lebih RM1 juta. Dan rata2 ramai yang tak puas hati kerana dikatakan membazir duit kerajaan kerana dibuat di bawah tiket BN.
Bagi aku, biarlah diorang nak bawak Psy pun. Diorang bayarlah berapa juta pun, pendapatan negara kita masih banyak lagi, masih lagi boleh bagi BR1M, bagi rebat smartphone, bagi bantuan macam2 kepada golongan miskin, buat program macam2 untuk rakyat. Yang kerja kat kerajaan tu, Bank Negara, ramai pakar2 ekonomi kita dah fikir pasal ekonomi kita, tahulah diorang camna nak urus kewangan negara.
Diorang tahu la macam mana nak belanjakan duit negara, ke mana nak labur, yang korang ni pulak sibuk lebih2 macam lah korang tu pakar ekonomi. Taulah diorang nak urus macam mana, takkan la diorang bodoh sangat sampai nak buat negara sampai bankrap. Setakat belanja RM1 2 juta tu apa masalahnya? Bukannya ada rakyat yang miskin sangat sampai langsung tak dapat nak makan nasi? Cuba bandingkan dengan negara2 Afrika, Zimbabwe, Nigeria, baru korang tahu betapa untungnya duduk kat Malaysia ni.
Lagi satu, yang bayar Psy nanti bukan pakai duit kerajaan pun, mestilah ada dapat tajaan dari syarikat2 swasta, tak caya baca kat Malaysian Insider ni. Yelah takkan la kerajaan bodoh sangat nak guna duit hasil cukai rakyat tu untuk bayar kat Psy tu. Tapi kalau guna duit kerajaan pun aku rasa tak salah, sebab rakyat juga ada hak untuk berhibur, dan Psy datang tu untuk rakyat juga. Peminat Psy dan K-Pop juga bayar cukai, apa salahnya kadangkala kerajaan bawa artis2 K-Pop datang Malaysia demi peminat2 K-Poop yang juga merupakan rakyat Malaysia dan pengundi. Macamlah kerajaan BN tak pernah buat program2 yang baik sebelum ini.
Lagipun Psy kan bangsa Cina juga, apa salahnya dia datang ke program Tahun Baru Cina untuk hiburkan orang2 Cina, takkan nak panggil Anuar Zain atau Awie kot. Lagipun cuba cakap artis mana yang boleh celen jumlah views video Gangnam Style kat Youtube? Jangan kata Yuna atau Najwa Latif, Justin Bieber pun kalah. Korang patut berbangga ada seorang lagenda dan pemuzik sejati atau true musician sudi nak datang Malaysia walaupun dibayar. Kalau ikutkan jadual programnya yang sangat ketat, jangan harap la dia dapat nak datang sini. Baik dia sambut Tahun Baru Cina kat negara dia saja.
Korang tahu tak kedatangan Psy ni akan menggalakkan pelancong asing datang ke Malaysia, seterusnya meningkatkan kadar pelaburan asing ke negara kita. Hadirnya Psy ke negara kita bermakna negara kita adalah negara yang amat aman sekali dan sangat sesuai untuk negara luar melabur, sekaligus secara tidak langsung telah memperkenal dan mempromosikan Malaysia ke serata dunia. Dengan jasa dan kejayaan Psy ini memang layaklah beliau untuk dianugerah dan diiktiraf dengan gelaran Dato' menjadikan beliau Dato' Psy sebagaimana Dato' Shah Rukh Khan.
Dan korang ni pun tak habis2 nak kondem Najib. Biarlah dia hadir sambutan tu nak tengok Psy pun, korang susah ke? Ada rakyat kita yang makan pasir ke? Negara jatuh bangkrup ke? Dia dah fikir la semua benda2 tu, korang bukan PM, dia PM, dia tahulah benda apa yang perlu dibuat dan benda apa yang tak perlu dibuat. Disekelilingnya pun ramai pakar2 dan penasihat2 yang bukan calang2 orang, kerkelulusan tinggi belajar kat oversea, tahulah mereka apa nak buat. Korang duduk diam2 buat kerja korang sudah. Jangan nanti bila time susah, kerajaan jugak korang cari nak mintak bantuan.
Kalau korang masih lagi tak puas hati dengan kerajaan BN, sila keluar dari Malaysia balik Indon ke, China ke, India ke, Bangladesh ke, mana2 yang korang suka, atau tukar warganegara dari melayu ke cina. Jangan ingat korang je ada masalah, haiwan juga ada masalah.
Ikhlas dari,
Seorang pencacai.
Ya... aku cuba letakkan diri dalam kasut seorang pencacai politik.
tags: psy gangnam style datang sambutan tahun baru cina chinese new year penang bn open house perform rumah terbuka pulau pinang kos bawa acara najib jangka lebih rm1 juta bayaran kpop k-pop hari belia snsd wonder girls 24:7 malaysia viral hit video youtube tarian kuda horse dance pencacai politik bn pr awie wings buka kelab malam disko rezeki sara anak isteri ipoh tajaan syarikat swasta private firm
oppa oppa oppa..
BalasPadamyam cha!
har har har
Pencacai UMNO-BN ialah kafir!
Padamgangnam boleh merosakkan akidah. dan boleh jatuh kafir
PadamFB PSY penuh dengan orang 1malaysia. :D
Padambagoes la kalau benar private firm yang sponsor. (boleh skip tax)
BalasPadammohon dato najib berwasatiyah masa joget kuda nanti.
yam cha!
mohon berwasatiyah juga dalam mengumpul berhala.......
Padamkak Mah pun akan joget kuda...yeeehhhaa!!
PadamBiarla. PM duk buat kerja tu. Nanti kata makan gaji buta pula.
BalasPadammeraih undi adalah sebahagian dari kerja pm.........klau org x undi, mcam mna nak jadi pm?
Padamtak payah undi pun dia menang jugak.indon,bangla,filipine,vietnam,thailand..akan undi dia.
PadamTanpa Nama 4 Februari 2013 2:56 PTG, ada bukti ke? RCI tak habis lagi, beb.
PadamTak, apasal paha2 kpop pompuan besak semacam?
BalasPadamplastik la tu....
PadamTu dari perpekstif pemikiran pencacai. pendapat ko mcm mna plak noob?
BalasPadamini pendapat peribadi aku:
BalasPadamPSY datang untuk sambut CNY dengan penangites=clear no problem (since JAKIM pun belum ulas haram atau halal)
PSY datang di bayar guna duit siapa? ini belum clear.
kalau fund from tax payer=ini masalah besar. bukan semua rakyat malaysia nak berhibur joget kuda. sudahlah hutang negara makin naik sampai cecah RM502 billion. adalah tak bijak nak bayar juta juta semata mata untuk berhibur satu hari.
tapi Ketua Pemuda BN Tong Keong kata event di dapat sponsor, so takda masalah lah.
sila enjoy joget kuda.
klau kau nak cerita pasal halal haram, kau tengok dulu diri kau sendiri....berhala yg kau kumpul, berjuta2 duit mak bapak kau hnya untuk membeli berhala? bukannya untuk diderma kepada fakir miskin.......adakah menyembah berhala itu halal? memilikinya saja sudah sah haram......
Padamadakah ahmed penulis blog keretamayat?
Padamhar har har
Hah! kenapa x jawab yang ahmad tanya? kenapa tukar topik? siap ketawa lagi har har har sebab tak tahu nak jawab..
Padamalahai..sorang lagi secret hater.
Padamjawapan apa yang korang nak?
aku simpan berhala?
aku tak derma pada miskin?
har har har
pedas x cili..
Padamjoget kuda itu siok ooo
PadamHar3
PadamKo ni kerajaan berjaya kutip income tax 100 Billion weh.. setakat utang 500 billion tu 5 tahun je dah settle lar.
Padamtu kerajaan bagi BR1M la bagi lesen 1malaysia la bagi 1malaysia banyak2..
Hanya Kerajaan BN yang cekap mengurus duit ni.. tu ramai nak join BN sebab boleh kaya raya walau banyak berlaku pembaziran banyak kontrak berganda2 mahal dari sepatutnya Malaysia tetap negara yang kaya..
Sila-sila ambil borang umno borang bn mari mari..
lu ni ahmad,beragak la.org kumpul model figure,ko angkat isu kata kumpul berhala.tu hal kecik je,hobi dia.yg isu beratnye ko tu.kejap nasihat agama,kejap mencarut lucah segala bagai.dia kumpul2 figure tu semua,ada nilai pasaran kalau jual pada masa akan dtg.ko pulak ada pe?dosa ko je yg bertimbun.dosa tak boleh jual kat org pastu org bayar duit bro.mecha,ko jgn keliru pulak.ahmad tu personaliti pun boleh bertukar-tukar,apetah lagi nama yg digunakan.
PadamTak penting sgt hutang tu, mana negara pun akan ada utang walau sesen sekalipun. Sbb tu ada pasaran utang-bond yg amat menguntungkan.USA blh jd neg maju sbb utg. So kalau kita nak jd neg maju pun kena byk utg. nak beli keta rumah kan smua utang, so apadahal.
PadamAnon. Jan main2 sama ahmad, aku yakin suatu hr nanti dia akan menjadi sorg yg hebat baik dr sg sahsiah dn kerjaya..skrg kita layan sj karenahnya..
Padamya,aku sentiasa yakin dengan ahmad.aku yakin dia bakal jadi pemimpin bahkan menjadi ulama tersohor di rantau asia ni.dengan ciri-ciri anak soleh,menjaga pertuturan dan bahasanya,kemantapan personaliti serta pelbagai kelebihan yang ditonjolkan..inilah belia harapan negara.time tu ustaz azhar idrus pun tunduk hormat bila jumpa ahmad.
PadamEh lebih2, plk ko ni, hari ni hari sarcasm sedunia ke?
PadamMecha
PadamJangan la peleceh Najib.. Dia malas nak berdebat dengan Anwar pasal bajet 2013 sebab dia tak mahu buang masa.. Sebagai menteri kewangan yang hebat dia amat berkeyakinan pendapatan negara kasar diunjur naik hampir RM1.7 trilion pada 2020. :)
Jadi hutang Negara RM 500 Billion termasuk bunga dah tentu mudah je nak bayar.
Buat mereka yang kata mungkin fitnah.. kalau nak fakta sila rujuk
http://www.economist.com/content/global_debt_clock
Hutang Malaysia USD $173,436,065,574
Nak detail boleh rujuk Bank Negara Malaysia - Economic and Financial Data for Malaysia Last updated: 31 Jan 2013
Semak bahagian Debt (Hutang)
Rajin-rajin membaca dan menganalisa jangan biarkan diri dan tanahair anda tergadai.
kalau ikut unjuran tu, sepatutnya hutang negara makin kurang. tapi sejak dato najib ambil alih pemerintahan dari tun dollah badawi, kenapa hutang makin naik pula?. kata senang senang jer bole lum sum bayar 500billion tu. atau 2020 baru boleh bayar?
Padaminb4 betul ker najib tak mau buang masa berdebat? bukan sebab debat bukan budaya 1malaysia?
har har har
Simple graph.
PadamBukan saja pendapatan kalau ikut unjuran graf tersebut hutang negara juga boleh diunjur naik mencecah trillian lol.
Ini kalau berterusan defisit dan berhutang itu belum campur bunga lagi.
membazir.=.='
BalasPadamxpala..........duit dorang jugak..........kita pun selalu jugak membazir.........bukan kerajaan je......
PadamTetibe aku rasa nak sokong ahmad...
PadamBetul ahmad bior diaorang menjawab kat akhirat kelak :)
PadamKita pun akan kena jawab kelak sebab biarkan diaorang membazir sekua hati mereka..
jadi sama-sama la kita bersedia yea..
sebelum kena soal mari kita bergangnam.. Yahooo
ya,pencuri mencuri..ala,buat ape nak marah,kita pun penah mencuri.anak tgk porn,ala..watpe nak marah..dulu mse muda2 pun tgk porn jugak.org tak solat,ala..wat pe nak marah..kita pun de tinggal solat jugak.org membazir,ala..tak payah tegur..kita pun membazir jugak.pendek kata,tak payah la tegur2 ni semua,sebab kita pun ada buat salah.marilah kita sama-sama hanyut dan wat hal masing2.kubur kan asing2.duduk sorang2 dalam kubur.malaikat bukan tnye pun kita penah ke tak cuba nasihatkan org atau betulkan bila org buat salah.malaikat tnye sekolah kat mne,pengalaman kerja,makanan kegemaran..soalan2 cmtu je.
PadamKalau fikir orang berjimat cermat yang alim dan tawaduk je boleh tegur rasanya kita semua ni membazir dan banyak buat dosa. :( tak layak menegur.
PadamSape agaknye boleh menegur pembaziran kerajaan yea?
hanya penasihat PM jer boleh tegur PM.
Padamhar har har
Kalau betul dia guna cukai yang aku bayar, memang sumpah seranah la.. biar dia mati pucuk. (apa kaitan?)
BalasPadamHaish~~~ tetap rasa nak mengeluh kena bayar cukai
dulu masa kecik, kita bnyak habiskan duit makbapak kita.......adakah kita dah bayar balik????
Padamya,kami bayar.aku keje bulan2 bagi duit kat mak bapak aku.dapat bonus aku bagi lebih.aku tau kau tak bagi kat mak bapak kau sebab mak bapak kau dah bercerai dan kau memang benci giler kat parent ko.jgn samakan kami dengan ko.ko alien.
Padam"tahulah diorang camna nak urus kewangan negara","Taulah diorang nak urus macam mana","tahulah mereka apa nak buat".
BalasPadamsemua 'mereka' yg tahu,dia tak tahu apa-apa..sedar-sedar "baru korang tahu betapa untungnya duduk kat Malaysia ni"..apa yg kita kena buat "Korang duduk diam2 buat kerja korang sudah".
kalau jadi PM nanti..cakap macam ni je: Tahulah saya apa nak buat,anda semua buat keje masing-masing.saya tak bodoh,tau la apa yg nak dibuat.
hari raya nanti kita jemput maher zen plak..........
BalasPadampsy bangsa cina? korea dengan cina tuh serumpun ke? i dun think so
BalasPadampsy tu korean. noob try to be sarcasm?
Padameh ada lagi yg x paham sarcasm dalam post ni?
Padamnewcomer la tu, kasi chance sama dia la... hahah
Padamchina - korea - japan... kan jiran tetangga je tu, korea terkapit kat tgh2.....
Padam- cikgu geography zeera
Dasar pandang ke Korea :)
Padamcorrection... noob is trying to be sarcastic, not 'try to be sarcasm'...
Padamsarcasm = noun
sarcastic = adjective
standard la tu gaya bahasa budak master UM...'try to be sarcasm'......
Padamhar har har
Apa sy dengar dr officemate sy berbangsa cina:
BalasPadam"Tahun ni CNY banyak best kat penang. Itu PSY mau dtg M'sia...banyak pandai oh itu Ah Jip Gor mau tarik pengundi cina. Kita apa kisah..org kasi kita ambik saja. Tq sbb Ah Jip Gor byr PSY kasi mari M'sia...tp masa GE13 mesti pangkah DAP gak. Mana untung kita ambil, pangkah lain cerita"
Renung2kn....
main pointnya Ah Jib Gor nak raih undi chinese menggunakan PSY?
Padamsame goes to kelantan... klo tnye jwb undi dacing.. dapat la dlm seratus.. even yg org2 kg pakai baju n topi dacing.. still time mengundi pangkah bulan..
Padamyup, apa yang aku lihat undi orang melayu kelantan lebih mahal berbanding melayu negeri lain seperti johor dan melaka.
Padammasa belajar dulu, ada kawan kawan dapat rm250 sorang dan siap bas untuk balik ke kelantan semata-mata untuk undi BN.
dan antara undi melayu dan cina pula, undi cina lebih mahal. dorang request macam macam time dekat pru. biasanya melalui pibg sekolah cina Dong Zong.
orang melayu request apa dari kerajaan? orang melayu tak request apa-apa. so, nilai undi tak tinggi sangat.
Cina sgt pandi dlm business...dlm mangampu power tul, x kisah la nak ampu melayu atau india. Janji masuk duit, semua leh kaw tim. Kalau tgk rmi cina dlm majlis rasmi Ah Jib Goh, boleh kata hmpir semua sbb nak mkn free, hadiah free, ang pow free...tp time PRU semua pangkat roket sbb yg roket yg betul2 jaga kebajikan org cina sbnrnya utk masa skrg ni.
PadamPErsonally, 90-95% pengundi cina pangkat PR this PRU13. Jgn tertipu dlm bilangan mereka dlm acara rasmi BN.
pangkat --> pangkah. Sorry for the error
Padam
PadamOrang melayu setia macam hang tuah walau kena isap darah dan kena bunuh pun tetap sokong pemimpin tak kira la walau pemimpin tu bukan melayu.
Hidup hang tuah..
Ada orang panggil saya ke?
Padam@ayam afrika~ tuhan mereka duit ma~ dewa(tuhan bagi mereka) pun HANYA disembah jika dipercayai & terbukti membawa TUAH & WANG BESAR masuk~
Padamhang tuah juga sanggup bunuh kawan sendiri kerana menjilati Sultan & dikenang sebagai hero melalui media sastera tajaan istana~
maafkan aku hang tuah, tapi memang aku tak suka kat hang~
aku baca malay mail pagi ni:-
BalasPadam.."but going on psy's ability to get world leaders to do the silly horse dance, it is expected that the first couple (najib & bini) would be sporting enough to do the jig."
plus, persembahan dia to be expected only around 30 mins and "minus one", means pre recorded
oh yes, our beloved PM will joget kuda.
PadamMillions riongit for minus one hmm that cheating.
Padambetter invite k-pop.
yeah!common najib.joget!joget!..yeahhhhh..pemimpin islam yg terbaik adalah yg rajin berjoget.
Padamk poop...nice noob
BalasPadamsepatutnya, psy tak dijemput. Sepatutnya Nik Aziz dijemput majlis CNY ni untuk menarik lebih ramai chinese masuk Islam..
BalasPadamironinya~ masih ramai cina di kelantan sembah buddha & tiada beragama~
Padam(^_^)v
hidayah bukan kerja kita kerja kita berdakwah.
Padamdema syok makan babi, minum arak & pakai seksi, awak pun tumpang syok sebab mereka seksi tapi mereka tak perasan~ (>_<)
Padamrata2 educated chinese yang saya jumpa katanya Islam memang agama yang bagus, cumanya part kena potong, makan babi, minum & pakaian tu yang dema tak berkenan~ panasss.......
I love PM!
BalasPadamI love my right hand
PadamSalah UMNO-BN kafir laknatullah.. jemputlah Ustaz Azhar Idrus!!
BalasPadamsarcasm in this post is damn too high
BalasPadamkah kah kah.
BalasPadambg aku senang, anjuran BN, pakai duit BN. kalau program anjuran kerajaan baru pakai duit kerajaan (duit taxpayer).
Tapi adakah yang berlaku camtu?
PadamCamna nak tau perbezaannya, kat banner?
Kena percaya sebab BN yang buat.
Padamrukun negara ni kesetiaan kepada raja dan negara
lol.
eh,salah rukun negara tu.sepatutnya kesetiaan kepada BN dan rosmah.kami sayang rosmahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhaktuih.
PadamOOooo ini yang dihebahkan dalam media ni.
BalasPadamSepanjang aku baca blog ni rasanya ni yang paling tinggi tahap sarcasmnye. Ingtkan NOOB dh kaw2 punya supporter BN.
BalasPadamnood dengan obe same je perangai.sarcasm tahap dewa.
PadamSaya cadangkan kita bagi Dato kat Psy kemudian minta la diskaun. Win win situation ma.
BalasPadamSelain itu kita boleh promotekan "Dato" macam "Duke" of england ke peringkat antarabangsa ini kerana pemberian "Dato" kepada Shahrukh Khan nampaknya tidak berkesan sangat.
Psy ni artist yang sangat talented dan sangat bertuah. Mana ada artis di Asia yang boleh bergangnam dengan artis antarabangsa seperti madonna bahkan bersama dengan Presiden Amerika Barrack Obama.
mungkin kita juga patut undi PSY untuk jadi PM pada pilihanraya yg bakal tiba ni.bolehkan kita menari lagu negaraku sambil bergangnam
PadamAla kalau nak fikir membazir.. nak bagi BR1M pun buat majlis besar2 siap ada makan2 sewa khemah tu semua duit sape? Tak membazir ke? Kenapa tak bank in saje atau pangil diaorang datang lhdn kutip duit/vaucher?
BalasPadamKita memang diajar membazir.. lepas tu suruh berjimat cermat pulak bila gula naik.. tepung naik itu ini naik.. alahai..
Yang kau orang sibuk bising ni kenapa. Itukan sambutan tahun baru cina. Biarlah dia org nak berjoget kuda ke, joget unta ke. Bukannya ada kaitan dgn kita org Melayu. Selama ni pun kita semua memang suka membazir. Buang masa baca komen komen kau org kat sini pun pembaziran juga (eh aku pun sama). Kan lagi berfaedah kalau kita banyakkan berzikir dari mengadap komputer atau tablet.
BalasPadam1k+
Padamlawak la jugak.admin post entry,siap beserta ruangan komen.bila pengunjung komen,dianggap sibuk bising.abis tu nak komen benda takde kaitan dengan entry?
Padamberzikir memang bagus diperbanyakkan.tapi takdelah sampai buat semua benda lain jadi buang masa dan harus dimanfaatkan dengan zikir.time selepas solat,zikir..time lepas study,zikir.sebelum tido,zikir.nak buat aktiviti lain pun buat la,zikir diselit-selitkan.
bukannya time lepas solat tak zikir,sblum tido tak zikir,dok saje2 pun tak zikir..tiba-tiba time layari internet,mse tu la nak sibuk cakap membazir masa dan lagi bagus berzikir.choiii!
Alhamdullilah bila ingat sesia masih ingat nak zikir :)
PadamTak membazir lah mungkin mereka yang akan bergangnam masih ingat nak berzikir.. eh tapi ini sambutan CNY. lol..
hahahaha sarcasm level 999999999999
BalasPadamRugi woo tak bergangnam bukan senang nak jumpa PSY..
BalasPadamPatut berterima kasih dengan PM Najib Razak..
Rakyat deman K-POP jemput artis K-POP
Rakyat deman gangnam dia jemput PSY..
PM yang benar-benar memahami naluri kegersangan rakyat susah mau carik..
Terima kasih kerajaan UMNO/BN kerana membazir dan memperbodohkan manusia. Semoga Allah menjatuhkan kerajaan zalim dan bodoh ini.
BalasPadamaik lynn marah beno nampak?butthurt ke kehkehkeh
Padamuih!,first time tgk cik lynn marah gini.
Padamtak baik korang..support la ckit. yakini bee end.(sambil berdoa)
PadamAmin
PadamSabar2..ni mesti ahmad slalu kacau kan?
PadamUp abg noob.
First time baca tulisan cik lin tgh mrh. biasa cik lin punya komen lembut jer.
PadamSabar3
BalasPadamnegatif je yang difikirnya..cuba positif sikit
BalasPadamhaha apa2 pun Oppa Mah Mah Sytle !!
BalasPadamyang membangkang akan membangkang .. yang menyokong akan menyokong .. yang berkecuali akan berkecuali ..
BalasPadamdan yg memerhati akan terus memerhati....
Padamsambil menunggu tahi abis keluar
Padamko cuba jd sarcasm tp xjadi,, well, at least try jgk kn,,
BalasPadampembetulan... cuba jadi 'sarcastic', bukan cuba jadi 'sarcasm'...
Padamsarcasm = noun
sarcastic = adjective