Halaman

Khamis, 21 Mac 2013

Apabila seksi itu suatu hak

Seksi itu hak saya - Rozita Che Wan.

KECANTIKAN dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.

Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.

Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.

Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.

"Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.

"Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam.

Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.

Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.

"Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula," katanya.

Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.

"Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya.

Sumber Sinar Harian.

Bila bercakap pasal hak, ramai yang terlupa udara yang kita hirup, air yang kita minum, makanan yang kita telan, mata yang kita guna untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk merasa dan bercakap, hidung untuk menghidu dan bernafas, anggota badan serta seluruh tubuh badan kita, malah apa jua kenikmatan yang kita miliki bukanlah hak kita semata2, ia hanyalah sekadar pinjaman yang dikurniakan kepada kita oleh yang Maha Esa.




tags: rozita che wan rcw seksi sexy itu hak saya zain saidin kahwin tunang che ta bila bercakap pasal mengenani tentang hak manusia sering selalu lupa

65 ulasan:

  1. Balasan
    1. durian burung

      Padam
    2. Noob Kote Bengkok

      -Ahmad-

      Padam
    3. Nama Album “SEPULUH EMPAT
      Lagu-lagu dlm album:
      1. Sepuluh Empat
      2. Guntin Bemata Dua
      3. Tiga Taun Nganti
      4. Sulu Nyau Berubah
      5. Bisi Ati
      6. Terubah Enggau Penudi
      7. Nuan Tetap Bedendam
      Tidak lama lagi album itu akan menemui para peminat
      di pasar
      Seluruh Malaysia. Mohon beri sokongan ke atas
      Industri Musik Iban.
      TQ

      Padam
  2. salam bro^^ apa yg bro huraikan tu benar belaka..


    -mamat84, kb bru9-

    BalasPadam
  3. moga dia insaf,, tak tahan dengan alasan sebegitu,, memang berani giler,,,

    BalasPadam
  4. Tak tau nak cakap macam mana yang sepatutnya. Bab seksi ni bukanlah tertumpu pada rozita seorang. Pendek kata, seksi yang ditonjolkan lebih kepada nak menarik perhatian. Bila di tegur, masing-masing pertahankan mereka tidak hipokrit pada diri sendiri.

    Islam menggariskan panduan menutup aurat pada semua orang demi kemaslahatan manusia sendiri. Pada yang tak sudi nak mengikut apa yang di wajibkan ke atas anda, percayalah suatu masa nanti akan tersedar betapa bodohnya diri... Betapa selama ini nilai diri di rendah-rendahkan oleh diri sendiri...


    Nak ke diri di nilai berdasarkan nafsu orang2 sekelilng?
    Lama mana sangat seksi dan segalanya bertahan?
    Tak lama kerepot juga...


    Ruginya manusia berkasih sayang semata-mata kecantikan luaran yang tak kekal...
    Hinanya diri bila menjadi tatapan umum lelaki2 yang bermata keranjang sehingga menimbulkan angan-angan kotor... Ugh!




    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ni pernah jejak tanah suci Mekah kita ni ntah bila..

      Jadi terpulang la kalau dia kata Hak dia nak masuk neraka ke syurga
      Kita hanya menyampaikan apa yang dipesan oleh Nabi dan Rasul..

      Tanpa sedar ramai orang mungkin termasuk kita sebenarnye tengelam dalam gelora nafsu dan keinginan hati sendiri hinga menengelamkan keimanan kita ke dasar yang paling dalam..

      Padam
    2. Akhir zaman, yang pakai tudung dan baju labuh pun byk fitnahnya (dah difashionkan labuh-labuh ni). apatah lagi seperti diatas.

      Padam
    3. Betul tu lynn, fitnah akhir zaman dah tak mengira macam mana keadaan seseorang... Sebab tu perlunya mempraktikkan agama islam untuk keseluruhan hidup.

      Maka, mujadahlah melakukan kebaikan.
      Kalau banyak yang tak tau, sama-sama lah belajar...
      Selagi nyawa di kandung badan, kita tak pernah terlambat untuk belajar..


      Allah takkan sia-siakan hamba-hamba yang cuba melakukan sesuatu demi mendapat redhaNya... Malah Dialah Maha Penolong di atas setiap usaha yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu kebaikan.

      Padam
  5. Itulah pandangan Ustaz Noob. Oh ya sblom nak ngata org lain, tukar gambar Patrick ko tu Noob oi. Nmpk pusat. Seksi jugak tu. Harom!

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa jneis manusia ko ni dgn tapak kaki sulaiman pun ada nafsu.

      Padam
    2. Tak perlu nak gelar orang dengan sarcastic bagai...hak seksi hak dia...hak berdakwah pulak hak sesama manusia.....jangan jadik panglima hak tuihh~

      Padam
    3. tapak seleman tu binatang.......

      Padam
    4. tapak sulaiman itu starfish......

      Padam
    5. Tanpa Nama21 Mac 2013 8:08 PG
      apa jneis manusia ko ni dgn tapak kaki sulaiman pun ada nafsu.

      hahahah... komen x ble blah

      Padam
  6. Kesian pd segelintir manusia zaman skrg..lupa pd hak Pencipta..lupa segala2 yg ada pd diri sendiri itu bkn hak mutlak..lp b'syukur dgn kurniaanNya..masing2 sibuk nk m'pertahankn sesuatu yg hnya pinjaman..isk..isk..isk..betapa manusia itu x b'syukur & x tahu malu..

    BalasPadam
  7. actress...cenggitu la...pakai tudung nanti kne pegang watak nenek2 or macik2 kat kg pulak...lol

    BalasPadam
  8. Lagi sorang tu, era fazira...asik2 pakai skirt pendek tayang lutut ngan betis kat satu rancangan tv tu...isk isk isk, ingat artis k-pop ke? tau la korang tu lawa tapi korang sebenarnya x de hak nak tayang2 aurat korang tu makcik2 wey....

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa pakat ikut trend bajet k-pop skang neh...

      Padam
    2. nak pilih-pilih jubah dan blaus pun kena teliti betul-betul. Ia mungkin longgar, tapi kainnya jenis melekat dekat badan atau tidak, bila kena matahari jadi jarang atau tidak, warna dan coraknya terlalu mengancam atau tidak. Ini adalah quality check. Apa guna pakai tudung dan baju labuh, tapi akhirnya menangkap mata-mata yg memandangkan.. :)

      plain..sekali-sekala terminat gak tgk cite kpop. :P

      Padam
    3. Tanak kain melekat kat badan gi pakai kotak peti ais tebuk lubang (untuk mata) la mek oi, ada berani set trend fesyen kotak?

      ha ha ha

      Padam
    4. Bukan tak teringin pakai comel-comel fashionista hijabnista segala ista-ista tu, tapi bila kembali pada tujuan pakaian : pelihara diri dan pelihara org yg memandang; keinginan ditepis jauh-jauh. Asalkan sejuk mata cukuplah.;)

      Padam
    5. dek non 5:42ptg

      uih kotak peti ais ko nak try pakai? sila2 aku nak tengok... boleh lawan sponge bob tu hahaha...

      Padam
  9. Balasan
    1. ini semua salah Nur Misaisari!!

      Padam
  10. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. hmm tak tau plak moro islamic liberation front ada buat file porn porn corn

      Padam
    3. tak kelakar...tektik kaver yang teramat lame-arse...

      Padam
  11. Semuanya sebenarnya amanah.. kita takda hak pun. Segala nikmat yang ada diberi kita merasa ni pun dengan izinNya jua.. esok ditarik nikmat ni semua sebab salah guna baru tau.. gunakan la amanah yang diberikan didunia untuk keuntungan di akhirat kelak..

    Semoga kita saudara-saudara seislam kita diberikan hidayah dan pedoman serta kekuatan dalam melawan hawa nafsu dan tarikan dunia semata-amata..

    wallahualam.

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Ko mmg jenis fontot safit jenis x fisah

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum Noob.Alhamdulillah dah baik dah tuan blog ni..:)

    Pada pendapat saya yg ilmu tak byk ni, pakaian(seksi) bukan hak individu. Org yg memandang pun ada hak (haq ikut kriteria islam dan budaya setempat).inilah falsafah perundangan islam atau disebut sebagai maqasid syari`ah berdasarkan kenyataan kembali pada tujuan pakaian : pelihara diri dan pelihara org yg memandang; keinginan ditepis jauh-jauh. Asalkan sejuk mata cukuplah.

    Fitnah (ujian) pada wanita adalah kecantikan. :)

    BalasPadam
  15. Boleh saya nak share sesuatu untuk tazkirah bersama?
    Dengar tau...ada 'sesuatu yang penting'
    http://www.youtube.com/watch?v=JaHzvrhAJfg&feature=youtu.be

    BalasPadam
    Balasan
    1. @i c@y@Ng......N@P3w t@k b@L@s m3c3j tit3w s3M@l@m? p3N@t t@w tit3w tuNgGu......

      Padam
    2. Proöôø00ooTttt..d¡Muke ko ku¡Ku¡

      Padam
    3. Padan muka ko ahmad. cik lyn xlayan. noob ko jgn risau. rehat dkt rumah puas2. aku bleh jaga cik lyn hehehe. jgn jeles kui3.

      Padam
  16. Manusia terutama ketika muda mmg rasakn dirinya yg cntik n seksi perlu ditonjolkan sbb di akan mendapat keuntungan duniawi (dpt perhatian, tajaan, bayaran berlakon yg mahal,bakal suami yg kaya raya)...kalau diikutkan keuntungan dunia mmg semua peraturan Islam akan dilanggar dan akan follow mana yg patut mengikut kepentingan semasa.

    Dlm dunia yg serba moden n byk berpaksikan barat...rugi kalau x buat cara 'Amerika'..mcm apa UAI selalu ckp dlm ceramah...ramai manusia zaman skrg bukan Hamba Allah, tp Hamba Duit...sanggup buat apa saja utk duit.

    Kalau nak cari pasangan terutama wanita, daripada 5 ciri carilah yg berteraskan agama..semoga selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  17. Apa mahu bising bising. Biarla dia nak seksi. Inikan kebebasan yg kita pertahankan? Siapa tak suka kebebasan jangan sokong pr tahun ni. PR sentiasa memyokong kebebasan. Kebebasan bersuara, kebebasan berpakaian, semua boleh bebas la. Tak nak pakai baju pun tak apa. Janji kita BEBAS.

    BalasPadam
  18. yeah noob dah sihat semual..alhamdulillah:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. belom sihat lagi la tu, kalo dah sihat x de la mual..... kan?

      Padam
  19. Papepun semoga Cik Ta cepat2 kawin ye...jd ibu yg baik n suami baru dpt jadi ayah yg baik utk jaga anak2 Cik Ta.

    Doakan semoga Cik Ta dpt hidayah kelak, mana tau lepas kawin pki tudung labuh pulak....Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo aku jenisnya x pakai tudung, harus aku bersyukur dapat teguran yg mcm ni dan lembut hati utk mencuba..Alhamdulillah, aku suka cara Ayam Afrika memberi teguran..
      kalau kita nak menegur seseorang, bukan dgn cara memaki, mencaci, memadankan muka atau memberi aib kepada individu yang nak ditegur..islam kan agama yang indah, tegurlah dgn cara berhemah..ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak terputus, tepung tak berselerak

      *peace*

      Padam
    2. ayam niggah stole my bike...

      Padam
  20. aku slalu terpikir..nape zain pilih che ta...hurmm....cantik mmg cantik..tp mcm ade yg x kena.....haiisshhhh.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nobody is perfect, are you?

      Padam
  21. when i walk in the spot, this is what i see
    everybody stops and lookin at me
    i hold zain in my arm and a short skirt to show it

    i'm sexy and i know it

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.