Halaman

Jumaat, 8 Mac 2013

Jadilah seperti Hang Tuah atau Hang Jebat?

Ketika sedang memandu kereta, lagu Bangkit nyanyian DJ Fuzz x Altimet x Salam diperdendangkan oleh sebuah stesen radio tempatan. Waktu tengah syok melayan lagu tu, aku terdengar bait2 lirik berikut - "Kau umpama Hang Jebat, Yang melindungi hak dirinya", lantas membuatkan aku terfikir, adakah lagu ini menyeru kita untuk menjadi seperti Hang Jebat?


Berikut adalah Official Lyric Video lagu Bangkit yang liriknya ditulis dalam tulisan jawi. Selain Hang Jebat, terdapat juga nama2 tokoh Melayu lain yang bersejarah di dalam liriknya seperti Tun Fatimah, Teja Datuk Maharajalela, Datuk Merah, Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan Datuk Bahaman. Aku percaya, lagu ini adalah untuk menyeru orang2 Melayu supaya bangkit dan berjuang sepertimana perjuangan tokoh2 Melayu terdahulu.


Namun, berbalik kepada persoalan asal. Ada yang percaya Hang Tuah memang benar2 wujud, ada yang percaya ia hanya mitos dan dongeng semata2. Mengikut kisahnya Hang Tuah yang difitnah berzina dengan gundik Sultan telah dijatuhkan hukuman bunuh namun telah disembunyikan oleh Bendahara. Hang Jebat pula telah bangkit untuk memberontak dan menderhaka kepada Sultan kerana membela rakan karibnya yang telah teraniaya dan cuba menegakkan kebenaran. Namun setelah diketahui Hang Tuah masih hidup, Sultan menitahkannya untuk membunuh Hang Jebat yang telah membelanya. Akhirnya demi kesetiaannya kepada pemerintah, beliau sanggup bertarung dan membunuh rakan karibnya.


Biasanya dalam sebuah cerita, pasti ada moral dan pengajaran. Namun dalam hikayat Hang Tuah ini,  adakah pengajarannya agar kita harus menjadi seperti Hang Tuah yang taat kepada pemerintah walaupun diri kita dizalimi dan dianiaya, atau jadilah seperti Hang Jebat yang bangkit berjuang demi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran walaupun terpaksa menentang pemerintah?


Namun berdasarkan pengiktirafan2 pada zaman ini, nampaknya kita lebih mengiktiraf Hang Tuah berbanding Hang Jebat.

Pengiktirafan kepada Hang Tuah:
  • Jalan Hang Tuah di Melaka, Kuala Lumpur dan Taman Khalidi Bharu, Muar, Johor
  • Plaza Hang Tuah dan Hang Tuah Mall di Melaka
  • Stesen Monorail Hang Tuah di Kuala Lumpur
  • Taman Hang Tuah, Melaka
  • Hang Tuah Jaya, Melaka
  • KD Hang Tuah oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia


Pengiktirafan kepada Hang Jebat:
  • Jalan Hang Jebat di Melaka dan Kuala Lumpur
  • KD Hang Jebat (kemudiannya ditukar nama ke KD Rahmat) oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia

Apa pula kata anda? Adakah anda pro-Hang Tuah atau pro-Hang Jebat?





tags: hikayat melayu lama kesultanan melaka hang tuah jebat lekir lekiu kasturi taat setia pemerintah sultan derhaka berontak tegak kebenaran keadilan wujud cerita kisah benar betul tipu dongeng mitos lagenda lagu bangkit dj fuzz altimet salam takkan melayu hilang di dunia raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah satria anime warriors of the 7 elements

43 ulasan:

  1. Zaman sekolah aku sokong hang tuah. sbb org kutuh jebat.. tapi bila tahu kenapa jebat derhaka. sekarang aku sokong jebat.

    #BANkami


    BalasPadam
  2. tak amik port sgt pasal hang tuah & hang jebat ni..
    zaman sekolah dulu tak minat subjek sejarah..
    hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy minat awak!
      Sy minat awak!
      Sy minat awak!
      Sy minat awak!

      Padam
    2. Sabar ahmad. kalo ko minat sgt ko mintak no telefon bapak dia. bg tau bapak dia. baru gentleman.

      Padam
    3. Nory nak no phone bapak awak...

      Padam
    4. nampaknya miknight belum betul2 mengenali ahmad....tu bukan ahmad....ahmad cakap direct terus.....pantat,tetek,puki,bontot,kelentit......

      Padam
    5. oo iyeke Ahmad? aku cadang jangan tukar nama je, create akaun baru sekali, baru tak nampak sangat kebangangang kau -. http://www.blogger.com/profile/10011845220853205326

      Padam
    6. hahaha.G-Max,terbaikkk.

      Padam
  3. jenis amik tau melodi dan nona mana nk kisah bab sejarah

    BalasPadam
  4. silat lagenda..silat lagenda..silat lagenda..berkuasa..

    BalasPadam
  5. Like ur idea...thinking outside the box.

    Sebelum kita cite pasal politik, boleh kaitan dgn kerjaya.....ada Hang Tuah yg sanggup buat apa sahaja arahan bos..n ada Hang Jebat yg nak menegakkan kebenaran, maybe bos byk mkn rasuah dgn vendor2 atau bg rasuah kt customer utk dpt tender besar2 utk company...jangka masa panjang sememangnya Hang Tuah yg dpt pengiktirafan n kenaikan pangkt..

    Dunia relaiti byk cabaran...xde 1+1=2...mesti ada benda yg x adil pada pandangan kita tp adil pada pandangan yg satu lg. Papepun...berpegangla pada Al-Quran and As-Sunnah. Satu lagi, cuba kita fikir kalau kita berada di tempat dia...adakah kita akan membuat tindakan yg sama?? Last2 kita dgn org lain pun 2 x 5...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape yang ko merepek ni ayam afrika...

      Padam
    2. Statement di atas memerlukan ketajaman minda yg tinggi....bosan asyik kaitkn dgn politik malaysia sdgkn bos sendiri pun sama je...kroni,rasuah,kuku besi,diktator,perkauman...semua ada. Susah nak cari tmpt kerje yg ada konsep siapa kerje kuat naik pangkt. Belum kita translate perkara ni ke dalam dunia politik. Smua kaki spin nak raih undi....last2 situasi rasuah, kroni, perkauman still ada x kira BN atau PR

      Padam
    3. Chicken, kadang2 aku terfikir jg kalau boss besar dah sebati dgn rasuah, aku rasa pekerja seharusnya letak jawatan, tp wlaupun kta tk ambik rasuah atau minta rasuah tp tu kira tanggungjwb kta utk jg iman dn moral, tp skrg dsbkan tak nak mata pencarian hilang, byk org sgup pdg sblah mata je! Ada yg lbh teruk mereka ni terjebak sekali.. Tp aku tak nak salahkan mereka atas dasar mereka tak cukup penerapan agama tapi sebab persekitaran yg menekan sehingga mentality jadi doktrin yg mengabdikan kehendak duniawi terutama dlm aspek pekerjaan mesti ada status, pangkat dn harta srta blh buat byk duit. Kdg2 aku jg terpaksa tdk bersetuju dgn para ulama msia yg rata2 menekan aspek teknikal spjg masa tapi jarang sekali menekan aspek cognitive; moral reason ethic dll. Maka rata2 Muslim msia melihat agama sbg satu benda teknikal yg aplikasinya terkongkong dlm satu aspek shj cthnya dlm hal ibadat tp bkn dlm hal kehidupan.

      Padam
    4. Akhir zaman. Nauzubillah.

      Padam
    5. Kalau bos melayu sy fhm...tp kalau bos kaum lain....senang cite company mmg dia punya..but on da same time bonus always more than 8 months...kalau anda berada di tempat sy..apa yg anda lakukan?actually rasuh n kroni berasal dr mereka...thats y mereka maju n dominate ekonomi malayia.bila dipraktikan dlm polittik...sbnrnya x terkejut sbb dlm dunia bisnes pun mcm 2..

      Anda kene ingat...rasuh mereka bkn terang2....semua secara halus..

      Padam
    6. Jgn risau..sy buat kerja technical n paperwork..big bos cari project/tender dgn rasuah secara halus...and get less bajet dgn kroni dia...we just do normal daily job

      Padam
    7. rasuah x kire bangsa ler. menteri melayu cine india bersepah kaki rasuah.

      Padam
    8. Bagi aku lah chicken, rasuah skrg dah jadi satu macam opportunity plak nak buat duit, tak kira bangsa mana skalipun. Rasuah ni mmg dah kronik dlm masyarakat, terlalu byk contoh dah. No corruption no business! Ni satu contoh yg kluar dr mulut org yg aku respek sendiri sbb bijak berniaga, tp lps dia cakap cam tu, aku pulak rasa sedih. Kenapa skrg mesti jd cam ni? Kita nak salah kan sistem tp manusia sdri yg reka sistem tu.. Aku harap satu je, sbb aku pun pandai ckp je dn tak mampu nak merubah keadaan-aku harap kita dpt hidup lama untuk melihat kesengsaraan generasi cucu cicit kita klak dsbkan ketamakan dn kejahilan kita, mgkin masa tu baru kta akan sedar. Tp dh terlambat dh.

      Padam
  6. Aku rasa P.Ramlee je yang berani buat filem mcm tu...Zaman sekarang ni mana ade orang berani nak cakap atau buat filem yang menghina sultan atau pemerintah kat malaysia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia buat pilem aje..
      Tun Mahathir lagi hebat dia mansuhkan kekebalan raja-raja.

      Padam
  7. jadilah tuah. jadi ayah siafool. :)

    BalasPadam
  8. menarik sekali jika bisa jadi seperti hang tuah..

    BalasPadam
  9. jadilah saifool bukhari yang sanggup mengorbankan lobang bontot beliau demi membuka mata masyarakat mengenai kekejaman anuwar ibrahim......

    BalasPadam
  10. sokong hang jebat la of course.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih wahai namj.patik rasa bangga.

      Padam
    2. sokong Hang Jebat jugak... Jebat hensem... hahah XD

      Padam
  11. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/8/nation/20130308172703&sec=nation

    BalasPadam
    Balasan
    1. fight fire with flowers... ada sumbangkan bunga juga ka Len? :)

      Padam
  12. aku sentiasa sokong jebat.. dulu cikgu aku pon ada buat pantun pasal tuah & jebat. dalam pantun tu suruh jadi berani pertahankan hak macam jebat..

    BalasPadam
  13. jadilah hitler

    BalasPadam
  14. jadi mamak bendahara la.. :)

    BalasPadam
  15. Aku lebih kpd jebat. Jebat juga setia, tp ada batasnya.

    Anyway slps hg tuah membunuh jebat, cerita beliau x hbs di situ. Hg tuah belayar ke luar negara spt china. Sepanjang pjalanan beliau, hg tuah menjadi lebih bijak dlm kehidupan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aa betul citer dia dia belah terus, dr melaka

      Padam
  16. Buat Noob dan reader2 sekalian... Cuba cri di mana kubur Hang Tuah? Bukan maqam ye.. Maqam dan kubur berbeza.. Harap maklum..

    Pro Hang Tuah..

    BalasPadam
  17. Bendahara durhaka sbb langgar arahan sultan. Hang tuah patut dibunuh sbb kebahulannya. Membabi buta ikut arahan sultan mkn free,malas bekerja. Rakyat bertombak dan bergolok melawan musuh, raja sedap menutuh gundik dlm istana. Sultan nakhorom. Tuah must die.

    BalasPadam
  18. tambah lg satuu.... stadium hang jebat di melaka

    BalasPadam
  19. Aku pernah buat entry mcm ni. Dr dulu dh aku persoalkn kisah ni, sampai cikgu aku dulu marahkan aku sbb persoalkn benda yg dia ajar.

    BalasPadam
  20. Boleh tak aku nak sokong dua2...
    Dua2 ada prinsip, dua2 berpegang dgn prinsip sendiri...
    Yg paling bangsat adalah sultan pada masa tu...
    Dah laa jatuh hukum bunuh kat tuah, pastu sedap2 hati je suruh org yg dia dah khianat tu bunuh member baik sendiri...

    Sedih ooo...

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Saye melayu indo, saye bangga hang Tuah/hang Jebat,,
    Yuor is the best,,,!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.