Halaman

Jumaat, 5 April 2013

Kenapa wujud agamawan yang kurang cerdik?

Kenapa ramai agamawan masa kini yang selalu kita lihat tak berapa cerdik? Sebab ramai orang2 pandai masa sekolah dulu yang dapat result bagus2 melanjutkan pengajian amik medic nak jadi doktor, amik engineering nak jadi jurutera, amik undang2 nak jadi lawyer dan sebagainya, tapi tak ramai yang nak sambung lulusan agama untuk jadi ustaz, mufti dan ulama. So yang dapat result tak seberapa tulah yang sambung jurusan agama dan jadi para2 agamawan dan duduk memegang jawatan2 besar di negara kita.

Gambar hiasan dari berita Ustaz kena cekup berkhalwat.
Dah lama aku nak tulis benda ni tapi tak tertulis2. Mungkin korang boleh tengok video Mat Luthfi ni untuk memahami realiti yang berlaku di negara kita. Ayat paling best, "Tak mau belajar agama, tapi pandai menjawab? Jadi ahli politik laaa...".


Asal pandai je mesti nak kena amik medic atau engineering, kursus2 lain jarang jadi pilihan. Malah kalau ada student yang result 20A1 sekalipun tapi lepas tu kalau nak sambung jurusan agama ke, pendidikan ke nak jadi cikgu, mesti masyarakat akan pandang rendah, termasuk ibu bapa sekali.

"Ko SPM 20A1 takkan nak jadi cikgu der? Jadik la doktor ke, engineer ke, boleh kerja kat Petronas gaji puluh2 ribu." 

Bagus apa kalau ada orang cerdik pandai nak jadi cikgu. Dan kalau dah dia minat nak jadi cikgu untuk mendidik anak bangsa, apa salahnya? Kalau orang tu memang minat nak jadi ustaz nak jadi ulama apa salahnya? Bukanlah nak cakap semua orang agama, cikgu, serta lain2 pekerjaan tu terdiri dari orang yang kurang cerdik, tapi realitinya majoriti student yang terlalu cerdik ni takkan memilih untuk menjadi ilmuwan agama, cikgu, ahli politik, orang seni dan sebagainya.

Dan sebab itu juga ramai ahli2 politik dan pemimpin kita kurang cerdik, sebab yang cerdik2 kebanyakannya jadi golongan profesional jadi doktor, ahli sains, pensyarah Universiti, jurutera dan sebagainya. Ramai cendekiawan yang kurang berminat jadi ahli politik. Last2 yang kurang cerdik ni jugak yang jadi ahli politik dan jadi pemimpin kepada orang2 yang cerdik.


Baca lagi Kerjaya yang sesuai dengan kelulusan kita.




tags: kerja career work job pekerjaan tugas kerjaya golongan pakar profesional saintis doktor engineer jurutera arkitek ict it programmer cikgu makan gaji salary man ceo ahli politik politician grade gred graduan cheat tipu markah cgpa cpa kelulusan kelayakan undergraduate universiti graduan student pelajar result keputusan peperiksaan ujian sekolah soalan ramalan pasca spm video vlog mat luthfi agamawan ilmuwan agama ustaz mufti ulama cikgu guru pendidik course kursus medic engineering law undang-undang lawyer peguam hakim pensyarah ahli sains professor ahli politik pemimpin kurang cerdik

31 ulasan:

  1. mentaliti masyarakat memang selalu macam tu..kalau nak menongkah arus dengan orang2 mentaliti macam ni, mesti diorang pandang hujung mata je..bzzzttzztt..

    BalasPadam
  2. Sbnrnya...org yg jd pemimpin ialah org yg pandai cakap...boleh pandai goreng and pandai ambil hati pendengar menjadi kelebihan utama...yg pandai2 masa SPM n U kebanyakannya jenis pendiam, nerd, ulat buku etc...last2 jd lecturer.

    Pasal FB, Microsoft 2 luar dr topik dlm Malaysia...org paling kaya dlm Malaysia kbykan islah businessman...so boleh agak mcmana characteristic mereka, sy jamin ada yg x lepas SPM n bukan bright student in class.

    Rezeki ada di mana2 x kira ada kelulusan atau x. Just rajin usaha dan tidak mudah putus asa. Paling penting cari rezeki HALAL!

    BalasPadam
  3. Dunia zaman sekarang penuh dengan fitnah dan propa... renung-renungkan...

    BalasPadam
  4. Yang penting sekali sebenarnye bukan la ilmu cerdik pandai tetapi iman dan akhlak.. kalau cerdik pandai jadi jadi lahanat guna kecerdikan untuk menipu dan menindas pun tak guna.. Ramai golongan cerdik pandai ini telah ditutup hatinya dari hidayah.. Semoga kita menjadi seorang yang cerdik dan pandai yang beriman dan sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk.

    BalasPadam
  5. noob, agamawan kurang cerdik tu dari sudut apa ya? sudut pencapaian akademik(dalam konteks malaysia SPM tak banyak A? atau..? ada contoh tak?
    macam tergantung entri nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang cemerlang dalam pelajaran masa sekolah semua mahu jadi doktor, jurutera, tak ramai yang berminat amik jurusan agama untuk jadi ustaz, pendakwah, pegawai agama, mufti, ulama dan sebagainya. tinggallah yang kurang cemerlang terpaksa amik jurusan agama sebab nak amik medic, engineering dan lain2 tak layak padahal bukan minat sangat pun nak amik course agama. macam course pendidikan juga, ada beza antara orang betul2 ikhlas dan minat jadi cikgu dengan orang yang amik course tu sebab terpaksa, tiada pilihan, mak bapak suruh dan sebagainya.

      aku tak cakap semua agamawan macam tu, aku tahu ada dikalangannya memang dari golongan cerdik pandai, tapi lain2 tu ko boleh nilai sendiri. lain2 ko boleh tengok sendirilah video mat luthfi tu mungkin ko senang faham sikit dengan cara penyampaian dia.

      Padam
    2. hai lobot, lobot...fikrah bongsai much?

      Padam
    3. ada ape, cuma tak ramai & tak popular~ ramai keluar ke Jordan, Mesir, tapi bila balik, jadi cikgu je pasal pointer cukup2 makan~
      yang bagus jadi lecturer~ kalau nak cakap bab agama, akademik & soal rohani is unlikely bersangkutan~ agama adalah soal kebersihan hati~ soal kenal diri & kenal pencipta diri~ orang2 yang saya kenal mendalami & memahami akan Islam biasanya hidup dalam sifat zuhud & merendah diri, tak sibuk keluar TV dan tak sibuk cakap hal politik~ tak juga mengejar kemewahan & tak mengejar title 'mufti'~

      Padam
    4. yup org pro agamawan yg sy jumpa pun xde sibuk2 masuk tv diorg lebih usaha iman amal, ikut sunah nabi...

      Padam
  6. Hantar ke 39330. Caj RM 50.00/SMS5 April 2013 pada 9:44 PTG

    AFUNDI ROSMAH

    BalasPadam
  7. Nampaknya saudara Noob sangat memandang hina pada golongan agamawan. Adakah saudara Noob seorang malaikat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni ikut sedap main terjah jer..

      Padam
    2. hai, jangan jadi manusia fikrah bongsai...kah kah kah

      Padam
  8. Agamawan yg kurang cerdik bila mendiamkan kemaksiatan oleh pemerintah. ni lah syaitan bisu. ulamak yg menjual ayat allah dgn kemewahan dunia yg sedikit.

    Bila ada program maksiat. konsert joget dangdut k pop puak2 ni snyap. langsung xbleh pkai.

    BalasPadam
  9. bagi aku, ada 2 jenis ulama :

    ulama akhirat - iaitu ulama yang sanggup kena gam, sanggup kena tahan ISA semata2 bercakap benar demi Allah~ contoh : Ismail Kamus~

    ulama al-fulus fiddunya wal mampus fil akhirat - ulama yang menjual agama, mengubah hukum kerana takut pemimpin yang jahil & kerana pangkat & harta dunia~ contoh : Fathul Bari~ hahahaha~

    BalasPadam
  10. Tiada jihad di palestin melawan israel - idris sulaiman(ulamak muda umno)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha~ ya ya~ penjenamaan "ulama muda" di malaysia oleh UMNO~ ulama muda yang ada ijazah dipandang sebagai 1st class & ikutan orang muda~ isu ulama tiada tauliah~ mereka ingat mereka adalah tuhan dalam menilai keimanan & mereka rasa mereka mampu mengukur tingkat pemahaman ilmu seseorang ulama~

      "amal itu dikira melalui niat, bukan berapa besar/kecil tindakan kita~"

      terlupakah ulamak alamak UMNO ni apakah amalan yang paling dipandang tinggi & yang paling berat timbangannya oleh Allah ?

      Padam
    2. sama la dengan Tuan Guru Nik Aziz..sesuka hati nk cakap org umno solat x dapat pahala..pahala,dosa,syurga,neraka semua 2 hanya allah yg tau..kite sebagai hamba hanya lah buat yg terbaik di jalan ALLAH..

      Padam
    3. nik aziz tu dah cium bontot ambiga.. org mcm tu korg agungkan sgt?
      klu dah pas tu, pas je la, buat cara sndr. cara islam. tak payah la nak ikut bontot org yg dah sah2 mengkafirkan org lain. ada faham?

      Padam
    4. nik aziz tu da tua dah..otak pon dah nyanyuk..lg dia berfikir lagi mengarut yang akan keluar..

      Padam
    5. "sesuka hati nk cakap org umno solat x dapat pahala."

      mana dapat berita bang ? buletin autama TV3suku ke ? ke utusan meloya ?
      ah~ elok la~

      "nik aziz tu dah cium bontot ambiga.. org mcm tu korg agungkan sgt?"

      siapa kata aku agungkan manusia ? masya-Allah.....asal aku cakap ape2 yang menentang UMNO, orang anggap aku PAS~ oh , masalah sungguh la pencacai UMNO ni~

      Padam
  11. Sekarang nak jadi cikgu kena s100% A laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.nak masuk pismp lagi susah dari program2 pentadbiran awam, pengurusan perniagaan uum tu sumer. jom dtg ipg

      Padam
  12. kalau nak ustaz ngan artis pandai,antarla org yg pandai untuk jd ustaz dan artis. aku stpm pointer 3.92 best student kat skola.masuk u amik program kesenian atau org yg taktau akn fikir "nak jd artis" yg matlutfi ckp tu. bila org kampung n sedara mara tau semua pandang sebelah mata kat aku.takut aku jadi mcm artis kt luar sana.tapi aku sabar, sbab aku tau apa aku nak, n tau apa yg aku nk buat.

    BalasPadam
  13. Noob..
    Manusia diciptakn dgn pelbgai kebolehan..
    Bahkan ujian Allah juga berbeda2kan..Ada yang diuji dengan perkara yg tidak disukai,Dan ada juga yg diuji dengan perkara yg kita minati.Minat kita terhadap sesuatu,bukan tiket mudah untuk mnengejarnya...malah kita diberiNya halangan untuk mencapai perkara tersebut..Agar kite lebih mnghayati dan memahami..Ya rabb,tambah2kn keikhlasan kami utk terus mnuntut ilmu :)


    Ya rabb,tambah2kn keikhlasan kami utk terus mnuntut ilmu :)

    BalasPadam
  14. Tengok gambar yang tak lulus juga jadi jutawan

    BalasPadam
  15. ade banyak je agamawan yg bagus..tp rakyat malaysia yg terlalu taksub dgn politik je yg buat agamawan ni macam xde kat malaysia..bila agamawan 2 kuar tv utk berdakwah nanti ade yg kate "ustaz UMNO"..bile agamawan ni bg ceramah kat kampung2 je nanti ade ckp "ustaz PAS"..bila ade pihak ni jemput agamawan bg ceramah ade kate die "ustaz UMNO"..macam mane agamawan2 kat malaysia nk berdakwah klau setiap kali dakwah diorang dipertikai kn sesuatu pihak..sampai kn bila ade agamawan buat ceramah agama ade SEGELINTIR rakyat malaysia yg akn pilih "ah..ini ustaz UMNO/PAS..tak payah pegi..mengarut".. padahal kita tak dengar lagi ape isi kandungan ceramah tu..

    semoga ALLAH memberi keberkatan dan kesedaran kepada semua rakyat malaysia agar kita tidak berpecah belah hanya semata2 berbeza fahaman politik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan semua dalam UMNO tu busuk~ bukan semua dalam PAS tu wangi~ yang mulut longkang pun diberi title ustaz dalam PAS~

      Padam
  16. bila pendidikan agama dipinggirkan akan jadilah spesis manusia mcm skrg... xtau ape itu halal & haram... kalau jadi ahli politik... jadilah dia ahli politik sakai... :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.