Halaman

Rabu, 12 Jun 2013

Harga barang dan perkhidmatan turun dengan GST

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan, sebaliknya mampu mengurangkannya kerana ia bakal menurunkan kos operasi peniaga, kata firma percukaian PricewaterhouseCoopers Taxation Sdn Bhd.


Aku bukanlah seorang pakar ekonomi, so aku sebagai seorang rakyat nak la jugak baca sedikit info pasal GST yang dah dirancang sekian lama oleh kerajaan. So bila aku baca berita yang bertajuk GST turunkan harga barang, perkhidmatan kat Berita Harian ni, dia cakap GST tidak akan naikkan harga barang dan perkhidmatan malah mampu mengurangkan harganya.

Kat berita tu ada gambarajah yang menerangkan macam mana sistem yang diguna pakai sekarang iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan / Sales & Service Tax (SST) dan kelemahannya yang mewujudkan kesan piramid. Dalam contoh yang dia berikan dengan menggunakan SST dia tulis Harga yang dibayar pengguna = RM171.60.


Dan berikut pula merupakan gambarajah sistem GST di mana tiada kesan piramid berlaku, tapi yang peliknya kat bawah sekali dia tulis Harga yang dibayar pengguna = RM171.60 - TIADA KENAIKAN HARGA. 


Sama je harga yang perlu dibayar pengguna guna SST atau GST pun, masih RM171.60. Kat tang mana yang GST akan turunkan harga barang dan perkhidmatan seperti mana tajuk berita tu? Yang aku nampak, pendapatan kepada kerajaan ya memang meningkat dari RM10 ke RM15.60. Boleh tak lain kali nak bagi contoh tu buat lah ia bertepatan dan seiring dengan tajuk berita.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang merupakan pakar ekonomi boleh terangkan sikit macam mana dengan pelaksanaan GST ni boleh turunkan harga barang dan perkhidmatan. Sebab kalau memang betul ia boleh menurunkan harga barang dan perkhidmatan, kenapa ramai orang tentang? Patut kena laksanakan segeralah.

Berita

Tapi kat Sinar Harian ni pulak kata pelaksanaan GST akan bebankan rakyat. Macam mana rakyat boleh semakin terbeban kalau harga barangan dan perkhidmatan semakin turun? Konfius aku...


P/S: Akses ke blog Buasir Otak kini di hujung jari anda dengan Aplikasi Buasir Otak untuk Smartphone dan Tablet Android. Scan QR Code atau klik pada button di bawah untuk download di Google Play.

Scan QR Code





tags: gst vs sst perbezaan turunkan harga barang perkhidmatan goods and services tax sales and services tax ekonomi economy negara perbendaharaan treasury ministry of finance mof kementerian kewangan berita contoh info gambarajah perlu segera dilaksanakan tambah pendapatan hasil kerajaan tiada kenaikan sistem kesan piramid cukai tersembunyi mekanisma

47 ulasan:

  1. Tu lah mcm aku cakap ari tu.. setiap benda yang BN buat ni mesti ada muslihatnya.. hanya yg betol2 teliti bole nmpk.. kalau yg jenis ikut je mmg kena kncing hidup2 laa.. contoh yg baru ni abe noob.. harga penurunan kereta.. kt fb dah besepah kata harga sama je.cuma utusan je yg edit bagi nmpk mcm turun.. well utusan ikut arahan siapa??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tak penah kencing?

      Padam
    2. sebelum kena berak hidup2 ... baik kencing dulu....

      Padam
  2. bersyukr dengan kejayaan dan kebagusan BN yeah~!!! BN selamanya menolong melayu yeah~!! ha!!!!!
    sayang BarisaN Nasional, bagus la sinar harian tu bukan betul sgt pon kdg2 merapu kuat Utusan surat khabar bagus rasit terang2 pun xde sapa leh saman haha2 Hidup melayu

    BalasPadam
  3. UTUSAN penipu syiaall. harga volkswagen memang dah 157k. tapi di spin oleh utusan jadi 169K diskaun jadi 157k. bangang abadi.. dia ingat orang skrg bodoh kot. org tua dkt kg boleh la ko nak tipu..

    aku xleh bleh nak bayang macam mana org bodoww bleh pegang jawatan yg penting dlm kerajaan. kerja asyik nak menipu rakyat jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke? ko penah beli volkswagen?

      Padam
    2. dia dah bc dah buat rujukan, ko ad? puii pemls

      Padam
    3. Volkwagen Golf ka? Ada rujukan utusan tak nak check yang kata 169?

      Itu harga sebelum PRU ke selepas PRU? :) kalau tengok dari website dari march 8 2013 (sebelum PRU), Utusan menipu jer la ni.. lol..


      Padam
  4. I'm also not an expert in economics..and I know many people including myself feel intimidated with all the jargon used in the economy. Nevertheless the end result is so clear, that if the price of services or goods rise, then that gst intended to get more money from rakyat, we should be pissed off,and if the gst really does lower the price, then we should be happy as the gov really walk the talk. But, what is the point of proving the sale price is similar? Why doing all the fuss just to prove it is similar? And in the second figure with gst, how the gst really works: it seems that the gov tries to maintain the manufacturer's price so that product price will not includes tax when the product is sold to the wholesalers, similarly when the wholesaler sales the product to retailer. Thus, the tax will be paid to the gov not on top of tax, and the three entities incur the 10% tax by themselves without incurring the tax to the end consumers. That is GOOOOOD! BUT IMO there are some few problems...How can gov maintain the price? I believe it will cost the gov a lot of management fees just to maintain the price at three levels. And I also believe that the three entities or maybe atleast the bottom two will be angry that they cannot incur the tax they hv to pay to the consumer, so they will try to increase the margins maybe to 25% n 35% in order to cover the cost they hv to pay in taxation..my verdict; i'm still sceptical in this whole idea..cheers

    buffyfish

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yng kau merapu ni syial! Tulis dalam bm suda lerr!!!!!

      Padam
    2. Biarlah dia nak taip dalam bm atau bi. Mungkin dia lebih selesa dgn bi. Taip yg aku hairan komen org lain semua ok tapi komen ko sorang je macam syial. Hohoho

      Padam
  5. Aku rase gst ni bagus jugak, cukai maksimum dpt dikumpulkan, xde la peniaga dpt untung atas angin. Aku tau krajaan skrg ni tak la bagus mane pun, tp pd aku duit cukai yg sepatutnya krajaan collect sepatutnya dpt kt krjaan, bukan kt peniaga..kalau cukai tersembunyi tu dpt kt peniaga ape benefit nya kt rakyat? At least kalau sume duit cukai pegi kt govt, ade la jugak harapan yg duit tu akan dibelajakan utk kebaikan rakyat...

    So, gst ni better drpd sistem SST yg sedia ade. Tp rakyat hanya akn dpt benefit kalau duit cukai tu dibelanjakan dgn btul. Semoga kerajaan melaksanakan tgungjawab mereka dgn amanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp ape pulak perasaan peniaga?

      Padam
    2. Abes tu peniaga nk marah sbb duit cukai(duit rakyat) yg sebelum ni dia dpt dah x dpt lg kt dia? ethical ke ape yg peniaga buat sebelum ni?

      Tp mmg ade possibility yg peniaga akan naikkan harga utk dpt keuntungan sprti sblum ni, tp aku rase x patut la salahkan krajaan 100%...diorg laksanakan gst pun utk memaksimumkan pendapatan negara yg sepatutnya dikutup oleh krajaan, kira bagus ape yg diorg nk buat. Kalau peniaga naikkan harga, tu peniaga punya pasal la. Aku bukan lah expert ekonomi pun tp kalau krjaan nk kurangkan beban rakyat, kene byk bg subsidi lah, gst ni aku x nmpk cam mengurangkan beban rakyat tp better drpd sst dari segi pendapatan negara.

      Padam
    3. http://bankami.blogspot.com/2013/05/ban-politik-4-gst-jangkaan-daripada.html

      Padam
  6. ada penerangan yang agak terperinci diblog ini : oskortos.blogspot.com/2013/05/gst.html?m=1

    blog pemilik penyokong PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah.. penerangan yang bias.. ada blog yang neutral ka?

      Padam
    2. memang la bias. tapi dia tetap sokong gst (4%) walau dia PR. tapi dengar cerita goverment nak naikkan pada 7% plak. ntahlah..

      Padam
  7. maksudnya dari harga RM171.60 tu lepas laksana GST, harga masih sama RM171.60 tapi kerajaan dapat pedapatan lebih tanpa membebankan pengguna.. dengan andaian ceteris paribus..

    BalasPadam
  8. aku tak expert ekonomi pun, tapi kat situ mcm dia tulis diANDAIkan gst = 10% kan..mungkin andaian tu sebab nak mudahkan pengiraan sebab tu tulis 10%..kalau gov buat gst 4% je mungkin betul2 harga yg pengguna bayar jadi rendah..mungkinlah..

    apepun, mmg contoh yg dibagi tu xselari langsung dengan tajuk..editor tidur ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila buat andaian2 yg susah ni.sbb cukai SST yg dia guna dlm contoh kt atas tu pun 10%,so dia andaikan cukai GST pun 10% jugak.tp betul ke cukai SST skrg ni 10%? berapa pula cukai GST yg sebenar2nya pulak nnti waktu pelaksanaan?

      Padam
  9. apsal komen semua serius2 sgt neh?mana komen2 bisjut?

    BalasPadam
  10. nak turunkan harga?? yg penting monopoli dihapuskan.... terutama monopoli dlm impot barangan tertentu... memanglah yg jualnya ramai dan bersaing tapi yg mengimpot slaluya satu co. je yg boleh impot masuk Malaysia... dan kalu penjual beli sendiri utk jual di sini, agar sukar nak bawa masuk di pelabuhan seolah2 yg sole importer tu yg control..........................zz.zzz..

    BalasPadam
  11. haha yea kot GST mengekalkan harga.. penguna beli tetapi mengurangkan harga yang penjual jual.. sebab GST dah termasuk dalam harga.. :)

    Tapi rasanya salesmen/marketing term aje.. pi la mek d ke pizza hut ke.. harga barang sekaian bila nak bayar tambah GST semua penguna kena bayar lebih dari apa yang ada diiklan/board..

    lol.. So memang betul mungkin harga barang yang dijual turun tetapi harga penguna bayar sama aje.. atau mungkin naik.. lol..

    biasa la marketing wartawan semua spin.. :)

    Jadilah penguna bijak.. :)

    BalasPadam
  12. kuasa beli rakyat 1malaysia da sama taraf rakyat singapore dan australia. nak jadi rakyat negara maju kenalah sanggup bayar gst.and aku setuju dengan gst. semua warga akan menyumbang tax untuk negara.
    actually gst is good for fast money. takkan nak br1m jer..
    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, yang penting ada duit untuk pusing bagi PTPTN utuk anak2 kita nanti.. pada yang belum bayar ptptn, sila bayar bulan2 maintain.. i henfon je mahal, tapi ptptn kedekut nak bayar..

      Padam
    2. ptptn untuk anak? err...rasanya aku langsung x terfikir nak suruh anak aku ambil hutang ptptn. biarlah guna cara lain.

      #mecha

      Padam
    3. Tanpa Nama 12 Jun 2013 11:33 PG

      tu la..u pkai henpon je mahal tp x boleh bayar PTPTN.. KeDekut..

      Padam
    4. gst ni dekat kat semua benda ke? hatta nak beli gula2 10sen pun kena gst? terang sket?? xpndi pun

      Padam
    5. Rujuk SINI

      Bagaimanakah GST beroperasi?

      GST adalah dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan bercukai yang dikeluarkan di dalam negara termasuk yang diimport. GST hanya boleh dicaj serta dipungut oleh peniaga yang telah berdaftar di bawah GST.
      GST yang dipungut ke atas output perlu diremitkan kepada Kerajaan. Walaupun bagitu, pihak peniaga adalah dibenarkan untuk menuntut semula kredit cukai input melalui mekanisme dan kaedah seperti berikut:

      i. GST yang dipungut ke atas output (cukai output) tolak GST yang telah dibayar ke atas input (cukai input).

      ii. Jika terdapat lebihan, amaun tersebut hendaklah diremitkan kepada Kerajaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

      iii. Jika terdapat kekurangan, pihak peniaga boleh menuntut pembayaran balik (refund) daripada Kerajaan.

      Padam
    6. Apa dia cukai barang dan perkhidmatan (GST)?


      GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

      Padam
  13. Cuba bagi pencerahan sikit..

    Melihat rajah di atas skim piramid dan GSt ni..
    Selama ni memang dah ada GST (cukai tersembunyi?)
    macam tu ke maksudnya? sekarang cukai tu diret pi kepada kerajaan sebagai cukai?

    Kalau dilaksanakan GST adakah Kerajaan berani bagi jaminan TIADA cukai tersembunyi lain? akan dikenakan? dan harga kekal?

    Rasa macam tak percaya aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam biasa, pihak kerajaan akan memantau supaya harga barangan adalah terkawal dan tiada kenaikan harga barang oleh peniaga..kata menteri bla bla bla..kita akan pastikan penguatkuasa memantau perkara ini..

      idea bagus cuma pelaksanaan je biasa fail..

      Padam
    2. aku pun tak reti sangat bab ekonomi ni, tp apa yg aku paham dari contoh tu, sama mcm ko jugak la anon lol... so sapa2 pakar ekonomi kat sini boley konfemkan pendapat ni?

      Padam
    3. Gambarajah di atas ialah perbezaan Cukai SST & GST dimana tiada kenaikan harga barangan bila GST mengantikan SST. ingat term disini ialah bila GST mengantikan SST.. sebab adanya Kelemahan SST berbanding GST..

      Persoalan umum.. gambarajah ini adalah bagi barangan yang telah ada SST :). Bagaimana pula barangan yang belum dikenakan SST? Perlu diingat di sini bukan Semua barang kena SST, tapi bile GST dilaksanakan ianya akan merangkumi semua jenis barang.

      Padam
    4. aku xnak tau mcm mana dia kekalkan harga brg,yg aku nk tau mcm mana gst boleh turunkan harga barang mcm yg ditulis dlm paper...vodoh punya bvabi negara

      Padam
    5. Kalau singapore dah buat GST maksudnya bagus la tu.. PR pu sokong kerajaan singapork tuh!

      Padam
  14. maksud perkiraan di atas, kerajaan dapat keuntungan lebih tanpa membebankan pengguna kerana pengguna masih membayar dengan harga yang sama...
    cuma...
    masalahnya...
    adakah pemborong, peruncit dan pembekal tidak mahu mendapat keuntungan yang lebih kerana margin keuntungan mereka semakin berkurangan??????
    sedangkan kos membuat, memproses, mengilangkan, membungkus dan mengedar dan menjual di tanggung oleh mereka2 ini dan bukannnya kerajaan.....????
    secara automatik harga barang akan naik sedikit demi sedikit....
    contohnya makanan di kedai2 makanan segera yang dikenakan GST....
    mereka pasti akan menaikkan harga makanan dan pengguna yang perlu menyerap kesan kenaikkan harga tersebut dan kerajaan hanya bertindak sebagai badan yang akan menerima keuntungan
    dengan senang hati tanpa mengira kesan kenaikkan harga barang semasa...
    yang pasti cukai tetap cukai...
    harga barang naik belakang kira!!!!!!

    BalasPadam
  15. Noob,

    Rasanya ini yang dia maksudkan.. (kepada peruncit) bukan penguna.. :)
    Aku tak barang akan turun.. :) kekal atau naik mungkin ada la..

    dari berita tu..

    “Selain itu, kerajaan juga telah memberikan jaminan akan memberikan pengecualian ke atas barangan keperluan tertentu seperti produk pertanian dan makanan asas jika GST dilaksanakan bagi menggantikan SST,” katanya pada taklimat media mengenai GST di Kuala Lumpur, semalam.

    Wan menjelaskan, GST bakal menurunkan kos operasi perniagaan kerana peniaga yang berdaftar boleh menuntut cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan, selain syarikat yang mencatatkan pendapatan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

    “Kos perniagaan akan berkurangan selepas GST menggantikan SST kerana seseorang peniaga itu tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain, sekali gus boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai itu,” katanya.

    BalasPadam
  16. Dengan kata lain, selama ni yang business dapat sebanyak RM5.60, percuma saja dia nak bagi kat kerajaan? Salah beb. Business mesti tak nak dia kurang pendapatan.

    Contoh dalam peringkat pemborong: dia punya profit sebelum ni RM22 (RM132 - RM110) berdasarkan untung 20%. Selepas GST, aku nak tanya, yang penting bagi pemborong ni, nilai dalam peratus atau nilai dalam RM? Adakah dia nak maintain RM22 atau 20%? Kalau berdasarkan kiraan dalam gambar kat atas tu, selepas GST pemborong ambik 20% juga, tapi nilai sebenar dia RM20 saja. RM2 (RM22- RM20) tu tak kan dia percuma saja nak bagi kat kerajaan?

    Maksudnya, pemborong akan naikkan harga supaya sekurang-kurang nya dia dapat untung yang sama dalam kiraan RM bukan %! RM110 + RM22 + 0.1 x RM22 = RM134.20. Lagi banyak!

    Maksudnya, situasi pendapatan kerajaan bertambah sementara pendapataan pemborong (atau peruncit) berkurang selepas GST tak mungkin berlaku. Kesannya, harga barang akan naik!

    Tapi, tu berdasarkan kiraan 10%. Kiraan kat atas tu dia ambik assumption pemborong mahupun peruncit akan kekalkan untung dalam nilai % dari harga beli dia. Tak mungkin. Mesti mau dalam RM kalau dalam % tu kurang dari sebelum ni.

    BalasPadam
  17. Syukur la.. Malaysia masih aman.

    BalasPadam
  18. GST kalau explain kat pakcik makcik kat kampung atau luar bandar, kat bandar pun ada yang tak faham tang mana barang tak naik.. Pakat beli je la tak fikir la pasal GST ni.. Kerajaa kena explain dengan cara mudah kat rakyat, biar telus dan mudah difahami. Rasanya barang akan tetap naik. Mudah je, Barang kena cukai of course harga akan bertambah. So simple..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.