Halaman

Ahad, 16 Jun 2013

Ninja melayu yang hebat

Ninja Warrior atau Sasuke merupakan antara rancangan gameshow Jepun yang aku suka tengok, sebab ia mencabar ketahanan mental dan fizikal peserta disamping adegan2 lawak daripada peserta. Peserta kena lepas 4 peringkat, tapi cabarannya amat susah sampai daripada 100 orang peserta, biasanya hanya dalam 5 ke 10 orang je yang lepas Stage 1 untuk pergi Stage 2. Malah setakat ini dah masuk sampai siri ke-29, hanya 3 orang sahaja yang pernah berjaya lepas kesemua stage.


Dalam rancangan ni aku tengok ramai orang2 Jepun yang begitu hebat, laju, tangkas dan punya kekuatan tangan yang sangat kuat macam ninja seperti salah seorang yang pernah jadi juara Makato Nagano, aku tertanya2 wujud tak orang Malaysia yang macam tu juga.

Tapi bila ada wakil Malaysia iaitu Mohammed Farid Isham yang berjaya masuk Sasuke siri ke-27 dan ke-28 ni, rupa2nya ada juga orang Malaysia yang berkebolehan seperti ninja. Farid atau gelarannya CAT merupakan seorang atlet free runner dan parkour serta pemenang Sasuke Malaysia yang pernah diadakan sewaktu Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada tahun 2011 dan 2012 lepas.


Pada siri ke-27 ni, dia jatuh masa cabaran Rolling Escargot atau Rolling Snail kat Stage 1.


Pada siri ke-28 ni walaupun tak lepas Stage 1 sebab kehabisan masa, tapi kalau dia tak mengalami sakit belakang mesti dah boleh lepas.


Ni video submission beliau untuk Sasuke Malaysia musim ke-2, dan serius aku amat kagum dengan training dan latihan2 yang dijalaninya.


Aku harap kat Malaysia pun akan diwujudkan lagi lebih banyak game show seperti Sasuke, Wipeout dan lain2 game show yang memberi cabaran mental dan fizikal peserta. Tapi kalau buat game show tu buatlah untuk orang biasa, ni balik2 untuk selebriti dan artis.

Dan aku juga harap lepas ni lebih ramai lagi belia2 dan para remaja kita yang ceburkan diri dalam aktiviti dan sukan2 seperti ini daripada melepak tak tentu arah di Pavi dan jadi hotstuff Facebook jadah haram.




tags: sasuke rising ninja warrior malaysia japan singapore winner pemenang juara contestant peserta wakil mohammed farid isham makato nagano stage hari himpunan sejuta belia putrajaya gameshow game show rancangan permainan wipeout lepak kat pavi pavillion bajet hot stuff hotstuff facebook fb

27 ulasan:

  1. Duk rumah isap gam dah lah...

    BalasPadam
  2. kalau hot stuff fb yang baik? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade ke hotstuff fb yg baik?

      Padam
    2. define hotstuff.....

      Padam
    3. cik lyn xnak jd bini no4 UAI? hewhew:)

      Padam
    4. impian paling cik lynn nak ialah berkahwin dgn UAI..hehe..nik aziz pon okay la cik lynn..tak de la tua sangat..

      Padam
  3. memang best gameshow ni.. dulu hari2 wajib tengok kat tv9.. pernah tegur brader Cat kat fb, beliau tak sombong :)

    BalasPadam
  4. Minum ketum lu baru ada pooower

    BalasPadam
  5. selalu jugak tengok gameshow ni..

    BalasPadam
  6. woah omoushiroso ne, mareshia no sasuke... haha show ni mengingatkan aku kat show Istana Takeshi ^^
    lol rolling escargot aka 'siput babi berguling'... LohohohoL! XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woh istana takeshi..
      jepun ni kreatif dalam mewujudkan game2 adventures nih..

      Padam
  7. rancangan ni ada kena mengena ke ngan uchiha sasuke dlm komik naruto?

    haha dkt malaysia pun ade gak gameshow..
    amekkaww

    p/s : sasuke dah baik dgn naruto. igtkan akan ada pertarungan epic antara diorg. really piss me off..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sasuke ni salah satu ninja terkenal di jepun

      Padam
    2. Dulu ada cerita alihbahasa jepun pada waktu malam kisah ninja lawan samurai dan hero dia seorang ninja remaja nama dia sasuke...best woo musim tu pulak ada damak mcm2 bentuk dijual..

      Tak tau la sape pernah ingat cerita ni.. Salu tunggu nak tengok.. Cuma mcm tak best penghabisan dia.. Lepas misi dia buat kapal selam penyelsmatan.. tergantung jer.. Lepas meletup samurai musuh ketat dia hilang..

      Padam
    3. ye cite dia sezaman dgn oshin, mairo atack suria pkasa hitam. oleh kerana time tu kecik so xphm sgt cite yg jln cite jenis komplikated hehehe.

      Padam
    4. ninja dgn samurai mmg tak boleh geng... samurai bekerja utk emperor, manakala ninja pulak underground movement yang menentang government...

      btw apa tajuk citer tu anon? macam familiar la...

      Padam
    5. aku sangat muda masa ditayangkan, tak ingat sama ada aku pernah tengok atau tak, tapi hasil pencarian di internet, tajuk cerita tu di rtm - The Ninja, tapi tajuk asal Jepun - Sarutobi Sasuke: The Jumping Monkey... cuba check kat sini http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=259119

      Padam
    6. amekaww tu kira boleh la..walaupun xla se ekstrem macam jepun..rasa kalau orang jepun masuk, senang2 je menang..xpe la, dari xde..kira ble la

      Padam
    7. doumo arigatou noob san :D

      Padam
    8. Sasuke ka?.. seingat aku diorang sebut Sasuka... wkwkwkwkw... otak dah berkarat

      Padam
    9. rtm punya version nama ialah sasuka

      seperti mana

      goku = suzikon

      Padam
  8. aik macam sama pula lah tajuk kita ni heh

    BalasPadam
  9. arrggghhhh urrrgggghhhh... glup masuk dlm air.

    BalasPadam
  10. berusaha tangga kejayaan untuk perkara yg baik

    BalasPadam
  11. Baru perasan ada blog post ni. Member bagitau. Pape pun, thanks for your support :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.