Halaman

Rabu, 24 Julai 2013

Bila bilik persalinan diubah menjadi tempat makan

Rasa korang semua dah tahu pasal kes budak sekolah yang bukan beragama Islam makan kat dalam tandas bilik mandi bilik persalinan yang telah dijadikan sebagai ruang makan sementara sebab kantin sekolah tengah renovate. (Maaf aku memang slowpoke sebab aku bukan full-time blogger ok).


Isunya bermula apabila salah seorang ibu kepada salah seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Sri Pristana iaitu Guneswari Kelly menulis di Facebooknya tidak berpuas hati kerana anaknya termasuk pelajar2 bukan Islam yang lain terpaksa makan di bilik bersalin dan mandi yang bersebelahan dengan tandas yang berbau dan tidak dibenarkan makan di kantin kerana tidak mahu mengotorkan kantin sempena bulan puasa ini.


Kemudian blogger Amenoworld melaporkan dalam blognya pasal komplen dari ibu pelajar berkenaan di mana kanak2 ini terpaksa makan dalam bilik air. Tak berapa kemudian, seorang blogger lain yang juga seorang wartawan TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidik menjelaskan yang mereka bukan makan di bilik air tapi bilik persalinan telah dinaiktaraf dijadikan ruang makan malah tidak lagi digunakan untuk mandi atau menyalin pakaian kerana kantin sedang dalam proses ubahsuai atau renovation sejak bulan Mac 2013 lagi, bukan hanya pada waktu bulan puasa.


Isu ini kemudiannya tersebar dan menjadi isu hangat di media sosial Facebook, Twitter, di akhbar2 seperti The Star, Berita Harian dan Malaysiakini malah menarik perhatian ahli parlimen PKR, Rafizi Ramli yang mengutuk sekeras2nya insiden tersebut, dan Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan juga telah mengarahkan siasatan dan memaklumkan bahawa;
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan pihak kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah berkenaan jika perkara itu benar,” katanya.

Pihaknya sudah mengarahkan tempat makan sementara itu dialihkan ke kawasan lain.

“Jika kantin sedang diubah suai sekali pun, kantin sementara harus ditempatkan di lokasi yang lebih selesa dan elok, bukannya di dalam tandas,” katanya menerusi Twitternya.


Apa yang aku nampak dalam isu ni:
  • Seorang ibu pelajar bukan muslim di sekolah tersebut cuba menceritakan mengenai situasi anaknya dan pelajar2 bukan muslim yang lain terpaksa makan dalam bilik mandi di bulan puasa, namun tak pasti sama ada ibu tersebut tahu atau tidak bilik mandi tersebut telah lama diubahsuai sebelum bulan puasa lagi sejak bulan Mac 2013 untuk dijadikan ruang makan kerana kantin sedang dalam proses naik taraf.

    Sekiranya dia memang tahu, maka dia sengaja hanya mahu cipta sebuah isu yang boleh merosakkan hubungan antara agama dan kaum. Tapi andai dia tidak tahu, dia sepatutnya ambil tahu dulu dengan bertanya dengan pihak pengurusan sekolah di mana anaknya bersekolah sebelum tulis apa2 di Facebook. 
  • Amenoworld hanya melaporkan pasal status Facebook ibu tersebut di blognya dan tidak menyebelahi pihak ibu atau sekolah, beliau hanya memohon kes ini disiasat dan mendengar penjelasan dari kesemua pihak sebelum mengambil apa2 pendekatan, kesimpulan dan tindakan. 
  • Mazidul Akmal Sidik cuba membetulkan dakwaan ibu tersebut di blognya dengan mendapatkan maklumat sebenar daripada pihak sekolah, namun dalam masa yang sama menyalahkan Amenoworld kerana telah menyebar cerita tak betul atau fitnah yang datangnya dari ibu tersebut. 
  • Mungkin Amenoworld ada salahnya kerana tidak menyelidik dan mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah mengenai isu ini sebelum post di blog. Namun Mazidul juga tak patut hentam Amenoworld hanya kerana dia tu blogger pro pembangkang kerana cerita tak betul tu bukan datang dari dia tapi dari ibu tersebut, Amenoworld hanya laporkan dan minta insiden ini disiasat oleh pihak berwajib, yang mana aku juga selalu buat benda yang sama dengan meminta pihak berkuasa menyiasat apa2 insiden yang aku highlight di blog kerana aku tidak mampu dan mempunyai kuasa untuk menyiasat sendiri.
  • Namun pengajaran daripada insiden ini adalah kalau ada apa2 isu, jangan terus share di Facebook atau blog dan terus buat kesimpulan untuk menyokong atau menghentam suatu isu. At least selidik dulu asal usul berita, letakkan link sumber di mana anda dapat berita itu dan jangan terus buat andaian yang ianya tepat atau bohong, just cakap mungkin benar atau tidak kerana kita sendiri pun tidak tahu kesahihan dan berada sendiri di tempat kejadian. Peringatan ini bukan untuk orang lain sahaja tapi termasuk aku juga.
  • Isu ini bukan isu politik tapi isu aduan seorang ibu dan kelemahan pengurusan pihak sekolah. Adakah bila blogger dan ahli parlimen pembangkang mengutarakan isu ini maka dikatakan mereka mahu mempolitikkan isu ini? Adakah hanya mereka yang pro-kerajaan sahaja yang layak membuat aduan, mengkritik atau highlight apa2 isu yang berlaku dalam negara, tetapi tidak bagi mereka yang pro-pembangkang malah dikatakan hanya mahu mempolitikkan suatu isu semata2? 
  • Kes ini sebenarnya bukan masalah apa sangat pun. Ia hanya sebuah isu di mana seorang ibu bukan Islam tidak mahu anaknya makan dalam bilik persalinan yang diubah menjadi tempat makan kerana kantin sedang diubahsuai. Simple as that. Bukan isu politik, isu perkauman atau isu keagamaan.
  • Cara aduan ibu tersebut mungkin tidak sesuai dan boleh disalahtafsir berniat jahat, dan aku harap juga ibu tersebut dapat meminta maaf dan menyatakan maklumat sebenar mengenai isu ini kerana dia yang mulakan segala tohmahan dan tuduhan ini dengan mengekploitasi situasi dan cuba memberi persepsi buruk terhadap Islam dan bulan puasa. Di harap pihak berkuasa perlu juga mengambil tindakan dan siasat wanita tersebut.

    Tapi aku juga tak faham kenapa ada yang beriya2 mahu mempertahankan tindakan sekolah tu menyediakan ruang makan di bilik persalinan, sedangkan Timbalan Menteri Pelajaran sendiri pun telah mengeluarkan kenyataan yang walau kantin sekolah sedang diubahsuai sekalipun, pihak sekolah seharusnya menyediakan tempat makan yang lebih elok dan selesa, bukan di dalam tandas, atau bilik mandi, atau bilik persalinan. Kalau pihak sekolah rasa tindakan mereka betul, Kementerian Pendidikan pasti akan keluar kenyataan yang membela tindakan mereka.

    Yelah memang bilik mandi tu dah ditukar jadi tempat makan dan bukan tempat kotor, tapi secara fizikalnya ia tetap bilik mandi, dan kita tetap tak boleh ubah hakikat yang ia sebenarnya bilik mandi yang pernah digunakan untuk mandi manda dan menyalin baju suatu ketika dahulu, malah bersebelahan pula dengan tandas. Bayangkan bilik mandi kat rumah kau, kau cuci bersih2 letak minyak wangi bergelen2, lepas tu letak meja makan dan makan minum dalam tu, rasa2 selera tak?
  • Sekarang cuba bayangkan kita terbalikkan pula situasi ini, di mana ada gambar 5 6 orang pelajar sekolah berbangsa Melayu yang belajar di sekolah Cina atau Tamil, sedang makan di sebuah bilik persalinan yang telah diubahsuai menjadi tempat makan kerana kantin di sekolah tu sedang dibaik pulih, rasa2 apa pula reaksi kita?




tags: budak murid pelajar bukan melayu islam muslim india cina dipaksa makan minum di tandas bilik air persalinan mandi sepanjang bulan ramadhan puasa ubahsuai kantin ruang sekolah kebangsaan seri pristana sungai buloh puncak alam ibu komen facebook status guneswari kelly kontroversi amenoworld mazidul akmal sidik cerita berita isu kes insiden sebenar aduan bau busuk harum reaksi gambar guru besar ambil tindakan siasatan tiada orang berak kencing racist  

98 ulasan:

  1. mazidul butthhurt dengan amenoworld pesal?

    btw aku sokong kj. otak cikgu cikgu aka pentadbir kat sekolah tu takleh fikir tempat yang lebih better ker for replacement kantin yang masih under construction tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah. pagi2 datang lah period dia

      Padam
    2. Kalau tengok sekali imbas lebih kurang dapur je sebelah ada tandas.. :)

      Kudos untuk Mazidul yang pergi siasat carik fakta dari blogger2 yang butthurt tak tentu pasal..

      Mak budak tu kata sebelah tandas busuk? Mazidul pergi sekolah tu ada bau busuk dak?

      Hmm sebenarnya ramai dok kata tak elok makan sebelah tandas etc. HEBAT HEBAT.. :)

      Tapi ORANG ISLAM ni tak pulak bersuara bila BILIK SOLAT/SURAU tempat mereka mengadap tuhan mereka diletakan disebelah tandas di shopping2 kompleks dsb..

      Kesihatan Jasmani je nampak kesihatan ROHANI tak nampak ek.. Lama dah kan..

      Padam
    3. anon 9:00 PG

      x sangka kat dapur ada shower ya.kat dapur rumah kau mesti ada jamban sekali kan?

      tak pernah pulak aku tgk shopping complex & tempat2 lain ubah bathroom jdkan bilik solat/surau. kalau ada,aku rasa kau org pertama yg pergi buat demo dpn shopping complex tu

      Padam
    4. aku rasa mazidul yang butthurt tak tentu pasal. ameno world just dedahkan masalah student kat sekolah tu. kalau tak blast kat interent sure pihak sekolah buat relax tak bersalah. dan yang penting adalah point utamanya tempat makan yang tak proper tidak disediakan pihak sekolah. KPM tak setuju dan arah tindakan di ambil. get it? tak perlu nak justify makan dalam restroom, toilet, bilik mandi tu semua is ok dengan gambar cikgu cikgu makan kat dalam tu. gambar2 tu bukan hujah yang membenarkan tindakan pihak sekolah ok.

      oh ya, bab surau sebelah tandas satu hal. kalau surau di shoping kompleks di buat dalam toilet yang tak diguna lagi tapi masih ada bowl tempat kencing rasa-rasa ok tak?

      Padam
    5. Ala dapur aku sebelah tu ada tandas ada shower..
      Takda masalah pon sebab semingu sekali cuci bersih..
      Bukan makan DALAM tandas..

      Mungkin rumah korang atau design rumah sekarang tandas jauh dari dapur tak tau la kot.. Tapi aku rasa kebanyak rumah dapur dia bersebelahan tandas.. dengan washing machine bagai etc..

      So ada masalah ke? Kalau ada masalah kita kena ajukan dekat kontraktor dan orang jual rumah jangan buat tandas dekat dapur.. busuk dan tak elok untuk kesihatan.. lol..

      Tapi bab busuk aku setuju.. kat sekolah sebab selalunya tandas sekolah ni busuk2.. So memang tak sesuai la bagi makan kat tempat busuk..

      kalau busuk tu kena cuci bagi bersih la..

      Padam
    6. core value yang kita kena faham. kalau kita pengotor jangan anggap orang lain juga pengotor. kalau kita kaki hisap rokok, kaki makan dalam toilet, jangan anggap orang lain pun sama macam kita.

      Padam
    7. ko duduk rumah hari2 mmg la ko xde rasa masalah sbb ko tau dapur & tandas ko tu bersih,mungkin sbb ko cuci tiap2 hari. tp ko sanggup ke tgk anak ko makan dlm bathroom kt sekolah? ko mmg boleh jamin ke kebersihannya? tiap2 hari ke ko dtg sekolah check bathroom sekolah anak ko bersih? ko rasa hygiene ke makan dlm bathroom tu?

      bak kata noob kat atas, cuba ko bygkan ko antar anak ko pergi belajar sekolah cina,lps tu diorg suruh anak ko makan dlm bathroom, atau jadikan bathroom sbg surau utk anak ko solat kat situ sbb xramai org Islam kat sekolah cina, agak2 ko buat demo x depan sekolah tu?

      Padam
    8. Mecha, aku ni memang berkira bab kebersihan..

      Lupa la mecha ramai orang pengotor rupenye kat Malaysia ni patut la kecoh bagai.. memang yea la kat sekolah kat surau masjid pun tandas berbau busuk..

      Alhamdullilah kat rumah aku ok je..

      Ramai dah orang datang makan rumah aku OK aje.. Aku pon ramai saudara dan kawan-kawan mulut laser.. kalau tak puas hati direct je sound..

      Masalah bukan la makan kat mana tapi KEBERSIHAN kan?

      Padam
    9. hahaha..

      Kalau tandas taraf hotel takda masalah kot.. makan sebelah tandas kadang tak perasan sebalah tu tandas sebab takda bau..


      lol.. So MAJORITI orang Malaysia ni PENGOTOR..

      Padam
    10. yup. memang kebersihan tu utama. kebersihan kat sekolah ni faham2 jerlah. selain bab kebersihan, point utama yang parent tu nak highlight adalah place tu. tak sesuai. even dalam islam pun ada ajar toilet dan seangkatannya pot syaitan lepak kan?(betulkan aku kalau salah). takkan kat situ jadi tempat makan? setakat ni ada tiga toilet paling bersih aku pernah masuk. airport changi, sutera harbour kk dan royal chulan. paling top skali royal chulan kot. bukan setakat lantai kering, sink bowl pun di lap kering oleh cleaner yang stay dalam tu mabye 24hour. tapi tak pernah terlintas kat kepala otak aku nak makan kat dalam tu even baunya wangi dengan aromaterapi steam.


      #mecha

      Padam
    11. Sape suruh makan dalam tandas Mecha.. lol..
      Sape yang buruk sangka ni?

      cuba bersihkan kepala kau puasa2 ni..

      Padam
    12. Kalau perasan gambar sinki tu tiles orang sangka murid ni makan DALAM tandas lol..

      Pintu tu macam tandas tapi actualy shower aje..


      Mari kita pergi sekolah tu tengok

      Padam
    13. Mecha ni pon pening macam orang lain..
      Orang cakap makan sebelah tandas dia kata makan dalam tandas lol..

      Padam
    14. soalan akhir kau aku jawab dengan dia orang diam je tak berani nak bersuara, serius nya orang melayu memang lembut hati. atau takut anak akan jadi mangsa keadaan nanti

      Padam
    15. Yea bukan makan je semua benda sebelah tandas harus dijauhkan..

      Ini cukup biadap dan tak bermoral.. termasuk la surau tempat mengadap tuhan takan buat sebelah tandas..

      Tak sensitif betul orang Malaysia ni

      Padam
    16. yg penting ianya tak sesuai tapi kes ni takde kaitan dgn isu racist pun seperti yg dikhabarkan....

      Padam
    17. @anon

      takda peningnya. aku punya stand dari awal jelas. hygiene tu penting. aku tak terima bilik salin baju bersebelahan tandas di jadikan tempat makan. apatah lagi makan dalam tandas. nonsense. aku takkan makan kat situ atau biar anak aku makan kat situ. meleis silalah balajar jadi bersih skit. cakap bab islam juara no.1. bab kebersihan nampak macam non muslim lagi pandai jaga.

      #mecha

      Padam
    18. tu bukan tandas yang ada mangkuk tandas.. tu shower/bilik mandi.. tak de pun mangkuk tandas kat situ. korang je yang komen sambil tokok tambah cerita sebenar.. btw shower pun busuk juga ke? mesti budak2 ni kencing dalam shower.. yela, sambil mandi sambil urine kan.. eee yuck!

      Padam
    19. Pening giler la orang cakap makan sebalah tandas dia kata makan dalam tandas tak ke bengong.. :)

      Padam
    20. Senang pi ajer la sekolah tu tengok sesuai ke idak..

      Bulan posa ni nak tegakan benang basah pulak..

      sudah sudah la bawak banyak berzikir lebih baik..

      Pengetua tu pon dah disiasat..

      Padam
    21. Saya rasa takda isu pon tapi mungkin minda sebahagian besar orang Malaysia telah dicap begitu.. fobia bila orang cakap makan DALAM TANDAS lebih lagi nampak macam dalam tandas..

      Tapi betul ke itu tandas atau hanya bilik persalinan? dan bagaimana taraf kebersihannya?

      Saya rasa kalau makan disebelah tandas suatu isu besar.. mungkin kita kena patut rumah-rumah sekarang dapur yang ada tandas.. atau lebih penting lihat hospital kerajaan dan swasta lebih-lebih lagi bilik single siap ada tandas dalam bilik tu.

      Orang sakit mana perlu penjagaan rapi dan makan diselah tandas suatu yang boleh menjejaskan kesihatan buat orang yang sedia sakit bukan begitu..

      Padam
    22. aku tak setuju dengan penempatan tempat makan sementara di bilik persalinan yang dibuat oleh pentadbiran sekolah tersebut.

      namun, ku TAK rasa kebersihan di bilik persalinan yang tampak bersih itu benar2 di tahap membimbangkan. barangkali pandanganku ini datang dengan pengalaman pemerhatian aku terhadap org2 bermakan minum di dalam bilik persalinan gimnasium True Fitness.

      Padam
    23. alhamdulillah. esok budak2 sekolah sri pristana boleh makan di kantin sekolah semula. ini pentingnya peoples power. kalau tak blast di internet sampai hujung tahunlah budak-budak tu makan dalam toilet. ops sori...dalam bilik mandi. dan takdanya menteri nak bagi rm10k.

      oh ya. kalau ruang kantin masih tak cukup, rasanya boleh kot bilik makan guru di bagi kepada budak-budak, dan guru berpindah ke bilik mandi untuk makan sebagai ganti. tengok gambar macam enjoy jer. haha

      Padam
  2. tolak ketepi soal rasis atau politik..
    sekarang ni pihak sekolah kenapa bengap sgt tak leh fikir tmpat lebih sesuai..
    beli kanopi ker??
    pkai dewan exam ker??
    tak kan semua tu tak der?
    tgok dari luar nmpk mewah sekolah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. right? ni nak pasang kanopi pun berkira, konon nak avoid additional cost... aiyoo kamon la, jangan berkira sgt untuk benda2 baik yg ada long term benefit... dewan exam maybe dorang takut jd messy ke ape kot, atau mungkin tak nak spend on cleaning the hall (again, berkira)... kalo aku la, dari kena makan dlm bilik persalinan/mandi, aku prefer gi cari port lepak bawah pokok atas rumput lagi, hampar paper, pastu makan ala picnic... better environment ^^

      Padam
    2. Ko ni ahli PIBG ke tau semua benda?
      Ada anak sekolah kat situ sekurang-kurangnye?

      Padam
    3. Aku rasa dia buat kat situ sebab ada sinki mudah la bebudak nak basuh tangan

      Lagipun bilik persalinan bukan la tandas ada shower je bukan tandas bowl..

      nak buat tepi tasik padang masalah lain pulak nak sediakan peralatan..

      Padam
    4. aku ramai kenalan dan sedara mara cikgu cikgi la dik non, cerita asik pusing2 pasai mslh budget je... takyah la nak rasa aku tau semua benda wahai cik/kak anon ye?... takyah nak butthurt ^^

      Padam
    5. mana ko nak tau ko takda anak lagi plain oii

      Padam
    6. cikgu takdanye nak cerita pasal bajet sekolah..
      peruntukan gomen kena potong ada kena hantar balik..
      tusyen yuran murid

      Ni semua guru besar pibg tau le.. tak caya ko pi la join PIBG jadi ajk pibg tengok camna komuniti kau mak bapak semua memang pandai cakap aje.. bajet rm100 pon berkira tapi duit singit pun susah nak bagi..

      Takat geng cikgu takdanye nak ambik kisah duit ni kecuali la cikgu tu guru besar pegetua atau ajk PIBG kena bayar duit letrik duit api air.. dulu memang gomen tangung lepas tu sekolah kena carik duit sendiri bayar sendiri.. bukan semua kerajaan tangung..

      banyak senornye masalah sekolah belum masalah murid jadi tak perlu la nak buthurt macam ko ada geng ecikgu kau tau semua dalam sekolah..


      Padam
    7. Saya cadang dan sokong plain ganti pengetua sekolah ni supaya murid2 ni dapat makan di tepi pokok/padang yang permai.

      Padam
    8. kesian, mentality tak boleh terima pendapat org lain, bajet semua cikgu takde yg nak sembang psl mslh budget, depa pon ada anak2 jugak weh... lol sukati ko la mak anon, asalkan ko bahagia~

      nak biskut?

      Padam
  3. lg kelakar bila ada sesetgh pihak yg pertahankan tindakan pihak sekolah dgn alasan,kt rumah dia pun meja mkn berhadapan toilet.xde masalah pun nk mkn.
    Hanya kerana ko pengotor jgnlah nk anggap sumer org pun pengotor mcm ko.
    cuba la kene kt ank sendiri.Dan dan tu jugak gi berdemo dpn sekolah.
    ini bkn soal politik atau perkauman tp soal kebersihan.betul kata noob..isu simple jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap tu..

      Sebab orang pembersih la bukan pengotor..

      tak tau la tandas rumah ko busuk dan buruk macam kebanyakan sekolah.. lol.. Sape pon tak lalu nak makan..

      Padam
    2. mengaku pulak kebanyakan tandas sekolah busuk dan buruk,lg mau makan dkt tepi tandas...tipikal umno meleis...suka putar belit ayat tp last2 nampak cam bangang... dan tambah perkataan lol utk nampak cool

      Padam
    3. lol sekolah korang yang busuk sekolah aku ok je.. lol

      mungkin murid2 dia tak beradab

      Padam
  4. Bentang ja kain picnic kotak merah kat padang bawah pokok rhu yg mmg sinonim dgn byk skolah di malaysia pastu jom minum dulu. jgn lupa kfc skrg da ada delivery. kalo tmpat anda xde maksudnya kena order mcvalue komunis burger.

    BalasPadam
  5. alahai sekolah ni kenapa pandai sgt jadikan tmpt makan kat dlm bilik mandi tu. aihh.. cuba la letak kat tmpt elok sikit. nampak sekolah tu mcm bagus aje, takkan tmpt elok sikit untuk makan pon tak ada? haihh..

    BalasPadam
  6. Bersyukur lah kita dpt mkn. dkt afrika somalia kanak2 terpaksa bakar tanah liat utk di jadikan biskut n mnum dari sumber air sungai yg kotor.

    Disyria palestin kanak2 mkn dlm keadaan ketakutan bersama bedilan peluru..

    Mohon yg komplen kuat keluar dari malaysia duduk india baru ko tau bersyukur nikmat dpt mkn..

    Walaupun mkn dlm jamban, bersyukurlah malaysia masih aman. sila berterima kasih kpd BN ! hewhewhew..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh ye aku terlupa si hindu ni bukan tau apa itu nikmat n bersyukur. dan bleh query can plak Ur Allah accept this?

      Donia donia..

      Midnite

      Padam
    2. smnjak ko da kawin ni komen2x ko mkin cm haram..
      dh ad mslh rmh tgg ke?

      inb4,ads ak ksh?

      Padam
    3. Apa yang aku nampak, MIdnight cuma sarcasm je..pandangan aku la..

      Sepatutnya, mak bapak xboleh la terus sebar, ada baik bincang/tanya dengan pihak pengurusan. kalau xde respon baru la boleh bertindak lebih sikit..

      Padam
  7. Oke jek , kalau tandas tu dah lama tak digunakan , dan tidak berbau .
    lagipo nampak cam bersih jekk .. But , memang dah tak de tempat lain ke ?
    yang lebih selesa .. -.-'

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok dik sila makan dlm tandas rumah adik ya...

      Padam
    2. setting macam tandas tapi bilik persalinan ada shower jek la..
      kalau tandas geli juga kot nak makan kat situ hahaha..

      Padam
  8. Bukankah budak melayu sekolah rendah bukannya puasa sangat pun. Aku ingat lagi memori zaman dulu budak tahap 1 akan makan di kantin, budak tahap 2 akan pira pura macho berpuasa. Rmt pun ada bagi budak makan. Budak malay tak puasa makan di mana?

    Kan? ke zaman sekarang budak sekolah dah wajib puasa?

    Bukan guneswaran tu tahi budak budak kena puasa ke idak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian budak2 tu kena tahi guneswaran

      Padam
    2. guneswaran berak kat situ

      Padam
  9. non muslim - muslim??
    sek kebangsaan = MALAY school?????
    ur ALLAH??????
    setiap kaum akan ada hardcore racist punya org

    BalasPadam
  10. oh lepeh lepeh.. sik abis2 isu lepeh..

    BalasPadam
  11. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=636659976368101&set=a.406192972748137.99738.136509306383173&type=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html

      Padam
    2. your opinion about this issue my dear???

      Padam
    3. https://www.facebook.com/ILOVETUNM/posts/528952617176553

      Padam
    4. neutral. aku bosan tengok keyboard warriors dok share, mengutuk, buat meme gambar etc. biasa la meleis.

      bila orang dah pegi visit and cakap tempat tu bersih, wangi, etc, diorg tetap gak ngan pendirian diorg, cakap x patut pakai toilet walaupun bersih sekalipun.

      bila org cakap bilik persalinan, diorg tanya xde tempat lain ke? classroom ke library kan boleh?

      bila orang explain bilik tu dekat ngan kantin,senang nak access, budak2 nak masuk pun kena tanggal kasut, library jauh (berbau la kalo makan dalam library). kelas? memang dr zaman aku sekolah pun budak2 tak digalakkan makan kat kelas. waktu rehat nak duduk dalam kelas pun pengawas halau. dalam bilik tu siap ada sinki etc etc.shower cap pun diterbalikkan, papan tanda melarang bbdk berak kencing dalam tu. macam2 orang dah explain, tapi si meleis ni tetap cakap "tak hygenic la, x sesuai la, x bersih la." kalau korang memang tak boleh terima explanation and tetap mengutuk, why dont korang gi visit tempat tu and pastu, segala share about pengalaman korang dan pendapat korang secara automatik akan jadi VALID. sebab korang dah berada kat situ kan? ni setakat baca2 pastu nak jadik hero dok share komen2 penat aku baca.

      fikir la sikit, benda2 camni bila jadik viral akan menyusahkan banyak pihak. selagi tak confirm benda tu fitnah atau betul, jangan la jaja ke sana sini.

      tapi bila aku bagi pendapat camni, akan ada orang cakap, "eh, benda2 camni kena share. baru la pihak berkuasa akan ambil tindakan."

      kalau kau betul nak pihak berkuasa amik tindakan, gi la repot sendiri. bukan share dengan harapan orang lain yg lagi rajin pegi tolong repotkan.

      ade sekali aku tengok ada minah ni dok share cakap ade minyak babi ke ape tak halal dalam satu produk ni. kawan dia komen bgtau "aku dah call jakim, benda yang ko share ni x betul." siap membe tu bagi link jakim sekali. tau ape minah tu reply? "tak apa.. biar orang berhati2..bila kita share menda camni, orang akan berhati2." waklu. ko share specific produk, orang akan berhati2 ngan THAT specific produk bukan produk2 lain.

      yes, betul la apa ko buat tu, niat kan menghalalkan cara.

      Padam
    5. Biasa la Hime kat rumah diroang pon tandas dekat je kat dapur..
      Bila bab mengutuk no 1.. lol

      Mungkin sebab sekolah diaorang tandas busuk tak macam sekolah ni.. :) So minda diaorang cakap tandas semua sekolah ni musti busuk.. lol..

      Padam
    6. sokong hime s.. dari picture pun dah nampak bilik ni berkilat bersih.. ok la, after ni aku nak complain la kat majlis daerah or apa2 badan, aku nak suruh developer tukar design rumah aku, ada ke patut ruang makan bersebelahan dengan tandas/bilik air.. aku punye la beli mahal2 mr muscle, cuci bersih2, sembur febrese wangi2.. tapi at the end, orang tengok pic ruang makan aku kat fb/blog then dorg2 kutuk "yerkk, tak seleranya makan kat rumah ko ni.. ruang makan kat sebelah tandas! kotor la.. blablublurk"

      Padam
    7. rumah ko kotor ko punya problem..ko dengan anak beranak ko jer yg makan. tapi jangan plak nak ajak orang lain makan sama tempat kotor rumah ko. lol

      apa punya analogi da..

      Padam
    8. Tangkap gambar dapur jangan tunjuk tandas.. atau cover tandas tu..

      Isk lepas ni aku taknak pergi atau makan kat dapur orang yang ada tandas.. yuck..

      Padam
    9. anon 11:47 baca guna bontot kot.. kan aku dah cakap, aku dah basuh bersih2 tandas, dah sembur wangi2.. so still kotor ke tu? owh yela, ko kan pembersih sangat2.. orang paling bersih dalam dunia.. sampai taik hidung pun x de sebab setiap saat dok korek bersihkan.. then ada aku ajak orang makan kat rumah aku ke? aku just tempek gambar tempat makan aku kat fb/blog je kan?? aku tak ajak pun orang yang baca statement orang lain guna bontot datang makan sekali kat rumah aku.. tapi sayang nya, korang dah judge awal kotor hanya daripada melihat gambar dan kedudukan sebelah tandas!

      Padam
    10. hime s.. tak merepak la.. just nak bagi tau.. manusia ni suka kalau dah judge awal KOTOR hanya daripada melihat gambar dan kedudukan sebelah tandas!

      Padam
    11. Jangan salahkan mereka mereka tak pernah masuk HOSPITAL.

      Kalau masuk hopital kelas 1 bilik VVIP sekalipun ada tandas sebelah katil tu.

      Tak pulak hospital tu kena saman sebab letak tandas dalam bilik.

      p/s:Upgrade la minda jangan jadi minda kelas ketiga..

      Padam
    12. Ko kencing pun berdiri ada hati nak cakap kebersihan

      Padam
    13. Tanpa Nama24 Julai 2013 2:03 PTG ni mengendap orang kencing ke?

      Fuh sib baik dia tak ngendap aku

      Padam
    14. ok lepas ni sekolah suruh anak kau makan dalam bilik air yg takde mangkuk jamban yg dah dicuci bersih sebersih2nya, jgn komplen apa2 ya... terima sahaja ok. oh ya bersyukurlah budak2 sekolah masih dpt makan dlm bilik air kalau nk dibandingkan dgn budak2 somalia tu, jgn kata makan, nak berak pn xboleh nak berak kt tandas sbb takde tandas

      kita nak berak pun ada tempatnya,nak makan pun ada tempatnya,bukan dlm bilik mandi/persalinan watever

      Padam
    15. sbb byk sgt sarcasm, aku dah lost track -_-

      Padam
    16. hahah biasa la Hime..

      Sorang lagi butthurt..
      Orang cakap makan sebelah tandas dia cakap makan dalam tandas.. lol..
      Gile mereweng puasa2 ni

      Padam
    17. hmmm perlukan beberapa pandangan doktor (yang mana ku rasa akan sedikit memihak kepada golongan pentadbiran sekolah ni) untuk redakan kekeliruan rakyat.


      Dari hime "kalau kau betul nak pihak berkuasa amik tindakan, gi la repot sendiri. bukan share dengan harapan orang lain yg lagi rajin pegi tolong repotkan."
      hahaha ini satu peringatan untuk diri aku jugak nih (serta org lain), zaman mentah aku kadang-kala suka mengadu domba, tapi usaha utk selesaikan masalah tu kurang.


      aku tetap dengan pendirian aku bahawa makan didalam bilik persalinan di sekolah itu tak lah seteruk yang orang luar sekolah sangkakan. Malahan gerai2 tepi jalan lebih teruk tahap kebersihannya.

      namun tak bermakna pentadbiran sekolah itu boleh tutup sebelah mata dengan tak mahu belanja lebih untuk sediakan tempat makan yang bersesuaian dipandangan mata orang pembersih.

      Padam
    18. Kalau ikut berita persetujuan telah dapat dicapai dalam mesyuarat PIBG

      Makcik (India)) ni tak pergi mesyuarat PIBG la ni..

      Kata dari Januari dah pakai takan bulan puasa (Julai) baru nak kecoh tak pernah pergi ke sekolah makcik ni..

      lepas tu kecoh pulak kat FB alahai mak bapak sekarang..
      Pergi PIBG taknak asik nak salahkan sekolah aje..

      Nak bagus2 bagi la duit banyak2 kat sekolah.. suruh cepatkan proses pembaikan kantin..

      Dari pengalaman aku la ramai mak bapak bagi alasan nak pergi mesyuarat PIBG tapi kalau bantuan rm100 tu boleh pulak muncul walau hari bekerja.. adeh..

      Padam
    19. aku suka sgt komen hime s.... biasa la manusia ni... kalau dia dah tak suka tu... semua benda dia akan nengok dari sudut negatif je...

      Padam
  12. :-) fb bagus untuk dijadikan alat ugutan kalau sesuatu isu yg boleh setel dilengah2kan kesetelannya..ada terbaca yg puan kelly ni dah ada adukan pada pihak sek tapi tak diendahkan..

    again, simple isu tapi sebab ada beberapa perkataan dalam komennya yg xsesuai menampakkan ianya jadi mcm isu agama, kaum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,aku rasa punca masalah ni adalah perempuan india yg dok jaja cerita xbetul kat fb.sebenarnya bkn isu besar pun,boleh je dia nak komplen kat pengurusan sekolah secara direct atau highlight dlm mesyuarat pibg. perempuan tu boleh didakwa dgn akta hasutan kerana sengaja membangkitkan ketegangan antara agama...

      Padam
    2. Pemikiran dan persepsi yang tandas kat malaysia ni busuk2 buruk mengundang persepsi buruk kat sekolah ni :)

      Padam
    3. Dari Januari lagi dah bebudak tu makan kat situ.. cuma makcik india ni post dalam bulan posa.. sebab anak dia makan kat situ hahaha..

      Tapi majoriti rakyat malaysia nih sudah disuapkan dengan tandas kotor busuk berbau dan sebagainya maka fobia la..

      Nampak tile sinki ada iras2 tandas terus terbayang dalam kotak fikiran mereka tak sesuai makan DALAM tandas..

      Padam
  13. Sebnarnya lebih mcm isu minion mcd la... diorg ni bkn tak boleh tolak ansur pun, sbb bkn tok bkn islam je, org islam pn ada yg makan... jgnla dipebesarkan isu ni dgn kaitkan islam dn bulan Ramadan... aggapla ini sekadar salah pengurusan tidak ada kaitan dgn agama atau bulan ramadan... tapi byk yg kaitkan dgn islam dan bulan Ramadan kenapa... tak puas ati maklum pada pengurusan sekolah, tak pun ke PPD, tak pun ke pejabat negeri... kan senang dr duk bising2 kat fb dn kaitkan perkara yang tak sepatutnya... masalah mentaliti orang malaysia dan orang kafir camtula, suka kaitkan yang bukan2 dn kita org islam duk angguk saja.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda ni berlakud ari Januari lagi.. lol..
      tapi meletup dalam bulan posa..

      macam pihak sekolah ni menganiaya orang bukan Islam pulak.

      Selama ni mak bapak tak ambik kisah ke?

      adohai

      Padam
    2. X penat ke asik ulang2x komen yg lebih kurang sama?

      adohai

      Padam
  14. puiii la noob backup pembangkang lantak la,

    BalasPadam
  15. kes dah settled..tak payah bising2 laa ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la orang fobia makan dalam tandas lol..

      Dah settle?

      Jom kita solat dhuha.. berzikir dan baca Quran..
      Semoga kita mendapat kenerkatan..

      Padam
    2. apa keputusan?

      Padam
    3. Dah settle dalam PIBG dulu
      Makcik tu tak pergi mesyuarat kecoh je lebih..

      Padam
  16. dah jadi isu baru konon berduyun2 nak berbuka di sana...kan itu lebih menunjukkan kebodohan...

    BalasPadam
  17. http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/guru-besar-pertahankan-tindakan.html

    BalasPadam
  18. mmglah perempuan keling tu kurg ajar tuduh kata pelajar bukan islam diasingkan makan dlm bilik air masa bulan puasa, tp yg peliknya jugak kenapa korang beriya2 mempertahankan sekolah tu,sdgkan timbalan menteri pendidikan, menteri belia dh suruh sekolah tu sediakan tmpt makan lain yg lebih elok? korg ni nak mencacai pd siapa sebenarnya??

    BalasPadam
  19. Takan la cikgu tak perihatin pasal kebersihan segala.. Nama baik sekolah weh..

    Kalau nak bagus pi sekolahkan anak kat sekolah yang high class la..

    BalasPadam
  20. Bercakap pasal tandas ni..

    Ironinya kebanyakan rumah ada tandas dekat dapur dekat bilik tidur pun ada.
    Patut la orang sekarang banyak tak sihat mental dan fizikal.

    Orang dulu-dulu letak tandas jauh di luar sampai nak membuang pon kena tahan hahaha.. Patut la orang dedulu jauh lebih sihat dan kuat.


    BalasPadam
  21. Uhuhu aku rasa makan dkt kdai mamak lagi pengotor dari mkn lam blik mandi. xpecaya cuba tgk filem roti canai secret ingredient di fb. most of kdai mamak ambil pkerja asing...

    Tu lum masuk warung dtepi jln yg makanan dh bcampur dgn debu2 yg dibawa oleh lori dan kereta...

    Bg aku masala ni masalah kecik je xperlu nak diperbesarkan. boleh setel secara personal.. saja je nak buat havoc dkt intenet..

    Kantin tu pun sebelum puasa dah renovate. so disini kalu ikut logik murid2 melayu pun pnah makan disitu. dan aku xpikir murid2 sekolah rendah melayu darjah 1 darjah 2 bpuasa direct 30ari. saja je amik gambar non muslim yg tgh mkn utk mencipta situasi keteganga kaum..

    In b4 yg aku tulis dkt atas hanya lah sarcasm kpd org atasan termasuk cikgu besar yg merupakan seorg macai. xprlu burthurt atau konekhurt sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa la kan.. Autie tu baru pertama kali pergi sekolah agaknye tak tahu langsung perkembangan kat sekolah apalagi nak menghadiri mesyuarat PIBG. Sesekali jengah anak tengok anak makan dalam bilik macam tu.. yeala biasa makan kat kantin.. So shock, walau bekas tempat persalinan tu bersih siap ada sinki semua.. tapi setting dia ada iras-iras bilik air@tandas.

      Mak Ayah tu jengah2 la anak-anak kat sekolah kot2 la anak kena makan dalam tandas hohoho.. Kena ambik tahu persekitaran sekolah perkembangan sekolah sebab anak-anak ni kebanyakan masa kat sekolah. Tak puas hati bincang dengan pihak sekolah usulkan dalam mesyuarat PIBG dan sebagainya.

      join dan gerakan persatuan yang ada dalam membantu sekolah kalau nak harap cikgu saja memang tak menang tangan tu ada dua tiga kes cikgu terlupa bawa anak dan tertingal anak dalam kereta sampai meningal anak. kesian cikgu cikgi ni banyak sangat kerja dengan mesyuarat dengan prestasi murid nak kawal didik berpuluh, beratus murid akhirnya keluarga terabai.

      Padam
  22. Kalo korang perasan dlm bulan posa ni.mcm2 hal. dl kes babi 2ekor alvivi skrg si keling ni lak buat hal. nape x havoc sebelum bln posa kasi tunjuk semua bangsa makan dkt situ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan kalau korang perasan jugak... dlm blog mazidul tu... isu2 sebelum ni... amat kurang non-muslim ni komen... tapi cuba nengok masa mula2 isu ni keluar... berduyun2 diorg masuk situ hentam.... nampak tak camne permainan diorg ni...

      Padam
    2. read bean army?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.