Halaman

Rabu, 10 Julai 2013

Didik jiwa dan suburkan iman di bulan Ramadhan

Sempena bulan puasa ini, penyanyi lagu2 berunsur Islamik antarabangsa iaitu Maher Zain telah menerbitkan lagu terbarunya yang bertajuk Ramadan, malah ada dalam versi bahasa Melayu juga.



Macam biasa, bila ada artis luar yang menyanyi lagu dalam bahasa Melayu, pasti akan menimbulkan ketidakpuashatian dan kebutthurtan segelintir orang2 Indonesia sehingga menyebabkan pergaduhan dan perbalahan di ruangan komen.


Tapi aku percaya yang berperangai macam tu cuma budak2 muka jambu K-Pop mintak penumbuk yang tak matang lagi, sama la macam kat Malaysia pun ramai lagi budak2 baru nak up yang tak boleh fikir secara rasional. Aku percaya ada ramai je orang Indonesia yang berfikiran matang dan bijak.


Apa2 pun dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, aku mungkin akan kurang tulis artikel panjang2 dan hanya update atau share something yang ringkas2 je sebab masa pun mungkin tak mengizinkan aku untuk tulis panjang2.

So aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam terutama kepada para pembaca Buasir Otak yang dikasihi sekalian. Semoga kita sama2 dapat mendidik jiwa dan suburkan iman kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.




* Sampai sekarang masih ramai lagi orang forward dan share hadith mengenai doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan kat Facebook, Twitter, Blog, SMS, Whatsapp dan lain2 media sosial. Masalah orang kita ni suka sangat main share dan forward sahaja apa benda yang diorang baca atau terima tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan - Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah S.A.W., dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Untuk yang belum tahu, hadith di atas adalah palsu berdasarkan satu hadith lain yang hampir sama, so mohon stop dari sebarkan. Boleh rujuk link2 berikut untuk kepastian atau tanya ustaz2 yang boleh dipercayai:

Sama juga dengan hadith yang menyatakan fadhilat dan kelebihan solat terawih bagi setiap malam seperti berikut:
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Dan seterusnya sampai malam ke-30, juga adalah sebuah hadith palsu, boleh rujuk di link berikut:

So lepas ni, kalau nak sebarkan apa2 berkaitan agama, selidik dahulu dan pastikan ianya daripada sumber yang sahih.




tags: lagu maher zain baru new song ramadhan ramadan al mubarak english bahasa malay malaysia melayu indonesia indo version versi lirik lyric download mp3 torrent gaduh bangsa serumpun hadith hadis palsu daif dhoif dhaif maudu' doa malaikat jibril jibrail minta maaf fadhilat kelebihan solat sunat malam terawih tarawikh tarawih tanya ustaz soal jawab kemusykilan agama uai azhar idrus kelebihan bulan puasa ibadat tips tambah amalan

14 ulasan:

  1. Indonsm ada je xpuashati. perangai melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. diaorg ni tak tahu sejarah ke? istilah indonesia tu datang dari org inggeris pada abad 18. istilah melayu dah ada sejak abad ketujuh.




      sumber : wikipedia. kalau lah DBP boleh jadi sumber rujukan yg mudah untuk kita..

      Padam
  2. Saya Suka dengan Ayat ini :

    "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia. Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.." ( Terjemahan Al Baqarah, ayat 185 )

    Pengajaran : Selalunya Ayat-Ayat yang berkait dengan IBADAH, Allah akan jelaskan melalui Hadis Qudsi, disertakan Guru untuk membimbing kita iaitu Nabi Muhammad SAW bagaimana cara-cara yang betul utk berIbadah kepada Allah..

    p/s : Jangan lupa bersahur ya.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sahur takpe Lyn..
      Jangan lupa berniat sudah.. :)

      Padam
  3. selamat berpuasa utk en noob & rakan2 follower. semoga
    blog ni akan terus sukses sokmo..

    BalasPadam
  4. salam PON n readers smua^^ dkesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan pd smua umat islam smua ~

    -m84, kb brunei-

    BalasPadam
  5. dah sahur ke bolom?? sahur2 apa pun Allah S.W.T. boleh bagi lebih dari apa yg kita xdpt bayangkan ur mm

    BalasPadam
  6. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada geng2 Buasir Otak dan blogger2 serta kaum muslimin dan muslimat sekalian...Marhaban ya Ramadan.

    BalasPadam
  7. bila orang suap ilmu, kena kunyah2 dulu..bila ada duri dibuang..jangan main hadam je..

    ingatan untuk diri sendiri dan orang lain:-)

    noob, jom usha blog ni..best jugak..
    http://fizikaqidah.blogspot.com/2011/01/pilot.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah jenis forward ni tak hadam pun lol.. dia nampak macam elok dia pas-pas aje.. tanpa selidik pun sumber asal etc..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.