Halaman

Jumaat, 19 Julai 2013

Poligami seharusnya bahagia bukan sebaliknya

Pada suatu ketika ramai orang respek pada beliau atas penghijrahannya dahulu, namun kini ramai orang telah hilang respek kepada beliau. Namun aku mengerti, beliau juga seorang manusia biasa yang tidak sempurna dan tak lari dari melakukan kesilapan.


Ashraf Muslim dan Dayana
Setelah beberapa tempoh bermain teka-teki, akhirnya pelakon dan pengamal perubatan Islam, Mohd. Ashraf Muslim mengaku bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen Wan Sakinah Ahmad Saburi secara senyap2 di Thailand.

Wan Sakinah
Akibat tindakan ini, ramai yang mengecam, ada juga yang membacking beliau atas alasan poligami itu dibenarkan dalam Islam. Ada yang cakap dia kahwin lagi sebab masih tak dapat anak setelah 3 tahun berkahwin dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman. Ada juga yang kata Ashraf dah kenal lama dengan Wan Sakinah sebelum dia berkahwin dengan Dayana lagi. Apa2 pun bagi aku itu masalah rumahtangga diorang, dan hanya Ashraf, Dayana dan Wan Sakinah sendiri yang tahu apa sebenarnya yang berlaku, so kita sebagai orang luar tiada hak untuk mengutuk atau menghukum mereka.


Namun bila aku baca nukilan puisi luahan perasaan yang dikatakan ditulis oleh Dayana di Facebook tapi sebenarnya ditulis oleh orang lain iaitu Ana Hawana (mungkinkah pernah mengalami pengalaman yang sama?), aku turut boleh rasa betapa sedih, luluh dan remuknya hati seorang isteri kerana kecewa dengan tindakan suaminya.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



Aku harap Dayana dapat bersabar dan tabah atas ujian yang Allah s.w.t turunkan kepada beliau. Dan kepada Ashraf, aku harap beliau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami kepada 2 orang isteri dengan baik dan adil tanpa ada pihak yang rasa diri teraniaya.

Cuma apa yang aku nak tulis kat sini, ramai lelaki yang menggunakan alasan untuk berpoligami adalah mengikut sunnah Nabi. Asal kahwin lebih dari seorang, ikut sunnah Nabi. Tapi yang sebenarnya berkahwin seorang sahaja dan tidak berpoligami juga adalah sunnah Nabi. Nabi Muhammad s.a.w bernikah dengan isteri pertamanya yang juga seorang janda iaitu Siti Khadijah dan kekal dengan seorang isteri sehingga Siti Khadijah meninggal dunia. Baginda berpoligami hanya selepas itu.

Sunnah Nabi bukan masa nak berpoligami sahaja, berkahwin seorang juga sunnah, bernikah dengan wanita yang lebih tua juga sunnah, berkahwin dengan janda juga sunnah. Tapi alasan sunnah Nabi orang Melayu hanya keluar bila mahu poligami sahaja, tapi jarang pulak kita dengar orang ikut sunnah Nabi yang lain seperti menikahi wanita lebih tua dan janda.

Sumber gambar: Pandangan anda mengenai poligami?

Dan tahu tak bukan mudah nak berpoligami. Bila dah berpoligami, suami perlulah bersikap adil terhadap isteri2nya, adil menyediakan tempat tinggal, adil dalam giliran dan adil memberi nafkah. Bila cerita pasal nafkah sahaja, dalam kepala otak mesti hanya fikir nafkah zahir seperti wang ringgit dan harta dan juga nafkah batin seperti hubungan seks. Tapi tahukah yang nafkah batin bukan sekadar hubungan seks. Perasaan cinta dan kasih sayang terhadap pasangan juga adalah nafkah batin.


Wang ringgit dan harta mungkin boleh diberi secara adil, hubungan seks lagilah aku rasa boleh bagi dengan adil, tapi mampukah seorang lelaki mencurahkan perasaan cinta dan kasih sayangnya secara adil kepada 2, 3 atau 4 wanita? Andai disebabkan poligami, hanya isteri kedua sahaja yang bahagia dan dapat merasa kasih sayang suami, manakala isteri pertama tidak bahagia, terpaksa makan hati, tidak mendapat kasih sayang dan layanan sepenuhnya dari suami seperti mana dia melayan isteri kedua, adilkah kita? Isteri juga seorang manusia, punya emosi, punya perasaan.


So lepas ni bagi kaum2 lelaki yang rasa nak berpoligami, harap2 dapat betulkan niat sebab apakah kita mahu berpoligami, kerana jika betul2 niat berpoligami tu mengikut syarak dan berlandaskan agama, poligami pasti dapat membela serta mengelakkan ramai wanita daripada teraniaya dan terabai. Namun sekiranya dengan poligami menyebabkan isteri2 menjadi lebih teraniaya dan terabai, maka janganlah memilih untuk berpoligami kerana poligami boleh menjadi haram jika suami tahu dirinya tidak mampu berlaku adil kepada isteri lain tetapi tetap mahu berpoligami.

Poligami itu seharusnya menjadi suatu yang membahagiakan, bukan menyedihkan.




tags: ashraf muslim kahwin nikah kali kedua di siam thailand isteri kedua wan sakinah pertama noor dayana kecewa tipu ayah bapa mertua mentua tak redha tiada kebenaran permohonan mahkamah syariah perjelas kemelut rumahtangga rampas orang ketiga terkilan kesal blog hj lokman abd a hamid pusat rawatan islam al hidayah video elak komen tidak pilih status sunnah nabi syarat hukum harus halal haram wanita bermadu madu tidak teraniaya terabai membela cinta kasih sayang adil penulis asal puisi sajak ditulis oleh ana hawana

72 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kau Pemilik Cinta - Hijjaz

      Oh pemilik cinta
      Betapa dapatku rasa
      Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
      Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
      Peneman menuju syurga....

      Oh Pemilik Hati
      Sungguh Kau Maha mengerti
      Lemah diri ini hidup bersendiri
      Dirinya seperti cahaya yang menyinari
      Indahnya bak bidadari...

      Semua persoalan bertemu jawapan
      Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
      Kesyukuran ini melimpah di hati
      Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi

      Oh pemilik hati
      Betapa dapatku rasa
      Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
      Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
      Peneman menuju syurga....

      Benar ku akui
      Jarang ku lafazkan
      Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
      Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
      Betapa dirinya amat ku hargai...

      Kekasih...
      Kau penawar duka
      Menjadi penguat dijiwa
      Walaupun bertalu diuji
      Dirimu tetap setia disisi

      Oh Tuhan...
      Kau yang Maha Tahu
      Cintaku padanya tak pernahku ragu
      Ku pinta kekalkan cintaku
      Hanya bersamanya disyurga-Mu....

      Padam
    2. Allah uji manusia dengan rasa cinta dan kasih sayang sesama makluknya hinga mereka lupa rasa kecintaan kepada Allah sendiri :)..

      Rasa itu hanya pemberian dan anugerahnya yang juga harus diurus dengan tangungjawab..

      Sekiranya Allah menarik balik angaplah itu ujian dan mungkin juga ingatan buat kita yang lupa.. Kita hanya makhlukNya jua yang akan mati dan mengadapNya di kemudian hari.

      Padam
    3. relevannya sebab ramai lelaki di Malaysia yang menipu. isteri pertama tak terbela, tapi dah nak tambah orang lain lagi.

      Padam
  2. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang berlaku dan terimalah dengan redha mungkin ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beruknya muka ngko?

      Padam
    2. Hai adek manis, jgn lah buat muka cam tu. Kan kah Allah sdh cipta makhluknya seelok- elok kejadian. Spatutnya adek manis bersyukur dgn ciptaanya dn jgnlah mengeluh dn mengata diri sendiri hodoh

      Padam
  3. Lahanat betul budak yg baru nak up tu peluk perempuan dn pegang tangan sorang lagi, kena tetek lak tu. Syial! Gambar kedua last tu. Kalau ko tu noob... Ceh

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Itulah cabaran bersuamikan seorang retis yg hensem lg fopuler......trimala hakikat yerrr.......hewhewhew~~~~

      Padam
    2. hilang respek: poligami tak salah tapi cara tu salah..cara yg buat hilang respek.sekian.

      Padam
  5. tidak mampu nak berkata apa-apa. Ini lah ujian dalam berumah tangga.
    Moga mereka bahagia.

    BalasPadam
  6. moga segalanya baik2 sahaja,, moga aku tak dimadu,, uwaaa

    BalasPadam
  7. dlu seorang pensyarah penah cakap, nk berlaku adil dlm poligami ibarat kalo mkn 3 butir nasi di rumah isteri pertama, rumah isteri kedua pn kena mkn 3 butir nasi. butir ke 4 dh dikira haram sbb x adil. mampukah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eden baca pendapat seorang ustaz (bukan saya tau!) :-
      "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

      an-nisa ayat 3

      Mengapa ayat ini disusun sedemikian rupa dan bukannya "berkahwinlah seorang sahaja dan jika kamu rasa boleh berlaku adil maka kahwinlah 2,3, ataupun 4". kita semua tahu apa yang didahulukan adalah lebih utama dari apa yang dikemudiankan. ayat al-quran di atas bukan sahaja ayat yang menghalalkan poligami bahkan adalah ayat yang menggalakkan poligami.

      saya pernah membaca satu majalah wanita yang mana seorang pensyarah dan ahli motivasi berkata bahawa 'poligami adalah halal tetapi tidak digalakkan sepertimana perceraian'. saya meminta ahli motivasi terbabit bertaubat kerana telah menerangkan hal yang salah tentang hukum poligami. jangan kerana kita membenci sesuatu, kita memberika hukum yang salah dan mengelirukan orang ramai. ayat 'hala tapi dibenci' adalah ditujukan kepada perceraian.

      Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim]

      Padam
    2. tambahan...poligami yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sangat berkait dengan faktor sosial dan kebajikan...

      Padam
    3. Eeeeh??? Islam benarkan suami berzina dgn hamba2 perempuan ke kalu dah gersang sgt tahap air naik kepala? Biar betul sikit ayat kau letak tu, kang X memasal buat dosa besar fitnah agama sendiri.....manyak bahaya woi~~~

      Padam
    4. anon dkt atas aku 845 pg

      time org mengajar agama ko telenggok dpn tv. pastu org kata bodow nak marah..

      kah kah kah...

      Padam
    5. adil berdasarkan pada tempatnya bukannya semata2 pada pembahagian sama rata.

      Padam
    6. Ustaz tu silap ada adil dinilai sebagai sama-rata? Kalau semuanya sama mungkin adil boleh dikata sama-rata tapi maksud sebenar adil dalam Islam ialah memberikan kepada yang hak atau tempatnya.

      Isteri pertama mempunyai haknya sebagai isteri sama dengan hak isteri kedua sebagai seorang isteri. Jadi kena adil dalam melaksanakan hak-hak isteri ini dari segi nafkah zahir dan batin (batin bukan saja seks tapi batin ni perasaan kasih sayang etc. ramai orang ingat batin tu seks je tapi seksa perasaan pasangan takda kasih sayang perhatian etc.)

      Adil kalau zahir ni bukan dilihat dari segi sama-rata misalnya isteri pertama duduk kampung kos sara diri rendah maka nafkah zahirnya rendah, iteri kedua duduk bandar semua kena bayar maka nafkah zahirnya tentu la lebih tinggi. Kalau bagi sama rata tak adil dah.

      Pasal perasaan kasih dan sayang tu, nabi ada mengadu kepada ALlah dan Allah kata itu terserah kepadaNya, maksudnya walau seseorang boleh berlaku adil dalam pemberian nafkah zahir duit harta wang ringgit, tetapi dalam soal kasih sayang hanya Allah yang maha mengetahui. Jadi buatlah sebaiknya dalam membahagi/memberi kasih sayang. Jangan menzalimi sesiapa sebab banyak ayat dan larangan dalam Quran.

      So sebenarnya tak mudah nak adil zahir dan batin.. :) sebab kena calculate semua benda.. So nak mudah kawin je la sorang.. mana yang tak cukup tu bincang-bicang la semsa penuhi cukupi..

      hidup kat dunia ni bukannya lama pon.. hidup kat sana yang kekal selama-lamanya.. jangan sebab hidup yang sekejap di dunia merana kat sana selama-lamanya..

      Wallahualam.

      Padam
    7. so kalu isteri pertama tiada anak, isteri kedua dapat 4 org anak so nafkah untuk isteri kedua lebih? bagaimana pula kalu isteri pertama jutawan, isteri kedua cuma suri rumah ? ini hanya pertanyaan semata2..

      Padam
    8. Gila kena kira berapa biji nasik yang dimakan hoho..
      Ustaz tu berpoligami tak..

      Padam
    9. Sila belajar kitab muhaimah belajar tangungjawab suami/isteri..

      Walau isteri jutawan sekalipun kena bagi nafkah zahir kecuali isteri tu redha.. dan nak bantu suami dia.. Sebab isteri, anak-anak tangungjawab suami/lelaki.. Tu ingat senang jadi lelaki.. kawin perempuan kaya jutawan selesai? :)

      So nak carik isteri kena carik yang baik dari segi perkerti hati dsb.. kalau jenis yang pentingkan diri nasib ko la.. :)


      Padam
    10. Waaah tgh mlm, mesti ko pandai ya amat kn bab agama???

      Perhambaan ni berlaku zaman dulu2x...jadi, pd zaman itu, mengikut Islam, boleh ke X boleh seorang suami kaya mempunyai hamba prmpuan yg dijadikan hamba sex sekali, asalkan dia berstatus hamba maka dibolehkan utk buat apa saja ke ats dirinya??? Aku X pandai la bab2x censored ni, kau yg pandai lg hebat tolongla bgtau....??

      Padam
    11. Hamba ada lagi ka? Ko ada hamba? Hamba telah lama lenyap selepas kedatangan Islam.. tak tau pulak kalau masih ada amalan pemnghambaan.. :)

      Kena ingat zaman Jahiliiyah memang ada hamba abdi yang dijual ditawan dan sebagainya. Islam datang menyelamat dan membebaskan hamba-hamba ini dengan caranya yang penuh hikmah..

      Ya.. tuan hamba boleh mendatangi hamba perempuannya seperti dalam Quran sebut. Ini hamba confirm kepunyaannya dia la.. bukan hamba orang lain.

      Jimak halal dengan ikatan iaitu
      - isteri yang dinikahi dengan sah
      - hamba milik penuh.. Jimak dengan hambda dalam Islam ini disebut sebagai hadiah pembebasan kerana jika tuan hamba menyetubuhi hamba tersebut ianya tidak boleh dijual atau dihadiahkan kepada sesiapa dan jika tuan hamba tersebut mati dia bebas sebagai wanita merdeka. Jika hamba tersebut mengandung anak hamba tersebut adalah anak kepada tuan tersebut dan mendapat hak seperti anak-anaknya yang lain bukannya hamba. Hal ini berbeza dari zaman Jahilliyah. Islam telah membebaskan hamba-hamaba dengan kaedah ini.

      Islam bukannya zalim.. ada syarat-syarat dalam setiap hukum dan sebab ianya dibolehkan. Sebab tu penghambaan dari zaman jahillyah telah lenyap selepas kedatangan Islam. Samaada hamba telah dibebaskan oleh tuan-tuan yang memeluk agama Islam atau menjadi wanita merdeka dengan situasi diatas.

      Banyak denda-denda dalam Islam kalau perasan ada menyebut tentang pembebasan hamba. Contohnya kalau berjimak di bulan puasa (siang hari) kena denda bayar puasa 2 bulan berturut-turut atau membebaskan seorang hamba. Ini adalah kaedah bagaimana Islam datang menyelamatkan dan merdekakan hamba-hamba..

      Nak lebih lengkap sila belek dan tanya tuan2 guru yang selayaknya.

      Wallahualam.

      Padam
    12. haaaaa cemtu la cara bagi penjelasan utk bg org faham,bagus penjelasan anon 5:47PTG atas ni, bukan mcm si terrorist tgh mlm yg asik nak membodohkan org sajer.......org lain semua bodoh,die je pandai,pulak tu tggu org lain tolong jelaskan,diri sendiri X de teluq nak jelaskan.......puiii

      Padam
    13. hmmm ada penjelasan tambahan pasal status hamba la kat sini. terima kasih "Tanpa Nama20 Julai 2013 5:47 PTG" .

      Padam
  8. Wowieee fuuu die cari yg lebih selim, bergaya dan cun lerrr.......kilang buat ank yg lbih mantoppp, hrp X de defect apape la kn hewhewhew.......

    Dh jodoh die an nk wat cmneee an?, kuarge bini fes kne redho je lerrr......timer je ler alasan die risauuu kalut sgt sebb X dpt ank lg walopn X de la lame mne usia perkahwinan dorng tu an, der org tu kawin bru staon lbih, cuak gilerrr ank X lekat2x lagieee, kemain die kecoh huuuuu.....mungkin takut dpt madu smpai mimpi ngeri tetiap mlm agknyer hewhewhew......

    Si asrap ni plak,mungkin die pikior extra jauh tue, ye aar karang kalu die meninggal blum smpat ade ank, X de la bekalan doa dari ank2x soleh utk die, biler die d alam kubur nati an?,mati an biler2x jer bole jd, tu yg die kalut sgt apsal X de ank lg tuuuu,lam kubur nati kne tggl sorng2x gak, apelaaa sgt perasaan bini yg sedih tuuuu, org pompuan mmg cemtu hewhewhew.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau punya ejaan apasal macam babi???

      Padam
    2. dah nama pun manusia. mestilah ada perasaan cuak. bodo piang punya orang!

      Padam
    3. Itu pentingkan diri sendiri namenyer... if one day kne kat keluarga kau, misalnya kne kat anak perempuan kau ke, baru kau sakit jantung kot?, itu pn kalo kau ni reti sayang anak la kan.....

      Padam
  9. Pesanan aku untuk ashraf muslim dan sesiapa yang nak poligami.. Boleh juga untuk sesiapa yang dipoligamikan seperti cik dayana tu.. "Cari dan belajar dengan GISB"..

    BalasPadam
  10. tu bukan dayana tulis tu noob. nyampah lak aku tengok orang dok share di fb. tak pepasal dia kena cop attention seeker

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. oh, siapa yg tulis? aku dok baca gak yg diorg post kat fb

      Padam
    3. sorg lagi taknak baca artikel smpi habis, udah dinyatakan oleh noob siapa penulis yg sebenar.

      Padam
    4. aku baru update tu biskut, sebelum ni aku pun tak tahu siapa penulis sebenar. tq nadz ruslan atas pencerahan.

      Padam
    5. lol biskut. sori la, aku baca sampai habis TERawal setengah jam pulaak dari ko.

      Padam
    6. oh ku mohon maaf sekiranya menguris hati cik nadz ruslan & cik hime atas kesilapan gue menuding jari dengan angkuhnya

      Padam
  11. boleh rasa sedihnya dalam puisi tu lah..

    well, kat malaysia ni aku nampak poligami lebih cenderung menganiaya wanita berbanding membahagiakannya..

    BalasPadam
  12. cantik juga wan sakinah, bertuah si Ashraf...

    BalasPadam
  13. the funny is penceraiian di galak kan dari poligami, padahal poligami sah , manakala cerai Allah S.W.T. tak suka pun, tp sah...aduiii pendapat sini lggg manushia manushia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab orang ikut hati (dimana terletaknya emosi&nafsu).
      Kalau ikut Iman (yang juga letaknya di hati) tentu ok aje.. :)

      Jadi tanya la iman kita.. kuatkah iman kita untuk mengawal emosi dan nafsu kita?



      Padam
  14. Sunah Nabi ni banyak :) kalau ikut sunah kerana Allah In Sha Allah dapat ganjaran pahala.. :)

    Kawin 1 pun sunah nabi.. dan banyak Sunnah cara hidup nabi dalam perkahwinan kena kita fahami dan belajar..

    Ingat masa Nabi kawin umur 25 (so lelaki dah 25 tu kawin la yea.. Noob ko dah 25 ke? Kalau dah baik kawin.. hahaha sunah ni) Dan wanita yang nabi kawhini tu katanya umur 40 tahun (siti Khadijah) So nak pahala ikut sunah carik la wanita berumur :) huhu..

    Nabi berpoligami setelah kematian Siti Khadijah.. dan mengikut riwayat kesemua isteri-isteri nabi adalah janda kecuali Siti Aisyah anak dara. So nak poligami carik la janda2 kalau nak pahala ikut sunah nabi yea :)

    Apa nabi buat ada sebab dan kena la belajar dan mengaji kenapa mengapa keadaan masa tu dsb.. kalau nak ikut sunah ikut cara apa nabi buat segala akhlak nabi dsb.. bukan sebab nafsu kita nak kawin lebih kita kawin kata ikut sunah nabi.. Kat akhirat kena dakwa karang sesia saja.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu ak tgk perempuan tu x lawa mana, tp mesti ad reason dia sebb kawin so yg len x yah la komin sgt dia lebih tau apa org sembang lebat sini tau... ceih, tunggu hal lain lak post

      Padam
    2. Noob dah lebih 30 hahaha...mmg kena kahwin dah...

      Padam
    3. CahayaAmanah, ko ni lelaki ke perempuan.. cuba ko selami jiwa dia nak tengok apa lawanye perempuan yang dikahwini tu..

      Padam
    4. kan dah ad jwpn ak kat situ bc tol2 la lenkali

      Padam
    5. Eh gambar masa dia kawin/nikah kat Mekah comel lar..
      Gambar kat atas tu mungkin lepas ada masalah kot..

      Padam
  15. dah dah la..x abis2 persoalkan poligami...mati ,jodoh dan rezeki Allah dah tentukan..ko siapa nak persoalkan..? Allah aturkan hidup kau setiap hari hingga berapa kali bernafas pun ditentukan ...janganlah cakap macam kita mampu aturkan hidup ni sendiri..kalau kita lakukan sesuatu pun dari izin Allah ..kalau berjaya pun dari izin Allah...hidup dan mati pun dari izin Allah...silap dengan cara ko ni secara x langsung ko persoalkan ..kenapa Allah bagi dia jodoh lagi..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelahiran & mati memang Allah dah tentukan secara mutlak,ko xboleh elak dan lari bila sampai masanya,ko usaha la mcm mana pun kalau dh tiba masa tetap akan berlaku.tp jodoh & rezeki mmg Allah yg tentukan tp kita diberi pilihan utk berusaha.adakah kita boleh membenarkan segala perbuatan kita dgn alasan takdir semata2?

      dah takdir aku penagih dadah nk buat mcm mana...
      dah takdir aku suka minum arak & pergi kelab mlm nk buat mcm mana...
      dah Allah jdkan aku perogol nk buat mcm mana...
      dah qada & qadar aku ambil rasuah ini nk buat mcm mana...
      dah takdir aku cintakan suami org nk buat mcm mana...

      Padam
    2. memang takdir..semalam ada ceramah azahar idrus..xpayah nak bising2 ..kita hidup didalam lingkaran takdir...kita boleh berusaha jadi yang terbaik..atau berusaha didk anak jadi terbaik..tapi keputusan atau hasilnya adalah takdir menentukan..ramai bercinta macam nak rak..tapi lagi ramai kecewa kerana akhinya tiada jodoh..faham betul2 Qadak dan qadar..belajar mendalami susah untuk diterangkan tapi kalau belajar nagn guru2 insyaalah anda faham..doktor jantung pun mati sakit jantung kata azahar idrus..tiada kuasa mengelakkan sesuatu..pakar psikologi pun kadang2 bercerai berai....

      Padam
    3. Ala ustaz dan pak imam pun bercerai berai.. :)
      Semua tu ada rahsia ada hikmah untuk kita belajar memahami..

      Padam
  16. tahniah n selamat pengantin baru utk asyraf muslim. semoga bahagia hingga ke syurga.

    :)

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. X nk payung emas ke?
      hewhewhew~~~~

      Padam
  18. Nampak sangat Beautifulnara main ceduk je buat entry semata-mata nak kejar SEO. which is not good and make things worse..

    BalasPadam
  19. yg korang duk komen berapi bagai aku rasa better p tanya sendiri si asrap baru cite sebenar. ni duk dgr mcm2 sumber fb,blog,mangga pastu mula la nak melalut.

    yg dia kawin sorg lagi bukannya pakai duit korang pun. so xperlu nak sibuk hal orang asalkan benda tu halal disisi syarak...

    mulut meleis memang mcm cilaka, kahwin lambat dikatakan xlaku,kahwin awal dikatakan gatal nak belaki/bebini, bila kahwin sebaya dikatakan xelok kena ada beza umor..

    dh jodoh diorg doakan lh yg terbaik utk dia.. walaupun kau xsuka poligami tapi tu adalah hikmat utk menyelamatkan kaum wanita yg bertambah ramai...

    jika suma kawin satu.. akan lebih beberapa orang wanita yg xkawin. last skali angkut dgn indon lombok, mat bangla, yg lbih teruk lagi kena balun dgn negro...

    peraturan yg tuhan buat bersebab n sempurna. terima je la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. +3 tul2 mcm cib nak komen bagan lol termasuk ak letew

      Padam
    2. haha yea betul pi tanya empunya diri kalau nak tau..
      maklumat kat internet bukan leh caye.. :)

      Padam
    3. CA, bahasa apa yg kau guna tu? cib... bagan... letew...,
      macam haram....

      Padam
    4. belajr dr org couple seminggu lew

      Padam
  20. noob cek this out http://sozcyili.blogspot.com/2013/07/alvin-vivian-di-hantar-ke-penjara.html

    BalasPadam
  21. menyebok je urusan rumah tangga orang lain..ade bini sorang ke banyak ke tapi klu semua kita tak tahu hargai semuanye tak betul...ikut cakap orang, diri sendiri diperbodohkan.,bagi pendapat tak salah tapi jangan lah sampai memalukan orang lain. kalau kita boleh menghargai perasaan cemburu dan iri hati boleh hilang.. perempuan memang dilahirkan dengan perasaan iri hati dan cemburu, dan lelaki semua ade otak fikir lah sikit.
    *aku berfikir secara logik dan aku masih bujang*

    BalasPadam
  22. first2 bace puisi tu pn mcm was-was yeker dayana yg tulis? sbb instict kecil mcm mengatakan Dayana ni macam la ada mase nak nukil2 pstu tgh sedih nak post2 kat fb lak.. walopun tk kenal dan tk tau pn fb dia, die ni mcm bukan perempuan yg suke post2 bende2 cmni kt fb like attention seeker.
    tp sape2 buleh link kan post yang original kt fb tu tak? fb dayana pn aku tak dpt carik ni, tak tau la kot2 dah delete ke. Punye la aku google blog pasal puisi ni tp takde pn bg sumber asal. atau mngkin aku yg terlambat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dia cerita kat kawan then kawan dia yang tulis buh kat facebook :) Nak luahkan sesuatu ni kena luahkan kat orang yang boleh simpan rahsia dan kalau orang luahkan rahsia peribadi etc tak payah la dok tampal kat facebook ke twweter ke hape..

      biar la mereka selesaikan masalah mereka..

      Padam
  23. Poligami?
    Upaya diri kena mampu..
    Bukan sekadar ikut nafsu..
    Kelak sengsaru dan lesu..
    bila masalah datang berpusu-pusu..

    Personally aku meliat poligami ni suatu yang kompleks.. lebih kepada kemampuan diri dalam mengawal kesemua isteri.. mengawal persepsi.. perlukan sokongan dan kepercayaan dari isteri-isteri.

    jadi tak mudah nak berpoligami ni.. dua tiga atau empat :) kalau "mampu" silakan kerana banyak wanita yang perlukan kasih sayangd an perlu dibantu diluar sana..

    BalasPadam
  24. so, bapak aku poligami~ bahagia ? tak rasanya~

    mampu tak mampu, itu soal no 2, anak2 lebih penting sebab berkeluarga pun untuk mendapatkan zuriat~ kalau zuriat tak terjaga dek poligami, apa guna segala kemampuan ?

    BalasPadam
  25. Poligami tu indah, yang mencemarkan adalah orang yang mengamalkan poligami kurang ilmu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.