Halaman

Selasa, 16 Julai 2013

Sistem e-kerajaan yang bertaraf sampah

Pagi tadi aku nak cuba mendaftar perniagaan enterprise secara online untuk abang aku dan pengalaman yang aku telah lalui seterusnya membuat aku terasa ingin sangat menumbuk monitor. (Awas, kisah ini agak panjang, sila baca dengan sabar).


Aku cari di Internet dan jumpa kat blog ni tutorial cara daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara online. Kat situ dia tunjuk cara nak daftar menggunakan sistem e-Lodgement. So kat step no.2 tu iaitu PSP User Registration, dia redirect aku pergi portal MyGovernment di http://www.malaysia.gov.my/ dan suruh register kat situ dulu. Lepas dah register dah verify email semua, aku follow step no.4 iaitu SSM Subscriber Registration.


Lepas tu dia redirect aku balik pergi portal MyGovernment kat aku punya Profile Page menyebabkan aku lost. Aku pun cuba klik kat link Choose Services, dia keluar error. Apa ke bangang nama dia.


So sebab nak mintak bantuan aku try lah call 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) di talian 03-8000 8000 sebab kat portal tu itu jelah nombor helpdesk yang dia bagi. So lepas aku call dan cerita masalah aku nak register perniagaan sampailah ke sistem error tu, customer service tu cakap aku kena contact SSM. Oklah takpelah dia pun bagi 2 nombor SSM yang handle pendaftaran perniagaan ni katanyalah. Aku try call kedua2 nombor itu, malangnya kedua2 tak pickup. Aku ingat bulan2 puasa ni takde la staff gomen yang mengular hilang pukul 10 pagi pergi minum ke apa, tapi dah 15 minit aku try call still masih takde orang pickup.

Then aku try call SSM Contact Centre yang aku jumpa kat site SSM tu. Lepas ada seorang lelaki pickup, aku story la masalah aku dari A sampai Z, lepas tu dia cakap untuk register perniagaan sejak dari bulan apa ntah hari tu dah tak pakai sistem e-Lodgement dah, dia kata kena pakai sistem MyCoID. Oklah so aku register la untuk sistem tu pulak, isi borang, verify email, dan lepas complete semua registration, guess what, dia tulis "Application of Form13A for Individual and Company Firm user is temporary unavailable". Dafuq?


Aku call la balik SSM Contact Centre tu, kali ni orang perempuan pulak jawab, aku tanya dia pasal masalah kat sistem MyCoID tu. Dia tanya aku nak daftar perniagaan enterprise ke syarikat sendirian berhad? Aku cakap enterprise. Dia cakap kalau nak daftar perniagaan enterprise kena buat kat portal MyGovernment yang asal tadik. Sekali lagi aku WTF???

Takpelah sebab bulan puasa, aku sabar je. Yang OK sikit, customer service kali ni ajar la sikit step2 macam mana nak buat kat portal MyGovernment tu. Dia suruh aku buat SSM Subscriber Registration dulu dan bila aku sampai kat page ni yang macam kat tutorial tu tunjuk, aku klik kat button Open Form tu.


Dan yang bangangnya sekali lagi dia keluar error.


Aku bagitau kat customer service SSM tu pasal masalah ni, dia cakap yang tu kena contact orang technical portal MyGovernment tu, so dia bagi aku nombor orang tu. Lepas tu aku pun call lah pulak buat keberapa juta kali ntah, baru la orang ada orang jawab. Aku cerita pasal error kat PDF form tu, dengan selambanya dia jawab, cuba guna Internet Explorer, kalau pakai Firefox atau Chrome memang ada masalah sikit. Sekali lagi, WTF???

Yang pertama, ada lagi ke orang guna Internet Explorer? Yang kedua, apa kejadahnya tak bagitau awal2 hanya boleh guna IE? Padahal kat disclaimer tu tulis "Best viewed using latest version browser - IE 9.0, Mozilla Firefox with 1024 x 768 resolution.". Best viewed kepala hotak.


Takpelah aku guna la Internet Explorer pulak untuk buat benda alah ni. So aku continue balik semua step2 sampai kat satu part kena bayar RM5 untuk ROB Subscription Fee guna Debit Debit / FPX. Aku pun bayarlah guna Maybank2u, dan lepas je aku habis buat pembayaran, sekali lagi guess what, dia keluar error "Page cannot be displayed".


Ketahian apakah ini? Aku resit pun tak print apa lagi. Macam mana dia boleh redirect kat broken link ni? Dan apa yang aku rasa paling sampah, aku cuba ubah secara manual dekat URL bar tu dari https://www.malaysia.gov.my/_layout/OnlineServices/... tu ke https://mygov.malaysia.gov.my/_layout/OnlineServices/... dan guess what, barulah keluar payment details. Kepala hotak kena tukar manual, nasib la aku orang IT jugak boleh la cuba try and error, kalau user lain tak ke menganga? Kalau rujuk manual rasmi pun takde dia nak tunjuk bug atau ralat macam ni, kat dalam manual semuanya cantik dan lancar belaka. Malah baca manual yang dibuat orang lain lagi senang faham dari manual rasmi.



Habis setengah hari aku untuk buat benda ni saja. Nak pergi kaunter SSM dah lah jauh dari ofis, nombor queue pun mesti tunggu lama, kalau nak cepat kena bayar lagi kat ulat. Aku ingat boleh la jimat masa dan tenaga kalau guna sistem online, tapi sistem pun taraf sampah. Aku ingat bila berurusan dengan pegawai gomen ni kat kaunter atau telefon je yang menyakitkan hati, tapi pakai sistem gomen pun lagi boleh menyakitkan otak. Ingat dah tahun 2013 ni takde karenah birokrasi dah, rupanya masih wujud. Kalau bagi rate dari 1 ke 10, aku bagi -10/10. Dah la banyak error, tak mesra pengguna, prosedurnya memeningkan kepala, customer service pun tak competent tak boleh pakai, kejap suruh pakai sistem ni kejap suruh pakai sistem lain.

Cuba tengok sistem atau aplikasi online lain yang bukan kerajaan punya seperti perbankan, online shopping, syarikat penerbangan, booking tiket wayang dan lain2, walau ada yang tak perfect mana tapi at least tak pernah aku hadapi error2 bodoh seperti broken link dan Firefox tak boleh guna. Macam mana sistem yang diorang buat elok2 je berbanding sistem2 e-kerajaan?

Serius, sistem ni develop sendiri ke atau vendor yang buat? Kalau Pegawai Teknologi Maklumat atau Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang develop sendiri aku boleh terima lagi, tapi kalau vendor yang buat, bayar vendor mahal2 buat sistem ada yang sampai juta2, tapi at the end hasilnya hanya dapat sistem bertaraf longgokan sampah saraf, memang tak berbaloi langsung. Jangan kata sistem ni sahaja, banyak lagi sistem2 e-kerajaan lain yang bertaraf sampah, cuma yang ni je yang aku pernah hadapi setakat ni yang paling busuk.


Gomen oh gomen, bila la nak berubah. Kata transformasi itu, transformasi ini, tapi sembang je lebat, kalau benda kecik macam ni pun masih tak boleh nak ubah dan banyak masalah. Not all, but mostly.





tags: panduan tutorial daftar register perniagaan enterprise enterpris individu syarikat sendirian berhad kompeni company firm firma secara online atas talian website portal suruhanjaya syarikat malaysia ssm mygovernemt e-lodgement mycoid psp user registration subscriber email emel verification verify 1malaysia one call centre 1mocc borang form13a error ralat pdf best viewed internet explorer ie mozilla firefox bayar pay fee rm5 rob roc print receipt resit payment details manual panduan pengguna tips kaunter ulat cawangan sistem aplikasi e-kerajaan develop penolong pegawai teknologi maklumat programmer vendor perkhidmatan khidmat service servis tahi sampah

68 ulasan:

  1. Tak update lagi la tu.. Ataupun admin web yang lama tu dah meninggal, tak sempat nak transfer kerja kat orang baru.. huhuhu..

    Bagus la banyak2 bersabar bulan puasa ni.. :)

    BalasPadam
  2. kesimpulannya noob.. tuka kerajaan. projek emel 1malaysia RM50juta pun ntah ke mana. n byk website2 gomen yg kna hack dgn sofea hana, mat bangla, negro... lemah giler. berurusan intenet is useless... sbb developer pun xguna. so bleh la diterima akal kenapa website gomen cam syiall

    ahajaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. noob..ada baca tentang program felo Perdana? boleh rujuk sini http://www.perdanafellows.com/index.html.

      Padam
    3. adakah suara anak muda di dengari ? suara pemimpin yg bercakap xguna otak adela. sila makan daging dan ikan jika harga ayam naik. harga ikan lagi mahal dari ayam kecuali ikan bilis.. jika di takdirkan harga sayur naik, sila makan rumput jgn makan sayur...

      kenaikan harga barang adalah satu bala..

      Padam
    4. Soalan Lazim

      Di manakah para Felo Perdana akan ditempatkan di dalam organisasi Kerajaan Persekutuan?
      Program Felo Perdana dirangka untuk menyediakan persekitaran latihan yang terbaik untuk para Felo. Sehubungan itu, para Felo akan dimentor secara langsung oleh para Ahli Jemaah Menteri, termasuk YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri

      maaf la cik lyn, ia sgt kelakar... aku xleh bayang jika diri aku dimentor oleh menteri kepenggunaan dan koperasi...kah3

      Padam
    5. Masih terbayang lagi di mata komen rakyat marhaen "saya tidak kisah harga kereta mahal, saya beli kereta yang saya mampu beli." Make sense? n lagi satu macam bancian di kuala besut : saya hidup selesa walaupun harga barang naik. See. Common sense is made uncommon by indoctrination.

      Padam
    6. paling sedih biler dgar org ckp : saper suruh jadi org miskin.. pastu merungut harga barang naik..Ayam naik harga, elakkan makan ayam.

      Konsepnya seperti 'Kalau susah lebih baik tak payah hidup'.

      ohmymenteri!

      Padam
    7. Ish3x jgnla tlebey menganalisa scr negatif...
      Bkn mksud dier kalu ssh lbih baek X pyh idup,jauh simpangnye tue...

      Cube amik scr positip,dier suruh brusaha dgn lbih gigih spy kluar dr kmiskinan,Ato jgn brkira ato kdekut sgt,Atopun jgn trlalu suke mrungut itu ini...

      Ce brsngka baek skit,X slh brsngka baik,Hati pun tenang :)

      Padam
    8. mmg la berusaha nk ubah nasib diri sendiri.. tapi berubah kerja bersungguh2 tp gaji naik skit or still same..taraf hidup xberubah juger.. lg 1 tambah kn peluang pekerjaan.. yg da tua2 tuh reti2 la bersara bg peluang kat org muda..

      sekadar pendpt..;)

      Padam
    9. Saya berusia 40 tahun dan berkahwin dengan gadis belasan tahun. Saya mengenali isteri yang juga anak kepada rakan saya, setahun lalu.

      Perkahwinan kami mendapat tentangan keluarga saya, malah sehingga kini ibu tidak menerimanya. Adik-beradik pula menuduh isteri serta keluarga mempunyai niat tersembunyi kerana saya ‘berduit’.

      Isteri terluka dan menafikan semua tuduhan itu. Dia ikhlas mengahwini saya kerana perwatakan matang dan jatuh hati dengan sikap saya yang mengambil berat.

      Keluarga mentua juga tidak meminta apa-apa sejak sebelum saya bernikah sehingga sekarang. Ayah mentua adalah rakan baik yang saya kenali sejak di bangku sekolah.


      Saya simpati dengan isteri dan kami berpindah lalu menyewa rumah lain tidak jauh dari rumah lama. Ini membuatkan ibu saya bertambah marah serta menuduh isteri meracun fikiran. Bagaimana caranya saya dapat membantu isteri?

      Padam
    10. perg pedo detected ka? awt zmn sekang org tua pakcik kawin org pompuan muda haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

      Padam
    11. Lynn si pipi merah: kenapa ekh dgn fello perdana tu? nak tau gak.. hehe

      Padam
    12. Eh MAMPU ada GCERT ada buat apa?
      ke badan ni dak dissolved.. lol

      Padam
  3. syarikat yang aku kerja dah biasa kena semua benda ni. sebab tu bila berurusan dengan goverment fikir banyak kali sebelum buat tu..

    BalasPadam
  4. Wahid! Ahlanwahsahlan ya akhi?

    BalasPadam
  5. dugaan di bulan posa, mmg agak lebih hebat berbanding dgn bulan2 lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg kehidupan nie adlh sbuah ujian yg pnuh dugaan...

      Sume org pn diuji :)

      Padam
  6. sabar jelh . . kalo mai pun, humban terus lappy tue kt luar :)

    BalasPadam
  7. NOOB check this out
    http://www.sinarharian.com.my/alvin-vivian-disiasat-mengikut-seksyen-233-1-ak-1.182827

    BalasPadam
  8. bro admin..tengok Gif imej budak tumbuk monitor kat atas...teringat satu video di Youtube ni, sebejik sama...tapi kat monitor tu gambar awek..haha...kat bawah ni link nya..

    http://www.youtube.com/watch?v=juPJKeoa5Yo

    BalasPadam
  9. servis e-kerajaan yg 'asal ada' yg dinilai oleh MAMPU & MDeC utk dpt taraf 5 bintang pnya website,tp ni jer hasil yg dpt slama 56 thn Malaysia merdeka?

    BalasPadam
  10. No wonderlah naper lawan web rasmi kerajaan/jabatan senang kena hack

    BalasPadam
  11. Noob..ade la org pki Internet Explorer skrg.IE skrg dah x mcm dulu, skrg lebih simple dan bole tahan laju jugak..cuba kau pakai yg latest version punye, xpun upgrade Windows 8, kau akan rasa lain punya lah!

    Tp mmg website kerajaan kebanyakannya membosankan dan x mesra pengguna..buat ala kadar je, asal ade sudah la kan...website pun kdg2 x update, design blog kau lg menarik aku tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. system tempat kerje aku pun kena pakai IE.. kalau guna chrome, mmg error la..

      Padam
  12. setuju 500%...dh byk kali dh alami benda mcm ni...

    BalasPadam
  13. ko berniaga apa noob... ayam tgh naik skrg. untung meniaga ayam..

    selamat besahur suma.. sila makan sardin cap ayam, elakkan mkn ayam..


    ehehehew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bli jer ank2x aym yg bru mnetas,trnak sndri dlm reban kcik d blakng rumh,Bg mkn sisa mknan korg jer,Ble dh bsr bce bismillah pstu smbelih buat kari aym.Ade brani nk try?

      Padam
    2. berani2, tp mohon pencerahan adakah anak-anak ayam ini mampu membesar dengan matang sebelum raya ni?kalo x sempat terpaksa la masak rendang anak ayam warna kuning haha

      Padam
    3. perg anon ayt mcm bagus, tengok perangai ngan gaya idup jauh betul dengan hehehehehe Allah S.W.T. likat apa kau buat

      Padam
    4. Kalau awak tak suka ayam, awak boleh keluar dari negara ni!

      Padam
    5. CahayaAmanah, nape nk butthurt dgn statement anon ternak aym tu? Aq pernah je buat mcm anon tu...benda tu mmg possible, utk org yg rajin dan berinovatif la....duh

      Padam
  14. Biasa la, beri projek kat kroni,walaupun kroni itu buta IT. Ini la akibatnya bila beri sesuatu kerja pada yang tidak pakar.

    BalasPadam
  15. Banyak sangat ke perniagaan atau perusahaan besar dan boleh dibanggakan di Malaysia yang dipegang oleh orang Melayu?

    Kebanyakkannya atas nama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jadinya bukan hanya milik orang Melayu.

    Secara umum, adalah seorang dua yang boleh dikatakan hebat.

    Mereka ini sempatlah mencuit serba sedikit kekayaan kaum Cina di negara ini.

    Itu pun DAP tak boleh nak senang…bukan banyak pun.

    Maka anjing-anjing belaan DAP pun diarahkan untuk mengigit usahwan Melayu ini agar semuanya dibolot oleh satu kaum sahaja.

    Kalau Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari ada kepentingan dalam beberapa perniagaan di negara ini, penulis tumpang gembira kerana dia seorang Melayu dan Islam.

    Kenapa kekayaan dan kepelbagaian peniagaan Ananda Krishnan dan Robert Kuok tidak mahu dipersoalkan?

    Sorrylah…video di bawah terbitan pengikut Anwar, SAMM adalah contoh kebodohan Anwar dan kebodohan Chegu Bard.

    Kauorang dua memang balaci Lim Kit Siang.

    Seorang rakyat Malaysia yang tidak termakan dakyah kualiti rendah ini memberikan komen di Youtube;

    “bukan robert kuok saja…rmai lagi adTan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) – RM15.10 billion Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) – RM14.68 billion -Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) – RM14.17 billion -Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) – RM10.42 billion-Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) – RM9.75 billion…itu smua lg kaya dr Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) – RM9.14 billion…tp apa pasal mau keco mcm dia pegang smua ma..? knapa orang melayu x boleh kaya ka?”

    Betul….Melayu tak boleh kaya ke?

    Usahawan Cina tu semua pun bukan satu sahaja syarikat diaorng…diaorng pun memegang kepentingan dalam puluhan syarikat….tak timbul isu kroni ke?

    Teresa Kok dan kerajaan Selangor boleh luluskan projek 1 bilion dalam 8 hari…tak tanya kroni ke tidak?

    Apa yang Chegu Bard hendak sampaikan ni?

    Yang Melayu kalau berniaga mestilah syarikat kecik…wajib kena ada sebijik aje syarikat…kalau dua atau lebih dah jadi kroni?

    Kalau ada mana-mana Melayu besar sikit bisnes dia….SAH DIA KRONI….ini ke mesej bodoh kau Chegu Bard?

    Yang usahawan Cina takpe pulak? Takut kena marah dengan Kit Siang ke kalau serang?

    Rasanya dalam klip tu adalah satu nama Cina terselit…buat syarat.

    Serius…gua melihat klip ni dengan kekecewaan…

    Satu klip khusus untuk menyerang usahawan Melayu oleh NGO Melayu…betul lak orang kata Melayu tak boleh tengok bangsa dia senang.

    Sebenarnya, kalau seorang Melayu Islam memegang syarikat-syarikat strategik yang membekalkan beras dan minyak…Alhamdulillah.

    Jangan jadi bodoh la…di kala kononnya macam tak mau cakap pasal perkauman…kejayaan dan kelangsungan kaum Cina sahaja dalam kepala otak orang Cina dan pemimpin mereka.

    Tapi Melayu diajar jangan sebut pasal benda-benda itu kerana ia perkauman…ketinggalam zaman kononnya…

    Kesian Melayu diperbodohkan…

    Dan anjing-anjing macam SAMM ini pula menjadi alat untuk Cina terus memijak Melayu di negara sendiri.

    Dalam klip itu ada persoalan yang dilontar….

    Untuk siapakah anda berkerja hari ini?

    Jawapan gua-Sekurang-kurangnya anda ada kerja di negara sendiri dan tak perlu merempat kat negara orang macam Bangla dan Indon. Tengok dalam klip itu anda mampu ada kereta, rumah….ada kerja, ada duit.

    Kalau bukan Syed Mokhtar pun…anda tetap perlu berkerja untuk seseorang yang lain pula….anda tetap kena bayar bil, anda tetap kena beli gas….anda tetap beli beras…kalau anda ikut Anwar Ibrahim dan anjing-anjingnya…anda akan kerja dengan tokey bernama Tong Sam Pah…jadi, hakikatnya anda tetap perlu berkerja untuk seseorang.

    Anda juga boleh bertanya balik diri anda…UNTUK SIAPA ANDA MAHU BERKERJA HARI INI?

    Oh ye…lupa…saje nak cakap…Chegu Bard …fitnah kau pasal Rosmah beli cincin RM24 juta tu pun kantoi…syarikat berlian itu sendiri tampil menafikan pembelian berkenaan…takda cadang nak mintak maaf ke samdol?

    Sekali lagi….knapa orang melayu x boleh kaya ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. sbb melayu x boleh kaya ialah sbb kene tipu idup2 selama 57 tahun dgn sistem yg mcm sampah.
      sistem e-govt ke apa.
      bila merungut menteri suruh keluar negara.
      bila ayam mahal, suruh makan ikan dan daging.

      mcm mana nak kaya kalau bodoh dan diperbodohkan?

      blk2 salahkan chinese, balik2 salahkan anwar, bosan aku.

      Padam
    3. dan pembodohan tu berleluasa bila ada org mcm Tanpa Nama16 Julai 2013 8:34 PG tampil menyokong pembodohan ini.

      aku x suka anwar, tapi aku lebih x suka pembodohan.

      Padam
  16. Shah Alam: Seorang lelaki sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran ‘diculik’ sekumpulan lapan lelaki pada jam 3 pagi, semalam sebelum dibebaskan 90 minit kemudian dalam keadaan bogel.

    Mangsa berusia 24 tahun dilarikan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya.


    Suspek meminta wang pampasan RM6,000 daripada keluarga mangsa, namun hanya memperoleh RM3,000 sebelum mangsa dibebaskan di Kilometer 4.5 Lebuhraya DUKE, pada jam 4.30 pagi, hari sama.

    Sumber berkata, sewaktu dibebaskan mangsa ditemui seorang pengguna lebuh raya dalam keadaan bogel dengan kesan cedera di kepala dan muka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bak kata PM ' alhamdulliah..malaysia masih aman'..

      Padam
  17. apa2 jenis e gomen di internet mmg menghampakan..sbb?..web tu terlalu canggih utk sesuatu jbtn tu..ad jurang teknologi yg tinggi serta ofcorz la..krjaan ber E sini, E sana tu gimik je..muka depan lawa..functionality and sustainability..NO!

    BalasPadam
  18. Yg pelik pasal perkhidmatan Gov ni...staff dia byk betul, tp outcome xde la segempak mana...even syarikat S/B staff buat 3 org punya kerje..tp outcome lg gempak. Mungkin lepas punch card terus breakfast n lg tee time pukul 10, keluar awal lunch, tee break at 3pm n balik on time 5pm yg menyebabkan system x update sepenuhnya...

    Tp nak wat mcmane...byk staff kerajaan ckp kalau nak perkhidmatan murah/free...mcm 2 lah yg kita dpt..kalau gi swasta, mmg service tip top..cuma byr lebih je, x semua mampu.

    BalasPadam
  19. "Kalau Pegawai Teknologi Maklumat atau Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang develop sendiri aku boleh terima lagi.."
    Yaiks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. gomen ni amik pegawai IT ramai2 tapi last2 panggil vendor jugak buatkan sistem...aku cadang jumudkan je jawatan pegawai IT ni,xpun korporatkan mcm Petronas buat dulu korporatkan jabatan IT diorg jd iPerintis, baru nampak perubahan skt. kalau x mcm tu jelah sampai bila2...org dah guna teknologi & design terkini, diorg masih lg pakai teknologi & design yg 10 thn lepas

      Padam
    2. SSM kena pakai SAP

      Padam
  20. owh, nasib ko selalu tak baik kan noob.. dulu pasal tukar cermin kereta kalau tak silap.. hehe.

    ha 2 hari lepas, aku ada complaint kat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pasal perumahan aku manjang tak de air.. memula after submit aduan ni, macam lost sikit, tak jumpe no rujukan ke apa. penat gak aku back browser, resubmit. pun tak jalan. then aku try semak balik aduan guna IC, owh rupanya aduan aku dah submitted rupanya.. tapi yang bestnya, arini aku buat aduan, esoknya dorang accept then escalate ke Syabas untuk investigate. Syabas terus turun padang, buat meter untuk checking tekanan air. siap call aku lagi explain itu ini.. katanya after this kalau tekanan air rendah, dorang akan senang pantau dah. ha pantas! ni orang kettha yang pantas ke or syabas yang pantas? tak kesah la, janji aku puas hati!

    BalasPadam
  21. Noob, ni perkara biasa kalau dalam kementerian IT tu banyak perempuan... biase la, kerajaan ni kerja dah terlampau senang sebab tu semua macam haram servis die... cuba kalau pake sistem KPI, baru mantop servis... dan aku adalah vendor pada kerajaan serta glc, ni perkara mmg selalu terjadi... selalu terjadi pabila due2 bos dari kerajaan dan company nk dapat collection dan sikit upah, tu yang tak kesah pe jadi kat website... janji system up, tekan URL keluar dh, mmg tu la rupanya... hal ni takkan berubah sampe bila2 dan pasal IE tu, byk website kerajaan pake dotnet, sbb tu leh run kat IE je... biase la Noob, keraajaan kita mmg noob pn....

    BalasPadam
  22. Haha..kes ko sama dengan aku..tapi hati dan jiwa ko cekal la Noob..

    BalasPadam
  23. Aku dah biasa sangat jadi camni kalau guna e-sistem yg gov nye. Kalau gi kaunter lagi la lambat. Kaunter ade 5 tapi yg open 1 je. Layanan lak, aduhai cukup teruk. Kadang-kadang stress kalau terpaksa guna e-sistem yg gov nye.

    BalasPadam
  24. Betui sangat. Dah rasa situasi yang 120% sama dengan ni. Yang lebihnya lagi, bila sampai ke tahap pegi ke SSM Shah Alam, baru pukul 3:45 petang, sukoriti gad kata sistem dah offline. Tengok kat kaunter ada lagi dalam 20 orang tengah dilayan. Cemana buat urusan kalo betui-betui dah offline? Macam temberang je bunyinya kan?

    BalasPadam
  25. Sistem yang melibatkan duit je macam cukai salu diuji sistem pendaftaran ke apa nih asal boleh aje kot hahaha.. Untung tak banyak ma.. :)


    BalasPadam
  26. Kami pekerja gomen tiap-tiap tahun kena isi SKT...start taun lepas dorang perkenalkan sistem SKT online...udahla kena guna IE je...pastu punya la susah last-last SKT kami tak dapat nak submit pun bila masing-masing try nak submit dalam masa serentak...internet pun slow...memang bengkek tol hati time tu...paling best SKT kitorang anta pakai manual je...tahun ni start suh balik guma program HRMIS kejadah tu...memang bengap bin bodo....

    BalasPadam
  27. Kalau awak tak suka Internet macam sampah, awak boleh keluar dari negara ni!

    BalasPadam
  28. Tuan BuasirOtak.

    Sebab itulah hackers akan hack laman web Kerajaan. Sebab marah.

    BalasPadam
  29. Antara aplikasi bodoh yang selalu aku selaku pekerja gomen kena pakai ialah HRMIS. Memang layak la dikatakan tak bijak punya sistem. Windows tak habis2 dgn error tak sudah. Tambahan kalau time hantar laporan prestasi.
    Even dia punya feedback page pun blh submit ke broken link/failed terus. Penambahbaikan kejadahnya.

    BalasPadam
  30. http://wwwsaja-saja.blogspot.com/2013/07/budak-kepel-seminggu-bergaduh-sakan.html

    beruntung nya laki nih hurmmmmmmm sabar separuh drpd iman

    BalasPadam
  31. ala bro, gua yg cikgu ni hari2 la problem dgn sistem SPBS nk key in markah. lg sakit hati la klu lu masuk sistem ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.... sistem PBS merupakan sistem terhebat abad ini. Guru tidak perlu tidur malam sebab di siang hari sistem akan direhatkan.

      Padam
  32. sistem maybank2u yg berjuta2 org akses tiap2 hari tu xde slow pun laju je,sistem kerajaan ni ada yg xsampai 1000 sehari pun org akses,itu pun dh lembab nak mampos mcm siput.terpaksa org tunggu tengah malam baru akses sistem.bingai betul

    BalasPadam
  33. MACAM NI KE NAK BG BONUS..!!?? KERJA NTAH APA2

    BalasPadam
  34. samela.hahah tpi klakarla kisah ni..ni 2014 ingt ke dah update..sme jg..ape kehal ntah gov ni

    BalasPadam
  35. biasalah majoriti org it dah tua2..n harapkan vendor.

    BalasPadam
  36. ni tahun bila ni.. aku baru kena minggu lepas dgn hari ni.. 9 mac 2015.
    macam setan la system ni. klu setan masuk system ni dia pun marah.
    bodoh betul

    BalasPadam
  37. Manusia ni selalu fikir salah orang tapi tak berfikir mengapa perkara2 tersebut terjadi ke atas diri mereka sendiri. Adakah perkara itu saja2 berlaku?

    Pernah tak dengar tuhan sentiasa membalas setiap perbuatan kita tanpa menunggu kita mati lagi? Apa yang kau bagi, itu yang kau dapat. Kau suka susahkan org, itulah yg kau dapat.

    Cuba kau tengok org yg hidupnya dimudahkan? segalanya mudah bagi dia. Pernah tengok karektor2 orang sebegini macammana? Biasanya org mcm ni bukan jenis merungut2 dan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia.

    Mungkin kau melayan org tua kau mcm ni. kau perasan kau layan ok, tapi org tua tu rasa tak ok.

    Kesimpulan, sebelum kau nak mengutuk sesuatu, atau nak merungut pasal sesuatu yang terjadi terhadap duiri kau secara terus, kau kaji balik apa yang dah kau lakukan pada masa lepas. Dh tahu, redha atas apa yg berlaku sebab itu adalah balasan semula ke atas kita. Sila memudahkan kerja org, maka kerja kita pun jadi mudah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.