Halaman

Jumaat, 16 Ogos 2013

Biar tempat lain kotor asal bukan tempat sendiri

"Bang, Twisties tu dah habis ke? Kalau dah habis saya nak buang.", tanya seorang isteri.

"Dah habis dah. Awak nak buang kat mana?", soal suaminya semula sambil memandu kereta Honda City 1.5S nya.

"Buang kat luar ni jelah, taknak la sepah2 dalam kereta. Kereta kita ni baru je basuh semalam.", ujar isterinya sambil mencampak bungkusan Twisties yang sudah kosong keluar melalu tingkap kereta.




"Adik nanti lepas dah makan aiskrim tu plastik dia buang ya.", kata seorang ibu kepada anak perempuannya yang baru berusia 6 tahun yang sedang menjamah aiskrim di beranda pangsapurinya yang berada di aras 5.

"Buang kat mana bu?", tanya anaknya semula kepada ibunya. "Buang jelah kat bawah tu..."

"Baik bu!", jawab si anak kecil itu sambil melihat plastik aiskrimnya sedang beterbangan mendekati tanah.





Begitulah logik orang kita, tempat lain kotor takpe, yang penting rumah dan kereta kita bersih. Aku faham masih jauh lagi untuk menjadi budaya kita dengan membuang sampah secara berasingan antara kaca, plastik, kertas dan sebagainya, tapi at least buang sampah2 anda kat tempat yang sepatutnya di tong sampah, bukan dekat jalanraya, tepi jalan, rumput, padang, kaki lima dan tempat2 lain yang kau rasa tong sampah mak bapak korang. Sampah korang sila uruskan sendiri. Kalau sampah pun korang tak boleh nak uruskan, korang memang lebih sampah daripada sampah itu sendiri.


Oh satu lagi. Masa aku balik beraya hari tu, aku perhati sekarang ada trend baru masa memandu, kalau dulu drink and drive tapi sekarang text and drive yang bagi aku lagi teruk dari drink and drive sebab sapa2 je boleh buat. Kat Malaysia ni orang mabuk minum arak bawak kereta tak la banyak sangat, tapi orang mabuk bawak kereta kekiri kekanan sebab tengah layan SMS, Whatsapp, Wechat, Kakaotalk berlambak2 atas jalanraya sampai menyusahkan orang lain. Pegang telefon sambil memandu pun masih tak seteruk ni sebab mata masih pandang depan, tapi kalau tengah baca dan taip SMS, mata memang dah tak tumpu kat depan sangat dah. So untuk orang2 yang text and drive ni, tak kira la kereta ko mahal ke telefon kau mahal ke, aku gelarkan mereka pemandu sampah.





tags: buang campak lempar lontar sampah sarap merata dari kereta rumah pangsapuri flat apartment recycle bin kertas kaca plastik main sms taip text sambil memandu sikap orang malaysia drink text texting and drive meme

19 ulasan:

  1. kat kajang, ada satu taman, belakang hospital kajang, sebelah sekolah yu hua...aku selalu berbasikal dari rumah ke sana.

    pada satu ahad, ada couple duk kat pangkin sambil makan2 kuih/minum. pakai tudung....cakap kuat2 dalam phone.

    diorang bleh blah mcm tu je tinggalkan sampah2 tu atas meja tu.

    aku sound straight, "ooi pakai tudung, citer agama2, tapi sampah x reti buang, buat malu je!"

    kami pengunjung2 lain buang sampah2 tu dlm tong...ngam2 ada family lain yg ada byk budak kecik nak lepak kat pangkin tu.

    moral : klu aku tegur baik2 mungkin akak tudung tu tak blah mcm tu, come on la. taman wei..x de sense and sensibility langsung

    BalasPadam
  2. Aku pun tak paham mungkin dah biasa sepah dan suka hidup macam tu kot macam orang duduk umah flat@setingan diaornag buang sampah kat kawasan diaorang jugak tak rimas ke bau busuk dan kotor kawasan sendiri?

    BalasPadam
  3. dulu ada sorang remaja lelaki ni yg suka taip sms masa tunggang motor. akhirnya ke bawah lori juga dia sampai ajalnya. Innalillah..

    BalasPadam
  4. sy paling tidak suka sifat org yg macam tu..dlu sy pun dah pernah tulis entry yg mcm ni...suka hati dia jak mau buang smpah mana2..huh!

    BalasPadam
  5. mak yg ajar anak buang smph tu da bgus da tp tempt nk suruh buang tu x kne la plak...

    haiz....memang bnyk kali dah tengok situasi cemni... kt pasor mlm selalu jdik. tengah dok jln2 bleh plak org bodoh mne g cmpk bekas plastik minuman dia tu kt tengah org rmai nk jln

    kesian....so stupid....

    BalasPadam
  6. realiti yg pahit.
    ajar anak buang sampah dlm tong sampah,bukan ke luar tingkap

    BalasPadam
  7. ngat lagi lecturer aku selalu tegur, buang sampah DALAM tong sampah, bukan ATAS tong sampah, (kes untuk tong yang dah penuh sampah)..terasa juga kadang2

    BalasPadam
  8. mereka2 ni terlalu pembersih... sbb mereka seboleh2nya nak berpisah dari sampah secepat mungkin... contoh.. minum air kotak... selagi kotak tu sebagai pembungus minuman.. dia akan simpan.. tapi bila habis je air dlm kotak tu... automatik kotak tu jadi sampah... maka sejurus je kotak tu jadi sampah.. tak kira bila.. kat mana.. mereka2 ini akan buang dan jauhkan sampah tu dari mereka...
    sangat pembersihkan..?? sbb tak suka sampah... tapi bangang...

    BalasPadam
  9. Kena didik dari awal kalau dah terbiasa memang mudah je menyepah kat memana..
    Kena ddik juga mengutip sampah dan pembersih ini lagi susah dari tidak membuang sampah merata-rata..

    Kena buang sifat ego sifat sombong jadi manakita nampak smapah kita kutip kita buang ditampat yang sepatutnya dan mana yang kotor kita bersihkan..

    Kalau ramai orang macam ni tentu surau masjid dan tempat kita ni bersih dan ramai orang akan ikut..

    Masalah juga kita nampak sampah kita nampak tempat tu kotor kita buat deq aje..


    BalasPadam
  10. fasiliti kelas pertama, metalilti kelas ke 3 suku.

    BalasPadam
  11. noob, hang x nak buat ke liga FANTASY Premier League(fantasy.premierleague.com)?? kalau boleh, hang bagi lah hadiah kat pemenang, macam hang selalu buat giveaway tu......

    -ahmad-

    BalasPadam
  12. Dulu aku pernah kerja sapu sampah kat resort. Orang Malaysia ni baik kaya ke miskin ke, bab sampah memang sama je perangai. Time aku sapu sampah kat tepi jalan, rilek je diorang campak ikut tingkap kereta sampah diorang. Baik kereta Mercedes sampailah ke Kancil, perangai lebih kurang sama je.

    Oh ya, kalau takda sampah nanti, tukang sapu macam aku dulu makan gaji buta la yer. Sebab dah takda sampah. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sbb dia nmpk ko tengah menyapu, terus di ingat 'ala nanti dia sapu la sampah tu' selalunya tu first impression, tabiat buruk semua org ada, cuma terpulang la diri sendiri nak baiki atau tidak..

      Padam
  13. selalu kejar adik-adik keliling rumah sebab suka buang sampah merata walhal dah ada tong sampah dalam & luar rumah. alhamdulilah sekarang ni dag kurang index buang sampah merata. btw ak bangga dengan pekerja tukang sapu rajin sapu sampah tepi jalan tiap hari bawah panas matahari dari orang kerja office dalam aircond tapi tak reti buang sampah dalam tong sampah walaupn rajin belajar bertahun2 masih tak reti cara buang sampah dengan betul. tq

    My recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 4

    BalasPadam


  14. Memang fedap dengan orang yang buang sampah sesuka hati..
    aku menyampah gak dengan perokok yang jentik puntung rokok dia keluar kereta

    Tak hormat orang belakang langsung

    BalasPadam
  15. buday orang malaysia dah ni noob..

    "nanti makcik cleaner akde keje kalau tak buang sampah"

    BalasPadam
  16. Payoh sungguh nok saing denga ore comey
    rama lagi ore lain duk pakat berkene
    nok jupo keno begilir hati raso tok sene jadi maine

    Dale maso sebule buleh temu sekali
    itu po kebetule dio tokde lari

    aaaaaa aaaaaa aaaaaa aaaaaa

    maso baru kena..napokmalu-malu 2X
    moleknyo peranga kito nyo tok tahu
    dio ado kasih ramaa..kito ni ore baru
    raso cemburu...

    tiap-tiap male tok jenero nok tido
    ingat ko perbuate hok supo Huh?

    aaaaaa aaaaaa aaaaaa aaaaaa

    pikir gi pikir mari..baru aku sedar 2X
    doh ore tok sudi teben takdok pasa
    dok gilo ko demo wak sakit ko hati
    tido ku tok leno mandi ku tok cuci
    menyeksa diri....

    bercera kasih saye bukenyo mudoh
    nok tido tokleh terbaye nok lupo payoh

    aaaaaa aaaaaa aaaaaa aaaaaa

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.