Halaman

Khamis, 1 Ogos 2013

Lagi kes penghinaan terhadap Islam

Sekarang kecoh pula isu seorang wanita melayu Islam iaitu Maznah Mohd Yusof atau Chetz Yusof yang berpenampilan seperti lelaki dengan berbaju melayu dan membuat video ucapan hari raya. Takde masalah pun nak ucap selamat hari raya, cuma aku harap janganlah terlalu menyerupai lelaki sangat, kan haram bagi seorang wanita menyerupai lelaki dan mendedahkan aurat. Ok bai...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Oh si jurulatih anjing ni menghina Islam kerana bela anjing, bawa anjing jalan2, ambil gambar dan video dengan anjing, basuh dan mandikan anjing, anggap anjing sebagai keluarga dia dan mengucapkan Selamat Hari Raya di mana dia dikatakan mengaitkan raya dengan anjing. Ok gantikan anjing2 tu dengan kucing, maka benda ni langsung tak jadi isu malah orang tak peduli pun.


Sebab orang kecoh2 adalah kerana haiwan yang dia bela itu adalah anjing. So aku nak tanya, anjing tu hina dan haram ke di sisi agama? Dalam Islam takde masalah pun orang nak bela anjing, lebih2 lagi kalau bela tu untuk jadikan binatang pemburu atau menjaga keselamatan rumah. Masalah anjing ni lebih kepada bab Feqah sahaja, macam mana nak samak, nak bersuci kalau terkena jilatan anjing, bukan bab Aqidah yang boleh menyebabkan seorang Islam jatuh kufur kalau bela anjing.




Dekat negara arab tu pun ramai orang Islam yang bela anjing.



Pak Mie dan Mak Intan Kedah juga bela anjing2 terbiar.


So aku tak rasa pun dia nak menghina Islam, dia cuma mewakili diri dia dan anjing2 belaannya yang dia anggap seperti keluarganya mengucapkan Selamat Hari Raya, itu sahaja. Takde beza pun kalau dia mewakili kucing2 peliharannya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Ia tak sama dengan isu Alvin dan Vivian si pencari perhatian murahan yang memang cari pasal mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi bak kut teh. Lagipun kalau dia ajak semua orang bela anjing pun, aku takde rasa ia satu penghinaan terhadap Islam. Kalau ada benda yang nak ditegur, tegur cara dia berpakaian dan penampilan dia yang menyerupai lelaki.

Masalahnya sekarang anjing adalah taboo dalam masyarakat melayu. Tak dinafikan orang melayu takut dan tak suka dengan anjing, termasuk aku. Aku tak suka dengan anjing bukan kerana aku benci atau pandang hina terhadap anjing, cuma sebab aku takut kena gigit sebab pernah ada pengalaman kena kejar dengan anjing. Mungkin kalau dari kecil aku dah tahu cara nak berkawan dengan anjing, aku takde rasa takut sangat dengan anjing macam sekarang.

Dan lagi masalah bila orang melayu ni suka berlebih2, terlampau sensitif, cepat butthurt, over reacted, terlalu exaggerate dan suka sangat membesar2kan suatu isu. Yalah mungkin perempuan tu pun tak sensitif dengan masyarakat melayu yang fobia dengan anjing, tapi kita pulak lebih2 kata dia hina Islam. Dah la video tu video 3 tahun lepas tahun 2010, tiba2 sekarang baru jadi isu. Ni mesti ada sorang mamat atau bimbo mana ntah nak cari Iklan Hari Raya 2010 kat Youtube, lepas tu terjumpalah video iklan tu, lepas tu sebab nak glamer jadi orang pertama yang prihatin lah kononnya, reupload balik video tu kat Youtube dan sebarkan kat Facebook dan blog2 kata ada orang hina Islam, sama macam video india gaduh dengan melayu tepi jalan tu.

Kalau benda yang tak haram macam ni pun dikatakan menghina Islam, aku rasa amat sedih sebab kat TV, majalah, Facebook, Instagram, video Keek yang bangang abadi  tu berlambak2 artis melayu Islam buat benda yang dah terang2 haram seperti dedah aurat, pakai seksi, tunjuk peha, betis, cleavage, berpegangan lelaki perempuan, berpelukan dan sebagainya tapi takde seorang pun nak besar2kan benda tu dan jadikan ia trending kata itu satu penghinaan terhadap Islam, malah sebaliknya ramai yang cover artis2 kesayangan mereka ini bila kena tarbiah. Kesian...

Bak kata kata pepatah moden, pegang babi boleh samak, pegang tangan awek boleh samak ke?


Sumber Google

Bacaan lanjut:

- Berita Semasa: Video Chetz Yusof Hina Islam? Video Hari Raya + Anjing. Apa Kata Anda?
- Amenoworld: Ini Penjelasan Dari Individu Yang Upload Video Anjing Meraikan Aidilfitri.
- Taufiking: Bukan Anjing yang hina Islam




tags: isu kes video hina islam kaitkan raya dengan anjing ucapan selamat hari raya aidilfitri laungan takbir zikir masjid wuduk iklan hari raya 2010 1 hari di hari raya basuk kaki muka saji kuih raya jurulatih anjing maznah mohd yusof chetz skmm tahan polis siasat lapor baju melayu hitam penkid pengkid tomboy rambut pendek penampilan pakaian lelaki sensitiviti melayu binatang buruan hukum harus feqah samak babi khinzir air tanah negara arab pak mie mak intan kedah pegang awek bukan mahram haram

93 ulasan:

  1. Anjing utk org kafir..
    Kucing utk org islam..

    Bela anjing utk jg keselamatan. jaga rumah dari dimasuki penyamun... atau utk jaga kebun adalah harus. nak upah pakgad pun keja time keja mlm plak dia tido...

    Cuma elok jgn buat binatang utk bmanja seperti kucing. nti malaikat rahmat xmasuk dlm rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bg hadis atau dalil yg mengatakan bela anjing malaikat rahmat x masuk rumah? just utk rujukan bersama. tp still bela anjing x haram.

      walau kata bela anjing utk berburu atau jaga keselamatan skalipun, nk bg anjing ni patuh & ikut arahan kita, kita kena berkawan dgn mereka. nk berkwn dgn mereka kena curahkan kasih syg pada mereka, usap, belai, bg makan, bwk jalan2, barulah anjing ni percaya pd kita dan boleh dengar ckp kita.

      tp tulah org melayu ni biasalah suka ckp mcm pandai. nmpk anjing pun takut, tp kalau sembang mcm dh 10 thn bela anjing...

      Padam
    2. Salah satu perangai bengap meleis zmn skrg suka query pasal hukum agama. ustaz ulama duk mengajar keliling kg dlm masjid surau dlm utube xmau dengar..

      Rujuk sini..www.ustazshauqi.com/2011/04/hukum-memelihara-anjing.html?m = 1

      Xpun hang buka video noob dkt atas kasi habis..

      Padam
    3. Teeeet, salah! Sebenarnye, org yg suka terima dan telan je bulat2 segala benda yg die dengar atau baca lebih2 lg pasal hukum hakam agama dan apa2 hadis tanpa query samada benda itu sahih atau X, org yg mcmtu la BENGAP.. plz jgn jd meleis yg bengap abadi ok??

      inb4, kau ni msti jenis yg suka main share je apa2 hadis yg kau jumpe, tanpa selidik ianya berstatus palsu, dhoif atau sahih dlu kan, sebb yelah kau kan bukan golongan meleis yg bengap yg suka query psl hukum agama?? lol

      Padam
    4. lol kat ko tu bukan hadith palsu hang g cek noh nmpk mcm hang ja yg ckp lebh tak tau ap lol, hadith doif tak salah pun nak amal lol dan xleh digunakan untuk berdebat dan akhirnya nak menangkan gak serupa mcm itu "mamat selamba jwb awek dia katakan" nak pak situ cr mcm na org lelaki haha2

      Padam
    5. kau tulis apa ni dol ayat mcm budak tadika baru pandai buat ayat.

      Padam
    6. kirenya meleis yang pandai ialah meleis yang bela anjing dan babi
      gitu ke?

      Padam
    7. meleis yg pandai x semestinya yg bela anjing & babi, tp kalau susun ayat pun berterabur, boleh nilai sendirilah tahap kepandaian tu

      Padam
    8. kiranya meleis yang pandai ialah meleis yang bela anjing dan babi dan pandai susun ayat.

      wow hebatnya...pandainya meleis sekor ni

      Padam
    9. anon menyamar nk jd org utara tp failed,last2 jd hancus mcm budak tadika baru pandai buat ayat detected...

      Padam
    10. buthurt bila tak paham agama suruh ngaji tak mau :)
      lepas tu bergaduh pulak..

      jom bukak kitab2 tafsir pasal anjing

      Padam
    11. anon 1 ogos 1:05PG

      BACA NI..

      Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing. Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih). Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari). Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim)

      Padam
    12. nak komen pun pakai la nama. kang aku "assalamualaikum tanpa nama" korg sentap2 pulak.

      sembang letak link letak hadis, nama pun tak leh nak letak.

      Padam
    13. anjing pun ada nama, manusia pulak letak Tanpa Nama sbg nama. adei.

      Padam
    14. ah lupa nak tulis 1st.. btw aku 1st

      midnite

      Padam
  2. bila baca entry hang ni baru aku tau dia perempuan... raya pakai baju kurung la cik maznah weh, yg hang pi pakai baju melayu lelaki pulak awat... isk isk ("-_-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... eh, kenapa aku duk sini?
      Haish..

      k bye.

      Padam
    2. dia pakai baju melayu pun problem? meleis..meleis..semua benda nak persoal.

      Padam
    3. problemla kalau perempuan pakai baju menyerupai lelaki.. agaknya baju kurung lagi mahal dari baju melayu kot...

      Padam
    4. haram bg lelaki menyerupai perempuan, haram perempuan menyerupai lelaki. dari segi penampilan pun dah tau dia ni mcm mna perangai

      Padam
    5. kalao dia pakai baju melayu tetapi pakai tudung yang masih menampakkan dia adalah perempuan, takpe la jugak. ni pakai dah nampak cm lelaki, rambut pn dah pacak2 cm lelaki. AKu pn mati2 ingat dia tu lelaki. kan dah tak boleh tu bila dah menyerupai lelaki?

      Padam
    6. hahaha lawak siot meleis butthurt... anon 3:35ptg, ko ada butik baju melayu yg tak laku ker? kesian meh sini nama kedai ko, aku promote kat kawan2 n sedara mara aku lol...

      Padam
    7. @anon 3:35 ptg

      لعن رَسُول اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ… المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
      “Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)

      adakah anda anggap Rasulullah s.a.w juga semua benda nak persoal?

      Padam
    8. tanpa nama,

      baju melayu tu melambangkan dia tu lelaki. baju kurung untuk perempuan. sama macam toilet lelaki and toilet perempuan. ada shampoo lelaki ada shampoo perempuan. etc. maksudnya kita hidup ni ad ethic. ada sebab. agama pun highlight beza laki dan perempuan.

      kenapa ko tak soal je, kalau nak jadi laki itu pun salah?

      Padam
  3. Bodo betul la mu ni...ada ke org islam yg bela anjing kat dlm rumah?mu dgr xapa ustaz azhar tu ckp...klu nak bela ada tujuan xpa ...letak luar rumah je...bila dibirkan anjing berkeliaran ddlm rmh mcm kucing akan gugurlah pahala satu demi satu pahala
    .mmg anjing tu xhina tp anjing kan salah satu najis berat kenap nak jadikan haiwan tu plak model ...dh xda haiwan lain ke? ko nak samakan anjing ngn kucing?abistu kenapa kita xhalau kucing lalu dlm masjid tp anjing kt halau?sbb anjing tu najis la...ni klu dah sampai nk raya pon makan kuih sama2 ngn anjing tu bukan dh kira mempersendakan agama ke? klu xtau jgn ckp...xda sorg ustaz pon aku dgr pertahan tomboy bodoh ni...nt

    BalasPadam
    Balasan
    1. anjing makan kuih raya pun kira persenda agama??? kah kah kah lawak lawak... kuih raya tu ada dlm islam ka??? itu cuma makanan melayu je la dol... zaman nabi dulu ada ke kuih raya??? kalau dia bg anjing dia mkn kuih bulan, mesti org ckp dia hina org cina... kah kah kah ni komen plg lawak pernah aku baca...

      anjing tu najis? kalau najis samak jelah apa susah... bela anjing gugur pahala, tp x haram pn. org bercerai pn ada org ckp bergegar arasy, tp x haram pn bercerai...

      ni la masalah melayu, depa rasa islam tu hak milik org melayu, islam depa ja yg plg betul, islam kt negara lain semua x betul.

      Padam
    2. ye la pahala ko dah banyak.tu pasal tak kisah....
      meleis bela anjing kira pandai la kan

      Padam
    3. meleis bela anjing x semestinya pandai, tp meleis yg x bela anjing pn x semestinya pandai juga. pandai ke bodoh bkn ditentukn dgn anjing.

      dosa pahala pn Allah yg tentukan, ko sibuk dgn pahala org lain sgt kenapa?

      Padam
    4. tau pun dosa pahala ditentukan Allah

      abih yang kata bela anjing gugur pahala
      kiranya dah banyak pahala la tu pasal selambe je bela anjing

      ko sibuk nak butthurt sangat kenapa?

      Padam
    5. setahu aku kalu ayam ke,itik ke,kambing ke,apa2 aje binatang kalu dia masuk dlm masjid atau surau patut dihalau keluar,bukan stakat anjing je..bukan sebb hukum haram halal ke ape tp sebb takut haiwan tu berak kencing dlm surau atau masjid..X tau la pulak mo kalu org kat kawasan anon 2:05PG ni cuma halau anjing je keluar dari masjid,tp kalu ayam ke kambing ke masuk diorang X kalut nak halau??apa mungkin barangkali ayam kambing itik kat tempat anon 2:05PG ni mmg dilatih utk X berak merata2??lol

      Padam
    6. rujuk kitab ler..
      mari kita sesama mengaji..

      Padam
    7. kita ada badass here... pegawai penyemak pahala org

      Padam
    8. budak tulis blog ni meradang tak tentu pasal sebab dia terasa aku rasa. mempertahankan benda yang bodoh. lain la cerita mempertahankan agama. pergi jihad ke palestin ke. pertahan issue and kemelut agama antara yahudi dgn islam ke, perang dekat mesir ke. bole gak la aku nak respect.

      ini nak mempertahankan si tomboi ni? pertahankan ulama tak pe la jugak. aku rasa dia melenting sebab dia pun bela anjing and babi jugak kot. tu yang meroyan tu.

      Padam
    9. http://blogserius.blogspot.com/2013/08/serius-cool-anjing-dibawa-masuk-dalam.html

      islam itu agama yg indah,manakala meleis yg kononnya muslim sejati tp suka membodohkan org lain pula adalah golongan manusia yg paling cam nokhorom..sekian

      Padam
  4. Aku rs buasir ni sedara tomboy ni kot...ckp mcm pandai tp sbnrnya bodoh nak mampos....

    BalasPadam
    Balasan
    1. but hurt detect ohhh lama x jumpa org mcm ni, hang x reti baca ka noohhhh..

      Padam
  5. tan sri muhyidin gelojoh sangat tuduh non muslim. kan dah malu skarang nih. hihi

    BalasPadam
  6. aku teringin sangat nak bela anjing...

    -ahmad-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bela la.. Xde sapa nak halang pun. Meleis bodo je yg mengata haram bela. Quran x pernah haramkan anjing, yg muslim je pandai2 buat hukum sendiri.

      Padam
  7. i like your writing on this issues. No butthurt yet thoughtful!

    BalasPadam
  8. Lah sejak bila menyayangi anjing ni satu dosa? Selamathari raya dari saya dan anjing saya, apa yang menghina agamanya? Kalau kau tak suka anjing, kau diam je la. Tak usah dok kepoh satu dunia ajak geng serang orang.

    Nak kasi ayat cliche sikit

    'Couple berkepit penuh di bazaar ramadhan, pompuan bertudung sleeve baju pendek tu lagila.menghina islam"

    Makin ridiculous la. Lepas ni sesapa komen merepek tu skmm baru nak tau takut dan berhati hati dalam pertuturan dan penulisan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. abih kalau ko suka anjing,dok diam diam takleh ke
      tak usah la dok kepoh satu dunia ajak orang suka anjing

      Padam
    2. ni sorg lg meleis. dia x ajak pn satu dunia suka anjing. ko nk benci ko lantak ko la, tp sapa kita nk judge org lain yg bela anjing & tuduh mereka hina islam???

      Padam
    3. and ko sape lak yg butthurt nak bela dia?
      nanti bela anjing bagi anak ko main bole?

      ko nak suka bela anjing lantak ko la tapi jangan dok buat video bodo camtu siap wuduk bagai

      wuduk tu untuk binatang?

      Padam
    4. dia x ckp pn dia amik wuduk utk anjing2 dia. yg aku nampak dia hanya basuh kaki dan lap muka anjing dia. itulah meleis suka buat andaian & kesimpulan sendiri & judge org lain lebih2

      Padam
  9. Banyak binatang elok2 anjing juga yang diminati.
    Lepas tu belasah je tanpa ada ilmu atas nama kebebasan dan perihatin atau sayangkan binatang.

    Bela anjing tak salah tapi tak digalakan sebab hukum najis berat yang ada pada anjing. Kena belajar bagaimana membela dan menguruskan anjing supaya tak menjejaskan ibadah kita terutamanya solat dan sebagainya. Dengan kata lain bela anjing ni leceh la berbanding bela kucing atau binatang lain. Tapi kalau rajin takda masalah pun tapi Islam ni nak memudahkan so yang mudahnya tak payah bela la.

    Ramai orang tersilap.. Tersentuh anjing (basah etc.) bukan kena samak :) samak ni untuk menyucikan kulit binatang selain anjing & babi.. Untuk menyucikan diri dari Najis Mugalazah ni kena basuh 7 kali dan sekali dengan tanah. Kenapa dengan tanah? untuk meneutralkan mudarat dari kedua-dua makhluk Allah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai orang tersilap.. Tersentuh anjing (basah etc.) bukan kena samak :) samak ni untuk menyucikan kulit binatang selain anjing & babi.. <-- menarik.. maksudnya ustaz ustazah kat sekolah and di kolej islam semua dah tersilap memberi ilmu kpd pelajar2 nyer...

      Padam
    2. Mazhab syafiee dan mungkin satu dua mazhab sunni lain je yg ckp kena samak. X silap aku mazhab maliki x payah nak samak. Basuh macam biasa je. Btw, Quran x pernah menghukum anjing sbg najis berat apa lagi mengharamkannya. Kenapalah meleis nk butthurt sgt? Taksub mazhab/hadis/ tok guru, mcm nila jadinya.

      Padam
    3. Mungkin adalah istilah samak dalam bahasa melayu yang membawa maksud membasuh 7 kalis engan sekali dengan tanah :) Kena rujuk DBP.

      Sebab kalau ikut istilah sebenar samak ni ialah membersihkan kulit bangkai dengan kaedahnya setelah dibersihkan kulit tersebut ianya disamak dibasuh dengan benda tajam/keras seperti kapur, garam asid dan sebagainya bagi menghilangkan kotoran, lemak dan kuman2 yang terdapat pada kulit tersebut.


      Padam
    4. masalah budak ni, aurat pun tak reti nak jaga. tu rambut tu apa? then dah terang2 wanita berpakaian seperti lelaki ditegah islam pun dia x peduli..

      so agak2 dia rajin ke menyucikan balik diri dia daripada najis (anjing)? <- ni ayat pertanyaan.. Wallahu a'lam

      Padam
  10. diminta encik maznah upload video mcmana membersihkan diri selepas memandikan anjing2 kesayangaannya,boleh kami dapat belajar,...kalau anjing jilat mulut ngan lidah, perlukah lidah ditaruk tanah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea aku pun ingin tahu juga bagaimana cara dia menguruskan kebersihan dan perkara itu. Agak leceh rasanya.. nak kena cuci 7 kali setiap kali bermain dengan anjing ni.

      Orang yang rajin aje rasanya boleh bela anjing ni atau ada teknik2 yang diguna bagi memudahkan benda tu.

      Kita kena solat 5 kali sehari So kalau dah tingal dengan anjing bagaimana agaknya sebagai seorang Islam menguruskan benda tu.

      Padam
  11. tq buasir atas pencerahan. Tp aku still nk kata dia menghina islam bkn sbb bela anjing tp sbb skali tgk dah mcm org jantan!!!

    BalasPadam
  12. So aku nak tanya, anjing tu hina dan haram ke di sisi agama? Dalam Islam takde masalah pun orang nak bela anjing, lebih2 lagi kalau bela tu untuk jadikan binatang pemburu atau menjaga keselamatan rumah. Masalah anjing ni lebih kepada bab Feqah sahaja, macam mana nak samak, nak bersuci kalau terkena jilatan anjing, bukan bab Aqidah yang boleh menyebabkan seorang Islam jatuh kufur kalau bela anjing. <-- betul tu Noob.. mcm issue besar sgt bila orang melayu bela anjing for any reason.. seolah2 pegang anjing dosa lebih besar drpd pegang pakwe makwe sendiri.. pegang anjing x dosa, cuma kene samak je.. tp kalau pegang kekasih hati, samak lah guna tanah apa sekalipun dosa xkan hilang melainkan taubat... aku rasa dia hina agama dari segi pemakaian dia yg menyerupai lelaki. thats it. tu je.. bab bela anjing from my point of view, harap2 dia jaga kebersihan seperti yg dituntut oleh Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan samak... samak tu utk suci kan kulit binatang...

      perkataan samak ni mmg selalu buat org keliru..

      Padam
    2. kalau macam tu nnt datang beraya rumah ain dayana bawak anjing skali.. :)

      Padam
  13. tp kotor la bela anjing..mcm mane la dia blh tinggal skali ngan doggie tu..hmm..aiyoo..
    tp brape percent j melayu yg bela anjing buat pet..yg bela jg kebun byk la..kucing lg tomey..
    lol..meoww..grr..

    Salam aidilfitri uoulss from me and my cat:
    mr blacky..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oitt.. nama kucing kita sama larr.. kucing akupun nama blacky.. tapi ilang dh.. kau culik ehhh.. btw.. salam aidilfitri jgk ehhh..

      Padam
  14. Aku nak keja bela anjing polis menjejak penjenayah..

    BalasPadam
  15. Pada aku semua binatang sama je anjing ke kucing ke babi ke walau nyamuk sekali pun.. aku orang kampung dh biasa samak kadang2 masuk hutan terpijak taik babi dan macam2...samak bukan kena banyar pun free je x membebankan pun.
    klu kucing orang boleh sayang kenape bintang lain ada yang orang benci sama je pun...

    BalasPadam
  16. Mungkin sebab sentimen.. kalau jaga nak menyelamatkan mereka memberi perlindungan macam pakcik kat kedah tu (asing dari rumah), nak jaga ternakan untuk berburu takda masalah rasanya cuma kalau sebagai binatang peliharaan kesayangan ni.. tak berapa sesuai..

    Merujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp ad org siap hadis mana dtg ntah palsu, la ap lg daiif la, ni kasi kat mana info ni leh rujuk baru bagus...

      Padam
    2. Tak tahu baca ke apa?

      Dah tulis kan kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Cuba carik kitab tu kemudian Carik kitab Hadis Bukhari dan Muslim.

      Padam
  17. aku x kesah ngan anjing, just malas nak samak je kalau tersentuh.

    dulu aku penah bela kucing 18 ekor, so bila convenience store ada sale (jual makanan kucing 99 cents setin), aku borong dengan gembiranya. gaul2 makanan tin ngan makanan kering supaya dapat banyak. masa nak buang tin, baru perasan dalam ingredients ada pork (babi). kena la basuh tangan ngan tanah.

    aku rasa org melayu fobia ngan anjing sbb malas nak menyucikan tu la kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaaaa tu dia, sebb semua benda rasa leceh... hahaha2 asala tu ja tp meleret jd fanatik anti anjing ahahaha tgk mcm mana masyarakat bila start minat sesuatu atau stant benci sesuatu, pesen ad sama disitu

      Padam
    2. yup. aku kalau nampak anjing aku lari bukan sebab aku takut or tak suka, just malas, kang kena basuh.

      Padam
    3. tp kena jaga2 anjing yg jenis liar ad geng2 haa tu memang kena lari @ cept blah dr situ, kita jalan sebelah selamba dia dtg kejar ko2 ak pernh kena, klu yg jenis besar2 la klu puppy boleh le rilek, ni yg saiz anjing mcm budak umur 14 taun

      bukan manusia je ad faction anjing liar malaysia pun main faction2 pun, kaki buli anjing yg xde faction tu realiti

      Padam
    4. kadang2 aku susah nak paham apa yg cahayaamanah ni tulis... ayat tunggang langgang... pastu suka tulis shortform yg org susah nak paham...

      Padam
    5. maafkan jelah dia, dia baru darjah syiaaatu..

      Padam
    6. yelah saya salah.... lain kali saya tidak akan cuba tulis 'shortform' supaya mudah dibaca oleh tanpa nama sekalian

      Padam
  18. Ramai silap bab ni, samak menyucikan kulit haiwan. Sertu menyucikan kesan terkena najis berat.
    Kalau nak tanya psl sumber sila cari sendiri..tula tanggungjawab pencari ilmu, bukan sibuk duk tanya mana sumber. Kalau dah ada ustaz/ulama/rujukan yg diyakini bg info jgn dok pertikai tanpa asas plk.
    Betul kata noob ni bab fekah. Tlg bezakn sensitiviti melayu dgn sensitiviti islam. Btw, aku malas nak tgk pun video nih, dah kata tu video org pempuan mcm tomboy kan. Kalau nAk sound pun sound la psl tu dulu.

    BalasPadam
  19. hmm..bela kucing lg bagus..yeahh..
    macam macam skung ni..hmm..
    akhir zaman..

    BalasPadam
  20. Kisah berulang :)
    dan sekali lagi kita mengimbas dan belajar

    dulu ada juga kes anjing ni :)

    masih tak katam2 lagi :)

    BalasPadam
  21. senang crita, lantak dia lah, nak bela anjing ka, nak jadi pengkid ka, nak bela pengkid ka, nak jadi anjing ka.. sok mati kubur lain2. dosa pahala sendiri tanggung.. kita nak komen lebih2 pon kita bukan baik sangat.. doakan la dia dapt hidayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang la kubur dan dosa masing-masing tetapi kat dunia ni sebagai umat islam kena sayang menyayangi
      saling tegur menegur dengan baik bukan maki memaki hentam menghentam :)

      Nabi pun berdakwah dengan orang dengan kata-kata yang baik tu sampainya hidayah dan islam kat kita..

      Kita sampaikan benda baik dan tegur dengan baik InShaAllah tuhan sentiasa merahmati dan menjaga kita.

      Padam
  22. dah kena tahan pun...kesian... xpasal2 je kena tangkap psl ada melayu butthurt yg pemikiran masih zaman batu, padahal video tu dari 3 thn lepas xde sapa pun peduli

    http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130801/je_03/Maznah-ditahan-polis

    BalasPadam
  23. BAGUS LAH betina bersalut jantan ni dah kena tangkap... agama adalah nyawa. bukan gurauan. nak bergurau kau bergurau guna benda lain...

    BalasPadam
  24. Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

    Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

    Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
    1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
    2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
    3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
    4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
    5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

    Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

    Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

    Rumusan:
    1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.
    2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ataa pencerahan saudara
      yang begitu detail sekali..
      i understand now..salam ramadhan
      dan salam aidilfitri..
      i luv cat..meoww meoww..grr...

      Padam
  25. Kalau ye pun syg pada anjing...x yah nak buat video macam ni...Bg org naik darah je tgk...Bru abis bak kut teh dtg video ni plak...Ckup ar sekadar kita tak seksa atau zalim pada mana2 binatang hatta anjing ataupun babi sekalipun...

    BalasPadam
  26. Tak pakai tudung dan tak tutup aurat...
    Cba tkar chetz kpd rosmah mesti jd isu besar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xlah. isu kecik jer kalu rosmah yg buat. kompem polis x tangkap.

      Padam
  27. Pencerahan terbaik ttg isu ini
    https://www.facebook.com/photo.php?v=10200996195521573

    BalasPadam
  28. Ikut la sunnah nabi. bela kucing

    BalasPadam
  29. Bg saya seorang muslim nak bela anjing x kisah..bergantung pada niat mereka. Sy tau mmg agak taboo kalau melihat muslim bela n pgg anjing...tp kalau suka2 je x perlu la nak bela anjing. Bela la kucing sbb iti haiwan kesukaan nabi.

    isu utama diatas ialah cara penyampaian yg dilakukan. Sy dimaklum yg isu diatas menguris hati kebanyakan muslik di malaysia. X perlu la buat perkara pelik2 di malaysia lg2 melibatkn agama. Cuba tanya ustaz2 atau imam2...mereka juga akan berkata 'Astargfiluallah halazim'.

    Dahla ppuan menyerupai lelaki..pas2 buat ucapan pelik2. Nak gak tanya dia solat 5 waktu ada buat ke? Sembahyang kat solat lelaki atau perempuan? X pki tudung lak 2..

    Sy xnak benda ini menjadi ikutan remaja2 melayu skrg...alasan ialah ada org buat x dianggap berdosa. Cuba sy bawak anjing bulldog gi beraya rumah kawan n ajak kawan dtg rumah..xde sape yg dtg n dihalau beraya adala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anda follow kawan2 non muslim kat fb...mereka menyokong apa ppuan di atas lakukan. Dgn penuh yakin mereka ambil fatwa ustaz oversea kata pgg anjing x haram as main justification yg ppuan itu x bersalah.

      Bukan sahaja isu ini..isu Alvin pun mereka sokong tindakan mereka sbb alasan makan babi n tunjuk adegan seks masuk jel. Politician umno makan rasuah x masuk jail.

      Isu skrg ialah Alvin itu sendiri..x perlu tukar topik nak cari kesalahan org lain. Sy risau org non muslim mcm lg arif sgt utk memberi pendapat bernas drpd pandangan ustaz2 yg lg perpengalaman.

      Ada komen sy baca x kira chinese n indian mengatakan isu alvin n kes anjing ini menunjukkan agama islam sgt leceh,byk sgt peraturan n buat salah sikit dr segi agama kena dakwa. Siap kata agama kristian lah yg paling less peraturan n senang dianuti.Sy lihat zaman skrg non muslim bebas kritik islam terbuka...Sy sudah mula risau.

      Padam
    2. Sy teringat masa kes adira af pgg anjing tunjuk fb mcm pgg kucing...hampir 95% komen kutuk dia kaw2...tp utk isu ini mcm 50-50 pulak komen diberi. Sy xnak isu double standard berlaku especially jika politik masuk campur.

      Senang komen sy...kalau anda betul2 setuju ppuan di atas lakukan..adakan anda nak wat benda yg sama utk ucapan raya anda? Jika najib buat ucapan raya di tv dgn anjing di sebelah...anda conform rasa ok je atau suruh najib letak jwatan sbgi PM yg paling munafik sekali?

      Padam
  30. Akhirnya, penat aku nk menerangkn aku xsokong bele angjing ni tp xmenghina sbb siapa kita nk hina makhluk tuhan kan, walhal benda terang2 haram xde nk sound plk kn melayu2 ultra ni. Mcm kawin 4 aku xsokong sgt, tp xde nk melawan bantah dll. TERBAIK

    BalasPadam
  31. Ish2...makin teruk umat islam skrang...yang nak tunjuk pandai la...yang bodoh berlagak pandai la...anjing tetap anjing..xkan berubah jadi kucing...babi tetap babi...semua ciptaan Allah...ada yang bole..ada yg xbole pegang...ikut hadis n quran selamat..xyah dgr or ikut yg cakap pandai tp sebenarnya bodoh...lagi satu...ppuan wajib perpakaian wanita..tidak boleh menyerupai lelaki...ada paham..???jgn la sbb dah murtad..pastu nk orang lain pun murtad..moga Allah menyeksa kamu sebelum ditarik nyawa....moga menjadi pedoman untuk islam yang lain...tidak menjadi ikutan seperti kamu...

    BalasPadam
  32. memang la anjing tu spesis yang kotor (atau pun spesis lain).. tapi tidak semestinya kita boleh menghina dan mencaci dia.. allah suruh kita menyayangi binatang x kisah la anjing ke.. babi ke.. asalkan korang x sentuh die.. bagi makan pon dapat pahala

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.