Halaman

Selasa, 10 September 2013

Bagaimana blogger mendapat kepercayaan pembaca

Beberapa hari lepas ada pelajar dari sebuah IPTA telah menghubungi aku untuk membuat soal selidik dalam kajiannya yang bertajuk “How Blogger Gain Reader Trust”. Aku tak tahu macam mana dia boleh nak soal selidik blogger picisan macam aku ni, apa2pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi melibatkan aku dalam kajiannya. Aku telah cuba untuk menjawab soalan2 beliau sebaik mungkin dan harap sedikit sebanyak dapat membantunya. Dengan kebenaran beliau, aku postkan soalan dan jawapan soal selidik tersebut yang mungkin korang pun boleh bagi pendapat dan pandangan.


* Questionnaire dalam English, tapi aku terpaksa jawab dalam bahasa Melayu sebab grammar aku sangat nazi.

How Blogger Gain Reader Trust

Questionnaire based on qualitative method.
  1. How could you as a blogger gain your readers trust?

    Dengan menulis dan mengulas sesuatu isu dan topik mengikut pandangan sendiri tanpa bias kepada mana2 pihak, tidak menulis sekadar copy paste artikel orang lain, membuat kajian dengan setiap maklumat yang ditulis disertakan dengan sumber asal, sentiasa terbuka kepada pandangan dan kritikan orang lain terutama pembaca serta tidak merasakan diri sentiasa betul, dan yang paling penting, selalu tulis apa yang orang lain mahu dan akan baca, bukan benda yang kita sendiri rasa nak baca.

  2. How would you as a blogger increase your traffic?

    Menulis artikel berkaitan dengan isu semasa serta topik yang menarik dan hangat, spam link di ruangan komen blog lain yang popular, ping entry di ping website seperti Ping Busuk, Blogr.my dan blogger2 group di Facebook, membuat blogwalking ke blog2 lain dan tinggalkan komen, membuat rakan sesama blogger serta menganjurkan peraduan.

  3. What are the factors for some blogger shared an article that contains defamation of information in their blog?

    Antara faktornya adalah kerana mahukan perhatian, mahu menarik trafik, mahu pembaca percaya seterusnya menyokong ideologi mereka dan mahu mereka untuk berada di pihak mereka. Ada juga yang berkongsi artikel yang fitnah dan palsu kerana mereka sendiri tidak tahu yang ia adalah palsu, cuma merasakan kandungan artikel tersebut menarik untuk dikongsikan namun tidak peduli akan keaslian, sumber dan asal usul maklumat tersebut.

  4. In your opinion, why do you think some blogger tend to spread the libel information? Because of increasing the blog rating?

    Ya, ada yang berbuat demikian untuk meningkatkan rating blog bagi blogger yang mementingkan rating, kerana semakin tinggi rating, semakin ramai pelawat dan semakin tinggi pendapatan yang boleh dijana melalui iklan2 seperti Nuffnang, Innity, Says.my, 8share dan lain2.

    Akan tetapi bagi blogger yang tidak mementingkan rating, mereka hanya semata2 mahu pembaca percaya kepada maklumat palsu tersebut agar dapat menarik mereka ke pihak mereka terutama yang berkaitan dengan politik.


  5. In your opinion, do you think blog could be a reliable source for the community?

    Ya, blog boleh menjadi sumber yang boleh dipercayai namun hanya sekiranya setiap maklumat yang ditulis disertakan dengan sumber asal maklumat tersebut sama ada daripada berita akhbar, jurnal, buku, wikipedia atau mana2 sumber yang boleh dipercayai dan sahih. Jika tidak, ia hanya boleh dikira sebagai pandangan, pendapat, ulasan, kritikan atau andaian semata2.

  6. Do you think it is relevant to reveals your identity to the public and readers in your blog as suggested by our Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak? Why?

    Bergantung kepada kategori blog yang ditulis. Mungkin boleh ambil sedikit isi daripada artikel yang pernah saya tulis dahulu - "Blogger hantu bakal diharam jadahkan".

  7. Any recommendation to gain your reader trust rather than revealing your true identity?

    - Tulis apa yang orang mahu baca.
    - Jangan terlalu bias dan berat sebelah.
    - Tulis ulasan, pandangan dan pendapat kita dengan jujur dan ikhlas dari hati.
    - Kritik benda yang dirasakan tidak betul walau di pihak yang kita sokong.
    - Sentiasa bersikap terbuka kepada kritikan dan pandangan pembaca.
    - Jangan sombong. Bina hubungan yang baik dengan pembaca, pelawat dan blogger2 lain.
    - Jangan terlalu menghina, mengutuk dan mengeji pihak yang kita tidak sokong.
    - Gunakan ejaan yang betul, ayat dan bahasa yang mudah difahami serta dibaca.
    - Jadilah diri sendiri, tak perlu terikut2 dengan rentak, gaya dan cara blogger lain.

Btw, ada ke orang percaya aku?




tags: questionnaire kajian soal selidik pelajar ipt ipta student uitm alor gajah fakulti komunikasi dan pengajian media faculty of communication and media studies diploma research topic how blogger gain reader trust poll bagaimana mendapat memperolehi kepercayaan pembaca pelawat

21 ulasan:

  1. Balasan
    1. Noob,

      Cuba buat pool/survey betul tak?
      Blogger ko ni mendapat kepercayaan atau sekadar tempat orang troll atau buang masa hahahah

      Padam
    2. Ak sebagai silent reader yg istiqamah dan setia ni mngucapkan syabas kpd saudara(?) Noob..blogger camnila yg reliable...bukan jd tukang kipas sape2..cuma, elokla noob banyakkan entri tentang benda2 yg ringan..semenjak dua menjak ni heavy kpala aku baca entri2 ngko noob..hehe..keep it up bro

      Padam
  2. aku percaya denganmu encek noob..

    tak percaya?boleh call 03 8000 8000 untuk pengesahan..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Like...hohoho...

      Bila nak update katun ko..boring aa..

      Padam
    2. skg tgh musim audit kat tempat kije..xsempat gila nak update..

      Padam
    3. aku percaya 50-50 jer, ngehehehee~ :p

      Padam
    4. ahaha, komen aku, noob selalu buat entry selamat, x bias memana pihak. pastu yg menimbulkan kontroversi bebudak yg komen2

      Padam
  3. Yeay. BO da semakin fofular... tahniah

    BalasPadam
  4. tips yang amat berguna :) terima kasih, sesuai dengan saya blogger baru :)

    BalasPadam
  5. BETUL SETUJU SANGAT NGN JAWAPAN NO 6 TUE

    BalasPadam
  6. Ku percaya pd mu abam noob. Walaupun aku jarang komen skrg Blog b.o tetap dlm list aku mesti baca hahahah..

    BalasPadam
  7. terbaiklah entri nih.. saya sokong.. :)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum BO

    Insyaallah...terus meningkat

    BalasPadam
  9. Biasa la tu macam juga kedai dan restoran nasik kandar nak dapat kepercayaan orang Islam gantung halal gantung ayat quran.. Orang pun masuk makan dengan yakinnya padahal pekerja dan pengusaha belum tentu Islam.

    Nak makan tu selidik dulu

    BalasPadam
  10. Aku rasa ok dah jawapan ko noob. Boleh tulis buku etika blogger la lepas ni.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,

    Nice & honest answers,
    And by the way i read your blog due to the reasons stated above.

    Keep it up.

    BalasPadam
  12. Noob terbaik...aku sekadar pembaca..sokong blogger camni..

    Burn hurt

    BalasPadam
  13. Hi Noob... rindu nak jalan-jalan... aku ni. Len. malas nak login sbb kena logout byk akaun.

    ceh.. mcm la noob kesah kan...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.