Halaman

Rabu, 23 Oktober 2013

Kaum melayu dan bumiputera tiada kualiti

Adakah kaum Melayu dan kaum bumiputera lain di Malaysia tidak berkualiti sehingga menyebabkan negara Malaysia tidak ditadbir dan menyebabkan pembangunan di Malaysia amat buruk?


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.


3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.


4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.


6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.


Artikel di atas ini dipetik daripada blog dan Facebook Tun Mahathir. Sebagai seorang melayu dan bangsa bumiputera yang lain, apa anda rasa? 




tags: orang kaum bangsa melayu bumiputera tiada tidak kualiti kontraktor penjawat kakitangan awam pekerja gomen swasta sistem kuota merit universiti tun mahathir blog che det facebook 

30 ulasan:

  1. Balasan
    1. Anwar Ibrahim (PM wannabe)24 Oktober 2013 pada 10:22 PG

      Ini semua salah UMNO-BN. Kalaulah aku dalam kerajaan malaysia..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Tun macam perli pon ada..sarcasm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. "7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings."

      Aku xrasa apa yg Tun ckp tu sarkastik, sbb dia bersetuju dgn pendapat pakar2 yg kata bumiputera tidak berkualiti. Salah siapa sebenarnya kaum bumi xde kualiti? UMNO? PAS? Tgk negara Singapura lepas keluar dari Malaysia dan org bukan melayu yg menguasai kerajaan, negara terus jadi negara maju. Malaysia? Adakah ini bukti org melayu mmg kurang kualiti dlm memimpin dan memajukan negara?

      Padam
    2. Saya mahu Tun kembali betulkan kesilapan beliau.. Yang meniakan Pak lah bersama menantunya Juga Najib bersama isterinya..

      beliau perlu bertangungjawab.

      Padam
    3. Pelik juga yea...

      Adakah Mahathir dah malu nak mengaku menjadi melayu?
      Ingin kembali kepada asal usulnya?

      Padam
    4. Dia mengaku Melayu ler..

      Padam
    5. mamak mengaku melayu seems legit

      Padam
    6. Hal2 melayu ni bukan ke pernah dia olahkan didalam buku the malay dilemma.

      Bukan sesuatu yg baru utk Che Det, dia mmg sedar dan membantu juga org2 yang patut dibantukan tapi biasalah org bawahan / kroni dia mana ikut semangat Che Det sangat.

      Ku amat berharap dia kuku besi mcm Lee Kuan Yew. Negara kecil Singapura tak 100% demokratik (dari segi politik, kebebasan bersuara), namun Singapura sudah dijadikan sebagai negara contoh dari segi bisnes, peluang perkerjaan, perkhidmatan, timbang rasa agama ke agama dan juga sosial (bab sosial ini boleh dipertikaikan).

      Diaorg dah buktikan yang diaorg boleh berjaya, walaupun hutang negara singapura pun dua kali ganda daripada GDP (malaysia punya hutang hanya 53% daripada GDP). Tapi sebahagian besar hutang diaorg pun datang ambik dari dalam negara dia gak (external debt), EPF yang bagi dana. Punya la besar dana singapura nih, walaupun takda banyak resource seperti malaysia.

      Mmg tak adil malaysia takle lawan singapura pasal diaorg kecil, yelah kawasan kecil senang la nak jaga serta urus. Mungkin kita kena lawan bandar ke bandar, Mcm tu baru lah boleh la buat penilaian yg adil.

      Padam
  3. negara lain elok je membangun walaupun ditadbir oleh "bumiputera" mereka sendiri...tapi kenapa di malaysia, "bumiputera" malaysia tidak perform?? adakah kerana kita berbilang kaum?? bumiputera ditindas?? hak2 bumiputera dinafikan?? orang bertudung x boleh kerja??? bumiputera disekat???

    BalasPadam
    Balasan
    1. contoh melayu aka bumi putera low class macam kau lah ahmed. nah singgit buat sarapan esok

      Padam
    2. bumiputera negara lain bagus & rajin mcm jepun dan korea... melayu??? aku totally salahkan pemimpin a.k.a UMNO sbb menjadikan melayu bangsa yg low class

      Padam
  4. Salam, korang nak tau ini lah taktik yg digunakan pihak penjajah dulu bagi hakis keyakinan melayu sesama mereka, INI DIGUNAKA SEKALI LAGI, lihatlah kesannya org melayu skrg sebut melayu pun GELI, org melayu kena bangkit maju pedulikab dakyah2 sebegini, melayu dungu sila DIAM!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape yg ko merapu ni ha setaaaan? ko nk ckp Tun M melayu dungu mcm penjajah laa??

      Padam
    2. abis bukan mahathir tu terbaik sgt pun.... diorg gak.. bukan semua pendapat die boleh pakai..

      Padam
    3. Oi mamat TANPA NAMA yg dungu, ini dr m kata tersirat dan tersirat GUNAKAN OTAK utk tafsir bukan KEPALA LUTUT, dahla guna anon nak komen, guna ID berdaftarlah kalau berani,

      Padam
    4. babi apa... ID pun pakai nama palsu Ray DRB, profile pun kosong, lg mau kata guna ID berdaftar kalau berani. ckp mcm macai umno letak otak kat kepala bana. kalau berani sangat guna nama & gambar profile sebenar laaa

      Padam
  5. Macam meludah ke langit terkena muka sendiri..

    Nampaknya hasil pemerintahan Mahathir selama 22 tahun lalu telah gagal kerana melahirkan bumiputera yang tiada kualiti.. Dia tidak dapat menyediakan pelapis pemimpin yang berkualiti bahkan parti yang dinaunginya penuh dengan politik wang seperti yang diakuinya sendiri..

    BalasPadam
  6. 4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98

    Apa maksudnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia sarcasm tuu....terutama ayat ni.

      "Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah."

      toya3333

      Padam
    2. Ngata orang?
      Dia berjuang ke? hohoh.. bukan ke dia mewarisi pentakbiran dari PM sebelum tu..

      lagipun UMNO kata mereka merdeka dari meja perundingan bukan berjuang mengangkat senjata dan pertumpahan darah.. :)

      Padam
  7. baik kekalkan mlayu xbkualiti.... ble mng lg pru14...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea najib & kak jat pon boleh terus menang :)

      Padam
  8. MELAYU MUDAH LUPA!!

    BalasPadam
  9. Ceh...Only in Malysia. Pernak buat bank xxxx vendor dia bkn melayu tp byk masalah. penah pg kerja dgn com bkn melayu pun ada yg tak buat kerja. bkn melayu pun buat hal tp byk yg cover up sbb nak jaga hati. pastu kutuk bangsa sendiri. pleasa la bergaul dgn semua bagsa jgn nak berhaul sesama melayu jer. Only in malaysiA

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.