Halaman

Selasa, 8 Oktober 2013

Lapor berita yang sahih bukan putar belit

Ramai yang memuji dengan sikap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran keras serta teguran tegas kepada wartawan Malaysiakini yang mahu bertanyakan soalan mengenai kehilangan senjata api untuk membuat liputan berita kerana dikatakan akhbar online Malaysiakini selalu spin berita.



Tidak kurang membandingkannya dengan DS Anwar Ibrahim suatu ketika dulu yang bila wartawan daripada akhbar online AgendaDaily tanya soalan berkaitan penglibatan beliau dengan pencerobohan Lahad Datu, beliau memberi amaran "You ulang, saya saman!".


Bab2 press kena halau dan tidak dialu2kan ni biasa. Kerajaan tidak mengalu2kan press yang tidak mengampu mereka seperti Malaysiakini, manakala parti pembangkang juga pernah menghalang press yang selalu tulis cerita buruk pasal mereka seperti Utusan daripada masuk majlis mereka.


Namun bagi aku, Malaysiakini dibenci orang BN bukan kerana mereka selalu spin atau putarbelt cerita, tapi mereka menulis berita berdasarkan suatu yang benar2 berlaku tanpa berselindung dan tidak menutup sesuatu isu semata2 hendak mengampu kerajaan. Nak kata mereka hanya tulis isu berkaitan kerajaan BN, ada juga berita mengenai isu2 yang berlaku di kalangan parti2 pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP.

Walaupun Malaysiakini juga tidak perfect dan ada kelemahan, tapi setakat ini aku tak pernah dengar berita pasal mereka kena saman sebab tulis berita tak betul. Kalau kata diorang banyak spin, dah lama diorang kena saman, seperti yang selalu terjadi pada akhbar Utusan Malaysia. Kalau tengok Utusan, selalu berita yang menimbulkan kontroversi mesti berita yang tajuknya diakhiri dengan tanda soal (?) seperti "Kristian agama rasmi?", "DAP tanding 90 kerusi?", "P. Pinang lubuk judi?", "Ke mana Anwar?" dan lain2. Kebanyakan berita macam ini hanya berdasarkan andaian semata2 tanpa bukti yang sahih yang hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.



Tapi Malaysiakini memang sangat berani, dahlah kena hentam dan diberi amaran oleh Menteri, mereka sendiri juga yang publish video mereka kena hentam, malah boleh lagi keluarkan berita mengenai pesanan DS Zahid pada 'kawan-kawan Tiga Line' serta ucapan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah walaupun dikatakan akan menutup mana2 akhbar sekiranya mereka melaporkan kenyataannya

Seharusnya sebuah media yang telus menulis dan melaporkan suatu berita yang sahih sama ada yang baik mahupun yang buruk mengenai sesebuah organisasi, bukan hanya melaporkan apa yang baik dan menutup perkara yang buruk pada pihak yang disokong dan melaporkan semua yang buruk2 malah mereka cerita tidak betul pada pihak yang tidak disokong.

Apa pula kata anda? Bincangkan...




tags: tugas media massa elektronik cetak mainstream perdana lapor berita benar sahih fakta realiti bukan ampu tipu rekaan cerita palsu fitnah zahid hamidi warning amaran keras tegas wartawan malaysiakini spin putarbelit halau press akhbar you ulang i saman anwar ibrahim agendadaily halang masuk sidang dun dap pulau pinang utusan malaysia kena saman pesanan kawan 3 tiga line gengster melayu ugut samseng dapat bukti tembak dulu ancam media 

23 ulasan:

  1. kalau telus n benar kan bagus..media macam ni yg diperlukan...letih dh dengar putar belit..

    BalasPadam
  2. bagus laa diorg pun tunjuk apa diorg kena ap dia rase x kira yg memalukan diorg atau pun tidak... bukti depn mata yg menidakkan rmi...

    BalasPadam
  3. Salam Sayang & Salam 1Najib

    Akak heranlah dengan generasi Y sekarang. Sentiasa tak puas hati dengan semua perkara. Cubalah bersyukur. Kerana bila bersyukur, kita akan jadi tenang. Kalau sentiasa tak puas hati, kita sentiasa marah dan hati bergelora.

    Bacalah akhbar arus perdana,kerana dengan membaca akhbar arus perdana, perpaduan dapat ditangkatkan. Janganlah baca akhbar pro pembangkang, kerana beritanya hanya tentang menghasut rakyat supaya sentiasa dalam ketidakpuashatian terhadap kerajaan dipilih rakyat melalui majoriti kerusi parlimen.

    Akak bangga kerajaan UMNO/BN berjaya membawa keharmonian untuk rakyat Malaysia. Tidak seperti PR yang hanya menghasut rakyat dan berdemonstrasi di jalanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong Mak Senah, PR umpama bulan tiada sinar.

      Padam
    2. Ramai org Melayu benci BN sbb mereka rasakan pemimpin BN byk makan duit rakyat even pada masa sama mereka give something to people as well (mcm BRIM etc)...people believe they should deserve more than now sbb byk duit taxpayers masuk poket2 pemimpin n kroni2 even sepatutnya kene agih byk kepada rakyat sendiri. Walaupun Malaysia aman makmur skrg, ini tidak bermakna mereka xleh complain apa2 sbb dengan keamanan bukan lesen utk mana2 parti memerintah suka hati mengambil hasil duit rakyat.

      Just sharing dr pendapat sebahagian rakyat yg x puas hati kat gov skrg.

      Padam
    3. bila kita mengutarakan ketidakpuasan hati kita, tidak bermakna kita tidak bersyukur. kita diajar untuk menjadi seorang yang kritis. adakah kerajaan ini terlalu ampuh sehingga tidak boleh dikritik?

      menyuarakan ketidakpuasan hati itu mendidik pihak pemberi khidmat itu utk membaikpulih perkhidmatan mereka.

      kami memang pro-pembangkang tapi tidak semestinya kami tidak sayangkan negara.

      Padam
  4. Mungkin DSAZH stress sebab banyak kes/isu melibatkan dia akhir2 ni...seolah2 dia macam dihentam kiri n kanan, tambah dalam tempoh kempen PAU...maklumla besar tu jawatan dia dan ramai yang nak rebut jawatan tu..

    dari satu segi bila kita terlalu didesak, mungkin kita akan bertindak luar kawalan, dan dari satu segi agak kurang profesional kenyataan dia camtu..pada aku, xleh nak salahkan dia 100 peratus, mungkin sebahagian adalah kesalahan dia..

    malaysiakini memang berani cuma pada aku dia kena tengok balik tajuk berita yang dia laporkan, sebab kadang tajuk dengan cerita macam saja je nak wat orang marah..tapi ye la kan..mungkin tu cara nak tarik pembaca untuk baca..macam utusan..sumber blog pun ble jadi front page..sahih ke x, lepas tu baru nak sahkan..tu pun lepas kena saman..

    BalasPadam
  5. MalaysiaKini for new media mainstream!!

    Ganti Utusan

    -Ayam-

    BalasPadam
  6. akhbar2 mainstream mana ada spin..sbb tu banyak kali jgk la diaorg kalah saman..

    BalasPadam
  7. Dulu sy suka baca MK, tp nak dekat PRU13 sy lebih suka baca Sinar sbb MK skrg lebih banyak buyers kpd PR, lg2 byk artikel dari pemimpin PR sahaja. Tp skrg media skrg lg bebas bersuara sbb ada internet tanpa tapisan gov..sbb 2 ramai suka baca media di internet sbb % kepercayaan lg tinggi compare normal newspaper...tp still risiko tinggi kalau berlaku khabar angin yg x tepat atau fitnah dr pandangan peribadi seseroang yg senang org nak percaya jika berita itu sgt sensasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, berita @ suratkaba tu pun ade yang cilok dari blog, makan gaji buta ke ape dorang pemberita tu haisss..

      Padam
  8. baru baca blog the unspinner utusan no 4 paling popular tahniah! Harakah terkeluar!Kihkih!

    BalasPadam
  9. Hakikatnya gaya penulisan utusan dan brita yg dibawa pon kurang menarik.malaysia kini pon lebih kpd utasan versi pr,yg beza cuma utusan klw kluar kenyataan salah xnk minta maaf,btindak tarik artikel.malaysiakini pernah nk kalah kes saman,tp diorg lebih bijak mintak maaf dan buat ralat akhbar edisi berikutnya.itu bezanya.
    Kemudian,klw slalu baca malaysiakini,slalunya diorg spin kat tajuk berita,tp isinya ikut fakta betul.mmg susah nk saman kes mcm ni,kes kekeliruan berfakta.maksudnya,sapa yg baca tajuk akan salah faham,tp isinya menjawab apa yg salah faham td.kurang2,malaysiakini dapat tackle org yg malas baca yg panjang2,baca tajuk ja trus buat konklusi.contoh:siapa xsuka sistem pendidikan negara boleh kluar negara.
    Cuma utusan ni golongan balbarian ramai kuasai,xda stategi main nak perang ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih suka baca sinar,mengutamakan bercerita kebaikan kedua2 pihak utk rakyat. Tanpa bias.

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. haha., panas ni eik., aku lg prefer malaysia kini dr utusan., xder saman., dr utusan asik bayr saman fitnah jer., tmbah plak ader la gak kolum dan tulisan dr ilmuan agama., nk banding ngan utusan/harian., keputusan judi ader la., haha.,

    BalasPadam
  12. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.

    BalasPadam
  13. tambah2 tv3 tu mmg xleh pakai isu kecil jd besar isu besar jd kecik

    BalasPadam
  14. sy kristian dr swrk & sy mbaca akhbar bm...sy agk kcwe dgn media krn cuba mengambil kesempatan ats isu2 sensitif spt agama utk mengaut keuntungan...media tahu isu agama pst menarik minat org rmai,sbb tu mrk suka putar belit fakta & mperbesar2kn isu tersebut wlu tiada bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut...cth pling simple,tjuk muka surat dpn paper utusan yg admin post dlm entry....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.