Halaman

Khamis, 3 Oktober 2013

Serangan pada media punca media tidak bebas

Ranking kebebasan media Malaysia mengikut Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia jatuh di tangga 145 tahun lalu, merosot dari ranking 122 pada tahun sebelumnya. Puncanya? Oh ya ia tiada kaitan langsung dengan kawalan media oleh kerajaan serta pelaporan berita di akhbar perdana serta saluran televisyen yang disifatkan tidak adil dan berat sebelah.

Gambar hiasan - serangan terhadap jurnalis di Europe oleh ???.

Akan tetapi punca ranking kebebasan media ini jatuh menurun ke tangga 145 rupa2nya adalah semata2 kerana keganasan terhadap petugas media oleh peserta demonstrasi dalam BERSIH 3.0 April lalu. Disebabkan ada pemberita yang didakwa dipukul oleh peserta demonstrasi, ia telah mencetuskan kebimbangan keselamatan di kalangan petugas media dan seterusnya menyebabkan ranking kebebasan media kita terus jatuh menjunam.

Sumber

Namun serangan kepada pihak media ini bukan hanya dilakukan oleh peserta demo tapi juga pihak polis, so tak bolehlah nak salahkan peserta demo 100% akibat penurunan ranking ini.

Oh satu lagi. Saman terhadap media juga boleh menyekat kebebasan media. Jadi kalau ada berita di media cetak dan elektronik yang tak betul dan fitnah terhadap diri anda, tak payah la saman2, sebab jika anda saman nanti ia akan menyekat kebebasan media dan nanti ranking kebebasan media dunia turun lagi pula. Malah segala yang ditulis di media tak kiralah samada andaian atau persepsi penulis, tarafnya juga sama seperti berita yang sahih yang tidak seharusnya dipertikaikan apatah lagi disaman.

So kesimpulannya serangan kepada pihak media oleh peserta demonstrasi BERSIH adalah punca ranking kebebasan media jatuh, bukan kerana media yang tidak adil dan berat sebelah. Nampak, walau apa yang buruk berlaku, kerajaan pasti tidak akan salah dan tiada kena mengena, malah ia pasti salah orang lain. Tapi bila bab kebaikan dan kejayaan, mengaku pula merekalah penyebab kejayaan tersebut.

Logikkan?




tags: serangan terhadap pada media punca media tidak bebas ranking akhbar jatuh indeks kebebasan akhbar sedunia attack on journalist journalism jurnalis wartawan reporter berita news media massa cetak elektronik arus perdana alternatif tidak adil berat sebelah artikel fitnah saman kenyataan jawapan datuk seri ahmad shabery cheek menteri penerangan komunikasi multimedia

31 ulasan:

  1. 是否认不是否则是?

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. apa yang korang merepek ni setann! Jentik telo korang baru tau!

      Padam
  3. Hmmm....nak tau negara mana yg dpt no 1 atau top 10? Kalau negara yg menghadapi saingan politik yg kuat mcm Malaysia, USA, Australia, Jepun mmg kdg2 kes saman menyaman, keganasan demo akan berlaku....tp kalau negara yg politik mcm Malaysia 20-30 tahun lepas..sure media jenis relax x tiada risiko diugut/disaman sbb maybe media kebanyakan bias kepada satu pihak sahaja.

    Still statistik ni tiada membawa kesan significant apa2 kpd penduduk compare report smlm mengenai laporan audit utk jabatan kerajaan. Sy lg suka statistik kebebasan media melaporkan berita x kira nak hentam BN n PR dlm newspaper mereka...hanya Sinar Harian yg so far hampir ke tahap tersebut, bukan Utusan, Harakah, RocketKini, etc....

    BalasPadam
    Balasan
    1. harakah, rocketkini & keadilandaily tu bukan paper mainstream tp paper politik

      Padam
    2. dah nama pun paper untuk ahli sahaja. memmng la cerita bab politik kenegaraan jer.yang ko pergi baca tu buat apa? lol

      Padam
    3. Haha..umno pun xde paper ahli...org selalu ckp Utusan 2 paper UMNO..tp semua org boleh baca. Skrg pun sy baca RocketKini, Harakah, MalaysiaKini hari2 even dia kata akhbar ahli je..

      Tp still same concept akan berlaku even PR memerintah..suratkhabar mainstream tetap xkan cite bagus2 pasal pihak lawan. Tp sy suka baca Sinar Harian, dua2 puji, dua2 hentam..so boleh nampk baik buruk parti masing2..cume part pemilihan UMNO x ambil port lansung.

      Padam
    4. Nak buat macamana tokey la besar bayar gaji Bhai yang lulus berita..
      Al-JAzera yang kata telus bebas tu pun sebenarnya takda la telus mana rupenya..

      Berita ni bergantung kepada empunya media bagaimana dia nak keluarkan beriota cerita.. nak spin ke nak jujur ikhlas ke atau palsu atau rekaan..

      tu wartawan ada yang sengaja cipta isu dan berita.. untuk porpulariti majalah dan berita..

      Padam
    5. Berita yang 100% betul dari Quran je takda sape dapat sangah kebenarannya tu pon ramai yang tak mau percaya.

      Padam
    6. dah tu apa kebangang ayam afrika ko nak compare akhbar parti (harakah/suara keadilan/the rocket) dengan akhbar bukan parti?(sinar/utusan etc) sengal

      Padam
    7. Al-Quran bukan berita bai, tp fakta, garis panduan, pedoman, pengajaran, peringatan & sejarah...

      Padam
    8. Still wartawan tetap wartawan x kira Utusan, MalaysiaKini, Harakah, Sinar...even MalaysiaKini bukan mainstream newspaper..tp still bila PR take over gov...MalaysiaKini atau mana2 akhbar berkaitan akan jd maintream..sure Utusan, BH, The star, NST akan tutup kedai punye.....

      Skrg ni isu kebebasan info yg diberikan oleh mana2 suratkhabar...sy just katakan Sinar Harian lebih adil compare mana2 suratkhabar yg bias kpd parti2 berkaitan. Itu sahaja..x perlu burthurt sgt. Tp still ada kebenaran dlm Utusan, MK, Harakah..tp kalau baca semua tentang politik sebelah pihak pun bosan gak, kita hauskan info x kira baik buruk BN, PR.

      Padam
    9. Mereta tetap makan gaji :) Ayam
      Penulis belog pon ada menulis sebab dapat gaji@bayaran..
      Manage fan pages pun beratus ribu punya bayaran ape..

      haha.. sekarang orang nak duit nak hidup :) lainla mereka yang tak risau pasal duit pasal makan etc.. boleh tulis apa dia nak.. tapi still ada kecenderungan @bias juga bedasarkan prinsip hidup..

      Padam
    10. alahai ayam negro.. kenapalah bangang sangat. membanding benda yang berbeza objektif. sinar harian tu milik parti politik kah seperti suara keadilan the rocket dan harakah? sudah terang lagi bersuluh kdn hanya membenarkan permit operasi paper tersebut di edar dikalangan ahli parti, sudah tentulah contentnya berbentuk propaganda dan tujuan menguasai persepsi politik. sementelah operasi akhbar tersebut langsung tidak menggunakan duit cukai rakyat seperti RTM. itu pun lembab nak faham? lain lah RTM. sah-sah milik rakyat. beroperasi menggunakan duit cukai aku, bapak aku, cukai kamu, dan jiran kita semua tapi menyediakan fungsi propaganda UMNO. itu dinamakan bias terang-terang. alahai..

      Padam
    11. lagi satu. apa karang kraf bodoh sangat nak jadi alat propaganda umno sedangkan umno bukan ada syer pun dalam akhbar sinar. nak kasi bankrap sinar? lain lah ada reserve bajet ker. boleh la kawtim.

      Padam
  4. Macam mana nak anggap bebas kalau baca surat khabar, sama ada yang mainstream atau pro parti, sure akan ada berita yang up kan berita yang syok sendiri. Bab parti yang lagi satu, sure cerita tentang parti tu lah yang paling lahanat di muka bumi ni.

    Akhbar BM yang aku rasa agak balance dia punya coverage kat Malaysia buat masa ni, Sinar Harian je la kot.

    BalasPadam
  5. lol.. satu ulasan yang dangkal.. Menteri ni kalau nak ulas pun dapatkan la data jangan memalukan diri sendiri...

    Kenapa BERSIH?
    BERSIH bukannya dibuat setiap tahun tapi kebebasan media kat Malaysi atak pernah melonjak naik dari tangga 1++ paling baik pun hanya sekali pada 2006 naik tangga 96

    http://en.wikipedia.org/wiki/Press_Freedom_Index

    Sebelum ada bersih tu kenapa pulak? tak bebas? :)

    Kalau ikutkan data yang dibuat bukan la menjurus kepada keganasan terhadap wartawan saja tapi melingkupi banyak aspek..

    The report is based partly on a questionnaire[3] sent to partner organizations of Reporters Without Borders (18 freedom of expression non-governmental organizations located in all five continents) and its 150 correspondents around the world, as well as to journalists, researchers, jurists and human rights activists.[2] The questionnaire asks questions about pluralism, media independence, environment and self-censorship, legislative framework, transparency, and infrastructure. The questionnaire takes account of the legal framework for the media (including penalties for press offences, the existence of a state monopoly for certain kinds of media and how the media are regulated) and the level of independence of the public media. It also reflects violations of the free flow of information on the Internet. Violence against journalists, netizens, and media assistants, including abuses attributable to the state, armed militias, clandestine organizations, and pressure groups, are monitored by RSF staff during the year and are also part of the final score. A smaller score corresponds to greater freedom of the press.

    Based on the data collected, a score and a position or rank, complementary indicators that together assess the state of media freedom, are assigned to each country in the final report. Some countries are excluded from the report because of a lack of reliable, confirmed information. Because the questions and calculations upon which the scores are based have changed over the years, scores should only be used to compare countries within a given year. To follow a country’s evolution from year to year compare its rank in the index rather than its score.

    Each report reflects the situation during a specific period. The year of the report is the year the report was released and reflects events in the prior year. So, for example, the 2009 report was published in October 2009 and reflects events between 1 September 2008 and 31 August 2009. No report was released in 2011. The 2011-2012 report, labeled 2012 in the table below, was published on 20 January 2012 and reflects events between 1 December 2010 and 30 November 2011. The 2013 World Press Freedom Index was published on 30 January 2013 and reflects events between 1 December 2011 and 30 November 2012.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nk hujah pakai copy paste baik x payah

      Padam
    2. lagi better dari orang x carik pape

      Padam
    3. Ikut la kata Tun Mahathir, sila belajar bahasa inggeris..

      Supaya tak kena kencing.. :) atau terkencing kat diri sendiri..

      Nanti election jadi erection pulak hohohoh...

      Padam
  6. sorg lg menteri taraf tadika jwb soalan mcm org lain semua bebal. lgpun masa BERSIH hari tu ramai lg wartawan bebas & luar negara yg jd mangsa polis berbanding peserta demo. bodoh punya menteri tahap ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni bodoh thp cipanlah, bersihlah sgt..nah $ wat beli aiskrim

      Padam
  7. salam alaik.. Noob, takde entry baru untuk hari ni? :)

    BalasPadam
  8. leh kenalan tak lynn ?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.