Halaman

Rabu, 13 November 2013

Peminat bola sepak atau KJ mana lagi biadap?

Ramai peminat bola sepak tanah air amat bencikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Fan2 bola sepak tempatan tak kira Ultras Malaya (Malaysia), Boys of Straits (JDT), Elephant Army (Pahang), Ultras Kelantan, Ultras Panthers (Pulau Pinang), Ultras Taming Sari (Melaka) dan lain2 selalu melaungkan chant "FAM Bangsat" sewaktu mana2 perlawanan bola sepak tempatan di stadium, malah presiden FAM pun pernah kena boo di stadium.



Cuba cakap siapa yang suka FAM? Ada ke orang buat lagu saya sayang FAM macam lagu GST? Adakah orang yang benci FAM bermakna mereka tak menyokong industri bola sepak tempatan?





Sebenarnya isu FAM ni bukan isu baru tapi dah lama sangat, sebab tu ramai peminat bola sepak tempatan tak suka. So bila siapa2 yang kritik atau kutuk FAM, secara automatik fan bola sepak tempatan akan sokong tanpa mengira ideologi politik mereka, terutama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang seringkali membuat kritikan dan teguran terhadap FAM.


Tapi bila tiba2 ada orang lain menegur orang yang keras mengkritik FAM, memang nasib la kena balon berbakul2 dengan peminat bola sepak, lebih2 lagi kalau orang yang bukan ahli dalam bidang sukan bola sepak seperti Datuk Siti Nurhaliza, tak kiralah walaupun beliau merupakan penyanyi no. 1 di Malaysia, ada ramai peminat dan mempunyai pencapaian yang tinggi dalam industri muzik dan seni hiburan tanah air. Dan yang lagi kesian habis dengan bahasa England beliau pun kena bahan, baru nampak rupa2nya ramai juga haters beliau.

Sumber
Sebelum ini banyak je kes orang yang lebih muda yang bercakap kasar dan biadap dengan orang yang lebih tua, terutama dalam arena politik kita, paling tidak pun tengok je masa sesi perbahasan Dewan Rakyat, tapi tak pernah pun dibangkitkan. Tu yang peminat selalu kutuk FAM bangsat tu takde pun nak bidas kata jangan biadap. Masalah moral yang melanda generasi2 muda masakini takde pun nak tegur.

Sama juga dengan isu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kata kerja meroboh kuil Sri Muneswarar Kaliyaman sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk "mencantikkan" kuil, malah menggelarkan tempat itu hanya "tempat pemujaan" dan bukannya kuil sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat beragama Hindu.

Senang cerita kalau kita bukan ahli dalam suatu bidang, tak payah cakap lebih2 sangat mengenainya. Kita pun akan marah dan bising kalau orang bukan beragama Islam tiba2 nak masuk campur dan pandai2 buat kesimpulan sendiri mengenai perkara berkatian agama Islam.




tags: fam bangsat datuk dato siti nurhaliza dct tok ti komen twitter bidas tegur khairy jamaluddin kj kritik hormat orang tua biadap kurang ajar chant lagu budak suruhan perang bekas kapten skuad kebangsaan datuk jamal nasir menteri ku nan dbkl roboh kuil jadi sami surendran hindraf

14 ulasan:

  1. entah apa2 kan. kadang2 diam lebih baik.

    BalasPadam
  2. Anugerah dato tu pun Sultan maner bg...cuba check...hehehehhe....erk..

    BalasPadam
  3. setuju.diam lebih baik...biaq KJ buat keja dia...bagus dia lantang cmtu.baru bwk suara org muda...kita takmo duk kat takuk lama...iiihihihihh

    BalasPadam
  4. Sultan mane lg kalo bkn sultan "P" Datuk yang xde harga, paling mudah dapat, bahasa pasar cakap Dato cap ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooooooo yg artis indon rossa pun boleh dapat datuk tu ya

      Padam
    2. Dato' beli...sama la ngan status dato sri suami dia...sumber dari bekas orang keje kat istana

      Padam
  5. Tahukah anda
    Ok kawan abang ada 500 dia kata nak gandakan menjadi 5k.Abang
    tertarik dengar baitnya lalu dia bawa abang dalam satu sidang yang
    luarnya gelap dalamnya seperti cyber cafe.Dalam kepala abang ni
    mungkin hacker-hacker yang sedang bertungkus lumus
    menggodam world Forex system.
    Tiba-tiba kawan abang spontan panggil ''ca 50 ca'',
    Peliknya kawan abang hanya menggunakan barspace aje.Dalam hati
    abang mungkin ni hack pesen baru.Abang hanya terduduk kaku
    memandang skrin.
    ''Ca 50 ca''ni berterusan sebanyak beberapa kali namun abang masih
    komfius apa kesudahannya nanti.
    'Woi dah jom blah,'tiba-tiba sapa kawan abang kat abang dengan
    suara garang di iringi muka macam pepek buaya.
    Dalam beransur abang tanya member abang tu.''500 kau dah jadi
    5k ke??
    Terus dia terajang pintu Cyber cafe tu sampai ranap.
    Abang ada buat dia terasa hati ke?sampai sekarang abang fikir apa
    permainan yang berlangsung tadi dan apa silap abang kat member
    abang tu.

    BalasPadam
  6. siti hang jaga laki hang si k tu...sudah...cukup jam kangkang...biaq pak menteri buat kerja...hang tu spm ja pun...jangan lebih2...cakap bi pun lingkup...hak puih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum PAS nak laksanakn hudud..sy just nak dgr komen Anwar je.....smpi skrg dia membisu. Sy x heran dr Karpal Singh ke, Lim Kit Siang ke sbb mereka bukan Islam..kalau smpi DAP keluar PR utk xnak join hudud dilaksanakan, sy alu2kn...

      Padam
  7. Terlajak perahu boleh undur.
    Terlajak tweet, orang boleh print screen...hehehe

    BalasPadam
  8. Peminat bola sepak atau KJ mana lagi biadap? : Peminat bola sepak lagi biadap :)
    tapi... org dlm "FAM" berganda2 lagi biadap ! lagi kurang ajar!

    BalasPadam
  9. dua2 la xberadap... 1 pihak xwat keje(FAM)... 1 pihak maki-hamun bajet bagus(Pnyokong).. yg xwat keje duit bjuta2... yg dok maki hamun ni dok bg duit kt depa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol bajet xbuat keja mcm 1 benda kecik je lol.... bolo punyer org xtau pape haha2

      Padam
  10. Sebab bola hancur etika..saya benci bola

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.