Halaman

Ahad, 29 Disember 2013

Anime atau animasi Jepun bahaya untuk kanak2

Animasi Jepun atau anime merupakan satu rancangan yang diminati oleh ramai orang bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Ia berbeza dengan animasi atau kartun dari barat di mana kebanyakan kartun barat adalah untuk kanak2, ia tidak terdapat unsur2 seksual dan keganasan yang realistik serta jalan ceritanya yang ringan dan gembira.


Manakala animasi serta komik Jepun pula mempunyai pelbagai kategori bagi kumpulan pembaca sasaran seperti kanak2 (kodomo), remaja lelaki (shōnen), remaja perempuan (shōjo), dewasa lelaki (seinen) dan dewasa wanita (josei). Kebiasaannya animasi Jepun ini jalan ceritanya lebih berat, penuh emosi, ganas serta mempunyai unsur2 seksual terutama bagi kategori yang lebih dewasa. Mungkin sebab itu, animasi Jepun ini agak bahaya untuk kanak2 seperti mana artikel yang ditulis di akhbar Kosmo! pada suatu ketika dulu:
Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam.
Dialog berkenaan merupakan kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.

Tanpa menyebut jumlah animasi yang telah diharamkan katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.

Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan, kata Mohd Hussain.

"Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya," katanya.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.

"Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan," katanya.

Lagi berita penuh di sini.

Tak dinafikan yang anime ni memang best dan memang layan untuk ditonton bagi yang meminatinya, tapi kadang2 bila orang tua tertengok adegan2 ganas berbunuh2an dan yang agak lucah dengan watak2 perempuan yang seksi melampau mau terbeliak jugak mata diorang. Sebab tu sebenarnya banyak anime yang ada tak sesuai untuk ditayangkan di TV, dan ibu bapa perlu tahu yang anime bukan seperti kartun2 lain sebab ada genre yang tak sesuai pun untuk tontonan anak2 mereka. Malah anime macam Shin Chan tu pun banyak benda merepek2 dan tidak wajar diikuti oleh kanak2.


Tapi sebenarnya bukan setakat anime sahaja, tapi filem dan drama barat serta tempatan pun banyak yang tak sesuai ditonton untuk kanak2 serta merosakkan minda kanak2 kerana banyak juga unsur ganas dan seks peluk cium dedah sana sini tapi ramai ibu bapa yang tidak endah. Tidak ketinggalan juga dengan Internet, lagi lah tanpa batasan. Jangan la biarkan anak dengan Internet tanpa kawalan terutama bagi yang masih bersekolah rendah. Ini ada yang baru darjah 1 2 dah ada akaun Facebook dan sudah pandai main Youtube. Nanti tersilap tekan, benda ntah apa2 yang keluar, kita pula tengah duk sibuk di dapur atau menonton TV di ruang tamu.


Btw kepada otaku2 anime atau anime geek, kalau nak layan anime secara online terus tanpa perlu download2 boleh tengok kat Kissanime.com, anime2 yang klasik dan terbaru pun ada.




tags: anime siri filem animasi jepun bahaya untuk kanak budak bawah umur kecil remaja dewasa lelaki perempuan wanita unsur seks ganas emosi sedih gembira lucah seksi realistik beza dengan kartun barat jalan cerita ringan berat kategori genre kodomomuke kodomo shonen shojo seinen josei lpf lembaga penapis filem potong babak buka baju tayang dada payudara diharamkan otaku geek tengok tonton online stream download torrent kissanime com action adult adventure cars cartoon comedy dementia demons drama ecchi fantasy game harem hentai historical horror kids magic  martial arts mecha military movie music mystery ona ova parody police psychological romance samurai school sci-fi shoujo ai shounen ai slice of life space special sports super power supernatural thriller vampire yaoi yuri

61 ulasan:

  1. thanx Zero untuk cakap benda yang aku pendam je, TQ again
    tp macam mana pula dengan pendapat noob pula pasal benda ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye pendapat aku pun lebih kurang je la. cuma kerajaan juga perlu haramkan filem2 yang asyik dedah lurah dada terutama filem2 tempatan yang artis2nya macam tak cukup kain. nama je melayu Islam

      Padam
    2. pian83 (pakwe kepada plain83)29 Disember 2013 pada 3:26 PTG

      bagaimana pula dengan cecair?

      Padam
    3. Anime tuh bahaya untuk kanak2 ? mungkin....Tapi apa jenis mak bapak X reti pantau anak sendiri ? Kalau dah nampak simbol PG-13 tuh .. janganlah letak merata2...
      Kebiasaan sterotype negara kita nih....asal kartun jer... mesti ingat untuk budak2. Update la skit!!
      Dunia dah maju..Media kreativiti pon dah banyak berkembang.
      Anime cuma sebuah PRODUK...kalau dah beli..pandai2 lah jaga. Pernah nampak orang terhiris pisau waktu memasak? Ada dia salahkan pengeluar pisau tuh?

      Lagipon,kalau anime tuh teruk sangat..bleh rosakkan otak orang..,APASAL negara Jepun bleh jadi antara negara termaju didunia? Rakyat diorang tengok anime tiap2 hari ..xder masalah apa pon!.
      Orang jepun antara orang yang paling rajin bekerja dan paling berendah diri...aq cakap nih bedasarkan fakta dan pengalaman! .
      Diorang sentiasa mencipta idea baru supaya orang serata dunia bleh enjoy produk negara diorang..
      Artist negara kita plak asyik ulang idea sama jer..
      Maharaja Lawak la, Karoot Komedia la,Lawak KeDer la...
      Kalau filem blockbuster plak..mesti temanya GENGSTER...xder kreativiti langsung!!.
      Asal Dato' jer mesti maksiat!!! Asal lagu jer mesti lagu cinta!!!

      Ini lah antara faktor kenapa negara kita nih gagal menarik perhatian dunia. Kita terlampau pertikaikan produk negara luar..tapi lupa nak kembangkan produk tanah air sendiri.
      Cuba korang fikir balik...

      Beberapa banyak filem kita yang berjaya pecah market luar negara?
      Beberapa banyak artist kita yang ada fanbase serata dunia?
      Berapa banyak lagi lagu cinta yang kita nak produce baru puas?

      Anime tuh teruk ke ... orang melayu cari alasan nak tutup kegagalan sendiri???




      Padam
    4. 0leh kerana ukuran kita selama ini tentang baik dun buruk itu berdasarkan akal bukan berdasarkan syariat Islam, ada perkara-perkara yang menjadi gejala-gejala masyarakat tidak dianggap gejala seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, tari-menari yang bercampur antara lelaki dan perempuan,gambar-gambar perempuan yang seksi, ia dibiarkan berleluasa.

      Padahal di dalam sesetengah gejala sosial dia berpunca dari apa yang kita sebutkan tadi, secara tidak sedar sedikit demi sedikit merosakkan jiwa.

      Saya masih ingat lagi semasa sekolah umur darjah 6 dulu, ada kawan sekelas bawak keluar komik naruto dan tunjuk gambar kartun perempuan lucah pada kawan2.

      So isu dia adalah pada sesetengah content2 di dalam anime itu sendiri bermasalah dan bertentangan dengan prinsip agama islam & budaya masyarakat tempatan.

      Soal negara jepun maju, rajin bekerja dan mencipta idea baru....pada saya itu boleh kita contohi, tapi tak bermakna gara2 nak produk kita laku sampai tahap tak fikir halal haram dan masukkan unsur2 lucah dan perempuan seksi ke dalam produk. Hendak membangun dan berkemajuan itu biarlah seiring dngan syariat.

      Sejujurnya kita juga perlu lihat ada juga orang2 tempatan kita yang telah berjaya sehingga ke tahap antarabangsa dalam pada masa yang sama mereka menjaga prinsip Islam, seperti contoh syarikat GISBH yang merupakan syarikat bumiputra Islam yang telah berjaya membuka cawangan2 nya hingga ke negara2 eropah seperti London, German, Perancis, Bosnia dan Rusia. Ramai tokey2 besar dalam & luar negeri puji dan kagum sbb tak ramai orang melayu kita yang boleh buka bisnes sejauh itu.

      Kemudian tahun 2020 negara Malaysia menjadi perhatian dunia atas kejayaan Malaysia menangani penularan COVID-19 berbanding sesetengah negara maju lain. Tapi biasalah media2 barat tidak heboh2kan sebab Malaysia negara asia dan lebih2 lagi Malaysia sebuah negara Islam.

      Padam
  2. Saya suka Digimon Adventure 1 & 2. Memupuk semangat setiakawan sewaktu zaman sekolah rendah dulu...

    BalasPadam
  3. aku pun dah lama pemdam luahan hati ni...anime mmang bahan tontonan yg x selamat untuk kanak2....ianya adalah porno untuk mereka yg belum ckup umur...ditambah pula unsur2 keganasan melampau...aku ingat lagi masa darjah satu aku pernah terjun dari tingkap sekolah sebab terpengaruh dngan cita kungfu yg aku tgok....so, x mustahil budak2 yg tgok anime boleh terikut2 dgan apa yg mereka tonton...ibubapa perlu awasi anak2 ketika menonton anime....

    lagi2 anime bangang yg konon2 boleh terbang pastu boleh keluarkan kuasa....nampak syirik disitu...

    nasib baik aku ni jenis x minat anime....mmang aku x layan pun...paling2 pun doremon je...all time feveret....

    BalasPadam
    Balasan
    1. anime bukannya semua bahan tontonan tidak selamat, doraemon juga anime juga cuma dalam genre kodomo(kanak-kanak)
      cuma perlu pandai memilih juga anime jenis apa sesuai untuk tontonan pasal kuasa-kuasa tu juga sebenarnya benda biasa kalau anda cakap syirik benda tu, adakah BoBoBoi juga syirik? bagaimana pula dengan animasi-animasi seperti kacang bercakap atau haiwan bercakap seperti dalam animasi Malaysia sebelum rea Upin & Ipin? secara logik tidak wujud bukan?

      Padam
    2. yewp..anime mmang bnyak pilihan...tetapi akibat bnyak pilihan ni lah bnyak risiko dia...kadang2 kita bukan kisah pun...laman untuk 18sx pun budak2 bawah umur masuk jugak...pasal kuasa2 tu, aku tetap dangan pendirian aku bahawa ianya syirik...anime x anime, ianya memang x sesuai disisi agama...kecuali cerita2 yg memang dah ditulis dalam al-quran mcam hidupkan org mati guna ekor lembu tu...cuma pasal haiwan2 bercakap ni, bagi aku, terpulanglah...haiwan/objek diberi sifat mengambarkan manusia...selagi x ckap benda2 yg salah disisi agama...

      Padam
    3. Baiklah, saya setuju dan x berapa setuju dengan sesetengah ayat anda, tp saya faham apa yang anda maksud dan fahamkan serta hormatinya.

      saya setuju risiko banyak pilihan juga bahaya kerana TIDAK DITAPIS sama ada sesuai untuk tayangan tv di Malaysia. Shin Chan sebenarnya boleh dikelas sebagai adult joke cuma dilukis "comel" seperti Happy Tree Family. pernah saya terjumpa anime ori yang dikelaskan U tapi sebenarnya untuk tontonan 15 tahun ke atas.

      Isu anime bawa pengaruh buruk kepada kanak-kanak sebenarnya isu lama, sudah beberapa tahun benda ni tersiar dalam metro hari utusan malaysia etc. cuma diulang-ulang ceritanya.

      Padam
    4. nak kata syirik, filem2 hollywood tu lg byk yg syirik siap main2 dgn tuhan lg, elok je keluar kt wayang, tv. tlg jgn double standard.

      Padam
    5. To Kicap: Kau pernah cuba terjun tingkap sebab terpengaruh ngan citer kungfu?
      Tu bukan salah citer tuh..Ko yang bengap!!
      Mak ko x pernah ajar ke apa jadi kalau terjun bangunan? Camna ko leh masuk
      skolah kalau gravity pon x tahu?

      To Tanpa Nama: Memang syirik kalau filem tuh main tuhan.Tapi bukan ko yang masuk
      neraka..orang yng buat filem tuh yng akan masuk.Kalau tengok filem pon
      iman ko tergugat..tandanya iman ko x kuat lah tuh!!

      Padam
    6. Anime macam naruto tu kan boleh bina otak.Cnthnya waktu cikgu naruto mati die sedihkat situ kite dh dapat tgk dh yg naruto tu memamg hormat cikgu die

      Padam
  4. aq suka tgk anime sbb dy cute...mcm anime hyouka...xseksi pun...tp anime yg lain memang over lah pemakaiannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hyoka mmg best, animation, character, BG mmg bagus termasuk storyline

      Padam
    2. hyoka,another huhu mmg misteri dan best

      Padam
  5. layan ninja boys pun best gak...santai dan x pening2 kepala....bukan mcam nabutoh...cerita ntah pape...serabut aku tengok...agaknya kategori anime yg sesuai untuk aku adalah kodomo wlaupun aku dah tua.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kepala butoh ko! xminat benda yg orang lain minat xpayah kutuk! sama je mcm kpop hatterz

      Padam
    2. Butuh la...xsuka duk diam jela..

      Padam
  6. Ada ta perbincangan macam ni pasal drama atau filem malaysia ?

    BalasPadam
  7. aku ingat org tv kita ni main belasah je import dan tayang anime. diaorg ingat asal katun je, utk kanak2.

    padahal anime utk semua peringkat umur. utk tontonan umum, kenala pandai pilih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya mereka bantai kot sedangkan anime ecchi boleh diketegori 'U' saya jumpa sendiri DVD anime tu jual. cuma site myanimelist sahaja yang beri kategori tontonan yang betul

      Padam
    2. dvd tu keluar tv ke? klau kat pasar malam, aku x heran video lucah pun dorang letak u..

      Padam
  8. aq tgk kebanyakan yg suka anime ni orang dewasa...

    BalasPadam
  9. Mengikut logik LPF, anime Jepun bahaya utk tontonan kanak-kanak...
    pd aku, yg lg bahaya ialah slot2 drama waktu perdana...
    bukan setakat bahaya kpd kanak2, tp kepada mak bapak kanak2 sekali...

    BalasPadam
  10. teringat lak zaman kecik2 tengok anime dash yankuro, lets & go, crushgear, beyblade dll. pastu g bndr cri mainan yg same pastu lawan dgn member2. itu kesan anime kat aku waktu aku kanak2. nmpk x pbezaan zaman kanak2 dulu dgn skrg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman aku dulu baca komik doremon je...lagi best klau ada part sizuka mandi....

      Padam
    2. pukimak punya amad. dulu kata xnak komen ni tetiba komen balik pehal. hipokrit punya org serupa itu barisan nasional... puiiii

      Padam
  11. setuju ngan tapisan mak bapak sbb x semua anime sesuai untuk budak2. indeed most of them mmg untuk tontonan dewasa. aku ingat lagi masa aku darjah 3 ke 4, aku baca shin chan, rasa komik tu x appropriate langsung. then bila dah besar, suka je.

    next entry tulis la pulak discussion pasal drama/filem melayu sekarang, atau banyak lagi muvi2 luar yg masuk negara ni; tapi xde pulak keluar headline macam kat atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks for commenting mcm ni hime, tak payah dah aku tulis, we're on the same brainwave yo~ *high five* ^^

      Padam
    2. ada benda yg lebih teruk drpd suatu x menjadikan ia baik.. yg teruk ttp teruk walau berapa byk benda yg lebih teruk drpdnya... just saying

      Padam
    3. aku x cakap anime lebih baik drpd drama2 atau filem2 yg lagi memudaratkan pun. memang semua ada pro and cons. aku cakap ada yang sesuai n ade yang x sesuai. even untuk adults sendiri pun, x semestinya disebabkan ko dah boleh bezakan antara yang baik dan yang buruk, then ia x affect hidup, judgement, kepercayaan atau akidah ko. basically people wants what their heart wants. untuk peminat manga & anime, argue la macam mana pun, kompem akan dibacking punya dengan melistkan pros2 anime. sama jugak ngan peminat2 kpop dan sebagainya. ada suka & ada x suka. it's a neverending arguments.

      so apa kata teruskan discussion ngan mende2 lain yg neverending argument jugak?

      Padam
    4. sentap nampak...senang citer, setiap benda ada baik dan buruk...tapi klau dah taksub, otomatik tanpa sedar ko dah jadi macai..semua ko nak backup walau buruk macamanapun.....

      kesimpulan, jangan jadi macai...

      Padam
    5. The thing is, knapa ada double standard? Anime dikata bahaya pd bebudak padahal yg filem2 lakonan manusia tu pulak yg jelas bahaya tu didiamkn saja, sedangkn bebudak pn boleh tengok filem2 tu. Nk kata filem tu utk org dewasa saja? Anime pun bukan target audience dia bebudak saja, so... no use arguing pn actually, bnda ni mmg never-ending, yg bleh jd isunya sbb ramai org especially gen-x n baby bloomers masih dok pikir yg asal kartun je, msti utk bebudak punye laa, tu yg jd isu tu, pdhal bebudak ni smua bnda dia serap, kalo paranoid sgt baik tak payah ada langsung tv n intnet smua, jd mcm jews orthodox yg duduk dlm pedalamn tu, haha style~ ;p

      Padam
    6. sebenarnya, mcam2 benda boleh jadi isu...selagi ada manusia yg sentiasa rasa dia betul...aku pun rasa ada double standard dalam isu anime ini....tapi dulu pun dah pernah isu filem hollywood dan bollywood ni...siap mufti suruh haramkan filem bollywood...tapi tulah, terpulang pada kita sendiri..klau rasa rasa, x perlu lah buat....btw line last tu, aku terasa...style kak..

      Padam
    7. apa maksud korang "kenapa ada double standard?" . Hidup korang selalu berpusing antara manga dan anime je ke?

      dari kecil sampai besar aku hidup, banyak ja jenis/genre seni yang sering dipukul seperti artikel dalam suratkhabar. Hollywood dan filem melayu banyak dihentam atas alasan rendah khlak & kecelaruan fakta. Bollywood pun sama, seni lukisan pun ada (ingat lagi kes lukisan nabi muhamad?), kartun south park dihentam kerna kekerapan menggunakan bahasa lucah serta penghinaan terhadap tokoh agama.

      oleh kerna aku pembaca suratkhabar the star & nst, banyak je golongan prihatin meluahkan keluhannya/kerisauannya dalam akhbar tentang keburukan seni2 yang ditayang kepada umum. Lebih2 lagi macamana dunia kpop mengubah tanggapan sang gadis tentang rupa lelaki kacak yang sebenar, daripada lelaki yang gagah berkumis kepada lelaki cantik malah lembut.

      Mengenai anime kene hentam ni, dah lama berlaku dalam media suratkhabar. Awat korang baru perasan ke?

      Kene headline besar sikit, udah korang rasa tak adil. aduhai manusia-manusia...

      Padam
    8. Lol, take it however you want it biscuit, happy new year 2014 ^^

      Padam
    9. selamat tahun baru jua cik plain83..

      i hope the raised 'concern' of mine doesn't cause further resentment.

      Padam
  12. Ak rasa filem melayu lg bahaya......lurah tetek dlm tv 24jam tnpa henti......ade tak org kisah tentang ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lurah tetek artis mana ngko maksudkan ni.. cuba spesifik sikit.

      Padam
    2. wan maimunah kot..

      Padam
  13. Kenapa tak haramkan kak Rosmah jer, dia kan tak pakai tudung lagi mengundang bahaya, takut Tengku Adnan syok lolololo

    BalasPadam
  14. cite yang budak2 dah ramai sangat kat jepun sampai dia orang kena select budak ikut sekolah lepas tu hantar pergi pulau lepas tu kena bunuh2 untuk survive tu apa tajuk dia eh?

    btw, aku baru tengok shingeki no kyujin kat kissanime..layan jugak walaupun makin lama makin pelik jalan ceritanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x silap aku, tajuk dia "Cecair"..

      Padam
    2. battle royale. masa tgk hunger game, aku teringat konsep citer tu

      Padam
    3. ok tq..

      tula macam konsep hunger games..

      Padam
    4. The hunger game tiru konsep battle royale...

      Padam
  15. Battle royale rsanya...

    BalasPadam
  16. Battle royale kepala takok kau...tu cite naruto la....

    BalasPadam
  17. anime best sebab.... nakamaa...

    BalasPadam
  18. sangat tepat, kebiasaannya hampir 90% anime ada adegan mandi, adegan terpegang oppai, pantsu shot, dalam kata lain, fanservice.. hell, even anime yang di rated g-all ages pun ada adegan breastfeeding, anime yang untuk kodomo pun ada adegan girls mandi.. selamat datang ke jepun, enjoy

    BalasPadam
    Balasan
    1. 90%? dari mana ko dapat peratusan tuh?
      Do not mislead orang dengan maklumat yang ko reka sendiri...

      Padam
    2. Aku sebagai salah seorang anime connoisseur, tahu akan maklumat yang aku berikan. KAU tu sendiri siapa mahu pertikaikan AKU?

      Padam
  19. Balasan
    1. Hentai..samalah cam video porno...
      Setiap negara kat dunia nih pon ada produce video2 camnih bukan jepun jer...its not a big deal...BEZANYA jepun pandai jual produk porno diorang..diorang dapat untung!
      Orang Melayu lain...rakam video seks lam henpon pastu send kan kenalan..
      Untung xdak,Maruah pon xdak.

      Padam
  20. Jgn nk burukkan nama anime la sial jgn samakan anime dgn hentai. Ia akan mengguris perasaan bdak otaku di Malaysia

    BalasPadam
  21. Bodo punya komen.Bila beli cetak rompak dan torrent bising tahap melangit.Jika hang nak kurangkan cetak rompak jgn sibuk ban byk movie dan anime.Ini tidak complain cetak rompak tapi haramkan byk movie.Jika benda tu pun dah triggered x payah langgan internet lah .Kau ingat kita hidup di disney land kah?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.