Halaman

Isnin, 30 Disember 2013

Apabila anak yatim tidak dilayan sewajarnya

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan. Baca sambungannya yang agak panjang di laman web Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Kajang.


Aku taknak ulas panjang, tapi serius korang kena baca dulu kisah yang ditulis sendiri oleh warga rumah PRIHATIN tersebut. Apa yang aku boleh simpulkan, penganjur yang bertopengkan pertubuhan Yayasan Anak-anak Yatim ini hanya mempergunakan anak2 yatim untuk kepentingan mereka dan langsung tiada perasaan kasih dan hormat pun pada mereka seperti mana petikan dan video2 di bawah:
"Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu;

1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000."

Petikan perbualan wakil Yayasan yang dikatakan membawa Titah Tuanku.

Di sebalik tabir suasana sambutan ketibaan dan keberangkatan pulang Tuanku DYMM SPB YDP Agong.

Persembahan khas lagu minta sedeqah "Tolong Kami" oleh anak-anak RPWP di hadapan DYMM SPBYDP Agong.


Aku tengok cerita 3 Abdul masa lakonan babak anak2 yatim menyanyi lagu tu pun dah sedih, boleh tak bayangkan perasaan seorang kanak2 yang betul2 ANAK YATIM, bukan lakonan tapi betul2 TIADA IBU DAN BAPA terpaksa menyanyikan lagu "Tolong kami, bantu kami, anak2 yatim piatu?" Perlu ke mereka buat macam tu seolah2 merintih dan mengemis di depan para VIP yang sedang makan dengan begitu mewahnya?

Bagi aku, kalau nak meraikan anak yatim, bukan begini caranya. Kalau nak meraikan anak yatim, merekalah yang patut jadi VIP. Kita yang patut jamu dia makan, sambut mereka, hiburkan mereka, menyanyi untuk mereka. Bukannya mereka yang terpaksa menyanyi untuk penonton, kena palu kompang sambut VIP, terpaksa baring duduk atas lantai, diasing dari meja VIP, makanan tidak serupa dengan makanan VIP.

Anak2 yatim ni tak mintak pun pergi dan makan di hotel 5 bintang, tapi bila dah dijemput, mereka dilayan pula sebegitu rupa. Yang VIP semua tu dah selalu sangat makan kat hotel, apa salahnya kali ni bagi mereka pula merasa makan di hotel dan dilayan seperti VIP. Duduk satu meja dengan mereka, berbual dengan mereka, hiburkan hati mereka, ini dah terbalik pulak.

Biasa bila time bulan puasa pun, ramai yang berebut2 nak menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, tapi sudahnya, anak yatim makan bersila atas lantai, orang dewasa dan VIP makan atas meja. Ni nak raikan anak yatim atau raikan VIP?

Serious, HINA SANGAT KE jadi anak yatim sehingga dilayan dan diperkotak-katikkan sebegitu rupa? Aku tak dapat tahan air mata dari mengalir ketika tulis post ni, rasa sebak sangat. Walau aku tak pernah hidup sebagai kanak2 yatim piatu, tapi aku boleh rasa bagaimana perasaan anak2 kecil yang sudah kehilangan kedua ibu bapa.

Betapa periang dan comelnya anak2 Rumah Pengasih ini.

Tolong, janganlah jadi orang yang tiada perasaan. Korang dah mengecapi pelbagai nikmat di dunia, tak perlulah tergamak untuk menganiaya orang lain yang tidak berpeluang memperolehi nikmat yang korang ada. Kalau korang tak mampu membantu diorang dengan menjadi sukarelawan, mencurah tenaga, menyumbang wang ringgit, peralatan, pakaian, makanan dan minuman, sekurang2nya janganlah menganiaya dan menambahkan lagi kesedihan pada diri mereka.




tags: majlis meraikan yayasan anak yatim piatu sultanah haminah keputeraan ydp agong shangri la hotel kuala lumpur mewah 5 bintang mungkir janji munafik hipokrit mengherdik anak yatim tanpa suara dato wira perbualan wakil titah raja tuanku minta derma rumah pengasih warga prihatin kajang rpwp video sambutan ketibaan vip dif kehormat paluan kompang menyanyi lagu persembahan tolong kami mohon sedekah aznil haji nawawi pengacara buka puasa ahmad maslan sedih kehilangan ibu bapa aniaya kotak katik menzalimi makan harta 

43 ulasan:

  1. Bila buat majlis kahwin, HARAM buat kad mahal sejenis, kad murah sejenis untuk dibahagi kepada orang kaya dan miskin. Kalau main pakat2 bagi tak apa.

    Makanan pun sama. Haram makanan sedap2 mewah2 untuk orang kaya, makanan biasa2 untuk orang miskin. Lagu ni haram sebab ada sebut dalam hadis bila membeza2kan di antara yang kaya dan miskin, wajib TAK MENGHADIRI majlis seperti ini kerana tiada berkat disisi ALLAH

    -by UAI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua ni UMNO-BN sahaja yang pernah buat. Konspirasi UMNO-BN semua ni. TV3 perkakas UMNO.

      Padam
    2. dato dajal semua dajal haram jadah

      Padam
    3. betul tu beb...umno-bn dan tv3 semua masuk neraka.
      yang sokong PR semua masuk syurga

      Padam
  2. Balasan
    1. The Countries With The Most Prostitutes malysia top 10 ape cerita ni
      http://news.liveandinvestoverseas.com/Lifestyle/the-countries-with-the-most-prostitutes1.html

      Padam
    2. cuba tanya nuwar berahim dia penah tibai cinadoll

      Padam
  3. sedih bile bace kish mcm ni...doa2 ank yatim adlh yg plg sng di makbulkn..jika kita berbuat baik,wlpn skdr mndgr luahan.hti mereka sdh cukup..

    BalasPadam
  4. nabi sayang anak yatim....buat baik kat anak yatim besar pahalanya...termasuk lah anak kepada yatim iaitu rais yatim...

    BalasPadam
  5. Aku sangat x setuju bila anak2 yatim tu disuruh nyanyi lagu tolong kami. Xde bezanya dgn menggunakan anak yatim mintak sedekah. Wpun diaorg susah, tp x patut mereka dimalukan mcm ni. Mereka ada maruah ok.

    Serius melampau diaorg ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius, mmg melampau... gila ka apa suruh anak2 yatim nyanyi lagu tolong kami? mmg absurd dan gila, tak ada kesedaran langsung... serius buta hati sungguh org yg pikir idea tu... sedih betul :(

      Padam
  6. teringat dulu pernah buat aktiviti dengan anak-anak yatim masa undergrad...
    Alhamdulillah.. dorang sangat enjoy... tapi bila kami nak balik.. dorang dah tak happy...
    muka sedih dah boleh baca... sampai dorang luahkan bila lagi nak buat aktiviti lagi...
    Ya Allah... memang dah terdetik dalam hati sebenarnya anak-anak yatim ni memang sangat-sangat perlukan kasih sayang.. dan dorang sunyi sebenarnya... dorang nak somebody yang sayang dan pay attention... anak-anak yatim ni memang behave...

    BalasPadam
  7. Aqfgbjgfhfgdsghkmngddagyew,nchgh

    BalasPadam
  8. nak membodek sangat pun jangan la manipulate orang....anak yatim pulak tu.

    Buat buruk kat anak orang, anak sendiri esok2 ko tengok la. wait and see.

    BalasPadam
  9. duit zakat yg duk bayar selama ni pergi mana?

    sampai hina sangat anak yatim nak kena menyanyi bagai?

    PPZ Selangor wei, apa cilaka dah jadi weh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak yatim tak termasuk dalam asnaf la pandai....

      Padam
    2. anak yatim yang ada pendapatan dari arwah mak ayah dia memang la tak termasuk asnaf

      ini anak yatim yang x de sumber pendapatan dan duduk kat rumah anak yatim --> consider sebagai fakir miskin la pandai

      Padam
    3. 1. Di antara golongan yang boleh menerima zakat yang termasuk di dalam kategori fakir setelah mereka terbukti mempunyai syarat-syarat memerlukan bantuan dan mereka tidak mempunyai sumber kemasukan atau harta, tidak mempunyai keluarga yang boleh menanggung keperluannya sama ada yang ditetapkan oleh syarak ataupun undang-undang seperti: Anak yatim, anak pungutan.....


      sekarang ni, ko nak suruh anak2 yatim yang budak2 tu pergi naik tangga pejabat zakat?

      of course la not.

      ko bagi je la kat orang yang uruskan dia.

      anyway ini semua masalah fiqh/teknikal...dah memang budak kecik yang belasan dan bawah umur tu semua tak ada pendapatan melainkan rumah anak yatim tu yang tolong support

      2. Kita semua tahu atau pura pura tak tahu, church non-muslim active dalam bab2 anak yatim dan menolong orang susah.
      kalau kau tolong institusi Islam yang jaga anak yatim, siap pastikan budak tu solat apa semua, itu bukan ke fi sabillilah?

      lantak lah. memang opinion aku differ dengan PPZ, tapi in reality, bila kat Selangor pun ramai orang susah, bila kau tahu duit zakat berjuta2 tapi orang susah masih ramai, siap dulu kes org Muslim (ibu tunggal) terpaksa makan dalam church event sebab tak ada duit, (lalu dikatakan murtad padahal makan dinner), aku ada hak untuk differ dengan PPZ.

      Tukar Tiub pun siap buat event Makan Jalanan bagi makan org2 gelandangan.
      Food Not Bombs, bebudak punk jual zine, dan duit zine tu semua utk beli bahan masak, dan masak kat orang susah.

      Yang PPZ, orang2 ulamak yg duduk kerusi empuk tu buat apa?

      Padam
  10. Buat khutbah bising2 sindir orang suruh bayar zakat la apa, last2 anak yatim kat Selangor jadi macam ni?

    <--memang marah betul aku, dari bagi kat PPZ, baik aku bagi direct je kt RPWP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org jadi meluat nak bayar zakat kerana hasil kutipan jadi kemegahan pengutip tapi pada masa yg sama ramai org susah merata2 tanpa bantuan.

      macam mana la mau dpt pahala bila byr zakat tp hati berkata2?

      Padam
  11. sedih giler tgk ank yatim diperlakukan sebegitu....tak payah nak angkuh sangat...kaya di dunia belum tentu kaya di akhirat...

    BalasPadam
  12. Lecturer sy pernah juga bangkitkan berkenaan perkara ni dalam kuliah...nak raikan anak-anak yatim, orang susah dan sebagainya tetapi, sebenarnya majlis tersebut lebih kepada meraikan VIP..memang dah jadi kebiasaan macam tu..atas tiket nak ikut protokol majlis..dalam salutasi tu sepatutnya, tukar.. Yang Diraikan VIP2, bukannya adik2 dr rumah anak yatim atau sebagainya... :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. xberapa nk tangkap la komen cik ni.. boleh olah semula?

      Padam
    2. diam la cb tanpa nama bodo

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  14. dulu sewaktu kecil saya dibesarkan dlm keluarga yg agak senang, tp sy merupakan seorang budak yg sangat nakal sampaikan ibu bapa sy pun pening mcm mana nak control sy. suka melawan ckp ibu bapa, malas kemas bilik, xsuka belajar, selalu buli adik sy... sehinggalah 1 hari ibu bapa sy mengambil keputusan utk menghantar sy ke rumah anak2 yatim selama seminggu...

    sekembalinya sy ke rumah setelah seminggu, sy terus sedar & sikap sy berubah menjadi anak yg baik. pengalaman sy hanya selama seminggu di rumah anak2 yatim benar2 mengubah hidup sy. disanalah sy mula kenal erti kekeluargaan, erti persahabatan, erti bersyukur & erti kehidupan. oleh itu sy berharap kita jgnlah memandang rendah terhadap anak2 yatim, kerana mereka memiliki sesuatu yg kita kekurangan dlm diri ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon anak2 menteri dihantar sana sebulan, tapi alih2 anak menteri dihantar luar negara, mcm kimaks je

      Padam
  15. Biasalah tu, babi kan banyak dlm masia ni, kalau mereka bukan babi pasti salah sorang vip akan ke hadapan membantah serta merta acara dan tindakan pengelola majlis... Apakan kan daya semua dah jadi babi byk sngat makan kat hotel kot..maaf kasar skit#

    BalasPadam
    Balasan
    1. vip tu mungkin tatau sangat orang yang uruskan program tu.dia datang atas jemputan...

      Padam
  16. Bila sistrm kapitalisme menguasai ekonomi..manusia sibuk nak ambil hati org atasan utk dpt segala bantuan atau projek..smpi abaikan hukum2 islam mcm rasuah n kes anak yatim mcm ni..maybr elemen menunjuk2 yg berlaku..segala sedekah last2 maybe Allah x accept, paling teruk duit yg menunjuk2 akan membakar kita di neraka.

    Sedekah yg paling bagus ialah derma dgn tangan kanan sampi tangan kiri x tau yg tgn kanan menderma. Belum lg aniaya anak yatim, lg besar dosanya dr aniaya rakyat marhen yg berpendapatan rendah.

    Pasal sultan ni..ada sultan yg betul2 rendah diri smpi solat kat masjid kat shaf2 biase je tanpa pki baju mewah..mcm sultan kelantan x silap. ..itu contoh pemimpin kita nak terutama kpd pemimpin parlimen malaysia

    BalasPadam
  17. thanks atas pendedahan macam ni..aku tak tahan nak mencarut tapi aku tahankan jugaklah..

    well, untuk memahamkan cerita, aku baca dulu artikel dari website rumah anak2 yatim tu..
    dan aku berkongsi sedih atas apa yang ada dalam artikel tu..

    "makan minum disediakan"

    "anak2 yatim ni VVIP Allah, dah sebut dalam hadis quran"

    "duduk depaaaan sekali sebaris dengan vvip"

    bila tengok video tu lagilah aku rasa sedih..gilababi punya munafik orang macam ni..
    dari awal lagi nampak dah niat nak eksploit anak2 yatim ni untuk pleased the so called vvip..

    duit kutipan juta2..tapi eksploit main kompang, suh nyanyi lagu lepas tu kansel balik, tepati masa bla3..apa salah anak2 yatim ni datang makan je tak payah buat apa-apa..dia orang yang diraikankan?upahlah group sesiapa main kompang..luak sangat 1-2 ribu tu?

    tapi bila suruh anak2 yatim ni merintih mintak sedekah macam cerita p ramlee tu memang aku rasa gilababi punya eksploitasi..sedih siot..

    kau bukan setakat tak pernah rasa jadi anak yatim, kau tak pernah letakkan diri dalam kasut dia orang pun..

    celaka dan tercela orang2 macam ni..

    BalasPadam
  18. Episod paling sedih dlm hidup aku bila baca benda mcm ni..
    anak2 amanah Allah dibuat macam ni...ya Allah

    BalasPadam
  19. aku bukan nak ckp apa, tp vip, dato2 yg mcm celake pembodek raja ni mostly umno. dato yg perguna nama anak yatim utk kutip duit yayasan tu pun mesti org umno. tgk je la sapa antara vip yg hadir, muhkriz mahathir.... tak ke umno lg ke tu? umno mmg sial! celake! selama ni diorg survive sbb2 mcm ni la, menjadikan org melayu hamba diorg, lps tu kata mereka perjuang kaum melayu. sudah2 la tu weh sedar2 la korg semua sampai bila kita nak dipijak lg oleh golongan2 bangsat mcm ni. dah jgn byk cerita, malam ni TURUN DATARAN MERDEKA!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. xyah mauk politik la penjilat pkr cb

      Padam
    2. ye la tu....kalau derma kat pas nanti kena songlap plak macam tabung memali dan tabung lahad datu

      cakap macam PR kompom tak penah buat salah jer

      Padam
    3. Duit tu semua dapat dkt depa, sekepiang pun tak songlap...macam mana aku tau? aku salah seorang yang terlibat dalam program huluq bantuan tu. jumlah kutipan apa semua kami catat, dan pembahagian sama rata kami bagi.

      beza derma pas dengan barisang ni, kami takdak nak panggey media tangkap gambaq sini, tangkap gambaq sana...

      hampa ja yang duk suka berdunia dengan kemegahan.

      Padam
    4. la ni tanya la balik. apahai jabatan audit dedah banyak songlap? ce jawab. tu jabatan audit punya research, belum kami punya selidik lagi, lagi banyak dari tu sebenaqnya, jumlah tu "dikurangkan"

      Padam
  20. aku ingat aku sorg je yg nangis, sedih, tapi baca kat komen ramai rupanya yg sedih gak.. tahniah atas entri ni.. sy suka bangat deh.. ape lagi yg juri2 mau.. tahniah noob, awk berani tulis, saya berani kasi komen. 4 bintang..

    BalasPadam
  21. buat macam tu kat anak yatim..kau tunggu nanti kat sana..

    BalasPadam
  22. Allah swt maha besar ... Biarlah Allah swt yg menghukum,apa hak kita nk menghukum manusia.Jadikan pengajaran dan iktibar,Jika benar cerita ini maka kita mengata dan jika tidak benar maka kita fitnah.Kita doakan semoga Allah limpahkan rahmatnya dan ampunkan segala dosa dosa kita yg lepas dan hindarkan kita lakukan dosa kita yg akan datang.Amin

    BalasPadam
  23. laman web rpwp kena hack fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.