Halaman

Isnin, 16 Disember 2013

Apabila P1 Wimax dinyah ke dalam jamban

Sekarang ni kecoh dengan isu sebuah syarikat pembekal internet iaitu P1 Wimax yang menipu dan mengelirukan pelanggan terutama pelanggan yang sudah terminate atau menamatkan talian internet mereka dengan dicaj sampai ratusan malah ribuan ringgit tanpa disedari sehingga masuk dalam senarai CTOS. Aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya sebab aku guna Unifi TM, cuma memang dah terlalu ramai sangat pelanggan komplen.


Malah kat Facebook juga dah diwujudkan group dan fanpage seperti P1 Wimax Sucks dan Kami Boikot P1 Wimax untuk pelanggan2 P1 Wimax meluahkan segala masalah mereka dengan pembekal Internet ini malah ada juga yang mendakwa bekas pekerja P1 Wimax. Berikut adalah sedikit daripada luahan hati mereka di Facebook, nak lagi banyak baca sendiri kat fanpage dan group tuh.


Ada yang terlalu marah sampai dihempasnya modem P1 ke lantai sampai berkecai.


Ada yang sudah dinyah ke dalam mangkuk jamban.


Ini pula antara segelintir yang mempertahankan P1 Wimax sampai kena balun kaw2 oleh pelanggan P1 yang lain sehingga dapat gelaran macai P1. Ingat dalam politik je ada orang guna gelaran macai.


Ada yang cakap saham P1 Wimax dah jatuh merudum teruk sejak 10 Disember 2013, tu yang diorang jadi gila2 nak kutip duit daripada pelanggan.


P1 Wimax dah post kat fanpage P1 Buddy mereka tawaran untuk membantu mereka yang telah di CTOS oleh mereka sebelum 20hb Disember 2013, namun ramai yang terus meluahkan ketidak puashatian mereka bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan badan binasa.


Tapi tauke Green Packet yang memiliki P1 Wimax iaitu Puan Chan Cheong ni pun dah kaya sangat dah seperti yang dipetik di artikel The Star ini, so tak mungkin orang kaya macam dia masih perlu nak menipu pelanggan kan, kan kan?

"WITH a 32.71% stake in Green Packet, and at its share price of 47 sen, Puan Chan Cheong is roughly worth RM105.42mil."

Apa2pun, aku harap pihak SKMM serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Shabery Cheek dapat turun padang dan campur tangan dalam isu ini demi kebaikan pelanggan2 P1 Wimax serta syarikat P1 Wimax itu sendiri. Btw siapa2 yang ada pengalaman pahit dengan P1 Wimax ni mungkin boleh kongsikan di sini.

Sekian.




ags: p1 wimax sucks tipu keliru pelanggan customer kena ctos ccris internet provider isp 4g green packet data mengamuk selayang upah samseng pungut hutang gaji rm7000 kereta langgar kedai boikot rintihan keluhan fanpage group facebook fb baling modem buang campak pecah hempas mangkuk jamban tandas saham menurun borang aduan siasatan semula ceo director puan chan cheong skmm menteri komunikasi dan multimedia shabery cheek

29 ulasan:

  1. cara kau ulas benda ni x macam kau ulas pasal politik...bias betul......kalau p1 ni umno punya mesti kau dah hentam kaw2 sampai meletup komputer......tapi ini cina punya so kau buat sambalewa je.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. mcm bodoh je aku tgk anon yg suka menyamar komen pakai id org lain ni..komen pastu kena padam..komen pstu kena padam..bosan giler, terencat akal ke?

      Padam
    3. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
    4. P1 ni ejen UMNO-BN untuk meyusahkan rakyat!

      Padam
  2. kau x tau ke, noob ni macai cina...

    BalasPadam
  3. Macai is always macai....hidup macai!

    BalasPadam
  4. nama puan chan cheong tp dia lelaki. knp tak tulis encik chan cheong?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PUAN tu memang nama dia ngok...

      Padam
    2. bhahahahahhahahah!!...ni lawak syial! XD

      Padam
    3. Bahahahaaa ini lawak..nak bash admin tapi diri sendiri bodoh

      Padam
  5. p1 is fuck.....bloodsucker.....bil still running walaupun line kena potong,sukati kepala bapak dia buat mcm tu..bayar sama x bayar pun sama...ingat aku sorang je terkena ramai jugak jadi mangsa BANGSAT P1 ni.

    BalasPadam
  6. ULASAN ALA KADAR......MCM X IKHLAS.....MCM PECACAI P1 JE LU NOOB....TIME KONDEM PASAL POLITIK KAW-KAW,TAPI ISU SERIUS MCM NI LU MCM LEBIH KURANG JE..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah aku pencacai p1, diorang upah aku untuk tulis ulasan ala kadar dan tak ikhlas. ada problem?

      Padam
  7. noob is always macai.

    BalasPadam
  8. Yg korg marah Noob apasal? Dah terang2 dia tulis dia x pernah guna P1 tu maka dia tidak tahu perasaan atau suasana menggunakan perkhidmatan P1. Nak menulis sesuatu perkara tu biarlah berdasarkan fakta dan akal bukannya mengikut kata hati dan nafsu. Kalau pasal politik boleh la Noob tulis sebegitu sebab beliau antara warga negara Malaysia dan mempunyai hak bersuara untuk mengkritik atau mencadang demi kebaikan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasala yg marah tu semua macai umngok yg racist... diorg marah sbb noob xde kutuk cina dlm entry ni. mgkn diorg ingt org cina je kaki kencing, padahal dlm umno tu lg byk kaki kencing org melayu sendiri

      Padam
    2. macam nuwar berahi kencing orang melayu la kan dengan bangla dan cinadoll dia..

      Padam
  9. dulu aku pakai P1 ni elok je..bulan2 bayar pun harga yg same...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba ko terminate & tunggu 6 bulan lepas tu. Try apply loan bank.. lepas CTOS ke tak lepas tu..

      Padam
  10. X sure sejauh mana kebenaran isu ini...tp kalau ada masalah just buat report polis n skmm...kalau komplain kat fb x jamin kesahihan isu

    Kdg2 da gak yg ambil kesempatan yg jenis x byr lansung n ckp dah terminate contact, tp sebenarnya ckp lebih n xde black and white document. Sama kes utk register line baru hp n tiba2 xleh sbb blacklist x byr bil sebelum ni, alasan sbb service x bagus n malas nak byr tp x sangka ada system boleh block semua 2.

    Sy rasa ada kes ini berlaku, ada yg berlaku dah lama tp cuma sekarang baru digembar gemburkn...yelakan sbb masa nila pelanggan p1 boleh xnak byr bil n harap p1 tutup kedaia lalu bil2 tertunggak dpt free of charge. Tunggu je la laporan rasmi skmm. Wait n see

    BalasPadam
  11. 'Tapi tauke Green Packet yang memiliki P1 Wimax iaitu Puan Chan Cheong ni pun dah kaya sangat dah seperti yang dipetik di artikel The Star ini, so tak mungkin orang kaya macam dia masih perlu nak menipu pelanggan kan, kan kan' Err...sebab dia kaya dia tak menipu...or sebab dia cina dia tak menipu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang miskin je yang menipu...
      orang kaya tak menipu...

      Padam
  12. no black n white..jgn dok sembang..ok

    BalasPadam
  13. "tak mungkin orang kaya macam dia masih perlu nak menipu" ??
    kau perlu byk belajar lg hal duniawi...

    BalasPadam
  14. tak pernah pakai P1 WIMAX. memandangkan dah ada kes mcm ni, aku buat mental note utk TAK pakai P1.

    org kaya, miskin semua boleh jadi penipu. tiada pengecualian. hanya prinsip diri yg membezakan.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.