Halaman

Sabtu, 14 Disember 2013

Bayar zakat bukan hanya setahun sekali

Sambil mengingatkan umat Islam supaya tidak boros dan bakhil, mimbar Jumaat hari ini menegur sikap individu dan syarikat perniagaan yang masih gagal melaksanakan kewajipan berzakat. Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), walaupun terdapat peningkatan kesedaran masyarakat, nisbah pembayar zakat masih kecil. Justeru, mimbar menyeru umat Islam menyempurnakan kewajipan itu sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari.

Gambar hiasan DS Najib Razak sedang membayar zakat fitrah
"Yakinlah, dengan lebihan wang yang disumbangkan pasti boleh menyuburkan kasih sayang dan ikatan positif sesama insan. Jangan pula kedekut untuk memeriahkan hubungan persaudaraan," khutbah itu dipetik.

Sementara itu,mimbar juga memuji pengurusan zakat majlis agama Islam di negeri-negeri yang menurutnya telah melalui evolusi pembaharuan dan penambahbaikan seiring dengan perubahan masa, keadaan dan teknologi semasa.

"Hari ini pembayaran zakat boleh ditunaikan dengan begitu mudah dan cepat," menurut khutbah itu lagi.

"Selain dibayar melalui kaunter bayaran zakat di pejabat-pejabat kutipan zakat sedia ada, pembayaran zakat juga boleh ditunaikan melalui sistem atas bank-bank tertentu, sistem ATM, SMS, perkhidmatan kaunter bergerak dan sebagainya."

Sumber Malaysiakini.

Tak dinafikan ramai umat Islam di Malaysia gagal melaksanakan salah satu daripada rukun Islam ini. Cuma aku perhatikan, bukan kerana ramai orang Islam kedekut, atau pun tidak peduli, cuma ramai yang ingat zakat ni diorang kena bayar setahun sekali sahaja iaitu zakat fitrah bila waktu nak raya. Malah ramai di kalangan kawan2 aku sendiri pun, bila aku tanya dah bayar zakat ke belum, dia jawab, "Dah la dulu waktu bulan puasa, bayar kat kaunter zakat yang diorang bukak kat masjid2." Aku tanya balik kau cuma bayar zakat fitrah tu je ke, dia jawab, "Yelah, kan bayar zakat setahun sekali je, ada nak kena bayar zakat lain ke?"


Ada juga yang bila borak2 dengan aku pasal zakat, dia cakap la "Kenapa ramai lagi orang fakir miskin kat Malaysia ni padahal semua orang2 Islam wajib bayar zakat? Bukan susah pun nak bayar zakat, setahun sekali je pun, itu pun dalam 7 8 ringgit satu kepala." Aku pun menjadi bingung.

Zakat ni merupakan benda asas dalam Islam, salah satu rukun Islam, tapi ramai yang tak tahu mengenainya. Selain zakat fitrah, umat Islam juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat harta seperti zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas dan lain2. Kadar zakat harta adalah 2.5% daripada jumlah harta kita, di mana 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.


Baca lagi mengenai zakat di sini.

Cuma andai kata jika ada berlakunya penyelewengan pada wang zakat oleh lembaga zakat, pusat kutipan zakat dan baitulmal untuk kepentingan peribadi sehingga menidakkan hak2 mereka yang berhak menerima wang zakat, itu antara mereka dengan Tuhan. Sekiranya ada salahguna, jawablah nanti di mahkamah akhirat. Ingatlah menjaga amanah dan menguruskan wang zakat bukan benda yang boleh buat main2.

Juga pusat zakat perlu aktif untuk mencari golongan asnaf ini, bukan menunggu mereka mencari kita, tambah pula dengan pelbagai masalah birokrasi yang akhirnya membuatkan orang tidak dapat melihat keindahan Islam itu sendiri. Jika semua orang Islam yang sudah wajib membayar zakat melaksanakan tanggungjawab mereka serta pihak yang bertanggungjawab mengurus wang zakat dapat mengurus wang zakat dengan sangat efektif dan berkesan, pasti susah dah kita nak nampak pemandangan2 seperti di bawah ini.










Btw aku harap khutbah2 Jumaat di Malaysia ni lebih banyak menekankan kepada perkara berkaitan Islam, kesedaran dalam agama, masalah isu moral di kalangan masyarakat, memberi nasihat serta perkara yang berkaitan dalam memantapkan akidah umat Islam, bukan menjelaskan dasar2 kerajaan seperti GST, BR1M dan lain2 serta isu politik sebab benda2 tu dah banyak sangat slot di TV dan suratkhabar.




tags: bayar zakat bukan setahun sekali zakat fitrah harta pendapatan asb simpanan emas tabung haji saham perniagaan khutbah tegur pembayar masih kecil rukun islam ketiga atau keempat 3 4 majlis lembaga pusat kutipan baitulmal amil orang miskin fakir dhaif pengemis rumah usang dakwaan jamil khir guna duit zakat bayar kos guaman kena saman amanah fatonah seleweng pengarah jawi khutbah jumaat 

23 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prrrooottttt...

      Padam
    2. Ada jugak makhluk cacat otak dkt sini main tekan space. P main dkt blog akustress. dkt sana ramai spesies bangang jobless bleh layan ko..

      Padam
    3. Selalunya bayar zakat ni aku terus pergi masjid...
      Iklan2 yang mcm perkidhamatan sms dan lain2 tu leh percaya ke?

      Padam
  2. memang ada banyak jenis zakat selain zakat fitrah tapi tak ramai orang tahu atau tak nak amik tahu

    BalasPadam
  3. Sy selalu buat pemerhatian ramai org melayu x tunaikan zakat pendapatan terutamanya. ...selalunya ikut gaji pertengahan between rm50-rm100 sebulan...belum cite yg lg kaya lg besar byr zakat bulan2 smpi rm200-rm1k utk org ceo atau top management. ..lg kaya lg liat nak byr zakat,bukan zakat pendapatan je tp zakat harta, emas, ternakan, simpanan..

    Selalu kita dgr org merungut byr mcm2 bulan2 byr kereta rumah utiliti..x dgr pulak ckp byr zakat pendapatan...ada siap buat kira2 kat blog atau fb tunjuk gaji bersih lepas potong mcm2...xde plak cite zakat

    Zakat pendapatan terutamanya mmg kena byr even gaji 1k sekalipun tanda kita berniat nak byr zakat tolg sesama muslim. N ramai salah fhm bg sedekah kat masjid tiap2 jumaat dianggap zakat pendapatan gak...antara tabiat buruk sy nmpk kat org melayu ialah susah nak bg duit kat sesiapa yg kita x kenal yg sgt2 memerlukan. .just rm2-5 x cukup sebenarnya...just bantu byk kpd sedara2 atau kawan terdekat..tp selalunya just status pinjam je...

    Kalau anda selalu bur zakat...anda juga akan tolg org lain juga dlm bentuk cash atau brg2 tanpa mengharap balasan atau duit itu dipulang balik kemudian...sbb itu antara harta kira di akhirat bertambah2..tp kita sibuk kumpul harta dunia smpi lupa kita tiada harta akhirat.

    BalasPadam
  4. salam

    actually walaupun zakat pendapatan atau zakat harta, still ambil yang annual sum x 2.5%.

    mmg setahun sekali juga bayarnya kalau kira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi maksudnya zakat pendapatan diambil dari gaji bersih setahun x 2.5% gitu?

      Padam
    2. tp kalau nk tgu setaun baru nk byr zakat,rs x terbyr kot. kalau annual salary rm40k,nk byr zakat sekaligus rm1k mesti liat nk byr,baik byr ikut gaji bulanan xde la nmpk besar sgt total dia

      Padam
    3. Byr je bulan2 supaya x terbeban sgt..kalau nak byr utk setahun maybe time bonus masuk je la..

      Kat website ada 2 calculation..kasar 2.5% atau bersih lepa tolak komitment mcm2...konsep utama kalau niat nak byr kita akan ambil tau semua ni..kita sibuk complain byr cukai macam2..jgn lupa pula zakat ye

      Padam
    4. nak senang, (kalalau ada masa la) gi je pusat pungutan zakat kat negeri masing2...nanti dia tunjuk berapa patut kita bayar, sama ada secara terus ataupun bulanan..

      ada kiraan tertentu bukan kira pendapatan tahunan kita semata2..

      buat potongan gaji secara bulanan xla terasa sangat..dan dapat pengecualian cukai pendapatan kalau kita wat potongan zakat ni..

      Padam
    5. kalau kata nak bayar zakat harta ikut annually, still bayar zakat 2 kali setahun, satu zakat pendapatan, satu lg zakat fitrah bayar masa nak raya... betul la apa yg noob tulis. lgpun org ramai org melayu ni ingat zakat kena bayar waktu raya je, aku pun ramai member mcm tu

      Padam
    6. thanx good info.

      aku pakai e-zakatpay je, bayar thru maybank2u or rhb skali bayar.

      skali daftar kt lembaga zakat..pastu data da ada then buleh pilih nak buat bulan2 atau sekali je bayar.

      gaji 3k, zakat dalam RM 520 per year (x kawin lagi, bayar kt selangor) dan kalau kawin kene tanggung anak bini semua lagi kurang....

      Padam
    7. Jgn lupa..even buat maybank2u tp niat bayar kena ada sebelum click pay/ok...sama mcm byr zakat fitrah...paling basic sahaja aku byr zakat rmxx pada bulan ni kerana allah swt

      Jgn utk kita serorang suami..isteri pun kena bayar gak. Tp ramai x perasan kesan x byr zakat...selalunya mcm ada barang hilang atau duit cepat je habis..tp yg paling risau sekali mcm kes anak x dgr cakap atau rosak akhlak, accident atau kena rompak...kalau anda perasan byk berlaku kat org kaya2 x kira ceo atau politician

      Renung2kn...sbb niat nak tolg sesama islam, bukan sibuk kumpulkn harta dunia semata2. Harta akhirat pun kene kumpulkn sekali

      Padam
  5. Dkt kg aku, walaupun ramai org miskin tapi aku xpnah dgr diorang ni terima duit zakat. nak mohon satu hal kena keluar bandar. Naik bas jln kaki gerak sana sini .... pastu kena isi borang jupa org tu org ni sain jkk sain org tu kna buat dokumen sokongan. mcm lancau. sebab tu diorang ni malas nak mohon.

    Apa salah kau p kg2 buat survey then bg direct duit zakat dkt org tu.

    zakat ni duit. xheran jika diorang buat promo macam2 utk bg ksedaran dkt org. tapi slagi amno pegang duit memang aku xpcaya. duit zakat rilex je jamil khir buat bayar kos guam. tu blum masuk duit tabung haji kena seleweng dgn ceo mala'un.

    Bg aku baik beri duit zakat dkt asnaf 8 secara direct. Xda org tgh.

    Btw, org yg kesusahan berhutang juga termasuk dlm asnaf8. pnah dgr wang zakat diberi kpd org berhutang? lu hutang lu langsai la sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. laki kelantn mmg pemalas, tau buat ank je krjanya, mkn pun b¡Ni yg tanggug.

      Padam
    2. Ko merepek apa ni syiall. Xda kaitan dgn topik.

      Padam
    3. midnight, ko mmg betul.

      masa kt dubai dulu, aku perhati pak2 arab ni bayar duit zakat kt sedara mara terdekat yg kesusahan....kalau x salah, mmg practice org2 arab di UAE, Arab Saudi, Iraq, buat mcm tu. bayar direct saja kat saudara mara terdekat.

      macam kat sana sistem kabilah clanlihood tu ada lagi, mcm kalau kau dalam femili saud, ko bayar je duit zakat kat mana2 femili saud yg ko nampak miskin. even though dah urban society, diorang masih kekalkan lagi semangat kabilah system ni.

      macam di mesia, once da masuk 2-3 pupu, ko dah tak kenal dah sedara tu. tapi macam kat arab sana, identiti clan tu hidup lagi.

      that's why better juga di Malaysia ni ada system centralised kutip zakat ni di setiap negeri, sebab masyarakat Melayu kita dah tak kekalkan lagi semangat clanlihood atau kampung ni lagi.

      macam org Melayu dulu2 di kampung, diorang bagi duit zakat kat mana2 family kt kampung tu yang kesusahan, aku rasa.

      anyway aku mungkin tersalah pandang, tapi aku pernah tanya geng2 arab ni pasal zakat, itu yg diorang bagitau aku.

      Padam
    4. kalau kat malaysia wat camni, nanti orang kata semangat puak yang tinggi..ahaks..

      masalah kat malaysia ni cuma karenah birokrasi..sebab tu ramai asnaf xdapat..

      Padam
  6. 3 keypoint penting

    1. Zakat bukan sekadar zakat fitrah sahaja..
    2. Kurangkan birokrasi oleh lembaga zakat kepada para asnaf layak..
    3. Proaktif, cari asnaf yang layak, jangan tunggu asnaf je yang datang mencari..

    Yela, duit zakat bjuta-juta bila baca paper, tapi asnaf yang layak macam tak pernah dibantu je..

    Btw, nice sharing PZ :)

    BalasPadam
  7. saya nak gi tunaikan zakat wang simpanan skrg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.