Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

Taat kepada pemerintah walau punggungmu dipukul

Sebelum ini dah ada kenaikan minyak, bermula tahun depan tarif elektrik naik, kini dijangka tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula dijangka naik tahun depan. Antara sebab kenaikan tambang ini adalah disebabkan kesan domino terhadap kenaikan bahan api dan kos tenaga seperti yang diperkatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Namun tahukah anda, walau apa pun yang pemerintah buat kita rasa pedih, kita tetap perlu taat?


Dipetik daripada kata2 TS Syed Hamid Albar:
"Kita sedar kenaikan bahan api dan kos tenaga boleh menyebabkan kesan negatif dengan bilangan penumpang yang rendah dan mengurangkan pasaran saham pengangkutan awam,"
Bab kenaikan harga bahan api dan tenaga tu aku faham, tapi bab bilangan penumpang aku rasa tak pernah rendah, sentiasa je penuh dengan orang terutama waktu2 puncak. Mungkin dia ni tak pernah turun KL naik LRT atau monorel.



 
Sekarang dengar apa pandangan Ustaz Fathul Bari mengenai "Tetap kena taat pemerintah walaupun tarif elektrik naik".


Beliau melontarkan pandangan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang berikut:
"Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah” (sebahagian hadith yang panjang, dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, no. 1847)".
Berikut pula adalah penjelasan daripada Dr. Asri atau Ustaz Maza dalam memahami hadis ini:


Ada yang berkata hadis ini dha'if kerana sanadnya terputus seperti di sini dan sini, namun boleh lihat di sini dan sini mengenai hujah yang berpendapat hadis ini shahih. Aku cuba mohon pencerahan mengenai hadis ini di group Soal Jawab Agama di Facebook:


Berikut adalah antara pencerahan yang diberikan:


Oleh itu, berdasarkan pemahaman dan pandangan aku, kita memang perlu taat kepada pemerintah walau terdapat perkara yang dilakukan oleh pemerintah agak pahit untuk ditelan, seperti yang ditulis oleh Dr. Maza berdasarkan hadis Nabi yang lain:
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)"
Namun dalam hal ini, ketaatan kepada pemerintah itu adalah wajib selagi tidak diperintahkan kepada perkara maksiat, termasuk perkara mungkar, kufur serta merosakkan akidah. Sekiranya pemerintah terpaksa meningkatkan harga minyak, atau menaikkan kadar cukai atas sebab2 ekonomi dan kewangan negara, suka tak suka kita kena patuh dan taat.


Taat tu contohnya kalau harga minyak naik 10 sen jadi RM2.10/liter, kalau pergi stesen minyak beli minyak kita kena bayar dengan harga RM2.10, tak boleh kita kata nak bayar dengan harga lama RM2.00, itu dah jadi engkar. Kalau cukai pendapatan kata kena bayar 10% daripada pendapatan bulanan, kita kena bayar 10%, tak boleh bayar 5% je. Kalau kita kena saman sebab memandu langgar lampu merah, kita kena bayar, tak boleh mengelak tak nak bayar. Kalau nampak kereta pemerintah lalu siap dengan escort polis suruh bagi laluan, kita kena bagi laluan, tak boleh engkar dengan berniat sengaja nak menghalang laluannya. Ataupun kita cuba protes terhadap pemerintah dengan langgar peraturan serta melakukan kekerasan dan kerosakan.

Apa jua peraturan dan undang2 yang ditetapkan oleh pemerintah, kita kena ikut, selagi peraturan itu tidak melibatkan perkara mungkar. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh menyatakan pandangan kita terhadap sesuatu isu, minta penjelasan daripada pemerintah kenapa sesuatu perkara itu perlu dilakukan atau memohon dan merayu kepada pemerintah agar melaksana atau membatal sesuatu perkara.


Tanggungjawab rakyat adalah dengar dan taat kepada pemerintah, manakala tanggungjawab pemerintah adalah menjalankan tugas pemerintah dan pemimpin dengan baik, amanah, adil, jujur dan saksama. Sekiranya terdapat kepincangan, salahlaku, salahguna kuasa, kezaliman, maka pemerintahlah yang akan menanggung segala dosa dan akibat terhadap kesalahan yang mereka lakukan.

Akan tetapi, sekali pemerintah menyuruh kita membuat kepada perkara mungkar seperti suruh menyekutukan Allah dengan menyembah pemerintah macam yang dilakukan Firaun, suruh melakukan seks bebas, menyuruh melibatkan diri dalam judi dan sebagainya, maka gugurlah kewajipan dalam mentaati pemerintah tersebut, ini kerana seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada ketaatan terhadap makhluk pada hal-hal maksiat kepada pencipta. (Riwayat Ahmad, Tabarani)"
Sama seperti ketaatan seorang isteri terhadap suami, anak terhadap ibu bapa, kita wajib taat kepada mereka kepada perkara2 yang tidak dilarang oleh Allah s.w.t, tapi tidak wajib taat terhadap perkara2 maksiat dan mungkar, seperti seorang suami menyuruh isterinya tidak menutup aurat atau keluar dari Islam, atau seorang ibu menyuruh anak perempuannya menjual tubuh badan untuk mendapatkan duit, maka tidak wajib bagi kita mentaati perintah tersebut.

Namun adakah kenaikan harga elektrik, minyak dan lain2 adalah suatu bentuk kezaliman pemerintah terhadap rakyat dan seterusnya membolehkan rakyat tidak taat kepada mereka? Kalau ikut kata Ustaz Zaharuddin, ya ia adalah suatu bentuk kezaliman. Mungkin orang yang berpendapatan rendah dan sederhana merasakan ia adalah suatu kezaliman, mungkin ada yang merasakan ia suatu pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi kelangsungan ekonomi negara, manakala orang yang kaya pasti langsung tidak rasa apa2. Tapi walau macam mana pun kita tetap kena mentaati pemerintah dengan mengikut perintah dan peraturan yang telah ditetapkan oleh mereka.


Akan tetapi...

Tahukah kita bahawa negara kita menggunakan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan, bermaksud kita sendiri yang akan memilih pemerintah kerajaan kita dalam setiap 5 tahun? Tahukan anda apabila parlimen itu dibubarkan sahaja setiap kali pilihanraya, maka kerajaan pemerintah akan dibubarkan dan tiada lagi pemerintah dalam kerajaan selain daripada kerajaan sementara serta pemerintah negara/negeri mutlak iaitu YDP Agong atau Sultan?


Dan tahukan anda, pada ketika itu tiada lagi ketaatan terhadap pemerintah kerajaan yang berkuasa sebelum ini sama ada Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat? Ketika itu anda bebas memilih siapa yang anda mahu jadikan pemerintah yang baru untuk anda patuh dan taati pula. Tiada definisi engkar, derhaka atau mengkhianati pemerintah sekiranya anda tidak memilih parti kerajaan yang memerintah sebelum ini kerana tidak suka dengan apa yang mereka dah buat selama mereka memerintah.




tags: taat patuh dengar pemerintah pemimpin punggung mu dipukul harta dirampas hadis sabda nabi pencerahan penjelasan dhaif mauduk sahih sanad putus kenaikan peningkatan bayar harga cukai minyak tol tarif elektrik lrt monorel pengangkutan awam soal jawab agama tanya ustaz fikri alamghiri kewajipan umat islam peraturan undang dasar tiada ketaatan terhadap makhluk suami isteri anak ibu bapa tanggungjawab engkar ingkar derhaka khianat ustaz fathul bari ufb dr maza ustaz asri ustaz zaharuddin sistem demokrasi berparlimen raja berpelembagaan

29 ulasan:

  1. wow..satu entri padu yang penuh dengan ulasan dan kajian..thumbs up noob:)

    Aku idoklah berapa terror bab hadis dan ilmu agama..yang basic fardhu ain dengan fardhu kifayah tu insyallah lah..

    Tapi untuk perkara macam ni, aku rasa lagi senang kembali kepada common sense..
    PM Najib beriya kata nak pertahankan islam..nak perintah ikut cara islam..blablabla ikut islam, tapi tak nampak pun kesungguhan suruh Datin Paduka Rosmah Mansur tutup tudung (tutup aurat) which is aku rasa benda paling basic dalam rukun rumahtangga..anak-anak dia pun sama je..

    kalau institusi rumahtangga pun payah tak ada komitmen jitu, macam mana nak yakinkan rakyat utk ikut pemerintahan dia?

    Entahlah..aku rasa semua kenaikan ni adalah kezaliman..tak ada kaitan dengan rakyat tak taat pada pemerintah..kalau dana negara asyik salah guna, tiris bocor sana-sini tanpa ada tindakan nak baiki, aku tak rasa rakyat kena taat..

    my 2 cents..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. nuwar berahi dan Pas xde plak kata nak pertahankan Islam.
      entah la....dah la peliwat plak tu,lepas tu mengaku kekunun pejuang Islam.
      yang pas lak hudud tak abih abih padahal siap tulih bole liwat isteri.menipu je pakai nama Islam

      Padam
    2. kalau penjilat umno yang tegar..memang macam kat atas ni..bila kelemahan kesilpan umno..didedahkan ...para penjilat tadi hanya mampu berbahas...anwar peliwat...pas hudud ..cuba lah gunakan otak sikit..itu pun kalau ada...betapa kesan kenaikkan harga ini terpaksa ditempuh ibu2 tunggal,,rumah2 anak yatim yang menampung makan minum anak2 yatim..fikir bagaimana kesusahan mereka..

      Padam
    3. Semua ni kospirasi UMNO-BN! Semua ni fitnah jahat UMNO-BN!

      Padam
    4. Masalah syarikat ni saban tahun untung berbillion tapi still nak naikan harga idak ke zalim..

      Kalau macam TNB saban tahun rugi mungkin munasabah..
      Tapi tidak dikaji ke kenapa TNB rugi saban tahun?
      Kerana perjanjian sub company yang berat sebelah dan merugikan.. Kenapa?
      Sila la siasat sendiri kenapa dan mengapa TNB rugi saban tahun..

      Semua ketirisan dan keidakcekapan pengurusan ni harus diselesaikan supaya kita tidak menjadi kerajaan yang zalim..

      Padam
    5. Sokong...

      benda paling asas pemimpin gagal laksanakan...nak menutup kepala-kepala isteri kalian

      macamana rakyat nak hormat..nak 'taat walaupun punggung dah tahap hancur ni'...

      Padam
    6. sokong, kalau ye pn nk naikkn tarif ke ape ke, bg alasan munasabah dgn bukti, bru rakyat boleh terima.
      ni jgnla dok kata kalau xsuka something2 naik jgn pkai la..itu alasan xmunasabah.

      Padam
  2. Nice review noob. jahat pemerintah kerana jahatnya rakyat. rakyat yg memilih so apa yg diorang terima je la walaupun aku Pro Pakatan. Suara majoriti. Jgn risau la nak cukup lima tahun nanti akan berlaku penurunan harga minyak dan lain2. manakala brim bram broom akan diberi 2kali setahun. & mcm2 bonus. then macai akan lupa hal yg blaku skrg ni dan terus undi BN. mcm tu la kitaran idup seorg macai...

    Ketaatan kpd pemimpin bg aku xsusah mana. Taat la pemimpin jika dia tu baik adil & taat pd agama. pemimpin yg jenis jahil agama ... hidup xikut syariat. bini xpakai tudung.. membiarkan maksiat arak judi.. Xda sekelumit respect aku dkt diorang. Sorry la nak bangun hormat..

    Baik aku salam cium tangan ulama... lebih berkat.

    BalasPadam
  3. Ulama amno fatul bari xbleh pakai. menggunakan dalil2 hadis utk membela tindakan BN. Bab judi arak konsert maksiat xda pulak si mangkuk ni kuar dalil. Ni contoh ulamak dunia yg disebut dlm al quran diserupakan seperti anjing. menjual agama utk duit dunia yg sedikit.. aku lebih prefer Dr.MAZA. sbb dia ni neutral xmemihak mana2 parti..

    Btw, Thumbs up utk noob buat entry yg menarik ni.

    Midnite.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ust anjing pas takde plak komen pasal nuwar tibai cinadoll dengan konsert cina seksi depan orang Islam dulu...ooohhh lupa pas tu pejuang Islam...secara otomatik sokong PR sama dgn sokong Islam la kot.

      skit skit guna dalil perjanjian hudaibiyah nak menipu umat Islam pasal Nabi dulu kekunun depa pn guna kaedah yg sama.menipu je agamawan Pas ni.dah la songlap duit derma

      btw,thumbs up utk artikel ni.pr pn bknnya reti tadbir.

      Padam
    2. Macai is always macai. no brain at all. Aku rasa ko ni mesti org kaya duit berjuta dlm bank utk baya segala tok nenek cukai BN..

      Xpyh pergi jauh. tgk selangor sudah. org slangor yg rata2 yg educated bgaji besar pun tau nak pilih sapa jd pemimpin.

      Yg tinggal hanya spesies ko. spesies macai brim yg byk dkt kg2 ... Jenis pakai kancil turbo hutang keliling pinggang then sembang Lebih ...

      Padam
    3. kesian mak dia lahirkan dia susah payah...tapi dia hanya mampu menjadi macai..sambil terpekik pekik- nuwar cinadoll,, nuwar liwat...berulang kali..sambil menggeleng kepala ke kiri dan kanan ...kita perlu simpati dengan dengan dia..kesian mungkin dia mengalami sindrom ..buasir otak..menyebbkan otak dia kurang waras

      Padam
  4. sokong Dr MAZA... skrg ni kna hati2 ngan org yg ad title ust pun... byk putaq belit.. abih org jd cnfuse..... habistu klu stiap plihan raya BN suruh sokong dia? kna taat ka?......

    BalasPadam
  5. tegakan islam diri kamu, keluarga kamu , orang2 disekeliling kamu dan tertegaklah agama di negara kamu

    BalasPadam
  6. artikel ini sgt bagus. penjelasannya padat tapi mudah utk difahami berkaitan konsep ketaatan kpd pemerintah...

    BalasPadam
  7. Hahaha nuwar liwat nuwar cinadoll.. nuwar nih nuwar tu....xder lg org laen ke ? Asyek2 nuwar nuwar... makan nuwar berak nuwar.. maen nuwar... mandu nuwar.... lancap nuwar... xhabes2 nuwar nuwar...beb korang macai xleh ke xingat pasai nuwar tuk skejap ke? Nuwar nuwar nuwar nuwar... ari2 nuwar nih nuwar tu... kencing warna kuning pun salah nuwar bab xnak arge gula naek.. stoking belubang pun salah nuwar sbb liwat ngan stoking ko masa ko tidor mimpi ngan nuwar... nuwar liwat nuwar cina doll.. nuwar utara nuwar selatan... warne lampu isyarat tukar merah jg salah nuwar.... asyek2 nuwar nuwar... xbosan ke nuwar nih nuwar tu... ari2 nuwar nuwar

    BalasPadam
    Balasan
    1. alo same je org ckp rosmah mcm tu ~.~

      Padam
    2. xsame... kak ros tu menteri 6 bahagian gomen.. nuwar anye kepala pkr... not fair

      Padam
    3. Org ckp rosmah atas apa yg dia buat. Islamik fwsyen tp x islamik. Nek kpl terbang mewah, pakai barang mewah. Yg org dok ckp pasal anwar pasal bnda yg tak tbukti buat. Baru dakwaan..

      Padam
  8. agak² lepas ni macam mana hidup org² yang gaji bawah seribu kan....???
    tekanan mental... gila pikirkan kos sara hidup yang semakin tinggi...

    BalasPadam
  9. Suka entri macam ni...
    Tapi bila difikirkan, hak rakyat hanya semasa pilihanraya, sedangkan 5 tahun antara dua pilihanraya, rakyat terpaksa ikut telunjuk segala benda, baik dr kerajaan atau pembangkang.
    Harga barang naik, dan pilihan kita hanya perlu bayar lebih ATAU keluar tinggal di negara lain.

    Maknanya, negara kita bukan negara rakyat. Negara kita adalah negara utk yg berkepentingan.
    Sama ada kerajaan atau pembangkang.

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. gaji xnaek... so mlm mlm bini nak.. kote pun xnaek

      Padam
  11. nak taat kt pemimpin pun agak2la. kena pukul punggung dan harta dirampas pun kena taat jugak? mmg jadi keldai la tu bukan manusia lagi; x guna otak. ikut je membuta tuli. x pakai hadis pun boleh fikir (kalau nak guna akal la).

    apapun, suruhan ustaz2 utk taat kpd pemerintah ni hanyalah salah satu propaganda pihak tertentu yg menggunakan agama agar rakyat kekal seperti lembu dicucuk hidung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat ustaz2 tu suka2 ke suruh taat kpd pemerintah walau punggung kena pukul dan harta dirampas? itu hadis nabi kot, nabi yg cakap mcm tu, knp kita kena menidakkannya?

      Padam
    2. kalau ikut kata ustaz yang dakwa nabi maksudkan begitu(mesti taat pemerintah walau kena spanx punggung), aku tolak ustaz dan hadith tersebut sebab bercanggah dengan amalan sistem demokrasi di malaysia.

      Padam
  12. Mmg sy sndiri dah tau mesti mcm2 barang naik lepas pru...jgn ckp kerajaan bn naikkan...termasuk pas kelantan sekali naik tarif air 30% even kualiti air x seberapa. Rasa2 hmpir semua negeri nak naikkan cukai pintu sbb reason mcm2 kos naik.

    Pasal taat perintah ni..better taat pd agama...as long follow undang2. Semua org dah buat undi masing2 pru lepas n terpaksa follow demokrasi. Walaupun kecewa gak kerajaan bn x tumbang tp apa sy nmpk bn n pr lebih kurang sama je sibuk nak naikkan gaji pemimpin 2-3x ganda...yg kami rakyat biasa just terima sahaja apa berlaku skrg dgn bonus kecil je.

    Jgn mudah percaya dgn manifesto bn atau pr sbb mereka xkn bgtau benda yg rakyat konform x suka kalau mereka menang. Dah rasa menyampah dgn politik msia skrg...yg kaya bertambh kaya..yg miskin still ditindas.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,
    Pandangan yang agak selari dengan saya. Kita kenalah taat bersesuaian dengan kehendak syariat dan pada masa yang sama mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. So, dah suara majoriti TERPAKSAlah ikut. Tapi bukanlah membuta tuli sampai tak boleh dipersoalkan.

    Apabila diberi peluang untuk memilih itulah wujudnya keadaan paling sedih di mana yang nampak zalim itulah juga yang dipilih. Menjadi tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat tentang hakikat sebenar demokrasi untuk menilai dan membuat pemilihan terbaik tak kira la pihak mana nanti.

    Terima kasih.
    P/S: 2 perenggan last yg best tu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.