Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

Tanda dia bukan jodoh yang baik untuk kamu

Masa Aila tengah bosan2 dok main2 Internet, Aila terjumpa dekat blog Acik Akupenghibur ni pasal "10 Tanda-Tanda Bawa Dia Bukan Jodoh Yang Baik Untuk Kamu". Lepas Aila baca, Aila rasa entry tu sangat dekat dengan diri Aila sebab ada beberapa tanda yang pernah Aila sendiri lalui satu ketika dahulu yang Aila cuba lupakan. Sebab tu Aila nak kongsikan tanda2 tersebut bersama anda semua dengan beberapa tanda yang Aila tambah sendiri berdasarkan pengalaman Aila. Tanda2 ini Aila rasa terpakai untuk kaum lelaki dan wanita.


Tanda 1: Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu

Lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

Tanda 2: Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

Tanda 3: Dia tak pernah menhiraukan tentang kesihatanmu

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu. Ketika kamu sedang sakit, dia tidak begitu kisah dan bersikap sambil lewa.



Tanda 4: Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu. Tapi untuk dia, dia tak mahu lakukan perubahan, katanya susah untuk lakukan berubahan..

Tanda 5: Dia tidak percaya dengan kamu

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan, tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan? Sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat? Sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

Tanda 6: Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita)

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor, tetapi apa yang si dia katakan bahawa "tak payahlah jadi doktor, perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga". Malah bila kamu buat sesuatu yang kamu minat seperti masuk pertandingan badminton, dia tidak pernah datang menonton perlawanan kamu untuk memberi semangat.


Tanda 7: Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh, buat ini tak berkenan di matanya.

Tanda 8: Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai? Kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa, "awak saya tak makan mee goreng la, lain kali tanya dulu sebelum masak tu, sama ada saya suka atau tidak". Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna".

Tanda 9: Tiada chemistry atau keserasian

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? Bagaimana nanti bila dah berkahwin?


Tanda 10: Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan kita perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa? Bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan? Jika hanya untuk couple, rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu? Itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Tanda 11: Dia selalu membuat perbandingan dan mahu kamu menjadi seperti orang lain.

Dia selalu membandingkan kamu dengan orang lain seperti ahli keluarga atau kawan2nya dan mahu kamu menjadi seperti mereka. Ayat yang selalu keluar dari mulutnya, "Kenapa awak tak manja macam dia?", "Kenapa awak tak pakai baju macam dia?", "Awak pakai cermin mata ni tak sesuailah, lainlah macam dia", "Hobi awak ni macam lelaki sangatlah, tak boleh ke awak jadi macam dia minat benda2 perempuan?".

Tanda 12: Macam2 yang tidak kena dan susah menerima kamu seadanya.

Setiap insan tak dilahirkan sempurna, punya kelebihan dan kelemahan. Namun apabila setiap kelemahan dan keburukan kamu diungkit2, susah untuk menerima keadaan kamu seadanya seperti tidak bersyukur walau kamu telah membuka hatimu kepadanya, adalah sangat sukar untuk hidup bersama orang yang sentiasa merasakan itu tidak kena, ini tidak kena pada diri kamu sedangkan itulah diri kamu sewaktu dia baru mula mengenali kamu.


Tanda 13: Tidak menghormati kawan2 kamu.

Sebelum setiap hubungan cinta terjalin, kamu sudah mempunyai ramai kawan malah mempunyai sahabat baik, namun setelah bersama, pasangan kamu langsung tidak menghormati rakan2 kamu, tidak mahu berkenalan dengan rakan2 kamu, cuba menjauhkan diri kamu daripada rakan2 kamu serta tidak mahu turut serta dalam segala aktiviti yang melibatkan kamu dan rakan2 kamu. Akan tetapi dalam masa yang sama dia selalu menyuruh kamu hormat rakan2 dia.

Tanda 14: Sentiasa buat keputusan seorang diri dan tidak mahu mengalah.

Semua apa juga keputusan tidak dibuat bersama, si dia hanya putuskan seorang diri tanpa berbincang atau merujuk dengan kamu. Malah dalam apa jua perkara, pasangan kamu sentiasa merasakan hanya diri dia sahaja yang betul dan tak pernah salah. Bila berlaku konflik, kamu yang akhirnya selalu memendam rasa kerana si dia pernah tidak mahu mengalah.

Tanda 15: Dia selalu mengongkong kehidupan kamu.

Sebelum ada ikatan perkahwinan lagi, dia sudah mengongkong hidup kamu, aturkan jadual kehidupan kamu, tidak memberi kebebasan untuk kamu buat apa yang kamu suka, menghalang aktiviti kamu dengan rakan2 kamu malah jika ada aktiviti bersama keluarga juga perlu mendapat kebenaran kamu. Jika sebelum berkahwin kehidupan kamu sudah dikongkong sebegitu rupa, bagaimana jika sudah berkahwin nanti?



Mungkin ada lagi tanda2 lain yang Aila tak ingat nak tambah, kalau ada bolehlah tulis kat komen. Apa2pun harap ia dapat menjadi panduan dan pedoman kepada kita agar tidak salah membuat pilihan dalam membina sebuah hubungan yang bahagia sehingga ke gerbang perkahwinan seterusnya ke akhir hayat.




tags: 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik terbaik untuk kamu tiada jodoh sedih blog akupenghibur achik couple pasangan break up clash putus cinta rumahtangga kahwin cerai tiada chemistry pengalaman

37 ulasan:

  1. huhu x kawen le ak gamaknyer manjang je benda arge naik, hmm kawen patut kawen tp dah jd kawen = menjual org :(

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Tak semestinya bila ada je bende2 camnie tros kata xde jodoh. Kadang2 benda2 sume nie jadi sebab kurang matang and ego masing2 je.

    BalasPadam
  4. Betol jugak , kadang-kadang ego..
    Btw, nii 1st time jumpa entry tanda dia bukan jodoh yg baik,
    selalunya tanda dia jodoh kamu, hihi ;)

    BalasPadam
  5. Rasa macam baca majalah remaja pulak. Hmm hmm hmmmmm

    BalasPadam
  6. Aku sgt sukan akan dia tapi dia sudah kawin...huhuhuh macam na ni...rasa nak suicide lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sukan tak mengira dah kawin ke belum lah!

      Padam
    2. Hahaha..!!!..u made my day laa macha..!!!..trkekeh2 aku gelak sgsorg..keh3..

      Padam
  7. pegi la suicide.
    takat dok tulih je buat apa
    lepas tu tanggung sendiri

    BalasPadam
  8. Bg yg dah berkahwin akan fhm statement sy:

    "Nak mencari jodoh kadangkala perkara yg susah nak dapat, tapi nak maintain jodoh smpi ke ahkhir hayat/tua bersama pasangan lg susah"

    Mmg betul pepatah mengatakan "Nak cari ppaun sbb 4 benda, harta, cantik, keturunan..tp yg paling penting adalah agamanya sbb yg itu akal berkekalan smpi ke syurga"

    Pasal jodoh, jgn risau..tetap ada. Jrg lihat manusia x kawin, melainkan special kes mcm cacat n lain2. Cuma kita yg memilih sbb kita nak cari pasangan yg jauh lebih baik compare dgn diri kita sebenar. Kalau x kawin sbb meninggal sbb penyakit/kemalangan...isteri kita ialah bidadari di syurga yg setia menunggu kita (kalau kita mati dalam iman la). Sekian taskirah sy.

    BalasPadam
  9. kalau awek nak masuk dewi remaja, tapi pakwe tak bagi pastu clash la ye...hehehehe... good idea..

    BalasPadam
  10. bosan!!!!!!!!!!!! puihhh cept noob post lagi info best inb4 ak dh agak dahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. De bangla senyap2 suda lah!

      Padam
    2. biarla dia nak update apa pun... ko xsuka tulis blog sendirik laa

      Padam
    3. Bosan2 pun noob pilih alia, yg korang lama dn selalu komen pun noob tak jemput tulis....so kalau bosan f### off!

      Padam
    4. aku dah lama bosan dgn alia. duk copy paste blog org lain dgn amik video dr youtube. apalah si alia ni bg dkt noob utk jd writer kat blog ni

      Padam
  11. salam 1 Mesia. Please la, jangan la bubuh posting yg mcm ni. boringg giler baca tau x. Dan macam baca majalah Remaja pulak. Dah la ayat skema plak tu. xde nak olah sendiri, malas betul.
    Sorri kalau terasa , aku suka baca blog ni, tapi jgn la bubuh entri2 yg memboringkan tahap gaban mcm ni. ok bai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tul2, sebbnye dh rmi sgt la, blogger pompuan lg rmi dr laki citer hal2 kaitan ni, so u know why hmm

      Padam
    2. Doyo nepal duduk diam3 suda lah!

      Padam
    3. Aila, mohon entry yg original daripada anda. bukan copy paste dari majalah remaja.

      buasir otak jadi awkward dgn entry yg x harmoni dgn tema blog

      Padam
    4. Mohon anaular tulis sendiri dari!

      Padam
    5. Ayoyo annakholat kenya mohon senyap bole?

      Padam
  12. Hai aila, pedulikan apa org nak kata k.
    yg pnting kita njoy

    -pakwe aila-

    BalasPadam
  13. Disebabkan terlalu banyak bijak pandai yang memberi komen kononnya bernas tetapi terlalu pantas menghakimi org lain sehingga berbaur penghinaan, disini saya dengan rela hati mengajak anda anda sekalian untuk berdebat! Ada berani? Tajuk perdebatan jika dipersetujui adalah "blogger berhak menulis apa2 sahaja yg diingininya atas nama 'freedom of speech'....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, tak da telok ke? Complain je lebih tapi bila nak tegakkan prinsip semua terkaku diam, yang ada pun mangkuk anon dua ekor kat atas ni....hahahahaha....memang

      Padam
    2. Still waiting....lalalala tak da ke yang nak debat? Hahahaha

      Padam
  14. Orang-orang soleh kena ramaikan anak perempuan. Biar makin ramai perempuan yg solehah lagi pintar. Biar dunia ini lebih tenteram, huuu

    BalasPadam
  15. korang ni mmg xreti bersyukur & tau komplen je la. time noob byk tulis psl politik, korg komplen noob asyik tulis psl politik... time noob tulis psl awek, korg komplen suruh noob tulis psl isu semasa... bila tulis psl info teknologi, korg ckp info dah basi... bila ada awek nk tulis psl tips percintaan & jodoh, korg komplen lagi... apa lagi cina mau?? eh silap... apa lagi org melayu mau???

    BalasPadam
  16. Senang cerita cakap macam orang tua dulu-dulu cakap... cari yang sekufu sudah...

    BalasPadam
  17. Eh ok per entry nih, berbuasir jugak otak aku baca sambil bersantai... hahah ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa plain komen sarkastik lah

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.